JellyPages.com

Thursday, December 22, 2011

Titik Noktah

Agak lama aku tak update memandangkan yang aku takde idea nak post entry pasal apa. Dan mungkin kebelakangan ini ada je benda yang nak jadi yang ada turun naiknya. Kejap ok dan kejap tak ok. Beberapa minggu lepas aku sibuk dengan dinner kolej dan bila da settle semua kerja, aku agak agak yang aku mungkin akan jatuh sakit takpun aku mesti tersungkur punya. Tapi alhamdulillah sampai hari ni aku sihat walafiat.

Mungkin pada zahirnya aku sihat walafiat tapi nyatanya aku punya emosi agak kurang, tidak stabil. Tapi memang emosi aku kurang stabil sebenarnya. Aku sibukkan diri dengan kerja kerja kolej dan semua benda aku fikirkan. 2 minggu sibuk dengan macam macam hal, ada budak kolej aku tegur yang aku nampak cengkung dan aku nampak kurus. Aku pulak puas fikir celah mana yang cengkung. Dan masa tengah basuh tangan kat kedai makan tu aku tengok cermin dan aku nampak aku. Aku yang serabut serabai macam tak terurus dan pipi aku tidak lagi sekembung sebelum ni. Ye, baru aku ingat kadang waktu makan aku 2 minggu yang lalu agak tak terurus. Tidur aku jugak tak aman sebenarnya dan ada je manusia yang akan mesej aku bertanya itu ini. Kondem itu ini pasa event aku tu. Dalam masa yang sama duit aku rabak semata mata hanya untuk topup. Aku topup rm5 hanya tahan 1 hari je. Lepas event dinner, ada pulak rantai art pada minggu yang seterusnya. Sangat sibuk. *konon macam orang penting, sampai semua event nak kena tunjuk muka.*

Sekarang, 2 minggu yang memenatkan itu da berakhir. Aku ada masalah lain pulak. Aku makan tak berhenti. Aku sangat kuat makan. Ada je benda yang aku nak kena kunyah. Sampai kawan kawan aku jadi pelik. Mungkin hati da senang bila kerja da settle. Dan bila 2 minggu lalu orang tegur aku cakap aku kurus dan cengkung, sekarang orang tegur aku cakap aku gemuk dan berisi. Ye, tahniah kerana aku telah berjaya. Itu yang aku nak. Lega, ada je benda yang membahagiakan jadi yang buat aku tak berhenti makan.

Ada lagi satu perkara. Yang pada mulanya mampu buat aku tersenyum lebar sepanjang hari. Tapi hari semalam tak lagi. Aku cuma rasa biasa. Rasa dugaan hidup yang aku perlu lalui kerana namanya seorang manusia di muka bumi ini. Tapi, aku da tak rasa excited macam dulu. Aku cuma rasa biasa. Dan aku nikmati hidup ni macam biasa. Semoga hari hari yang mendatang bakal memberi kesenangan dan kegembiraan kepada semua orang. Amin.

Friday, December 9, 2011

Menggila.

Tak cukup tidur. Rasa nak mati. Mesej tak berbalas. Senyuman tak terlihat. Kerutan dahi. Tua dah aku ni. Marah cepat tua. Sekali aku melenting satu library senyap tak terkata. Aku tak suka marah marah. Event lagi dua hari. Semoga berjaya semua. Tu je, okbai!

Thursday, December 1, 2011

Masihkah?

Sayang aku pada dia tak pernah berubah sampai lah hari ni. Marilah kita bermain cinta biarlah kecewa tak setara mana tapi dengar handphone berbunyi nada mesej darimu sudah cukup memadai. Terima kasih untuk mesej hari ni walaupun sekadar kata sayang yang biasa sahaja.

Buat apa nak cerita dekat semua apa yang kita sudah lalui. Biar bahagia ini kita sahaja yang tahu. Siapa dirimu biarlah rahsia sehingga kini. Tiada siapa yang tahu cuma aku dan kamu. I love you baby.

Gila! Kalau lah aku betul betul lalui semua ni kan best. Hidup ni banyak sangat benda yang tak best sebelum lalui fasa best tu. Aku rasa aku da mula tak tentu arah. Aku da rasa berdebar debar dengan event dinner kolej aku minggu depan. Macam nak tercabut jantung rasa bila fikir macam macam benda. Dengan training nya macam lebih kurang. Aku berdebar nak perform depan orang ramai. Aku cuak dengan macam macam preparation yang lebih kurang. Kawan kawan yang sentiasa dengan aku cakap takpe mereka akan sentiasa bersama dengan aku. Aku debar ni. Haihhh.


Wednesday, November 30, 2011

Sakitnya Putus Cinta

Pernah bercinta? Pernah jatuh cinta? Pernah putus cinta? Semua orang pernah. Kalau yang tak pernah tu sebenarnya anda bernasib baik sebab tak terjebak dengan benda benda yang menyakitkan macam ni. Aku pun dah tak ingat bila kali pertama aku terjebak dengan permainan cinta ni. Bila ingat balik alangkah tongongnya aku ni sebab muda muda belia budak darjah berapa pun aku da terjebak. Tapi tak ingat pulak umurnya berapa. Aku rasa hingusan lagi masa tu.

Bila fikir fikir balik masa tu takde pulak bagi effect sampai rasa macam nak mati. Rasa macam langit tu da hempap badan sendiri atau rasa macam satu Stadium Darul Makmur tu jerit:

"Kau LOSER!!!"

Ehh, takde lah kowt sampai macam tu sekali. Paling kurang pun takde mood nak makan atau berkurung dalam bilik. Alahhh typical manusia bila putus cinta. Tapi itu mentaliti aku yang budak sekolah hingusan lagi. Tapi sekarang, jeng jeng jeng....Bila umur da macam ni, aku sekadar menjadi manusia yang hanya mampu memandang dan tak boleh buat apa apa. Aku hanya boleh kasi pinjam bahu aku untuk menjadi sasaran tangisan. Dan aku juga tak mampu nak keluarkan sepatah ayat sekalipun. Aku hanya mampu pandang, pegang tangan dan usap usap lembut tangan yang sedang mengalami azab putus cinta.

Sumpah! Setelah sekian lama, akhirnya aku rasa betapa peritnya sakit putus cinta itu. Bukan aku yang putus cinta sebetulnya tapi orang lain. Tengok dia putus cinta aku pulak yang rasa sengsara. Aku pulak yang rasa peritnya tekak bila nak berbicara. Sebabnya aku da tak mampu nak bagi nasihat apa apa sebab aku tak punya cerita gembira untuk dikongsi bersama. Aku juga manusia yang malang yang sering ditimpa bencana bila mula jatuh cinta. Ceh! Pedih bukan? Sekali air mata dia mengalir aku rasa sejuta jarum dah mencucuk cucuk badan aku.

Hari hari aku terima SMS mengadu betapa pedihnya hati, peritnya liku hidup ini. Dan aku sungguh tak mampu berbuat apa apa. Sungguh bodohnya aku sebagai manusia yang menjadi sasaran aduannya. Aku lemah dengan tangisan dan air mata. Bukan lelaki je yang lemah tapi aku pun sama. Bila tangan aku genggam tangan dia, setiap derita yang dia tanggung bagai meresap masuk dalam diri aku. Maafkan aku andai aku bukan lagi teman bicara yang baik, juga bukan yang sempurna seperti dahulu yang boleh memberi kata nasihat. Aku sekarang bukan siapa siapa yang penuh dengan cerita gembira dalam hidup. Aku pun sama macam kau, manusia yang juga penuh derita dalam hidupnya cuma aku tidak putus cinta. Aku putus harapan dalam setiap apa yang aku lakukan.

Sakitnya putus cinta itu hanya kau yang rasa dan sungguh aku da terlalu perit untuk laluinya tuk kesekian kali. Aku lemah, tak mampu nak nasihat apa. Yang aku cuma boleh cakap ialah sabar. Sabar orang bukanlah aku yang mampu menahan nya. Perit orang bukan aku yang rasakannya. Percayalah, perjalanan hidup ini masih terlalu panjang. Teruskan dengan perkara yang mendatangkan hasil kebahagiaan. Kebahagiaan kita kadang kala tidak penting mana, yang penting hanyalah orang sekeliling kita mampu tersenyum saat bersama kita.

p/s : Yang pedih kau itu aku sanggup tanggung bersama, tapi pedih aku biar aku saja yang rasa.



Hilang Ingatan Setiap Hari

"Saying i love is not the words i want to hear from you."

Korang pernah dengar tak baris lirik lagu yang aku letak dekat atas tu? Pagi pagi buta macam ni aku dapat idea pulak nak post entry. Lately mood jiwang dan apa apa mood da tak berapa nak ada. Tapi apa yang ayat kat atas tu cakap memang betul pun. Apa guna kalau cakap sekalipun tapi tak bermaksud kan nya kan? Dulu aku pernah tunggu ayat tu keluar dari mulut dia dan bila dia cakap aku pulak yang tak percaya. Masalah ke kat situ? Memang masalah sebab aku rasa dia tak serius. Sebab aku tahu dia masih dengan orang lain. Aku ni tak punya kekuatan nak tanya dekat dia sama ada dia betul maksud kan ayat dia tu atau tidak.

Tapi setiap kali dia call aku memang itu lah yang dia cakap. Aku pulak haa kan je. Aku nak marah tapi dalam hati aku suka. Bila setiap kali bunyi phone aku lagu dia call mesti aku berdebar. Owhh please lah kan. Zaman tu macam da berlalu tapi nak buat macam mana da terkena dekat aku time umur umur macam ni. Haihhh..Tapi apa pun aku sentiasa tunggu dia. Tipu ke? Takpun sebab sampai sekarang aku masih tunggu dia. Jiwang ke? Lantak lah. Heh.

Aku rasa dia hilang ingatan setiap hari. Setiap hari nak kena cakap benda yang sama baru dia ingat. Bagi aku semua janji dia tu sekadar cakap cakap biasa. Dan takde makna. Bodoh ke aku sebab aku memang tunggu saat tu tapi last last aku tak percaya? Tolong jangan bermain dengan perasaan aku time aku tengah kusut banyak kerja ni. Please lah!

Tuesday, November 29, 2011

Melepak

Dulu aku selalu keluar pergi melepak. Teruk sangat ke bunyi melepak tu ye? Atau lebih manis kalau aku cakap keluar dengan kawan kawan pergi bersuka ria? Takde lah bersuka ria mana pun cuma yang lebih nyatanya duduk dekat mana mana kedai minum, order air 2-3 gelas borak borak saje. Macam biasalah.

Tapi kenapa aku cakap dulu? Kenapa tak sekarang? Sekarang aku dah kurang melepak. Sebenarnya dah tak tahu nak pergi mana dekat Kuantan ni. Sebab hampir semua tempat aku dah pergi. Bukan nak berlagak tapi aku lah peronda sejati. Seronok juga dapat tittle polis peronda kalau macam ni. Heh! Sekarang dah banyak benda aku tak buat. Aku dah lama tak duduk lama lama dekat kolej. Aku dah lama tak lepak dekat luar balik lewat malam dan aku dah lama tak keluar malam sebenarnya.

Sedih ke? Aku biasa je tapi bila kawan kawan minta maaf sebab tak dapat nak ambil bila ada port melepak, aku cakap takpe sebab aku da jarang keluar sekarang. Life aku dekat rumah je. Dalam bilik sorang sorang dengar lagu. Kalau boring kata je lah boring. Ape je yang aku boleh buat. Since along aku da pindah Kuala Lumpur, laptop kat rumah ni tinggal sebijik je. Susah betul aku nak online sekarang waima nak buat assignment sendiri.

Tadi kawan kawan aku ada cakap nak pergi melepak. Sebenarnya aku rindu nak lepak dengan diorang macam dulu dulu tapi aku dah rasa lain. Aku baru sedar aku perempuan ke agaknya kan. Dah takde apa yang nak diborakkan dan aku rasa pelik. Sekarang aku tengah pening fikir berebut tarikh dengan aktiviti out-door kolej dengan dinner kolej. Aku nak ramai orang join. Tu je. Aku da lama nak buat dinner tema macam tu. Lect aku cakap go on je dengan tema yang aku cakap. Nasib lah ada feedback yang baik.

p/s : kau bermain dengan hati dan perasaan aku sekarang ni. haih

Wednesday, November 23, 2011

Tak Mengapa

Alangkah sedihnya hati ku..param pam...hahh! Ambik kau intro aku siap berlagu lagi. Sekarang ni negeri pantai timur tengah risau dengan keadaan hujan. Macam ada gaya-gaya nak banjir je. Harapnya tak banjir lah kan.

Hari ni hari ketiga dalam minggu ni. Hari ketiga jugak aku pergi kelas dan kolej. Tak banyak sangat benda yang berlaku sebab yelah, hujan kan. Masing-masing pun takde mood nak buat apa-apa. Hujan sokmo. Aku tengah bekerja keras untuk siapkan proposal dinner kolej aku. Actually, da siap. Tunggu nak ada meeting dan print je. Esok ada meeting untuk bincangkan AJK bagi setiap kerja. Aku yang handle nanti apa benda semua nak cakap. Aku memang semangat tapi aku takde niat nak jadi ketua. Langsung aku tak berminat. Aku cuma nak naikkan nama jabatan grafik aku je.

Sebenarnya hati aku tengah pedih tapi aku biarkan sahaja. Macam biasa aku cuba berlagak profesional. Aku kan dah taknak pandang benda merepek dah. Aku rasa memang wajarnya aku pindah Melaka. Bawak diri ke? Yelah! Kecewa ni tau. Heh!

"Buat apa nak kecewa kalau takde apa-apa?" Soal salah seorang kawan aku.
"Suka hati lah nak kecewa pun. Macam tak pernah kecewa pulak kan? Heh!"

Agak kasar disitu tapi aku peduli apa. Itulah aku yang sedia adanya yang taknak berubah sebab sidia. Tapi tak mengapalah saya ok sahaja awak jangan lah risau pula.

p/s : hujan dalam hati siapa yang tahu

Tuesday, November 22, 2011

Melukut di tepi sungai.

Lama aku tak update. Bukan sebab sibuk ke apa tapi sebab kat rumah takde line internet so tak dapat la aku nak online. Lagipun aku takde benda nak dicarutkan sangat. Sepanjang ketiadaan internet ni macam macam dah aktiviti yang aku selalu buat. First aku dan adik adik aku pergi Taman Negara, bercuti dekat sana. Bercuti ke? Dalam hujan kami bercuti. So duduk melangut tidur je kerja kami.

And then yang terbaru jumaat lepas aku pergi kL. Ada kenduri kawen dekat rumah cousin adik angkat aku. Kami dari belah lelaki. Wahh aku menulis macam diari pulak rasanya. Cehh! Dan sekarang aku tengah bertungkus lumus menyiapkan final assignment. Ada macam macam jenis assignment dan macam macam jenis event yang bakal menyusul. Insya Allah aku dengan budak jabatan grafik aku sedang bertungkus lumus.

Pasal benda lain, everything ok. Life aku pun ok. Kadang boring kadang tak. Lately aku asyik moody. Kadang suka ketawa kuat kuat dan suka sakitkan hati orang. Aku tak tahu mana kepuasan yang aku dapat tapi aku layan. Aku suka bila aku dapat sakitkan hati orang.

Tuesday, October 25, 2011

Masalah Kita Ke?

Aku tak tahu apa status kita. Rasa macam nak tanya tapi kadang kadang terfikir apa motifnya kalau aku dapat jawapan lepastu aku sendiri tak tahu nak buat apa. Biar kita macam ni je? Aku memang suka. Sebab aku da laluinya. 10tahun macam ni aku takpe. Da biasa da.

Kalau kau da ada yang lain sila bagitau aku. Tapi sekarang ni apa perasaan aku dekat kau, aku sendiri pun tak pasti. Aku rasa da terlalu banyak masa kita da buang. Terbuang dengan masalah yang tak bersangkut paut. Aku ikut je flow kau. Aku layankan je padahal aku tak faham sebenarnya apa yang kau nak. Siapa aku di hati kau?
Sila tolong jangan jawab.

Monday, October 24, 2011

Umur Bukan Penghalang

Ada tiga benda yang sama antara aku dan dia.
Rantai loket love warna putih, cincin dan juga gelang yang banyak banyak tu =)

United we stand, together we slam.

Sebenarnya aku malas nak taip panjang panjang. Yang aku tahu seharian kami bersuka ria dari pagi sampai malam. Berenam : aku, Ily, Syamer, Ali, Faris dan Zack. Hari Ahad yang penuh makna. Terima kasih semua. =)

Thursday, October 13, 2011

Kaki Kanan Tendang Kaki Kiri

Blog aku bukanlah blog yang sedih. Bukan juga blog untuk aku melempiaskan segala kemarahan juga kekecewaan. Ada orang boleh terima blog yang sedih, tapi aku taknak orang bersedih bila baca blog aku. Aku nak orang selesa dan suka. Aku taknak orang lain turut sama hanyut dengan perasaan sama macam yang aku tulis. Orang akan cakap dan fikir betapa malang dan sedih nya kisah hidup aku. Tapi yang sebenarnya kadang kadang je sedih dan malang tu datang. Cuma yang sedih je mampu diluahkan dan perasaan bahagia yang lain tu tak mampu nak dipamerkan.

Sekali lagi aku terjebak dalam masalah yang boleh buat aku nampak bodoh dan sangat tak terurus. Aku mampu mengelak tapi aku tak mampu nak kecewakan hati orang. Nak katakan tidak pun aku tak mampu. Kadang kadang bila terlampau banyak bercakap dan meluahkan perasaan boleh mengundang kepada bermacam kekacauan. Macam mana aku boleh terjebak dengan semua ni aku tak tahu. Sebenarnya aku da sakit dada bila fikir. Kalau dulu zaman aku belajar, status aku selalu meruntun hati merana jiwa dan lara. Tapi sekarang status aku banyak yang gila gila. Dan bila aku rasa kecewa macam sekarang ni, aku jadi naik segan nak buat status macam tu lagi. Sebab di mana jiwa seorang yang selalu nya bersuka ria dan gila tiba tiba berduka lara. Aku pun tak mampu nak jawab.

Tapi kalau lah kau baca semua ni aku nak tahu apa yang kau rasa. Sebenarnya aku nak tahu perasaan kau. Atau sebenarnya aku terkena balasan sebab pernah buat dekat orang lain macam ni? Tapi, sebagai pembelaan aku akan cakap. Aku takkan buat kalau orang tak buat kat aku. Satu je lah. Aku cuma nak tahu apa maksud perlakuan kau terhadap aku? Apa maksud layanan kau terhadap aku? Dan yang paling utama, siapa aku di hati kau? Boleh jawab? Kalau kau baca sila jawab. Hantar message dekat handphone aku. Aku cuma nak jawapan. Bukan soalan bertalu talu.

Ada yang suruh aku berpaling. Biarkan segala cerita berhenti setakat itu sahaja, tapi bukan aku untuk mengalah kalau bukan sampai masa nya. Sampai aku jumpa pengganti. Percaya atau tidak, aku da jumpa dan aku da nampak. Ye, memang kau orang nya. Hati aku kuat dan yakin. Sebab tu hati aku cakap jangan putus asa. Dan sebenarnya aku benci update pasal cerita hati dan perasaan.

*Lebih baik kau pergi padanya, lebih baik kau memilih dia, jangan pernah kau hiraukan hatiku.

p/s : aku harap aku kuat masa nak perform lagu tu nanti. hye bebeh, this is for u.

Rumah Sewa

Rumah sewa tu takde la besar sangat tapi aku da rasa cukup besar untuk aku dengan adik perempuan aku, Ily nak duduk. Mungkin sebab kami bakal duduk berdua sebab tu lah aku rasa rumah sewa tu besar kowt. Hari pertama pindah dan masuk rumah baru tu aku tak rasa apa apa pun. Sebab nya rumah tu kelengkapan dapur semua da ada. Da ada kabinet dapur, da ada peti ais 3 pintu yang cukup tinggi dan besar. Tuan rumah awal awal da sediakan untuk kami. Cuma yang takde perabot dekat hall. Aku terfikir nak beli jugak tapi tunggu dapat payment dulu.

Memandangkan yang Ily kerja dekat ofis so yang tinggal dekat rumah aku sorang je lah. Hari first pindah pun Ily da kena kerja. Sebelum pegi kerja pagi tu aku dengan dia da bincang nak beli barang rumah apa yang takde lagi. Semangat aku buat senarai nak beli macam macam. Ily bagi duit je untuk beli barang apa yang patut. Selebihnya aku yang tambah. Da siap senarai barang yang penting Ily terus pegi kerja, tinggal aku sorang sorang dekat rumah sewa baru yang besar tu. Aku lepak lepak dekat hall sambil tambah senarai barang apa yang nak kena beli.

Tengah aku syok syok tulis aku dengar ada suara budak dekat area dapur. Aku ingat suara anak jiran tapi apsal macam dekat gila suara budak budak tu. Aku bangun nak pegi dapur. Slow slow aku jalan. Masa tu punya nervous Tuhan je yang tahu. Nak tercabut rasanya jantung aku ni. Sabar je lah. Makin aku dekat dengan dapur, makin kuat pulak suara budak budak tu. Aku pegi dekat toilet area dapur tu. Aku tolak pintu toilet lepastu punya lah aku terkejut sebab keluar dua orang budak kecik dari bilik air tu sambil berlari lari. Aku tercengang tapi punya takut masa tu sampai aku tak boleh nak bersuara. Aku tengok je budak budak tu lari dalam rumah. Da macam playground pulak rumah aku dapat dekat diorang.

Aku gerak pegi bilik siap siap nak pegi beli barang rumah. Budak dua orang tu aku tak tahu apa cerita. Aku biarkan je. Masa aku nak tutup pintu rumah aku halau budak dua orang tu. Aku cakap aku nak pegi beli barang, jangan duk dalam rumah aku. Yang dua orang tu keluar pastu tetiba ada lagi sorang budak kecik muncul. Menangis taknak keluar dari rumah aku. Aku da marah marah tapi dia makin kuat melalak. Last last aku kunci budak tu dari dalam rumah aku. Masa nak keluar, ada dua orang mamat motor singgah dekat rumah aku. Jiran baru tak silap aku. Nampak macam mat rempit, tapi pakai kemas. Mungkin kerja dekat ofis kowt. Dia cakap rumah dia seberang dari rumah aku tu, kalau ada apa apa panggil je. Aku pun malas cakap banyak, cakap ok je.

Malas cerita panjang, masa aku da balik rumah dari beli barang tu aku tengok rumah senyap sunyi je. Da takde budak 3 orang yang suka suka hati buat rumah aku macam playground. Bila da sampai rumah, aku tengok tepi rumah aku macam kotor. Aku pun berniat suci murni la nak bersihkan. Tengah tengah aku sapu sampah, cuci longkang dengan mop lantai aku dengar lagi sekali suara budak budak tu. Tapi kali ni lain macam sikit. Aku tengok jam da nak dekat area Maghrib masa tu. Dalam hati aku da fikir mana lah adik aku ni tak balik kerja lagi ke. Takkan sampai maghrib kowt. Suara budak budak tu makin nyaring. Ada suara gelak gelak, ada suara tengah menangis. Yang tengah menangis tu aku memang tak boleh bla. Tapi apa yang aku tahu, aku memang tak bersuara apa apa pun. Aku cuma duduk statik dekat luar rumah, tunggu Ily balik kerja. Aku punya takut masa tu sampai satu suara pun aku tak keluarkan dari mulut. Tapi aku still teruskan bersih laman belakang rumah tu.

Aku tak tahu datang dari mana budak 3 orang tu. Dan aku tak tahu kenapa aku dengan selambe boleh bercakap dengan budak 3 orang tu tadi walaupun aku tahu diorang baru je keluar dari bilik air rumah aku. Rumah aku yang pada mula senyap sunyi masa Ily ada. Tetiba bila Ily pegi kerja, budak budak tu muncul. Aku memang da cuak, tapi aku taknak fikir banyak. Aku fikir nak tunggu Ily balik je. Tengah tengah tunggu Ily tu, aku terbangun dari tido. Ceh! Mimpi je rupanya. Tapi apa yang aku tahu, walau sekadar mimpi aku tetap rasa seronok. Aku pun tak faham kenapa. Korang tahu kenapa? Ce bagitau.

p/s : jangan biarkan hidup anda di selubungi mimpi tak hape hape.

Tuesday, October 4, 2011

Bila Umur Menjadi Persoalan

Semalam kelas aku pagi pukul11. Seperti biasa aku memang akan dengan sengaja nya datang lewat sebab aku tahu lecturer aku tu akan datang lewat juga so aku da kurang suka tunggu orang. Jawapannya adalah datang lewat. Aku ulang ayat yang sama dua tiga kali ke? Ok dah. Aku sampai dalam pukul 11.30pagi. Aku sampai sampai tengok pintu studio masih tertutup, lampu tak menyala. Memang sangat besar kemungkinan yang lecturer aku tak masuk lagi. Sampai dekat tepi studio aku tengok budak budak kelas aku tengah melepak. Borak borak kosong macam biasa. Kelas takde, batal katanya. Dalam hati aku sabar je lah. Semput naik tangga tak hilang lagi.

Wehh, apehal intro panjang gila ni? Sebenarnya satu je aku nak cakap. Masa melepak makan dengan restoran belakang kolej, budak budak ni ada tanya soalan cepu tembaga dekat aku.

"Shifa, tahun depan umur kau da 23, bila nak khawin nya?" Yang bertanya tu namanya Lya.

Aku telan liur. Pandang muka sorang sorang. Aku sengih tarik nafas slow slow.

"Yang ada boyfriend la khawin dulu. Bukan aku yang takde boyfriend ni. Ye dak?" Aku.

"Ehh. Aku salah pandang lah ye? Muda lagi kak, baru 18." Lya.

"Takpayah nak merepek. Kau sama umur dengan aku kot. Khawin jelah takpayah tanya aku" Aku.

Bila fikir fikir balik, kenapa umur macam aku ni soalan pelik macam tu selalu terkeluar? Soalan common da aku rasa. Sampai muak aku nak jawab. Yang kelakarnya dalam beberapa minggu ni soalan yang sama diajukan dekat aku. Tak soalan, perbualan merepek macam ni lah yang aku selalu dengar. Ok, sebagai yang tua, aku pedih telinga rasa. Tapi layankan je.

Yang buat aku terfikir lagi sekali pasal perbualan kami semalam bila tadi aku baru je dapat invitation dari kawan aku masa sama sama belajar dulu. Jemputan ke Majlis Perkhawinan. Dia sama umur dengan aku. Sebab tu aku cakap kalau da tunang awal for sure nak kena khawin cepat cepat. Banyak sangat dah aku fikir ni. Sampai aku jadi sakit hati. Fikir benda yang merapu macam ni sampai aku sakit hati. Sebab tu bila orang tanya umur aku berapa, aku jawab 18. Sebabnya aku taknak orang tanya soalan yang sama tu lagi.

So, umur saya 18 ye. Baru habis SPM tahun lepas.

p/s : tak lama lagi mesti aku menangis. uwaaa

Monday, October 3, 2011

Satu Dua Tiga

Banyak perkara dalam hidup ni aku rasa macam aku da lali. Walau orang lain kata bila time dia kena macam teruk sangat. Tapi aku tetap rasa biasa. Bukan aku nak cakap aku kebal atau apa, tapi bila dah setiap hari, setiap minggu berulang perkara yang sama nak cakap macam mana.

Aku teringat setiap peristiwa sedih yang pernah berlaku dalam hidup aku. Setiap apa yang pernah menyakitkan hati aku. Aku simpan dan pendam sorang sorang. Sesungguhnya aku tak tahu nak cerita dekat siapa. Bermula nya masa exboyfriend aku tuduh aku curang dan ada lelaki lain. Tapi sebenarnya dia lah yang ada perempuan lain. Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri dia dengan perempuan tu dekat shopping mall jalan pegang tangan. Apa lagi aku nak cakap kan. Sebagai manusia, aku berpijak di bumi yang nyata, aku telan air liur je masa tu. Langkah aku matikan dan aku pusing dan turun balik ikut escalator. Sedih? Siapa tak sedih tapi aku boleh buat apa. Masa tu aku sorang sorang dekat mall. Tapi sekarang aku dapat tau ex aku tu da khawin dan da ada anak sorang. Semoga dia bahagia.

Aku juga perasan, aku selalu sakit sakit. Selalu demam, selalu selsema, batuk batuk. Aku da jadi lali dengan benda tu semua sampai bila orang suruh pergi klinik aku taknak pergi. Sebabnya dalam seminggu akan ada 2-3 kali aku demam. Aku alah pada sejuk. Kalau aku duduk dalam ekon kompem aku selsema. Bila selsema aku sakit tekak dan demam. 2-3hari lepas, along aku bagitau yang cousin aku keguguran. Cousin aku call along aku nak cakap dengan Babah. Bayangkan perasaan nya macam mana. Bukan jenis orang yang gugur bila jatuh tu, tapi dia tengah duduk saja sedar sedar darah da mengalir keluar. Aku sedih. Kami semua tahu rahim dia lemah. Kami sentiasa doakan semoga dia sihat. Aku sedih bila kenangkan, bila sampai masa aku nanti. Aku sesungguhnya sangat lah lemah. Baru aku perasan semalam, rupa nya tu salah satu sebab kenapa badan aku tak pernah nak membesar. Aku sentiasa macam ni dan berat badan aku tak pernah lebih dari 45kg. Percaya atau tidak itu lah yang aku alami.

Pernah tengok makhluk halus? Makhluk di alam ghaib? Aku tak pernah dan kalau boleh aku tak nak tengok. Dapat merasakan kehadiran makhluk tu merupakan satu benda yang kalau boleh aku pun taknak. Tapi, nak taknak aku memang kena rasa benda tu ada.

Orang menipu? Aku boleh rasa orang tu menipu. Bukan sebab aku ni superpower ke apa. Tapi rasanya aku da kawan dengan ramai sangat kaki penipu. Da faham dan aku belajar body language orang yang menipu ni macam mana. Sampai satu masa aku akan cakap, kita tengok lah macam mana nanti apa yang jadi.

Aku cakap besar? Bila ada orang cuba nak rasa best bila dengan aku. Aku suka perli orang. Bila da terlampau banyak benda yang orang tu selalu perli aku, aku simpan. Nahh! Aku bagi balik. Jahat kan? Da ramai yang kena, sampai kawan kawan baik aku pernah kena. And sorry sangat sangat. Kadang yang pernah kena tu kena atas tempias orang lain.

Aku memang jenis manusia nekad. Kalau aku cakap aku nak buat aku buat. Or atau orang kata jangan buat aku tak buat. Aku lurus bendul? Agak la. Tapi kadang kadang sebab aku tak suka nak pikir lebih lebih atau pikir bukan bukan sangat. Apa yang orang cakap aku ikut je. Contoh, jangan kawan dah dengan aku lepasni. Ok, aku da takkan kawan dengan kau sebab bukan aku yang nak. Tapi kau yang da cakap. Lepastu aku akan buang semua apa apa saja yang ada kena mengena dengan orang tu. Tu cara paling mudah la bagi aku untuk lupakan seseorang. Paling best ialah bila aku da mula delete nombor.

Ok, aku tau da panjang sangat. Sebenarnya hari ni aku bangun awal sangat. Ada kelas pagi. Sambil menaip, jari jari aku da sejuk beku. Sebab sebenarnya aku tengah demam sekarang ni. Aku menaip dengan takde perasaan langsung.

p/s : setiap apa yang berlaku ada hikmah Nya. Dan aku akan sabar menanti apa yang akan terjadi seterusnya. Insya Allah dengan hati yang penuh ketabahan. Ya Allah, kuatkan lah semangat ku dan kuatkan lah hati ku. Amin.

Saturday, September 24, 2011

Budak budak

Ada cerita zaman sekolah yang aku nak update. Tapi tunggu dulu. Malas nak taip panjang panjang. Aku mengantuk. Nak tido.

Friday, September 23, 2011

Lagi Sekali

Kata orang setiap kegembiraan yang kita rasa tak dapat diucap dengan kata kata.


p/s : i'm smiling back at you.

Thursday, September 22, 2011

Rahsia Kita

Aku tetiba rasa macam nak hangin satu badan. Entah la kenapa sebab aku rasa kadang kadang masalah aku berpunca dari kawan aku jugak. Betul la apa orang kata kawan sendiri pun boleh cucuk kita dengan macam macam benda yang tak baik. Konsepnya macam aku cerita dekat kau satu hal lepastu kau cerita dengan orang lain pasal hal aku. Kalau benda baik takpe jugak. Ni macam nak laga lagakan kawan kawan pulak.

Sebenarnya aku tak berapa perasan tapi walaupun aku rabun tapi Allah bagi aku deria mata yang lagi power dari semua tu. Aku banyak perasan banyak kali da kawan aku yang sorang ni buat macam tu. Kalau aku, benda yang dibualkan dengan kawan kawan lain tak payah la kau cerita dekat orang lain. Kalau benda baik takpe. Ni kalau kau pun sama turut serta dalam sesi kutuk mengutuk tu lepastu kau canang cerita dekat orang yang kau kutuk tu. Ape benda tu weii? Boleh tak cakap dekat aku.

Boleh tahan gak kan ada kawan yang macam tu. Lebih kurang macam kaki gosip. Aku malas nak gaduh pasal menda kecik macam ni tapi aku harap la yang dia faham yang tak baik la weii buat kawan kawan macam ni. Sampai bila? Agak kurang ajar juga perangai nya kan. Aku nak tegur nanti dia terasa lepastu dia cerita pulak dekat orang lain. Payah betul la aku rasa. Aku da rasa macam bukan rahsia kita da ni. Rahsia semua orang. Siapa siapa yang kau kawan semua akan tahu cerita ni. Tapi kalau benda benda yang agak privacy kadang takde pulak dia cerita. Bagus la jugak. Cuma aku tak suka kalau kau da join sesi kutuk mengutuk lepastu kau rajin rajin nak sampaikan perbualan tu. Bagus la. Nice!

p/s : siapa lagi aku nak percaya selain dari hati aku sendiri. hurmm...

Tuesday, September 20, 2011

Peluang

Da lama aku takde perasaan macam ni. Semua ni cuma salah yang tak terduga dan tak diduga. Macam mana aku pernah terbayang perasaan melihat kumbang di laman orang. Tercabar betul rasanya hidup aku seharian. Aku pernah mengidam kumbang berbulan lamanya. Disuruh tunggu namun dia yang merubah segalanya. Memang macam sangat lah celaka. Dan sekarang benda yang sama berulang lagi. Cuma kali ni pedih dia makin menjadi jadi. Dan aku masih bertekad nak tunggu. Biar katanya tak mungkin sama sekali diludah jilat kembali!

Percayalah wahai hati sesungguhnya kau memang tak mengerti. Aku masih setia disini menanti segala ketidakpastian. Bodoh katanya andai masih mengharap tapi segala yang tak pernah aku buat sebelum ini ternyata aku buat demi nama mu. Pujukan masihh bersisa dan nyatanya pelik sebab sumpah aku tak pandai memujuk. Namun aku tabahkan hati, kuatkan semangat demi memujuk dirimu. Namun, ku sangka diri mu seperti kerak nasi yang lamanya akan lembut jua, tapi ternyata silap telahan ku.

Nyatanya aku masih disini menanti sesuatu yang tak pasti. Kalau andainya ada peluang izinkan aku perjelaskan segalanya. Bukan hanya kata maaf yang tak aku faham apa erti semuanya. Aku cuma minta diberikan peluang. Peluang tuk jelaskan segala kemusykilan.

p/s : pedihnya hidup sebab terpaksa berpura pura macam ni.

Friday, September 16, 2011

Update.

Beberapa minggu da berlalu. Memang sumpah bosan hidup macam ni. Agak kelam kabut dan sememangnya tak best langsung. Puasa go on dengan selamatnya. Puasa tahun ni aku rasa sangat bermakna. Aku puasa dengan kawan kawan aku. Raya, macam semua orang tau sangat la tak best. Walaupun sebenarnya pertama kalinya setelah da berapa tahun aku beraya kat kampung. Bagi aku semua sama je. Tokcik ada cakap, balik lah Raya Haji nanti. Aku memang tak kesah sebab aku rasa mana mana yang aku pergi semua nya da takde apa.

Perghh!! Intro pun da panjang lebar. Kompem lah korang bosan punya kan. Lama gila aku tak update. Aku malas dan takde idea. Raya tahun ni memang sumpah, sangat la tak best. Walaupun dengan bangga nya aku boleh cakap yang aku puasa penuh tahun ni. Alhamdulillah. Rancangnya nak puasa 6 tapi tak jugak aku puasa nya sampai lah hari ni. Terul betul perangai aku kan. Sem baru bukak. Baru seminggu. Tapi aku takde mood nak lalui hari hari yang mendatang. Syukur aku lepas semua subjek. Aku tau kadang emosi mempengaruhi hidup aku. Bukan aku je tapi semua orang. Emosi aku tak best sepanjang cuti raya ni. Apatah lagi bukak sem ni.

Aku da tak tahu nak update apa. Sumpah bosan dan takde idea. Okbai!

Monday, August 29, 2011

Cerita

Baru tadi aku selesai post satu entry terbaru yang sudah semestinya takde langsung kena mengena dengan aku. Dua tiga menjak ni aku kekurangan idea nak menulis tentang apa yang berlaku sekeliling hidup aku. Rasanya mula hari ni aku bercadang nak menulis macam cerita pendek bagi setiap entry aku. Mungkin cara tu akan berhasil memandangkan aku rasa penulisan aku da agak payau dan tawar hebeng bak kata orang Pahang.

Apa yang bakal aku tulis nanti mungkin takde kena mengena dengan aku dan mungkin ada sikit terkena sipi sipi. Tapi aku akan mengelak secara purata julat 90% iaitu untuk tidak menulis apa apa yang ada kaitan dengan aku. Semuanya hanyalah rekaan semata dan juga dari pemerhatian aku. Kadang buat cerita macam tu baru orang akan faham. Aku bukan apa, sejak aku da tak berapa dengan facebook ni, da kurang pengunjung blog aku ni. Aku bukan nak tarik ramai followers. Jauh sekali nak kumpul sampai ada target 100 orang. Owhh tu memang bukan target aku sejak aku mula berjinak dengan dunia blogspot. Aku cuma nak berkongsi cerita, pendapat dan juga pengalaman aku sendiri. Sebab lain orang lain pendapat lain cara dan juga lain pemerhatian.

Aku cuma nak orang seronok bila datang melawat blog aku dan baca blog aku. Semoganya takde yang cuba nak mencaras aku dalam diam. Hidup ni penuh wawasan. Kan kan kan?

p/s : sesungguhnya orang yang berdahi luas adalah orang yang berwawasan. aku rindukan beliau.

Sunday, August 28, 2011

Pencinta Yang Malang

Hujan lebat mula turun membasahi bumi Malaysia sedang Insyirah asyik bernyanyi riang di halaman rumahnya. Bernyanyi riang bukan tanda dia sedang gembira tetapi sengaja ditutup gundah di hati. Insyirah tahu jika dia asyik teringat perkara yang menyedihkan hatinya pasti diakhiri dengan tekanan jiwa yang amat dahsyat. Insyirah teringat kisah sewaktu dia sedang menuntut pelajaran di Melbourne 2tahun lepas. Masih berbaki segala kenangan yang menambahkan kedewasaan dirinya.

***
Dia mengenali Zarith sewaktu mereka sama sama menyertai aktiviti sukarelawan di kawasan perumahan pelajar. Zarith dilihatnya seorang yang sangat pendiam namun sangat baik hati dan juga lucu kadang kala. Tidak pernah terlintas di fikiran Insyirah untuk berkenalan dengan Zarith. Semuanya berlaku secara kebetulan. Insyirah merupakan seorang pelajar yang amat lantang bila bersuara, manakan tidak dia dipilih sebagai Badan Perwakilan Pelajar untuk pelajar Malaysia di sana. Berbeza dengan sikap Zarith yang agak pendiam dan pemalu itu. Perkenalan mereka pada mulanya hanyalah atas daras kawan sesama universiti dan juga sesama sukarelawan, secara tiba tiba mula terbitnya perasaan rindu. Zarith merupakan pelajar Fakulti Perubatan manakala Insyirah merupakan pelajar Fakulti Seni Bina.

Perkenalan mereka berjalan lancar sepanjang tempoh itu. Tidak ada cacat cela namun sepatah ungkapan sayang mahupun cinta tidak pernah langsung terkeluar dari bibir kedua duanya. Bagi mereka apa yang diutamakan adalah pengajian mereka di sana. Kawan kawan mula membising. Menyuruh mereka menuruskan segala perhubungan ini dengan sebetulnya. Hati perempuan Insyirah seakan bersetuju namun apalah dayanya jika Zarith hanya berdiam dan berlagak seperti biasa. Insyirah seperti ingin menyuarakan rasa hatinya namun Zarith seperti acuh tak acuh endah tak endah. Insyirah mula mengasing diri. Zarith pula menuruskan pembelajarannya seperti biasa. Meninggalkan Insyirah dengan harapan dan angan angan kosongnya. Setelah hampir sebulan, Insyirah mula sedar bahawa tiada apa diantara hubungannya dengan Zarith dahulu. Semuanya tidak lebih daripada keselesaan dan kesenangan bila bersama. Nampaknya Zarith sebagai lelaki bijak memainkan peranannya. Bersikap bersahaja pendiam namun penuh kelucuan. Akhirnya 2tahun berlalu, mereka masih seperti kawan biasa. Insyirah sudah mula dapat menerima segalanya sebagai satu kebetulan dalam sebuah perkenalan dan persahabatan.

***

Zarith termenung sendiri di balkoni biliknya. Dia baru pulang dari kerja sebaik hujan turun. Tali leher yang seakan menjerut dileraikan bagi memberi sedikit keselesaan. Melihat rintik hujan yang turun, hatinya gundah. Memikirkan kenangan sewaktu dia masih lagi bergelar pelajar sewaktu di Melbourne beberapa tahun dahulu. Dia tertarik dengan seorang gadis lincah bernama Insyirah. Insyirah baginya seorang gadis yang sangat berdikari dan juga sangat bersahaja. Tidak mudah kekok apabila berbual dengan orang yang baru dikenalinya. Insyirah juga mudah mesra dengan orang lain dan dia juga sangat disenangi oleh semua pelajar Malaysia yang menuntut bersama mereka. Insyirah mula rapat dengannya sewaktu mereka terlibat dengan aktiviti dikejiranan rumah mereka sewaktu di Melbourne dahulu. Insyirah petah berkata kata dan sangat manis bagi Zarith. Hati lelakinya terusik dengan kelincahan dan kepetahan Insyirah namun dipendamkan saja hasrat hatinya. Teman teman menyuruh dia agar berterus terang dengan Insyirah tetapi dia segan. Kerana baginya Insyirah terlalu ramai kawan dan pastinya bukan dirinya yang menjadi pilihan. Dia tinggalkan segala perasaannya agar tidak terus hanyut dan memberikan fokus kepada pelajarannya sahaja. Sehingga kini, mahu atau tidak Zarith mengakui bahawa wajah Insyirah bermain dimindanya. Hatinya masih kepada Insyirah namun dia tahu, dia tidak mungkin dapat memiliki. Segala gambar Insyirah masih elok dalam simpannya. Masih terpampang indah di desktop laptop dan komputer rumahnya. Semuanya masih sama. Wajah manis bersahaja itu. Hasrat Zarith masih tinggal hasrat. Dia berdoa agar diketemukan dengan Insyirah suatu hari nanti.

***

Insyirah mengetap bibir. Dia lah pencinta yang malang kerana terlalu berharap kepada seorang lelaki yang pastinya bukan untuk dia.

Dan Zarith juga pencinta yang malang kerana masih menanti sigadis pujaan yang tidak pernah disuarakan hasrat hatinya.

Keduanya malang kerana tidak pernah menyuarakan isi hati masing masing. Pengajarannya adalah, biar kita kecewa bila kita da berterus terang daripadan kita kecewa dari tak buat apa apa dan hanya sekadar melihat dan melopong. Diterima atau ditolak itu bukan soalnya, tetapi soalnya adalah berterus terang tentang isi hati. Jangan dibiarkan nanar bergelut dengan perasaan sendiri.

p/s : cerita ini hanya rekaan semata mata. peace yaw~!!

Bosan?

Sekelip mata hati manusia boleh berubah. Bukan perempuan je sekarang ni orang cakap macam lalang tapi lelaki pun sama. Senang nak cerita sekarang ni kita tak boleh nak tengok sebelah pihak je. Dua dua sekarang ni jenis macam ni. Bukan bab hati dan perasaan je tapi bab buat keputusan dan pilihan pun sama. Kejap kata warna biru, kejap lag warna ungu. Aku bab bab bertukar macam ni yang aku lemah ni. Nasib la aku ni jenis malas nak membantah. Dan malas jugak nak meminta. Bak kata orang terima je apa yang ada.

Tapi kadang aku pun kadang kadang terjebak jugak dengan masalah ni. Bila da serabut sangat. Bila orang kata terlampau banyak sangat pilihan. So, last last aku cakap ikut la mana mana. Aku da penat. Malas nak ambik port. Aku bukan jenis manusia yang suka memaksa. Dan aku juga manusia yang tak suka dipaksa. Aku faham situasi di mana bila orang da serabut. Tapi sekarang ni aku tak faham apa sebenarnya. Dan rasanya aku da mention banyak kali bila aku cakap aku tak suka keadaan yang tak pasti. Aku tak pasti hati orang ni macam mana, aku tak pasti orang yang tu akan cakap apa. Aku benci dan aku serabut.

Sekarang aku sebenarnya cuba tuk ambik jalan mudah dengan taknak ambik port. Tapi aku da tak boleh. Aku tak reti. Aku tak reti nak pujuk orang dan aku tak tahu mana silap nya. Cuba bagitau aku mana silapnya, takde la aku sasau macam ni. Ni yang benci ni. Ok, emosi. Tolong bagitau adakah ini tanda tanda manusia sudah mula bosan atau apekah? Haihhh. Ramadhan yang ke 27 dan aku masih berpuasa.

Friday, August 26, 2011

Rasa Yang Sesuatu

Da nak hampir hujung Ramadhan. Aku masih tak rasa bahang raya atau mungkin sebab kat rumah aku takde buat apa apa persiapan lagi memandangkan yang mak aku masih bekerja sampai hari ni. Bulan puasa ni boleh di katakan aku asyik berbuka dekat luar dengan kawan kawan aku dan juga kawan kawan kolej aku. Sesungguhnya puasa tahun ni jugak yang aku rasa macam takde apa apa. Apatah lagi dengan nak raya ni. Aku rasa biasa je. Cuma, ade sesuatu yang aku rasa since pertengahan Ramadhan ni.

Percaya atau tidak, setelah sekian lama aku keraskan hati aku untuk seorang lelaki dengan nekad nya aku nak lupakan orang yang aku da tunggu dekat 6bulan dan juga apa apa relationship yang aku penah lalui dalam tahun ni, semua nya seperti tak mendatangkan apa apa feeling yang memang betul betul feeling lah. Tapi...haaa ada tapi tu. Pertengahan Ramadhan ni aku rasa hati aku da mula terusik. Aku da mula rasa apa yang patut aku rasa lama dah. Aku da mula rasa sedih, rasa sayang, rasa rindu dan mula rasa true feeling dengan relationship. Semalam aku share cerita dengan salah seorang kawan aku, aku tanya dia, malam Lailatul Qadar ke? Dia kata kemungkinan besar lah. Dan aku bersyukur. Setelah sekian lama aku keraskan hati aku, 2-3 hari ni aku terbuai dengan perasaan sendiri. Aku da boleh nak sayangkan seseorang dengan sepenuh hati aku. Ye, dan aku mengaku aku memang da sayangkan dia. Tapi, lately hubungan kami macam agak dingin. Dan aku tak tahu kenapa. Aku mula risau aku da serabutkan dia. Aku tak tahu macam mana nak cakap. Orang yang sepatutnya tahu pasal ni pun takde tanya aku apa apa.

Aku harap, semua ni tak sia sia. Bukan lah macam cerita Impian Raya Emelyn tu. Ishh. Tetibe je kan aku layan cerita tu. Cuma nya aku harap aku tak kecewakan dia. Dan aku harap aku ada penjelasan untuk semua ini.

p/s : ada potensi untuk aku puasa penuh tahun ni. tehehe


Tuesday, August 23, 2011

Monday, August 15, 2011

Dua Kerja

Da berapa hari aku dengan kakak aku asyik menyanyi nyanyi. Melepak dalam bilik sambil cari chords gitar tuk macam macam lagu. Aku cari dan beliau main gitar dan aku juga yang kena menyanyi sebab aku yang nak sangat berjamming. Errrk..jamming ke camtu? Rasa nya da macam macam jenis lagu da kami main. Tapi aku masih tak ingat lagi lirik lagu nya. Teruk betul.

Tengah aku syok syok landing atas katil, kakak aku duk main strumming gitar beliau aku dengar dia menyanyi sambil main gitar. Lepastu dahi aku da berkerut kerut dengar dia nyanyi sambil main gitar. Agak pelik bunyi nya bagi aku. Lepastu aku sound beliau,

"Ape tu? Apsal bunyi pelik je? Tak kena langsung awak masuk tu. Pelik betul."

Kakak aku pandang aku sambil main gitar tapi dia stop menyanyi.

"Apsal?" Kakak aku.

"Bunyi lain, nyanyi lain. Awak memang tak boleh main gitar sambil menyanyi ke?" Aku

"Lah..memang pun. Saya mana reti buat dua kerja dalam satu masa. Sebab tu saya tak boleh bawak kete manual. Mana nak tekan clutch lagi, gear lagi. Sebab tu jugak saya tak boleh pegi karaoke. Sebab saya tak tau nak masuk masa bila." Kakak aku.

"Lahh..padan pun." Aku.

So..rasa rasa nya aku boleh tak buat dua keje dalam satu masa? Aku rasa aku penah buat tiga keje kowt dalam satu masa. Study subjek business sambil layan movie dan sambil on9 facebook. Hebat tak? Haaa. jangan jawab.

Sunday, August 14, 2011

Tangan Kanan

Aku rasa kat dalam dunia ni ramai orang yang buat apa apa pun pakai tangan kanan. Seperti nak makan, menulis, buat kerja dan apa apa jelah. Sebenarnya apa yang aku nak tulis pasal tangan kanan ni takde lah penting mana pun tapi aku memang suka nak menulis so meh sini meh. Aku nak cakap sikit.

Aku suka lelaki yang pakai jam dekat tangan kanan dia. Sekarang ni aku perhati mana mana kawan aku memang jenis pakai jam dekat tangan kiri. Aku memang tak faham kenapa orang suka pakai jam dekat tangan kiri. Aku rasa da macam perempuan sangat kalau pakai tangan kiri. Sama jugak macam kalau orang eja nama aku menggunakan dengan huruf Y tapi yang sebenarnya eja nama aku guna huruf H. Ye aku tau takde kena mengene tapi aku nak cakap jugak. Haaa. Ok, berbalik kepada cerita pasal jam tadi kan. Semalam masa aku duduk dalam bilik sambil menyanyi dengan kakak aku, aku tegur adik aku yang bongsu sebab aku perasan dia pakai jam dekat tangan belah kiri. Macam maskulin sangat la kan. Haa..Bila aku tanya kenapa pakai dekat tangan kiri, dia kata tak selesa nanti nak buat kerja, macam berat je. Nak menulis pun macam berat je kalau pakai dekat tangan kanan. Tu alasan tuk orang yang memang da sedia dari mula pakai tangan kanan. Macam mana pulak dengan orang yang memang da kidal handed? Pakai jam dekat tangan kiri plak. So maknanya kalau dia tak kidal mesti dia pakai jam dekat tangan kanan kan? Hehe..

Memang la tak penting dan aku rasa entry aku ni pun da mengarut semacam je. Tapi boleh tak kalau aku nak keluarkan statement yang aku nak cari boyfriend yang pakai jam dekat tangan kanan. Rasa rasa aku kena maki tak dengan kawan kawan aku? Haaa. apa kata survey?

Stalker Bahagian Dua

Seingat aku da berapa hari tah aku asyik jadi stalker. Duk belek belek facebook orang yang same walaupun takde feedback yang baik. Hurmm. Selama beberapa hari ni aku yakin aku da dapat jawapan untuk setiap persoalan yang aku sendiri selalu ajukan tapi dah sure sure aku tak dapat jawapan.

Tapi aku rasa macam nak hentikan segala penantian dan macam macam jenis perkataan yang sama maksud dengan penantian tu. Aku rasa seharusnya aku berhenti setakat ni. Rasanya da banyak kali da benda benda macam ni jadi tapi last last datang semula yang membuatkan aku tak give up. Bila da godek godek aku dapat jawapan. Kecewa lagi lah aku kali ni yekk. Tapi aku tak penah nak putus asa dan masih lagi nak tunggu.

Bila fikir fikir balik, patutnya dari awal lagi aku tak boleh macam nie. Tapi aku kan, mana boleh. Bak kata kawan aku, aku lah manusia yang tak pernah kenal erti putus asa. Tak kira apa apa pun. Alahhh..kalau nak kira aku selalu je give up. Tapi dalam pada give up tu aku usaha jugak la supaya boleh ok semula. Ok, berbalik kepada cerita asalnya. Bila da jadi stalker sampai tahap dapat tahu cerita dan jawapan, maka dengan itu secara rasmi nya aku akan undur diri. Cehh. mampu ke aku nak undur diri kan? Aku rasa aku mampu. Semoga nya begitulah kan. Haihh. Cukup la sampai sini je penantian aku selama hampir 6bulan.

Goodbailah kan

Friday, August 12, 2011

Stalker

Kadang kadang jadi stalker ni bagus jugak. Kalau tak jadi stalker takde lah tahu apa cerita sebenarnya. Lepasni aku frust lagi. Lepastu dia datang lagi. Adoiii. Nak tunggu lagi ke? Bersabarlah hendaknya wahai hati

Bahagia dan Suka

Kalau benda baik kita tak elok nak lengah lengahkan. Ferghh!! Buatnya benda baik tu budak umur 18tahun yang nak buat, apa pulak ada dalam fikiran orang orang tua gamaknya. Ok, aku tau intro aku pun dah merepek. Sebenarnya aku nak cerita pasal benda lain. Aku nak cerita pasal bahagia dan suka.

Kata orang, benda benda yang mendatangkan kebahagiaan dan kesukaan eloklah di kongsi bersama dengan orang lain. Aku pun setuju jugak dengan ayat ni. Sebab daripada kongsi cerita bukan bukan dan cerita buruk memang takde pekdah nye. Baru tadi aku chat dengan abang aku. Dia cerita semua progress life dia selama aku da jarang contact dengan beliau semenjak dua menjak ni kan. Dia ada cerita pasal benda yang aku memang da tunggu lama. Yang paling aku ingat ayat dia yang first masa chat dengan aku tadi,

"Sha, along jalan dulu lah yekk. Kita kena ikut turn hihi. Taun depan along nak tempah sha jadi pengapit."

Aku bukan maen teruja lagi masa tu. Asyik nak gelak gelak je sebab terlampau gembira dengan berita yang baru aku dengar. Walaupun hint dia camtu dah sure sure lah aku dapat tangkap kan. Takde la aku blur sangat sampai tak faham ape yang abang aku cakap tu. So..aku panggil kakak aku. Suruh dia baca apa yang abang aku hantar tu. Lepastu kakak aku cakap,

"Owhh..kurang hajar..."

Hehe...Aku pandang kakak aku dan kakak aku pun pandang aku. Bermakna lepasni tinggal aku dan kakak aku jelah. Da takde sape dah pasni. Murah rezeki Ayah Ude sebab setiap tahun terima menantu. Seronok lah beliau.

Satu yang aku faham bila dia cakap benda benda macam ni kita tak perlu rushing. Kalau nak datang tu ade lah. Kadang tak sedar. Dia suruh aku tengok kiri kanan. Kena belajar jadi pemerhati. Dan aku seperti biasa sengih manjang. Apa lagi aku nak cakap. Nak melepak pun lepasni bersama dengan orang orang yang da kawen. Halaaa... Takpelah. Lepak sorang sorang pun takpe. Haaaa...

p/s : cukup 3kali aku jadi pengapit memang punah la..

Sunday, August 7, 2011

Yang Terakhir

Mungkin saya bukan yang pertama tapi saya selalu berharap agar saya menjadi yang terakhir dalam hidup awak.


p/s : peluang itu masih ada.

Saturday, August 6, 2011

Thursday, August 4, 2011

Puasa ke-4



Da 4 hari Jodi kena duduk dekat luar time orang berbuka puasa.

p/s : assignment selambak.

Wednesday, July 27, 2011

Henry Gurney

Kelakar bila selalu dengar alasan macam tu. Dulu punya semangat. Kelakar giler. Serius tak tipu. Terima kasih ye. Aku tahu perangai aku haram. Aku jalan bersepah. Dunia ni luas lagi perjalanan sebab tu aku jalan sepah. Kau boleh? Tak boleh kan. Kalau tak boleh takpe, biar aku je jalan bersepah. Kalau mata kau sakit jangan tengok. Kalau da rasa meluat pergi jauh jauh. Sampai satu masa bila kau da sampai umur macam aku baru kau akan faham. Senang aku cakap kau baru melepasi stage pertama dalam hidup kau. Aku baru melepasi stage yang ketiga. Tu yang aku nak berlagak. Biar aku buruk pun. Terima kasih...

p/s : aku tau aku henseng dan aku juga bro. sampai naik taraf jadi playboy. terima kasih arishman..

Zaman Moden

Setiap apa yang kita rasa kita mahukan seseorang untuk tahu merasai juga.
Sama ada yang baik ataupun yang buruk.
Yang sedih atau yang gembira.

Hidup kelam makin suram
Tak bercahaya tak berwarna
Namun ku tak harap bersandiwara
Penat melontar kan pedang harapan
Penat melontar kan pedang impian.

Nah aku si TUAH zaman moden
Dan aku jua yang menjulung nama nya
Biar aku saja tiada gentar jiwa
Dan ini juga dunia yang penuh lakonan semata
Terima kasih anak bangsa kaum keluarga sanak saudara
Dan sayang sekalian.

p/s : panas punya pasal duk menapak ke Stadium Darul Makmur tadi.
p/s II : baru selesai majlis pelancaran bulan kemerdekaan.

Friday, July 22, 2011

Hati Ku Hati Mu

Maaf andai nya diri ini tersalah bicara terluka hati dan perasaan.
Semua ni hadir bila mana terasa seperti ada jurang di antara kita.
Bila mana benar dan silap itu seperti tiada bezanya.
Bila hati dan perasaan mula rasa sesuatu yang tersembunyi.
Sumpah, tiada niat untuk jadikan diri mu sebagai mangsa, cuma aku perlukan penjelasan dan bukan nya alasan.
Senang bila kita bersama bersoal jawab tentang perniagaan namun semua nya seperti tak kesampaian bila mana ade masalah di pertengahan.
Mungkin tiada rezeki untuk kita teruskan niat dan hasrat untuk bersama sama dalam bidang ini.
Biarlah kita membawa haluan sendiri.
Dan biarkan masa dan keadaan yang tentukan segala galanya.
Maafkan andai diri ini tersilap bicara terluka hati mu dan hati ku jua minta kita agar profesional.
Insya Allah kalau ade rezeki mungkin kita boleh teruskan niat dan hasrat kita.
Mungkin bukan sekarang tapi insya Allah akan datang.

Seperti katanya tadi biarlah masa dan keadaan yang tentukan.

Buat si dia :
terima kasih untuk segala galanya.
terima kasih untuk rasa senang bila bersama.
terima kasih kerana kita sama sama menggila.
terima kasih untuk perhatian dari mu.
sampaikan salam kepada bonda sekeluarga
maafkan diri ini andai tersilap bicara.
mungkin sampai satu masa kita sama sama akan faham betapa dunia ini masih lagi luas untuk diterokai.
terima kasih kerana berkongsi minat dan kerjaya yang sama.
terima kasih atas sokongan dan dorongan.
jaga diri anda, jangan abaikan apa yang da ada.
mohon ampun dan maaf.
terima kasih sekali lagi.
ada ruang dan masa kita jumpa lagi.
for the last time, I LOVE YOU~

Thursday, July 21, 2011

Kira Ok Lah Tu


Walaupun sebenarnya aku tak faham dengan apa yang da jadi tapi sebenarnya aku da malas nak dengar apa apa.Yang aku tau life aku go on cam biasa dan aku tak kacau siapa siapa.

p/s : aku da potong rambut dan aku ada rambut depan =)

Saturday, July 16, 2011

Kira Cincai Lah

Aku baru lepas siap mandi ni. Sepatutnya aku da lama siap tapi time tengah mandi tu lah Along aku sibuk duk tanya pasal nak trim video lah, nak convert video lah apa jadahnya lah. Bunyi air turun dari shower boleh tahan kuat so kena tutup dulu, nak bercakap dengan dia tu. Haaaa..tak ke makan masa kalau macam tu. Buatnya setiap 5minit duk ulang alik tanya aku macam macam soalan lagi lah naya. Memang mintak siku dari aku. Haihhh...

Yang sebenar aku nak cerita bukan pasal aku baru lepas mandi tapi aku nak cerita pasal membuat keputusan atau berfikir. Aku ni suka buat keputusan masa aku dalam bilik air. Atau lebih tepat aku suka berfikir masa aku dalam bilik air, sama ada mandi atau sebagainya. Pikir sendiri lah aku malas nak cakap. Kalau time mandi, time tengah tengah syampu tu aku boleh pulak pikir macam macam benda. Kejap lagi nak pegi mana lah, lepasni nak buat apa lah. Kadang aku dapat idea nak post kat blog pun masa aku tengah mandi. Bila da dapat idea aku mandi cepat cepat takut idea tu berlari pulak. Tak ke payah aku nak kena masuk bilik air semula semata mata nak dapat idea. Memang pedaoh la kalau gitu gayanya.

Tadi pun masa tengah mandi, aku duk pikir apa lah nak jadi dengan hidup aku ni. Lepastu kadang aku pikir bosan jugak kalau macam ni kan. Takde nak buat apa, kalau takde idea tak boleh nak buat kerja. Sampai bila nak hidup ikut idea. Kalau takde idea nak makan apa, tak makan la aku gamaknya. Lepastu kalau takde idea nak pakai baju apa hari ni walaupun nak duduk rumah, memang tak pakai baju lah aku gamaknya. Haaaa...yang ni memang nampak benor menipunya. Sebenarnya aku bosan. Yang aku tau apa yang aku buat semua nya ikut dan je. Pemalas. Memang payah la. Bangun pagi pun lambat.

Sebenarnya aku nak cerita pasal lain tapi idea aku da melayang layang. Nampaknya aku nak kena pegi masuk bilik air semula ni. Ok bai!

Wednesday, July 13, 2011

Kerana Dikau

Siapa cakap aku ramai kawan sila angkat kaki. Untuk pengetahuan kalian, aku tak ramai kawan pun. Aku kawan dengan yang tu je. Cuma mungkin aku ada kenal ramai orang yang macam menampak kan aku macam ramai kawan. Ok, berbalik kepada tajuk kat atas tu, bila kita da mula berkawan dan mula kenal ramai orang fikiran kita akan jadi makin meluas. Setiap apa yang kita bualkan akan menjadi isi isi yang penting konon macam input masa belajar kat sekolah dulu. Ilmu baru lah konon nya. Cuma terpulang kepada jenis macam mana kau kenal dan berkawan dengan orang. Kalau siapa siapa yang kawan dengan aku memang punah otak dia orang. Kalau tak percaya tanya lah siapa yang selalu dengan aku. Yang merepek ni jugak lah yang tolong menghilangkan gundah gulana. Ok, aku da merepek semula.

Yang aku nak cerita ialah wajar atau tidak kita kehilangan seorang kawan disebabkan oleh seorang kekasih? Sanggup buang kawan sebab tak boleh terima kawan kapel dengan kekasih kita? Aku sebenarnya nak mintak pendapat memandangkan aku terlalu naif bab bab macam ni. Tapi, aku tau sedalam mana sakit hati pun kalau orang da tak suka kita tak boleh buat apa. Kita hidup ni diberikan peluang yang terlalu besar dan bebas untuk memilih siapa sahaja yang kita nak, asalkan orang tu pun nak dekat kita la kan. Malaysia ni negara majmuk, bertamadun so aku mintak masyarakat nya pun hidup tu biar lah bertamadun sikit. Sebab aku jumpa da ramai yang hidup tak bertamadun ni. Hidup asalnya nak ikut kepala hotak sendiri je. Aku pun jadi tak faham. Aku bukan nak komen pasal peristiwa BERSIH baru baru ni. Takde kene mengene pun.

Satu lagi perkara yang banyak aku perhati, ada orang yang cara berpakain mak aii bukan main nampak macam agak kematangan dan juga agak kebaratan dan lifestyle nye pun boleh tahan jugak la. Tapi bila masuk tang cara berfikiran atau cara bercakap memang punah. Hancur lebur, lari terus tune nye. Tak matang langsung. Aku pun lebih suka cara macam ni. Ada kalanya macam budak budak dan ada kalanya nampak macam matang. Kematangan bukan takat cara berfikir tapi cara bercakap jugak. Matang bukan ikut umur je adik adik kakak kakak sekalian. Aku nak komen bab ni macam da panjang lebar sangat. Cuma apa yang aku mampu cakap, kadang manusia ni sanggup buang kawan sendiri sebab tak puas hati dengan pilihan hidup kawan tu. Fikir lah. Sesungguhnya besar ganjaran kalau kita bersabar.

Buat kawan kawan, kita ada life masing masing. Kita yang pilih. Mana yang baik yang itu lah yang aku sokong. Mana yang tak baik yang itulah yang aku nasihat.

Saturday, July 9, 2011

Idea


Sekarang ni aku macam ade idea nak buat entry tapi aku macam da tak reti nak olah ayat. Macam yang aku tau, setiap apa yang kita rasa tak dapat kita luahkan dengan post entry kat blog. Dan aku mohon agar aku dapat buat ayat kemudian hari. Dan semoga masih dengan isi kandungan yang sama macam dalam kepala otak aku yang tengah tepu sekarang ni.


Wednesday, July 6, 2011

Hilang

Dalam satu hari je, saya hilang semua nya.

Percaya

Sakit hati bila ada orang tak percaya cakap kita? Ada orang tak percaya apa yang da jadi dan tak percaya yang seantero dengannya. Aku tak pernah pedulikan semua tu. Kau tak percaya kau punya pasal. Aku ada banyak benda lagi nak buat. Kau tak percaya, takkan bagi effect dekat 20 orang lain yang percaya kan aku. *jangan cakap takbur sangat nanti Tuhan bayar cash pulak.

Masalah aku ialah aku kadang blur dan mudah sangat percaya cakap orang. Itu yang pertama. Tapi yang seterusnya, bila aku tau orang tu tipu aku maka dengan itu aku sumpah takkan percaya dah cakap orang tu. Aku suka buat orang bengang bila aku tak percayakan kata kata mereka. Seumpamanya macam, "Owhh. Yeke? Ok!" Memang sangat annoying kan? Tapi aku suka. Dan aku tau aku belajar dari siapa. Tapi sekarang aku rasa orang tu da tak baik dengan aku. Sebab beliau kurang hajar. Nanti aku cerita pasal beliau. Heh. Tapi apa apa pun terima kasih dekat beliau sebab ajar aku macam mana nak buat orang rasa sakit hati. Seronok bukan.

22 tahun hidup dengan kecewa. Aku suka balas apa yang orang da buat kat aku. Sebab aku tau Tuhan bayar cash tuk semua tu. So, aku nak tolong cash kan. Salah satu punca dan faktor kenapa aku takde ramai kawan. Dan ramai sekarang da pandai perli perli aku. Cakap pasal kawan baik, cakap pasal kacip. Amende tu weii? Boleh bagitau tak? Aku ni mungkin wajar untuk tidak ada seorang kawan baik kerana kelancangan mulut berkata kata. Aihh. da kenapa dengan aku malam ni. Takpe lah. Aku da merapu ni. Ok bai.

Tuesday, July 5, 2011

Aku dan CompaQ

Kau takkan faham sebab kau tak pernah rasa. Macam mana hidup yang penuh dengan kekecewaan. Jangan nak cakap aku tak pernah nak hargai hidup aku. Cuma aku rasa apa saje yang aku buat lambat laun ade side effect yang macam bencana. Sekarang ni aku tak tau aku tengah buat apa. Tengah meranapkan hidup aku sendiri atau aku sebenarnya merancang untuk kembali bahagia macam dulu dulu? Aku da tinggalkan jiwa dan perasaan aku hampir 7bulan. Dan hampir 7bulan hidup aku macam tak bermakna. Macam takde pengisian. Mulut kata ok tapi mata dan hati aku tetap sayu. Aku tak pasti dengan apa yang aku buat sekarang ni betul atau tidak. Cuma yang aku tau aku masih tak rasa apa apa perubahan. Sama macam 7bulan yang lalu. 7bulan yang takde pengisian.

Beberapa bulan yang lalu, peristiwa laptop di rembat berlaku. Dan hari semalam, lagi sekali kena rembat. Aku rasa kali ni aku kena blah cepat cepat. Pedih hati ni sebab usaha dan kerja kerja aku tersadai sebab orang yang bodoh yang tak penah nak pikir orang lain. Aku tak suka bukak isu ni, bila di jadikan topik perbualan. Aku panas hati dan aku sedih. Asyik harta aku yang jadi mangsa. Nampak sangat tak bertamadun orang yang buat kerja macam tu. Lebih baik aku berambus sebelum aku jumpa tukang kaki rembat tu. Kalau tak jawab nya ada yang makan hati. 22tahun aku yang asyik bagi muka. Aku yang selalu diam. Aku tak boleh marah. Sebab bila aku marah makna nya aku betul betul kecewa. Kalau aku kecewa aku menangis dan dah tentu tentu aku da lama tak menangis. Keras hati aku, lagi keras kalau yang buat pedajal tu darah daging sendiri.

p/s : mak cakap tahun ni raya kat JB.

Friday, June 24, 2011

Pindah 2

Yang perlu pergi tinggalkan sepi sepi dan cebisan hati buat pembuka kala dinihari pelengkap inspirasi pemangkin diri.

Baik aku pergi.

Tinggalkan sepi itu lagi.

Sepi yang mintak tuk diterokai.

Korang takkan mengerti korang takkan fahami.

Setelah semua rasa seperti didustai.

22tahun hidup dengan penuh kekecewaan.

p/s : aku tau ni entry ke 2 hari ni dalam tak sampai 5minit

Wednesday, June 22, 2011

Cinta Siber

Sebenarnya lama da aku nak tulis pasal ni tapi sekarang baru ada kesempatan. Siapa siapa yang ada pengalaman pasal cinta siber ni mesti da seronok kan pasal aku post entry ni. Ok, aku tau ayat menggelabah sikit kan. Ada orang kata jangan percaya cinta siber nie. Cinta siber ni tak ke mana lah apa lah kan. Kali ni aku nak cerita keberkesanan cinta siber ni. Haaaa. meh meh.

Aku mula percaya pada cinta siber ni bila kena sendiri dekat cousin aku. Ni jenis cinta siber yang berjaya ok. Aku ingat lagi masa dia cerita time dia baru kenal dengan Abg Emi. Masa tu aku masih dekat Terengganu lagi. Dia bagitau aku dekat mesej. Dia cakap dia baru kenal dengan sorang budak nie. Orang Kuantan jugak. Bila aku tanya dari mana dia kenal dia cakap dari Tagged. Korang penah dengar pasal Tagged tak? Dulu kan Tagged ni femes, tapi lepas semua orang da beralih arah dekat Myspace, Facebook dan sekarang Twitter, da tak ramai layan Tagged.

So, bila dia cakap macam tu aku cakap la hati hati sikit sebab kebanyakan orang yang kita kenal dekat Tagged ni tak boleh percaya sangat. So, dia pun ok je. Aku ingat lagi dia cakap, masa mula mula tu dia tak minat pun. Dia kawan kawan je. Tapi yang aku respect Abg Emi ni sebab dia jenis gentle tau. Walaupun dia ni pemalu dan tak banyak cakap tapi sumpah gentle. Ingat masa diorang penah dating dan Abg Emi cakap nak jumpa Ayah Ude aku sebab da bawak anak dia keluar, lepastu cousin aku ni cuak la. Tapi dengan slumber badak nye, Abg Emi masuk dalam rumah dan salam dengan Ayah Ude aku walaupun dia tak cakap apa apa sangat.

Banyak cerita pasal diorang yang aku tahu. Semua dari A-Z. Semua cousin aku cerita. Kami memang selalu share cerita. Kenapa aku cakap cinta siber diorang ni berjaya, cuba korang baca dekat sini. Mesti korang akan faham. Sekarang, aku dapat tahu tak lama lagi bertambah lagi sorang anak buah aku.

p/s : aku suka jugak cinta siber nie. hehe

Monday, June 20, 2011

Harapan

Bila kita sentiasa berharap agar ada orang yang akan ingat kat kita.
Bila kita rasa macam nak sangat jumpa dengan orang yang kita suka tapi tak nak nampak macam desperate sangat.

Aku baru baik demam. Tapi masih dalam keadaan tak berapa ok. Kali ni aku tak duduk melepek dekat rumah je. Aku keluar dan bersuka ria. Sebab kalau aku duduk diam diam nanti aku makin teruk demam. Babah makin sibuk. Susah nak jumpa dekat rumah sekarang ni. Aku jumpa pun pagi pagi sebab babah yang hantar aku pergi kolej. Dia pegi keje pun ikut timing aku punya kelas. Kan senang kalau ade ofis sendiri macam tu. Tak payah ada punch card. Heh. Cool giler.

Aku nak habiskan belajar cepat cepat sebab aku nak berambus dari Kuantan ni. Aku bukan nak lupa diri cuma saja suka suka. Sebab aku rasa kalau lama lama aku kat sini aku banyak sakit kan hati orang. Aku tak nak gaduh dengan sapa sapa dekat sini da. Makin banyak job yang aku dapat. Kebanyakannya aku handle sorang sorang. Takpe, cool dah tu. Payment tetap half half.

Sem ni result aku teruk. Pointer jatuh. Macam cilaka betul rasanya. Belum apa apa pointer da jatuh. Aku siap tanya principle aku, agak agak sem depan ada harapan tak aku dapat dekan. Dia kata Insya Allah kalau semua subjek dapat A+. Owhh ok. A+. Aku nak dekan. Peduli apa kalau orang cakap aku tamak. Nak dekan jugak. Kau kesah? Kalau kau tak kesah pun aku tak kesah jugak rasanya. Ok, cepat habis belajar, cepat berambus dari negeri darul yang tak lagi makmur bagi aku. Terima kasih..~

Wednesday, June 8, 2011

Dan Bila Esok

Tadi aku mula masuk kelas pertama. Introduction to Graphic Design. Tadi jugak aku pegi jumpa lecturer aku untuk daftar subjek. Dia cakap aku lepas semua subjek. Takde refer, takde repeat. Alhamdulillah. Walau aku tau aku malas, aku masih diberikan peluang. Aku janji sem ni aku takkan malas malas da.

Masa dalam kelas BI tadi, Mr Lim lecturer aku tanya kenapa aku diam. Aku cakap yang aku takde apa apa nak cerita. Sebab hidup aku sama saja. Dia tanya apa maksud aku. Aku cakap la yang hidup aku sama je, hari hari yang aku lalui takde perubahan. Aku cakap yang my life is bored. Mr Lim pun bukan maik berminat lagi nak tahu hidup aku. Dia tanya aku betul betul ke minat dengan bidang photo. Aku tau, ni mesti kes soalan final exam sem lepas nie. Aku jawan pasal photo.

Mr Lim pun ade cakap karier tu lebih penting dari cinta. What for cinta orang yang boleh bagi beban dekat kita. Aku faham. Tak tahu kenapa aku suka topik Mr Lim hari ni. Walau aku hanya jawab dengan yup, yes indeed. Tapi aku rasa macam dia faham apa yang aku nak luahkan. Mr Lim nampak cool, aku tau. Semua orang cakap dia macam tu tapi bila bab final dia serius. Dia bukan jensi bagi muka. Kalau refer, refer la korang. Kalau repeat, repeat la. Ramai orang cakap subjek RVG 2 ni (BI) susah. Nak nak sem ni sem pendek. 3bulan nie. Giler sumbat. Aku harap sangat aku tak malas macam sem lepas. Aku takut nak tengok pointer aku. Agak agak nya apa khabar pointer aku kan.

Sejak aku pakai nombor maxis semula nie, macam bz sikit. Bz tah ape ape je. Sekarang aku layan cerita Nora Elena. Jangan nak kutuk aku lah. Aku tak tahu macam mana aku terlayan cerita tu. Tak sengaja sebenarnya. Ada sorang kawan yang suruh aku tengok cerita tu. Dan tak lupa juga aku nak mention yang Elena tu cantik. Aku suka pempuan cantik. Jangan nak cakap aku songsang. Dah ramai yang cakap aku songsang hari nie. Takde makna aku nak songsang. Aku masih perempuan biasa. Macam dulu duluu jugak.

Sunday, June 5, 2011

Jika Ku Harus Bermimpi.

Aku penat. Baru selesai kenduri kawen epu nony. Settle da kat situ. Lepasni proses pilih dan edit mane2 gambar yg berkenaan. Aku terharu sebab Ily yang ambik aku dekat Kerteh. Mane ade orang sanggup buat macam tu. Kau ada kawan macam ni ke? Cuba cakap sikit. Ok, bukan nak berlagak tapi aku terharu. Aku tak sangka dia datang nak ambik aku. Semata mata. Percaya tau tidak, korang memang kena percaya jugak.

Selesai suah sesi kerja. Sekarang kita masuk bab hati dan perasaan pulak. Semua nya macam biasa. Aku mula mula boleh go on dengan apa yang da jadi. Tapi tadi macam tak boleh. Jadi luluh jap rasa kat dalam hati aku ni. Dan yang pasti tadi, aku ambik keputusan untuk berpaling. Pegi matilah nak cakap aku ego ke apa. At last, aku jugak macam terkapai kapai. Aku da tak sanggup.

Esok mula kolej. Aku sebenar nye takde mood da nak sambung blaja ni. Tak tahu kenapa. Aku da takde rasa apa apa. Aku go on je dengan apa yang aku buat sekarang ni. Takpe lah da tak lame da. Lepas habis belajar da boleh settle benda lain. Aku da taknak duduk Kuantan sebenarnya. Selama 22tahun aku duduk sini, aku kecewa dengan apa yang da jadi dengan life aku. Aku tau, tempat ni tak salah. Cuma aku rasa da sampai masa nya aku buat perubahan dalam hidup aku. Aku tau aku da nekad. Insya Allah, habis belajar ni, awal tahun depan aku da lari pegi tempat lain. Jauh dari Kuantan. Semoga semua rasa kecewa yang terlampau banyak kat Kuantan ni, aku mampu pindahkan dekat tempat lain. Sebab nya semua kawasan da tak boleh tampung kekecewaan aku sekarang ni.

Friday, June 3, 2011

Pilihan Yang Tak Terpilih

Aku cuma nak bagi tau yang aku pilih untuk pergi ke kenduri kawen Epu-Nony. Sekarang aku tengah tunggu Epu Hady pick up aku untuk ke rumah bakal isteri tersayang beliau. Pukul 8.15 tadi beliau baru text aku cakap dia baru gerak dari Temerloh. Tak silap aku dalam pukul 10 sampai la Kuantan. Nasib umah nya si Nony tu dekat Kemaman je. Tidak lah jauh mana.

Sebab aku pergi? Sebab aku nak pergi la. Hehe. Aku kena jadi pengapit Nony. Owhh, dan tak lupa juga aku merangkap photographer beliau. Bila cakap pasa photographer ni, aku banyak kali tanya beliau. Kompem ke nak aku ambik. Kompem ke. Dan Nony cakap dia memang nak aku yang ambik. Ok, kalau macam tu takpe lah kan. Bak kata Abang Shas,

"jangan cuba cuba. mesti boleh punya. cakap boleh. kena yakin kalau nak buat kerja macam nie."

Thanz Abang Shas. Lagi satu, minggu depan da bukak kolej. Ok, tiba tiba rasa malas gila nak menapak pergi kolej. Bila aku tau aku stress duk sana. Tapi aku perlu. Kalau tak, tak kan ade perubahan dalam hidup aku.

Thursday, June 2, 2011

Jiwang Banyak Banyak

Aku berhasrat nak buat entry jiwang. Bersamaan dengan hati dan perasaan aku yang takde la tengah happy mana pun. Orang yang jiwang biasa nya orang yang tengah frust dan juga orang yang tengah happy.

Pagi ni, takde la pagi pun. Bila aku bangun tido aku decide yang aku nak bebaskan perasaan aku. Bebaskan perasaan tu tak bermakna aku bukak pintu hati aku ni untuk sesiapa pun. Tapi aku nak bebaskan perasaan aku dari terus nak tunggu dia. Aku tahu, benda nya baru berapa bulan dan aku da mula give up. Ni bukan masalah give up. Tapi aku tak nak terus dibayangi oleh dia. Mungkin dia pun berharap aku buat perkara yang sama. Lupakan dia sebagai orang yang aku penah suka. Susah nak lupa orang yang kita penah suka atau orang yang kita penah sayang? Pilih la sendiri. Tapi aku pilih untuk susah lupakan orang yang kita penah suka. Sebab kita akan terus suka kan dia. Tapi kalau orang yang kita sayang, sayang tu boleh bertukar ganti pada orang lain. Itu kalau aku la.

Aku tau, da masuk 5bulan. Aku tetap sama. Teruskan hari hari yang sama. Cuma perasaan aku hari hari berbeza. Aku harap aku akan jumpa orang yang berbeza supaya hidup aku tak bosan. Tapi sekarang hari hari aku jumpa dan lepak dengan orang yang sama tapi hidup aku rasa di lengkapi. Aku rasa tak salah kalau aku cakap aku sayang kawan kawan aku. Kalau diberi pilihan lepak dengan bf/gf atau lepak dengan kawan kawan. Aku piilih kawan kawan. Sebab, aku tahu hidup aku lengkap bila dengan diorang.

Kata orang, biar kita kecewa bila kita da tau jawapan dari kita kecewa bila teruskan dengan tertanya tanya. Sekarang ni yang aku tak faham aku da dapat jawapan ke belum. Aku rasa aku masih menunggu jawapan. Bila aku da mula pandai stalk n hack fb orang, aku tengok da ramai yang tunang, kawen. Aku pilih untuk tidak dikecewakan. So, aku pilih kawan kawan aku. Kita couple ber4 pun tak pe kan? Hehe.

Hidup Tak Kan Fun Kalau Jadi Macam Ni

Bila bosan. Bila tak tahu nak buat apa. Bila tiba tiba jadi sakit hati. Tapi no point tuk sakit hati. Bila tiba tiba orang buat diam dengan kita. Ye, aku bengang. Tapi dalam masa yang sama aku ni nak jawapan. Aku memang tak suka nak paksa orang. Dan aku tak tahu sampai bila nak hidup macam ni. Bosan bila kena paksa diri sendiri buat benda yang macam saja saja nampak bosan. Sebenar nya aku sendiri pun tak tahu kenapa aku post entry kali ni. Mungki di datangkan sekali dengan reaksi bosan yang melampau dan juga juga juga rasa sunyi. Yekkk. Sunyi. Bunyi cam syaiton je.

Sebenarnya aku tau kenapa dengan aku. Aku tau apa masalah aku. Tapi aku sendiri tau aku malas nak selesaikan. Aku tau malas tu perangai setan. Ye, da banyak perangai setan mula ada dalam diri aku ni. Aku awal awal lagi rasa give up. Tapi satu benda yang menyebabkan aku kembali pada dunia asalnya bila aku ada kawan kawan. Aku suka ayat, komitmen dengan kawan kawan. Aku tau aku da tak ramai kawan. Sebab aku da tak boleh nak jaga hati orang sangat da sekarang ni. Aku mampu jaga hati tak sampai 10 orang. Biar lantak la nak cakap apa pun. Aku da penat. Tu pun mujur aku boleh lagi nak jaga hati orang. Mulut aku mulut jahat. Perangai aku pun jahat. So, padan lah orang tak nak jaga hati aku. Cukup 10 orang. Aku da tak nak lebih lebih. Aku tak larat. 5 orang pun da macam macam perangai.

Nampak sangat aku ni tak boleh nak hidup bermasyarakat. Bukan nak cakap apa. Sedangkan duduk dekat rumah pun aku tak berapa nak keluar dari bilik. Aku keluar dari bilik bila nak ke dapur, bila rasa nak tengok tv. Tapi tengok tv tak sampai 5minit, pastu aku da bosan. Masuk bilik semula. Lepastu keluar dengan kawan kawan. Aku duduk dalam bilik siapkan gambar gambar. Aku tengok movie. Aku bosan. Aku tau life aku bosan. Sape je boleh tahan dengan perangai orang yang life dia sangat bosan ni. Aku faham situasi orang bila dia tengah bosan. Aku da masak sangat. Dan aku tau aku psiko. Aku psiko bila aku bosan. Bosan tu da kira macam setan da aku rasa.

Hidup ni simple, tapi hidup aku lagi simple. Sebab aku ada komitmen dengan kawan kawan. Dengan belajar dan juga kerja. Aku suka hidup macam ni. Aku tengok da ramai yang mula nampak bahagia. Da ada yang da nak kawen, da kawen, da de anak 2-3 orang. Tapi aku tau, aku bukan macam tu lagi. Kalau aku cakap aku rasa umur aku br 14tahun korang jangan maki aku. Sebab aku rasa umur aku macam tu la aku tak fikir masa depan jauh jauh ke arah bermasyarakat nie. Bodoh betul ayat macam ni kan. Nampak sangat aku hidup dalam keadaan yang sangat TAK FUN.

Wednesday, June 1, 2011

Tarik Selimut

Kenduri kawen Nony-Epu. Kenduri kawen kak Wiyah. Teman Ily dekat rumah. Tournament bowling.

Giler banyak betul pilihan mana satu aku nak buat nie. Semua nya dalam satu hari. Giler kau. Mana ni? Mana satu aku nak buat ni. Owhh tolong la. Semua nya nampak menarik. Kenduri Nony-Epu, aku tiba tiba kena jadi bidan terjun, jadi pengapit. Teman Ily kat rumah sebab Abah dengan Ibu takde. Kenduri kawen kak Wiyah macam bez jugak. Tournament bowling ade Arish, Zoreh dan Faizal. Perghhh!!

Giler kau. Mana nie? Tak boleh. Tak boleh buat pilihan. Adehhh...Tolong...! Tolong...!

p/s : aku tak boleh tido nie.

Sunday, May 29, 2011

Kenduri Lagi.

Aku baru balik dari kenduri kawen member satu sekolah dengan aku dulu. Aku dengan dia takde la rapat pun cuma kenal kenal macam tu je. Dia jemput pun wakilkan kawan kawan yang laen. So aku pun pegi memandangkan yang kami da lama tak jumpa. Aku pegi bertiga, Ily dan Muyah. Yang lagi dua orang di kira ikut je. Pengantin lelaki tu senior sekolah aku masa dia Form Six dulu. Kawan kakak aku dan juga anak murid mak aku. Mak aku dengan mak dia kenal jugak sebab mak aku selalu tempah baju kat mak dia. Haishh banyak la pulak sangkut paut nya kan. Pening la pulak aku nak explain.

On the way nak balik, Muyah cakap yang da kawen rupa nya si Zaty tu. Zaman sekolah dulu bukan main pendiam. Memang boleh tahan baik jugak la budak nya. Aku pulak cakap, orang lain da kawen, kita je hidup takdde arah lagi. Betul atau tidak tapi memang betul pun apa yang aku cakap. Feghh..camne hidup kalau da kawen sedangkan apa yang aku nak semua aku tak dapat lagi. Memang aku ada terfikir tapi...bila mengenangkan yang hidup aku macam ni lagi, tak payah la. Terima kasih je la kan.

Kepada Zaty n Amer, semoga berbahagia selalu. Dan juga adik perempuan kepada Amer yang buat kenduri sekali tu, semoga berbahagia juga. Adik Amer tu senior masa aku sekolah dulu jugak. Budak netball. Tahniah untuk korang berdua. =)

p/s : apsal ada tanda =) dekat last tu?

Friday, May 27, 2011

Petai

Korang tau tak apa itu petai. Kalau tak tau meh aku nak bagitau. Petai tu sejenis ulam ulaman yang mampu menghasilkan bau yang memang sangat dahsyat la. Bau dia mengancam giler. Kalah bau perfume Ralp Lauren boyfriend korang. Heee. Ada orang kata petai ni boleh kasi awet muda, boleh nampak cun macam umur 20an la gamak nya. Yang tu aku tak berapa nak sure.

Apa yang aku nak cerita sekarang ada la jugak sangkut paut sikit sikit dengan petai. Baru baru ni tak silap aku hari rabu malam kowt, aku dan 3 orang lagi kawan aku pergi melepak. Konon da lame sangat tak jumpa kan. First, aku, yus n bebop pegi ambik fatin dekat tempat kerja dia. Lepas ambik dekat tempat kerja dia kami bergerak ke TC. Biasa lah kan tempat lepak utama, da macam takde tempat laen da aku rasa. Kat TC kiteorang jumpa ily, nadhirah n faiz. Da duk lepak dekat sejam dekat TC faiz, nadhirah n ily da nak kene balik umah. So cam biasa lah tinggal kami berempat pulak kali ni.

Mula nya rancang nak berkaraoke, tapi masing masing perut da lapar sangat. So, kami bergerak ke Ana Ikan Bakar Petai yang femes dekat Tanjung Lumpur. Biasa yang aku dengar memang orang suka sangat sebut Ana Ikan Bakar tu. So da sampai kami order macam macam. Sampai part ikan pari bakar tu, aku pulak yang kene bahan dengan lagi 3ekor setan. Fatin cakap yang dia da pesan dekat kakak yang bakar ikan tu supaya jangan letak petai tapi nampak jugak secuit petai tu. Aku pun bukak topik, cakap yang aku kurang sikit makan petai. Lepas tu si yus buat cerita gebang pulak yang konon nya bukan orang melayu la kalau tak makan petai. Owhh damn! What the fish?! Aku pun cakap yang aku makan petai tapi tu dulu, kalau aku makan petai nanti aku sakit perut. Daripada diorang cakap aku tak cukup melayu baik aku balas awal awal.

"Daripada aku makan lepas tu dapat penyakit baik tak payah!" Aku

"Haaa. Tu lah yang kau tak tahu. Kau duk ulang alik pegi toilet tu boleh kurus tau tak?" Yus

"Kau makan durian tak?" Bebop

"Apa kena mengena durian dalam cerita petai nie?" Aku

"Haaa. Tu lah kau. Baja durian tu, dia letak petai sekali tau. Dalam erti kata yang lain, kau makan durian tu sekali dengan petai la." Bebop

Nampak sangat Bebop cuba buat cite pedaoh dia tu. Nampak sangat gebang nya. Ye dak? Cehhh. petai punya pasal sanggup buat apa saja. Semata mata nak suruh aku makan secuit petai tu. Cilakak punya member.

Thursday, May 26, 2011

Lupakan Saja







Apa yang aku nak selalu nya tak seperti yang aku harapkan dan apa yang aku harapkan tak sama macam yang selalu aku cakapkan. Semoga ada penjelasan untuk semua nie.









Wednesday, May 25, 2011

Bila Diri Kini Tak Lagi Bermakna

Aku memang tak suka bila bab bab curang ni. Aku cukup pantang dan aku tak penah nak curang. Tapi kali ni aku rasa aku perlu curang. Aku da tak tahan dengan dunia teknologi masa kini. Kalau lah dari dulu benda benda canggih ni tak di cipta kan senang. Manusia berlumba lumba nak tunjuk masing masing ada teknologi macam tu.

Aku tau aku mengarut kat atas tu. Tapi aku peduli apa. Sekarang ni aku cukup menyampah dengan hand phone. Aku tak suka. Satu hal sebab aku banyak terima mesej yang menyakitkan hati. Lepastu aku banyak terima panggilan yang takde kena mengena pun. Terima panggilan dari nombor yang aku tak kenal. So, aku malas nak layan. Aku jadi bencikan teknologi. Aku da malas nak pakai hand phone. Salah satu sebab aku pakai ni pun sebab aku nak dengar lagu. Lepas tu aku nak mesej mesej dengan ily. Aku da malas nak layan orang sekarang ni. Mesej 2-3 kerat, aku da mula rasa bosan.

Kenapa la gamak nya yekk. Kesian W508, rasa terpinggir dengan tuan sendiri. Aku tak penah berniat nak tukar lain. Cuma aku da bosan dengan kau. Tu saje. Heee

Tuesday, May 24, 2011

Tergoda Lagi

Tak boleh nak mengelak da. Terima kasih untuk senyuman anggun awak tadi. Juga jelingan giler awak.

" Kenapa hensem sangat ni?"

Awak senyum.

" Mana ada lah. Merepek je awak ni."

Aku juga senyum.

" Aishiteru. "

Awak senyum lagi.

Bahagia betul aku rasa hari ni.

***
Ok, sebenar nye yang dekat atas tu semua aku tipu. Bila masa pulak kan aku cakap kat dia yang dia hensem. Semua nya hanya mampu aku cakap dalam hati, tersimpan rapi dan kemas. Tapi tadi pun da cukup buat aku bahagia. Ily cakap aku gedik. Lantak la Ily. Hehe. Gedik sekali sekala je kowt. Haaaa...

Saturday, May 21, 2011

Anggun Ayu Sendayu Tinggi

Cara dia berjalan sangat anggun. Anggun? Owh aku rasa anggun tu macam melampau je. Ye, aku suke cara dia berjalan bila dia nak ke arah aku. Cara dia tersenyum. Cara dia pusing badan. Cara dia bercakap. Posture badan dia bila dia berdiri. Cara dia pegang baju, cara dia lipat baju. Lipat baju? Heee. Kenapa tak dari dulu lagi aku cari lelaki yang pandai lipat baju. Kan senang hidup aku. Memandangkan yang aku agak malas untuk lipat baju.

Hari ni dia senyum lagi. Masih aku yang tanya soalan yang sama dan dia takde tanya soalan tu pun kat aku sebagai balasan. Mungkin ada sesuatu dalam fikiran dia. Atau mungkin ada sesuatu yang menghalang dia. Aku di ajukan soalan yang sama dari seorang kawan. Kenapa mesti dia yang aku mahukan kenapa mesti menunggu sesuatu yang tak pasti. Dan aku takde jawapan. Kawan tadi hanya menggeleng kepala dan aku masih terus tersenyum. Kata orang bila kita da suka apa saja tidak akan menjadi penghalang. Aku cuma mahukan hubungan kami seperti dulu. Dan aku tau alasan yang dia bagi sebentar tadi cukup kuat menyatakan yang dia cuba mengelak dari aku. Mungkin ada sesuatu dan mungkin juga aku terlalu berfikiran negatif tentang dia.

Dia masih seperti hari terakhir aku jumpa dia hari tu. Dia batuk. Macam tu jugak dengan aku. Dan aku sendiri tak tahu kenapa tapi setiap hari muka dia nampak macam sangat letih. Aku tak tahu bila dia nak ada rehat yang cukup. Hari tu dia cakap mungkin da sampai masa nya tuk dia cari seseorang yang boleh masak untuk dia. Dan aku terlalu lampi = lambat pikat, masa tu. Takde alasan untuk aku suka dia. Cuma mungkin dia seorang yang sangat mencabar dan seorang yang serius. Dah aku cakap dulu yang aku memang suka lelaki yang mencabar dan juga serius. Tak penah pulak aku terfikir tuk cari kriteria lain. Dan tak lupa juga aku suka lelaki yang baik. Siapa pulak la yang tak nak lelaki baik kan. Siapa nak boyfriend nya seorang pembunuh atau pun perogol bersiri. Aku rasa semua orang tak nak. Ok dah, aku merepek, aku tau.

Aku harap masa dan peluang yang aku bagi untuk diri aku sendiri dan juga untuk diri dia, tak penah habis dan tak penah ada penghujung. Sampai bila nak macam ni? Biar masa yang tentukan. Mungkin ada banyak lagi cabaran akan datang. Kita sendiri tak tahu. Cuma yang aku mintak, aku nak relationship kami macam minggu minggu serta bulan bulan yang lepas. Sebab ternyata aku rindu kan dia. Ok, dah bai.

p/s : tajuk nya macam takde sangkut paut pun.

Thursday, May 19, 2011

Jika Diberikan Satu Peluang

Aku nak semuanya berjalan dengan lancar. Kehidupan seharian yang makin lama makin membosankan. Mengeluh? Tak. Aku tak mengeluh. Cuma aku penat dengan situasi di mana aku hanya mampu memandang, melihat dan berkongsi rasa. Ok memandang dan melihat tu benda yang sama je cuma situasi sekarang buat aku rasa dua benda tu macam berbeza je.

Setiap hari aku harap hari hari yang aku lalui akan lebih seronok. Dulu aku sentiasa excited nak lalui hari hari seterus nya tapi sekarang aku tak rasa ade perubahan pun. Aku rasa perkara yang sama. Iaitu hidup aku yang membosan kan. Tanya lah sape je yang kenal aku. Hidup aku cuma bangun pagi, pegi kelas, buat nota, dengar lagu, melepak, makan, minum dan tido. Atau lebih tepat rutin harian yang sama. Takde perubahan langsung. LANGSUNG!

Bila orang tanya mana aku menghilang, mana aku menyepi, apa yang aku buat sampai susah gila nak jumpa aku sekarang, dan apa yang aku boleh jawab ialah.. owhh aku ade keje sket. Assignment banyak. Outing sana sini, jumpa orang sana sini. Ada design nak kene siapkan ada gambar yang aku perlu edit. Atau yang sebenarnya aku taknak orang tau betapa bosan nya hidup aku sepanjang tahun ni. Mesti orang akan cakap, ohh come on lah Shifa, da 5bulan tak kan takde perubahan langsung hidup kau? Apa yang aku boleh jawan ialah, yes, indeed. Memang hidup aku takde perubahan. Aku tak mengharap kehadiran mane mane lelaki atau sekadar kawan tuk buat hidup aku lebih bermakna. Atau mungkin sebenarnya aku perlukan juga? Aku tak desperate sampai macam tu sekali. Cuma yang aku tengah pikir, apa akan jadi dengan hidup aku sampai hujung tahun ni kalau aku sendiri tak ubah cara hidup aku?


Aku tak berminat nak bukak isu politik atau apa. Aku tak berminat nak bukak topik pasal kawen atau relationship sebab apa yang aku tau aku tak penah end up dengan rel
ationship yang berjaya. Aku rimas dengan situasi orang yang asyik mesej aku benda bukan bukan. Aku jadi tak suka. Call aku lepas tu letak telefon macam ape je. Ye, aku tau mood aku tak berapa baik lately dan aku tau aku touching lately. Ada je benda tak kena. Aku tak boleh fokus tuk study waima di beri peluang tuk jawab kali ke-2. Air mata aku da lama takde. Aku cuma harap aku boleh menangis satu hari nanti supaya biar semua resah, kecewa dan sakit hati aku ni berlalu pergi. Sebab aku tau, makin aku pendam makin aku simpan it end up dengan ubat. Ye dan aku tak suka itu semua.

Bila semua ni akan berakhir? Mungkin belum sampai masa nya. Aku cuma perlu duduk dan bersandar. Perhati setiap perkara yang berlaku supaya one day aku tau hidup ni cuma hanya sekali dan sangat singkat. Apa kata kita buat ia jadi menarik? Maybe some else but not me. I'm totally hopeless now.

Wednesday, May 18, 2011

Menconteng Arang Ke Muka Sendiri



MALAS!

MENGALAMI MASALAH KEMALASAN YANG SANGAT TERUK.

MALAS..!!!

Tak Berhenti Lagi Harapnya.

Penat lelah aku tak habis habis lagi. Aku sendiri pening dengan apa yang aku lelahkan dan penatkan. Cuma yang aku tahu semua orang da mula cakap pasal aku yang da mula mendiamkan diri senyap sunyi atau lebih tepat penggunaan kata nya, bz. Aku bukan buat buat bz tapi memang aku bz. Aku ade komitmen dekat kolej dan aku juga ade komitmen sebagai seorang pekerja. Kerja? Ye, aku kerja tuk cari dwit. Atas kesukarelaan aku sendiri dan juga atas minat aku. Macam biasa kat sini kita akan cakap pasal photography. Ye, aku masih dengan kerja kerja tu. Aku jumpa, lepak dan borak borak dengan orang yang berkenaan.

Cakap pasal borak dan lepak, aku da lame tak lepak dan melengkapkan three musketeers. Semenjak salah seorang da ade awek dan aku yang takde komitmen dengan mana mana manusia, jadi macam ni lah. Sedih aku dengan cara hidup aku yang takde kesudahan. Aku adae cita cita tapi aku tak tahu lah benda nya kesampaian ke tak. Susah nak cakap benda benda macam ni. Aku penah cakap dekat salah seorang daripada kami, cuba layan aku macam perempuan sikit. Ye, diorang selalu buat aku macam lelaki. Agak nya diorang lupe kowt salah seorang anggota three musketeers ni perempuan. Heh. Giler agak nya diorang tu. Walau maskulin pun aku ni tapi aku tetap perempuan. Heh. Geli pulak rasa nya.

Diorang juga antara penyokong aku. Yang membuatkan aku tak fikir benda benda yang menyakitkan hati dan juga menyerabutkan fikiran. Aku senang dengan diorang sebenarnya. Lately, ada sesuatu macam rasa dalam otak aku. Rasa yang buat aku tiba tiba termenung, pegang kertas, tengok movie tapi fikiran aku melayang. Aku tak tahu apa yang aku fikir. Otak dengan dada aku da mula rasa sesak, rasa pedih. Yang aku tau, habis exam next week aku terus nak berangkat ke KL. Ada orang yang aku perlu jumpa. Atau lebih tepat aku rasa aku perlu cari ketenangan diri. What the hack cari ketenangan kat tempat sesak cam tu kan? Tapi aku tau, sedikit sebanyak aku nak lupa kan Kuantan ni. Mungkin bila aku pergi aku perlu bersihkan minda, lupa kan segala macam sakit yang aku da lalui kat sini. Bunyi nya macam orang tengah frust, tapi bak kata kawan aku buat ape nak frust kalau tak bercinta. Tapi yang nyata memang aku tengah frust dan aku pegi KL sebab nak bawak diri. Jangan tanya kenapa aku perlu buat semua ni. Cuma aku harap bila aku balik nanti moga moga ada yang merindui.

p/s : u took my heart away n u never gave it back. it hurts. really, yes, indeed.

Monday, May 16, 2011

Main Kejar kejar Dekat Jalan Raya

Aku baru sampai dari Dungun tadi baca : 12.00 a.m. Aku pegi sana sebab nya ade kerja sikit bersamaan family Uitm punya gathering. Lama tak jumpa mereka selepas hampir setahun berpisah. Cehh.. Aku gerak pagi Sabtu, dekat 2jam perjalanan aku sampai. Tengok la pilot nya siapa kan. Bila cakap pasal pilot, aku teringat peristiwa malam Sabtu tu.

Petang, pukul 5 tak silap aku, kami bertiga, aku, Hazierah dan Mus pegi Kuala Berang, hantar barang dekat abang Mus. Da bersuka ria dulu kami sampai ke Dungun semula tak silap aku dalam pukul 10lebih. Sampai hostel kami lepak lepak kejap. Baring bagi hilangkan penat, lepas tu keluar semula sebab nak cari makan. Da lapar sangat da gaya nya. Aku siap gendong dua bijik kamera kowt masa tu. Nak ambik gambar dekat pantai la sangat kan gaya nya.

Cerita bermula masa dekat satu traffic light, bila Mus lead kereta dia dulu. Aku rasa tak salah kowt dia lead sebab memang kami duduk dekat lane belah kanan. Memang wajar lane pandu laju. So, tiba tiba ade sebijik kereta Persona kaler coklat coklat kelabu, nak potong. Kereta tu belah kiri kami. So, Mus lead dulu and then masuk lane belah kiri, konon nak bagi dia potong. Tapi lain pulak yang jadi nya. Drama mula dari sini la. Aksi cucuk mencucuk, sampai tak puas hati follow kami. Aku tengok jam da pukul 11.30 p.m. Mus n Hazierah da bising bising. Aku pun sama. Apa cerita nak main cucuk cucuk ni kan? Tengah malam buta kowt ye pun kan. Lagi tambah poyo mamat menggelabah tu pakai sunglasses tengah tengah malam buta tu dengan poyo nya lagi smoking. Macam harr je la kan. Sampai satu traffic light, dia benti betul betul sebelah kanan pilot. Mus da cuak. Hazierah pun sama. Aku konon konon buat cool. Paling bangang sebelah mamat poyo tu ade wife beserta anak dia. Alamak, ape kes kowt maen kejar kejar bawak wife. Takde la macam keling mabuk pun Mus bawak kereta. Aku rasa biasa biasa je. Mamat tu kowt rasa goyang kowt sebab Mus lead kereta dia. Entah macam mana masa kat traffic light tu, Mus bawak slow slow n kereta tu pun slow jugak, bila dia da lepas dari garisan putih traffic light, Mus gamble giler terus potong tajam masuk ke kanan, simpang Uitm Dungun. Memang dahsyat giler. Dan yang pasti kereta tersebut tak dapat follow.

Seronok memang seronok sebab aku dengan Mus da lama tak maen giler macam tu dekat high way. Sebab tengok kami bertiga perempuan so dia maen ikut sedap je nak kejar kejar. Aku tak faham betul. ape bende nak goyang sangat. Bukan kurang ajar sangat pun Mus bawak kereta. Agak entah apa apa jugak la, sekali dengan wife dia tu. Kalau betul la dia tak salah n tak takut, ape hal nak pkai shades malam malam buta pukul 11.30 p.m? Takde keje sangat ke? Dan kalau dia jenis yang silau pun menipu benor kalau gelap sangat cermin nya. Aku tau lah aku pun jenis silau tapi takde la sampai hitam belegam shades nye. So, lepas aksi kejar mengejar tu kami terus balik hostel. Tak jadi nak lepak pantai, ambik gambar. Aku rasa pengajaran kat sini ialah, kami tak boleh nak lepak pantai tengah tengah malam buta.

p/s : Ada sorang makcik tu ingat aku ni photographer.