JellyPages.com

Sunday, December 12, 2010

Mak Nyah

Siapa tak kenal golongan mak nyah ni..mak nyah atau lelaki yang berfesyen ala-ala perempuan dan semua nya macam perempuan maka dengan itu mereka di gelar mak nyah atau pondan atau bapok..mak nyah ni golongan yang duduk di belakang2 lorong yang menjanjikan layanan yang boley tahan la jugak..aku tak penah try so aku tak tahu..fiuu..aku cuma berminat tengok gelagat diorang je tuk meraih pelanggan..cisss macam kat pasar malam je kan nak raih2 pelanggan pulak..

Sebenar nya aku bukan nak cerita pasal golongan tersebut..aku nak cerita pasal anak buah aku yang sorang ni hahh..nama nya shazrin ihtisyam..tapi kami panggil dia ticam atau pun adik..masa raya haji baru ni aku ade jumpa dia..da besar budaknya..tahun depan da nak masuk darjah satu..da keletah dan pandai sangat bercakap..da macam cakap dengan budak tingkatan 3 je aku rasa kalau cakap dengan dia..budak nya boleh tahan la comel, nakal dan buas..kalau aku maen dengan dia mesti aku la yang teruk kene belasah dan paling last dengar lah suara aku menjerit sebab geram dengan dia...

Berbalik kepada tajuk mak nyah tadi..sebenar nya masa kecik2 dulu si ticam ni agak pelat..pelat nya teruk sangat sampai sepatah haram pun aku tak faham..kadang sampai satu tahap aku hanya iye kan je ape yang dia cakap tu sebab tak faham sangat kan..masa dia umur berapa tahun aku tak ingat pulak yang aku penah jaga dia yang masih dalam keadaan pelat lagi tuh..dan di sebabkan pelat dia tuh, bila dia panggil aku semacam je bunyi nya..korang faham tak bila aku maksudkan dengan semacam tu?

Ok, memandangkan aku anak nombor dua, so rata2 anak buah semua panggil aku mak ngah..jadi peristiwa pada satu petang yang mencetuskan tawa kami semua ialah, dia mintak tolong dengan aku buatkan susu dia..berikut dialog2 aku bersama budak kecik tu

"adik nak neneng" ticam
"nanti mak ngah buatkan la..kejap ye...mak ngah nak masak ni" aku
"adik nak neneng" kali ni dia keraskan suara dia pulak..tanda protes barangkali
"adik..kan mak ngah cakap sekejap..sekejap je..ok? 5minit...boleh?"
aku tengok muka dia da merah2 tanda marah dan mungkin nak menangis kowt..

"mak nyahhh...!!! adik nak neneng..adik nak neneng la..."
sepantas kilat aku pusing pandang dia..aku tutup air paip dekat sink..aku kesat tangan dan aku hulur tangan tanda mintak botol susu dari dia..dia aku tengok da sengih2..suka sangat aku da nak buatkan susu..selesai buat susu aku hulur dekat dia sambil cakap

"yang adik panggil mak ngah, mak nyah tu nape? mak nyah tu macam pondan la adik..mak ngah ni perempuan tulen" aku
ticam tersengih2..aku tak tahu la dia faham atau pun tak faham..tapi sambil aku masak2 tu aku duk terpikir..buat nya orang laen dengar ticam panggil aku macam tu, malu den..duduk kat dapur je la aku gamak nya..dan aku terpikir jugak, paham ke budak kecik yang pelat tu bila aku cakap pasal perempuan tulen bagai...

Bila petang, waktu mama dan papa dia balik aku cerita pada mereka peristiwa tersebut..diorang pun bantai gelak kat aku..tapi papa dia cakap kat ticam tu,
"adik, yang panggil mak ngah jadi mak nyah tu kenape?"
dan ticam tersengih2 je..faham ke tidak aku tak pasti..

owhh ye...aku lupe nak bagi tahu tadi..aku jaga ticam tu dekat umah family dia..dekat rawang, selangor..yang aku ingat masa tu aku baru lepas dapat result SPM..dan masa dia baru 2bulan pun aku penah jaga dia..masa dia kecik2 2bulan tu, dia nak dengan aku je..aku je yang boleh dukung dia..dengan orang lain dia tak nak..tapi bila dia da mula pandai berjalan, merangkak sikit, dia da tak nak dengan aku..mungkin sebab da lame tak jumpe aku..budak2 kan..

start aku jaga masa umur dia 2bulan tu, aku da mula suka kan anak2 kecil..mana tidak nya..aku lah yang basuh berak dia, tukar lampin dia..sedangkan masa tuh, umur dia baru 2bulan yang lembik2 lagi tuh..orang laen tak berani pegang..aku pulak masa tuh baru lepas PMR..kalau nak kire, disebabkan ticam tu jugak la aku da pandai buat kerja yang memerlukan kelembutan..ecewahhh...dan semalam, aku dapat tahu dia ade balik kampung kami kat pekan tuh..aku rasa nak jumpa dia..ye, aku rindukan dia..


Kasih ibu membawa ke syurga|i do love kids


p/s : anak2 bila da besar, da lupe semua perkara..macam tu juga dengan anak muda sekarang

Lelaki

Korang tahu kan lelaki tu ape..tak kan la sampai tahap aku kene suruh korang pegi kat Google pastu taip lelaki..tak kan la kene sampai cam tu sekali kan..ye dakk? Mane2 perempuan akan tengok lelaki dan mane2 lelaki akan tengok perempuan...ok, sekarang ni aku nak cerita pasal lelaki, bukan pasal perempuan..

Hurmm..lelaki, kadang2 menjadi topik pilihan untuk perempuan2..walaupun aku perempuan tapi takde lah sampai setiap detik dan saat aku hanya nak cakap pasal lelaki..banyak lagi bende yang best selain topik lelaki seperti, "hari ni nak tengok wayang cite ape ekk?", "bosan la, bagi idea nak pegi mane hari ni," dan juga seperti "weh,, ko ade dapat mesej dari .... x?"
Ok...dialog2 di atas lebih kurang cam dialog2 yang aku selalu bincangkan dengan kawan2 aku..heeee..kami memang suke berbincang lebih2 lagi pasal wayang dan berfoya2..

Ok2 berbalik kepada tajuk aku kat atas tuh..aku da melalut banyak sangat da ni..actually, aku terasa cam nak gedik2 tulis pasal lelaki2 yang buat aku suke akan mereka atau suke sangat la kan..hahaha
*encik sayang jangan marah ok

First, aku suke lelaki yang berbadan besar seperti fahrin ahmad ataupun aaron aziz..tapi aku lebih prefer fahrin..cehh..perasaan sungguh..

Lelaki idaman

Second nya, aku sangat suka lelaki yang suka kan kanak2 dan pandai pegang kanak2..kanak2 maksud nye di sini yang baru berapa bulan..dalam erti kata yang lain pegang baby..yang bab ni memang aku akan ralik pandang tak berkelip..bagi aku mereka sangat sweet

Sweet nye

Seterusnya, aku suka lelaki yang manja dan mengada2..owhh..aku tak tipu..memang aku suka..sebab aku boleh belasah tanda aku geram..err..gurau je..


Aku cinta padamu angin lalu

Sebenar nye aku banyak nak cakap tapi aku da takde idea..tu ler orang kata, takde idea nak update jugak kan? cis...huhu

Semua yang bercinta ingin berakhir seperti ini

p/s : kene pandai jiwang semula..bak kata kawan baik aku

Tuesday, December 7, 2010

kesalahan menaip








Pandai nya lah kau kan...tak fair la tambi kau buat aku camni..nak sepak je rasa...cuba faham sikit kehendak orang lain..matang la sikit bhaii..yennadei...adeiii....!!









p/s : tajuk entry ade kene mengene ke?

Monday, December 6, 2010

bAhagia

Malam ni aku rasa bahagia...nak tau kenapa? sebab my luvly photographer baru offer aku tuk jadi photographer dia tuk event ni...seronok tambah bahagia...gadget2 sume dia yang sediakan...ape yang aku perlu buat hanya lah shoot diorang tengah beraksi...bagus tak? owhh...sungguh la bahagia dengan rasa ni sume...event tu 19/12 nanti...nasib time aku takde kelas...syukur alhamdulillah..thanz to u bebeh!

Saturday, December 4, 2010

Merajuk ke?

Hari ni hari sabtu. Ok sume orang tau hari ni hari sabtu so apa motif aku bagi tau hari ni hari sabtu? ehh..suka hati aku lah kan..ok2, saja nak merapu dulu..sebenar nya tadi tak silap aku dalam pukul 1lebih la kot, aku terpikir nak telefon beliau yang tersayang..lama gak loading otak aku ni nak call atau hanya nak message sahaja..dalam tak sampai 5minit aku decide nak call je..kan sonang bak kata orang noghori kan...

Aku call n then beliau pun jawab..tak banyak yang aku tanya sebab bese lah beliau kan baru sampai ke kedah pagi tadi..so aku just tanya da makan ke belum n then tengah buat apa, ade kat mana..soalan typical kan..so beliau pun jawab macam bese..lama tuh aku rasa macam tak nak ganggu beliau maka dengan itu aku bagi salam n aku dengar beliau jawab pastu aku pun letak telefon..tak sampai 1saat aku letak, ade bunyi message..dari beliau..ayat lebih kurang camni la...

"xbis ckp lg da letak kan..xpe la.."

huhu..aku rasa bangang nya aku ni...mesti beliau bengang dengan aku..maka dengan itu aku call balik nak minta maaf..eh..eh..beliau tak angkat...aku pun taip message, cakap yang aku ingat beliau da habis cakap sebab beliau diam je...lepas tu kenapa tak angkat call dari aku...bila aku da send n da delivered so aku pun call semula..beliau angkat dan suara beliau lain dari yang mulamula aku call tuh..ok...beliau marah...eheee..aku hanya mampu say sorry je..aiyakk...teruk nya aku...tapi pelik gak aku..beliau merajuk ke? tak penah beliau macam tu..hehe..saya rindu awak la si bulat..kui3

p/s : mata aku da mengantuk sebab tadi aku makan ubat batuk.sekarang menyukarkan aku nak buat assignment n nak study..haishhh..tak mo tido la..nak siapkan keje nie

Friday, December 3, 2010

Cukup Indah?

salam..lama tak update..pasal nye aku malas..takde cerita nak di update kan kat followers2 aku...cehh cakap macam ramai je followers aku kan...perasan! owhh..ok, actually aku lame tak update di sebabkan kadar kemalasan yang melampaui batas berserta dengan kesibukan setelah aku baru sahaja bergelar pelajar...cehh...sebenar nya nak bagitau yang aku da belajar semula...tu je kan? ehh..tak...tak...mane ade...takde pun ok...sebenar nya dua tiga menjak ni aku rasa seronok lain macam..kenapakah? salah satu sebab mungkin sebab aku da mula belajar dan sebab lain nya aku tak tahu...tak reti nak cakap...mungkin aku da dapat jawapan kepada soalan aku selama ni..walaupun tak hundred percent...haishh...kenapa aku rasa segan nak cakap kat blog pulak kali ni?adeiii...yang aku tahu sekarang ialah aku hanya pandang ke depan berdoa, usaha dan juga berharap agar semua yang aku impikan menjadi nyata...macam ayat yang aku pernah dapat ialah tak mahu terlalu mengharap sebab takut bila tak dapat nanti jadi kecewa teruk...

hurmm..kenapa aku tak boleh buat 'dia' rasa macam dulu?ade kurang ke dekat aku atau sebenar nya ade yang tak kena dengan aku? hehehe..ok, tak lawak tapi aku sekadar nak hilangkan rasa gusar aku je...cehhh....tapi...makin lama aku rasa macam tak kena pulak..ape yang tak kena? aku da mula merepek da ni...cehh..sebab tu aku malas mula menaip..ade je bahan aku nak merapu..yang aku tahu, beliau sudah mula bergerak ke kedah tuk menjalani latihan tuk futsal hujung tahun ni...selamat menempuhi latihan yang memenatkan tuk beliau dan selamat menempuhi alam pembelajaran semula kepada aku...sekarang masing2 da ade komitmen baru...wish all the bez for our own life n good...

p/s : aku student paling tua dalam kelas