JellyPages.com

Friday, December 28, 2012

Hujung

Rasanya last aku update masa awal bulan hari tu kan. Sebenarnya aku da lama sangat tak singgah blog aku sendiri. Malah blogwalking apa tah lagi. Cuma hari ni datang semangat entah dari mana suruh aku belek belek blog sendiri sambil tu blogwalking sepam dua. Aku tak update pasal aku takde idea nak update apa apa. Kalau dulu ada je benda yang aku nak mengarutkan. Walaupun benda sebenarnya takdelah menarik mana.

Da hujung bulan. Berapa hari je lagi counting day untuk tahun baru. Geli geli je rasa kalau cakap pasal azam tahun baru. Aku malas betul bila cakap pasal azam azam ni. Aku tenang macam biasa je. Tahun 2012 merupakan tahun detik detik termahsyur aku. Macam macam benda da jadi. Start dari bulan 1 membawak ke bulan 3 tak silap aku event aku dulu. Lepas event macam macam jadi. Kalau dihitung dek kalkulator saintifik pun aku rasa aku suka tahun 2012. Nak sampai ke detik detik termahsyur tu macam macam la masalah.

Detik detik termahsyur bukan lah detik detik di mana aku jadi superstar ke rockstar ke artis ke atau apa. Tapi detik detik termahsyur bilamana aku da mula rapat dengan orang yang aku langsung tak pernah nak ambik port pasal dia. Lepastu bergabung tenaga untuk macam macam event yang seterusnya. Tahun 2012 dulu jugak la aku baru merasa ada kawan perempuan yang dalam kolej. Baru rasa feeling lepak dengan perempuan dan dilayan seperti perempuan.

Kalau nak suruh aku ringkaskan dengan apa yang da jadi...perghh! Memang macam tak cukup 1 buku cerita dia. Sampai hujung tahun ni dari perkara yang baik dan buruk aku rasa sama balance je. Sama sama selesaikan walaupun aku da hampir give up. Berpecah belah lepastu kembali semula bersama. Penat tapi tu lah detik detik termahsyur dalam hidup aku. Dari situ tertubuhnya Group Kachma & Padma. Macam macam perangai dan style masing masing. Dan masing masing boleh terima dengan tenangnya.

Apa yang aku harap, semoga apa yang berlaku sepanjang tahun 2012 akan memberi banyak pengajaran dan juga dapat sama sama belajar tentang erti setia kawan, persahabatan, kasih sayang, hormat menghormati dan saling menghargai. Insya Allah..semuanya akan baik baik sahaja. Buat 2012, selamat datang dengan jayanya. Semoga ditabahkan hati dan dikuatkan semangat untuk menempuh dugaan.

p/s : lelah dan jerih perih kita boleh dikongsi bersama. :)

Saturday, December 1, 2012

Antara Realiti Professional dan Realiti Peribadi

Lama aku diam. Tengok jugak apa yang tak kena. Di mana salahnya dan apakah cara solusinya. Tapi sampai hari ni, hingga saat ini aku hanya boleh diam. Sampai sudah. Takde lagi ayat ayat serupa bangsat yang keluar dari mulut aku setakat ni. Aku tahan mulut bersamaan menahan marah. Apa lagi yang aku boleh buat. Dari dulu semua sedia maklum dengan kredibiliti dan juga karakter aku yang bersahaja dan tenang sepanjang masa. Tak pernah nak melatah, tak pernah bertempik gegak gempita. Semua orang tau aku macam tu. Disebabkan semua orang tau aku macam tu, maka mereka mengambil kesempatan. Tak semua tapi kebanyakannya. Aku diam dan terus diam.

Satu saat, aku punya sang arjuna. Yang lebih lantang bersuara. Yang punya suara besar dan juga punya idea sendiri. Aku tak puji kerana dia arjuna aku. Aku puji sebab dia kawan aku. Yang punya kekuatan sendiri dalam mengawal situasi. Dihormati kerana pendapat juga kerana usianya. Tapi, bila dia bersuara pasti akan dikupas dari mula sampai akhirnya. Kalau takde yang nak cuit atau tegur memang takkan pernah habis ceritanya. Tapi takpe, semua faham.

Pada mulanya sahaja seperti tenang. Namun kini semuanya seperti keruh di dalam jernih di permukaan. Bermacam macam isu berbangkit. Isu professional dikaitkan dengan isu peribadi yang langsung tiada kena mengena. Aku diam lagi, pejam mata. Cuba tenangkan diri sendiri. Sang arjuna tenang seperti biasa. Sama sama menenangkan diri sendiri. Ada tambahan kepada dua sahabat tersayang. Kami dibidas, ditempelak bermacam macam agenda menjatuhkan kami. Tapi kami masih seperti dulu. Tenang sentiasa. Aku senyum lega. Apa jenis dugaan In Shaa Allah kami masih laluinya dengan tenang.

Itu bezanya realiti professional kami dengan realiti peribadi. Peribadi ditolak tepi saat bekerja. Tiada kisah suami isteri, tiada kisah kekasih hati. Sama sahaja. Kami bekerja dengan penuh professional. Seminggu ni, masing masing punya kerja yang komitmen di luar kawasan kolej. Masih juga datang kolej walau badan penat seperti hempap gajah. Masih datang ke kolej tunjuk muka walau tidur macam tak tidur malam sebelumnya. Bila disuarakan beberapa perkara tidak di endah. Perkara biasa. Tapi kami tenang. Masih bekerja hingga hari ini.

Drama masih berterusan. Tapi aku dah penat nak laluinya. Limit tak berapa nak banyak dah. Tinggal lagi seminggu je limit aku. Andai kata berlaku beberapa perkara yang tidak di ingini aku sendiri faham apa akan risikonya. Masih dan masih bertahan demi orang orang yang sentiasa disisi. Terima kasih kepada dua orang tersayang. Juga kepada sang arjuna. Kepada kawan merangkap lecturer. Sentiasa disisi juga sentiasa memahami cara aku bekerja. Walaupun aku jualah manusia yang sentiasa menjadi manusia untuk beliau melempiaskan rasa marah dan sedihnya. Tapi aku faham, itulah aku sebagai student dan juga kawan.

p/s : kerjaya itu kadang ada turun naiknya. realiti antara professional kerjaya dan peribadi usah dimasukkan sekali.