JellyPages.com

Monday, September 22, 2014

Obstacles and circumstances

Hello Monday morning. Its been long time since my last posted. Kan? So this is what was happened during im not around. Cewahhh...life just like before. Simple and much more better. I dnt have steady job but im not jobless. I do what i can do. As a photographer and photo editor.

I have new package since all i know is only sticky album. Err..tak cantik sangat. Look simple and not classy. So, i've started to make custom album. I learn and just do whatever i can do. Well, school start normally as before. But i prefer those junior don't call me 'kakak' please. Huhu school looks perfect and classy and now i highly recommended to other people to join my school. Eh sempat lagi promote. Hihi...

Its time for making some money and be in a good health. In this age, its easy to distract by any penyakit sebenarnya. Menjaga penampilan dan juga kesihatan. Insya Allah..something good will happen soon. Well..i have sore eyes. Should i get 5 days mc? Haha ok, kidding. Not funny aite? Ok, chiow.

Saturday, July 5, 2014

Mengejar tahun

Da seminggu puasa. Ada yang da start buat kuih raya ke? Ada yang da beli baju raya? Ataupun sedang mencari? Aku kategori yang sedang mencari. Walaupun baru seminggu puasa. Actually cari pun untuk Sang Arjuna juga. Cari baju dia dulu sebab saiznya susah jugak nak cari. Saiz XS. Lagipun da lama dia tak beli baju melayu. Aku manusia yang pandai memujuk bab macam ni, suruh la dia beli baju melayu. Teringin jugak nak tengok dia pakai raya tahun ni. Cewahh..over pulak.

Walaupun...walaupun tahun lepas da tengok sebenarnya. Err..tahun lepas raya macam tak raya sebab kepala sibuk fikir pasal kerja. Tahun lepas aku gila kerja. Tahun ni aku taktau aku gila apa. Well..da berapa hari duk usha ig (Instagram) sana sini cari baju melayu. Tup tap tup tap tengah malam semalam ada yang berkenan dekat mata aku. Mata aku? Habis mata dia? Iyelah..aku bagi dia tengok la dulu kan. Then ok. Sampai pukul 3pagi aku usha usha ig tu haa. Mata kemain bulat. So katanya nak warna green emerald.

Pagi ni bangun tido...pun...sambung lagi tung tang pasal baju melayu dia. Apahal macam ninonino sangat ni kan. Haaa..last last hari Isnin nanti pergi tengok dekat BTM (Baju Tradisional Melayu) yang aku selalu beli baju dulu masa zaman kanak kanak. Saiz pun senang nak cari. Saiz aku lah kan. Dan juga saiz dia. Sama je saiz. XS juga haa..well..kuih raya? Taktau lah. Ada can beli lagi tahun ni. Nak nak pulak sekarang da bertambah cucunya jadi 2. Ke nak buat je?

Apa apa pun..sekarang kepala fikir bisnes. Slow slow jalan. Bulan puasa ni takde orang kawen tapi lepas puasa ni ada yang kawen, ada orang tunang. Tahun depan pun da ada orang book. Alhamdulillah. Mengejar tahun dan insya Allah ada rezeki buat la apa yang patut. Beli kereta ke beli orang ke. Haa..oopss!

Hihi oklah. Lagi banyak aku menngarut dekat sini lagi bahaya.

Thursday, July 3, 2014

Apa? Apa?

Ramadhan ke 5. Macam biasa. bertenaga alhamdulillah. Dikurniakan kesihatan yang baik. Alhamdulillah. Dikelilingi orang tersayang. Alhamdulillah.

Sebenarnya bosan taktau nak buat apa. Pagi tadi duk edit design blog. Sebab tengok macam da bersejarah sangat da. So tukarlah nampak ceria sikit tapi masih simple. Well well...puasa macam biasa. Semua pun macam biasa. Lepas puasa nanti ada dua wedding bakal menyusul. Wedding Sapikah and wedding Afif. Lepastu menyusul tunang Tasya and tunang Kila. Bagus bagus. Sekarang banyak masa nak pergi wedding orang. Kalau dulu yer, susah nak pergi wedding orang sebab kerja tak tentu masa. Tapi life macam tu best sebenarnya. Sebab takde masalah sangat aku ni.

Sekarang ada masalah ke? Takde lah. Sekarang okay je cuma bosan. Bosan..takde description untuk bosan tu sebenarnya. Okaylah. Nanti sambung lagi.

Selamat berpuasa semua.

Monday, June 9, 2014

Sebelum dan Selepas.

Entry dipost berdasarkan tweet aku malam tadi. Sebenarnya aku terbaca retweet dari mana entah. Tunjuk gambar seorang perempuan sebelum dan selepas clash dengan boyfriend. Dan nyatanya gambar sebelum menunjukkan perempuan tu nampak suci murni gebu dan sebagainya. Tapi gambar selepas clash lebih kurang macam orang kena culture shock.

Persoalan aku kat sini, kenapa mesti orang relatekan perempuan dengan keadaan yang macam tu? Teringin jugak aku nak tengok gambar lelaki sebelum dan selepas clash jadi apa. Mungkin taknak tunjuk betapa lelaki akan duduk diam kat ceruk bilik, termenung, meratap sayu pilu. Atau menangis dalam bilik air bawah shower? Bila keluar muka sembab macam orang taknak hidup?

Wahh...teremosi pulak aku. Bukanlah apa. Cuma benda ni sebenarnya nampak tak fair di mata aku. Perempuan akan jadi bad girl lepas clash. Mungkinlah jadi macam tu sebab rasa kebebasan bila da clash. Masa dengan boyfriend dulu tak boleh buat semua tu. Sebab boyfriend tak bagi. Boyfriend jealous. Nak lepak dengan kawan pun susah. So, bebas tu lain macam rasa dia dan tetibe akan nampak macam bad girl acah acah konon nak rebel. Nak ex boyfriend tahu yang dia lebih bahagia dan mungkin juga lebih vogue bila da clash. Hehehe..perkara macam ni da biasa terjadi.

Aku bukan nak cakap yang lelaki je yang tahu perasaan sedih. Yang akan duduk termenung tak menentu macam esok tiada makna lagi. Tak..memang tak. Kalau ada lelaki yang baca post aku ni mesti rasa nak terajang aku tepat atas muka. Bengang mungkin. Tapi..based on pengalaman dengan kawan kawan aku, kebanyakan kawan lelaki memang akan jadi macam ni. Sedih, termenung. Kadang question macam macam dekat aku. Kenapa perempuan macam ni perempuan macam tu. Sebenarnya beza dia whether kau yang mintak clash atau kau yang kena clash. Kalau yang kena clash memang macam ni lah jadinya. Tapi kalau sendiri yang mintak clash, nak meroyan memang kena hempuk dengan kayu hoki.

Perempuan pun rebel, jadi bad girl mungkin sebab nak hilangkan rasa sedih. Siapa tahu, balik dari bersuka ria dengan kawan, malam sebelum tidur dialah manusia paling sengsara. Dialah manusia yang sedih meratapi pilu hati ditinggal sepi atau ditinggal mati. Beza dengan orang yang tunjuk sedih dengan orang yang sorok kesedihan dia. Buat apa nak tunjuk sedih depan orang. Orang taknak dengar cerita sedih kita. Yang orang nak dengar cerita bahagia kita. Cerita kerjaya kita. Mungkin yang dengar cerita sedih kita tu orang yang nak jatuhkan kita je.

Apa pun ini just pendapat aku. Berdasarkan keadaan sekeliling dan pemerhatian aku jugak. Orang kata kita just pernah dengar nama tapi tak pernah tahu cerita. Sama jugak kalau dengan orang yang belajar Sejarah. Biasa dengar nama J.W.W Birch? Tapi tau tak kisah dia pasal apa? Tau tapi tak ingat. So..anggap je la situasi tu macam J.W.W Birch. Orang tau nama and ingat kisah dia tapi ada yang kadang ingat kadang lupa. So tak perlu risau apa orang kata.


p/s : aku punya manja kau saja boleh rasa, rahsia kita berdua.

Thursday, May 29, 2014

Sebelum Aku Terlupa

Da hari Khamis. 2 3 menjak ni semua serba tak kena. Aku ada masa ok ada masa tak ok. Tapi lebih banyak yang tak ok. Aku kadang taktau apa yang tak kena dengan aku. Aku bukan nak gaduh tapi bila semua benda boleh jadi isu gaduh ni kadang aku tak suka. Cakap sana gaduh cakap sini gaduh. Tak best jugak macam tu.

Kenapa dengan aku? Apa masalah aku. Kadang sedih jugak jadi macam ni. Serba tak kena jadinya. Sedih berganda ganda betul. Takkan hari hari ada je isunya. Sampai bila nak macam ni. Aku tak suka. Tu je aku tau. Memang semua ok tapi asal ada benda sikit nak gaduh. Aku la yang nak gaduhnya.

Da tak macam dulu ke? Lebih dari macam dulu lagi adalah. Apa je yang tak cukup? Semua cukup je. Aku je yang tak guna haa..

p/s : sudah sudah la tu

Thursday, May 22, 2014

Apa benda?

Kalau cakap pasal sejarah, pasal cerita yang lepas lepas semua ada cerita sendiri kan. Tak kisah la benda bagus ke benda yang tak bagus ke. Apa yang aku tau dan diberitahu jangan cerita pasal benda yang tak bagus pasal diri kita sebelum ni kalau kata kita da berubah. Eh ye? Macam membuka pekung di dada lah katanya. Okok aku bukan nak berceramah bagai. Just nak share je lah benda yang best ke yang tak best ke. Sebab lately aku asyik duk teringat benda bukan bukan je. Bukan bukan apa sangat. Teringat zaman belajar dulu. Banyak cerita sebenarnya.

Tahun pertama masa dekat Uitm Kuala Terengganu Kampus Chendering dulu. Masa mula mula aku masuk orang cakap muka aku muka budak baik (ceh) Yelah tahun pertama hingusan lagi. Takde senior pulak tu sebab aku budak first batch masa kampus tu baru bukak. So bersenang lenang la sikit kan. Mula masuk semua relax seminggu. Sistem tak berapa betul lagi. Aku takde orientasi pun. Mesti korang tak percaya kan. Tapi tu lah kenyataan nya. Aku tak biasa cuaca kat sana sebab panas so aku demam. Sekejap je. Pastu baik balik. Suka berkeliaran dekat bandar dengan kawan kawan. Konon nak biasakan diri. Habis kita orang jelajah semua. Masa belajar pun aku takde masalah. Aku buat hal sendiri je. Takde lagi kes kes ponteng kelas or whatsoever tu. Aku tak ingat masa sem berapa aku ada salah faham dengan course mate aku. Start dari tu orang macam tak peduli kan aku atau lebih senang kata aku macam kena pulau lah (kesiankan?) Taktau salah siapa dan aku pun taknak ambik port. Aku buat hal sendiri. Tak berkawan sangat. Macam biasalah, aku start tegur semua orang so semua orang pun ok dengan aku. Sebab puncanya mulut mulut orang jugak. Steady je aku. Nasib room mate aku budak course lain. Start tahun kedua, subject makin tough. Masa tu da boleh nampak skills arah mana. Aku excited bila lecturer aku kata aku ambik gambar proportion aku cantik. Tak payah edit sangat gambar sebab aku pandai cari angle. Iye..iyer..dari tu lah aku minat ambik gambar dan diakui oleh semua member aku (ok, macam puji diri pulak) Masuk tahun ketiga aku da start ada masalah itu masalah ini. Emosi tak stabil. So aku berhenti. Kiok masa sem 5. Gila, lagi satu sem nak habis belajar. So bye Uitm. Ohh..lupa nak cerita pasal Arjuna. Haha ok tak payah ceritalah sebab kalau cerita kena gelak.

Lepas berhenti Uitm, aku macam takde arah. 5 bulan aku takde buat apa. Duduk rumah je. Banyak pulak offer belajar sana sini. Yang aku ingat masa tu mak punya alasan, taknak bagi aku belajar jauh. Dia tak suka. Takut tak menjadi lagi gamaknya haa. UPM, aku dapat offer belajar dekat kolej penerbangan. Dapat Unisel, Lim Kok Wing. Banyak...tapi mak tak bagi. Last last aku masuk Cosmopoint Kuantan. Iyer...tempat segalanya bermula. Cewahhh...! Geli geli je kan. Tahun pertama pun aku sorang sorang. Pastu ada kawan sikit. Lepastu lepas orientasi, aku pulakkk..macam kena pulau lagi. Amende lah life aku ni kan? Pathetic sungguh. Tapi aku peduli apa. Aku da start kawan dengan lecturer. Kawan dengan budak laki. So, aku rasa senang dan bahagia. Kawan dengan laki takde banyak songeh. Takde nak terasa hati. Terasa hati cakap terus terang. Masa tu aku kawan dengan Dzhoriff and Arishman. Konon three musketeers lah. Seriuslah aku takde kawan perempuan dan aku tak berminat. Lepastu geng yang pulaukan aku start cakap cakap dengan aku. Start mesej aku mintak maaf. Cakap ingat aku tak boleh hidup kalau takde dia orang. Ingat aku merayu rayu kat dia orang. Ehh..tolonglah. Aku umur berapa masa tu. Aku kena dekat Uitm dulu, so aku tau nak bawak diri macam mana. Tapi bila start tegur balik pun aku da tak lepak dengan dia orang. Memang tak langsung. Jiwa aku dengan budak budak laki je lah. Sem berapa entah, aku baru ada kawan perempuan. Itupun sebab Gabung Art. Iyerlahh..kawan dengan Sapikah, Erien. Kawan dengan lecturer. Cerita dia banyak benda aku belajar masa aku dekat Cosmo. Aku belajar hidup sendiri. Aku belajar independent. Aku belajar nak sesuaikan diri dengan keadaan. Dan benda benda bodoh lain yang aku pernah buat. Yang bila difikir balik, boleh tahan jugak perangai aku ni. Tapi bila ingat balik, bagus la benda tu aku buat masa tengah nak naik (budak baru nak up) so sekarang banyak la fikir pasal life.

Aku takde fikir jauh. Da tak boleh nak fikir jauh since aku pun takde mata pencarian tetap. Bila tenung tenung balik aku taktau aku nak buat apa. Aku tak menyesal pun berhenti kerja hari tu sebab atleast aku boleh buat benda lain yang berada dalam kemampuan aku. Orang tanya aku apa aku nak sekarang. Aku pun taktau nak spesifik kan benda tu. Banyak benda sebenarnya tapi kena slow slow. Dalam hati da start rasa aku kena buat semua sendiri. Aku kena cari ruang untuk diri sendiri. Belajar balik semula benda benda yang aku biasa buat. Aku tak breakdown. Serius tak. Aku tengah tenangkan diri. Hidup kena adil. Dengan orang sekeliling. Aku tak adil dengan orang lain sekarang ni. So..kena berlaku adillah. Pengorbanan, apa je yang aku da buat? Kasih sayang, apa je yang aku da bagi? Tanggungjawab, apa je yang aku buat? Memang tak adil. Sampai masa diam, renung dan fikir. Setiap benda ada cara yang terbaik untuk selesaikan. Aku tak kata ni masalah. Sebab kalau masalah nanti jadi isu pulak. Kalau diam tu boleh buat kita berfikir, buatlah. Kalau menyendiri tu boleh buat hidup bahagia, buatlah. Masing masing ada pilihan sendiri. Aku pilih cara aku. Duduk, diam, fikir, senyum. Hati orang kena jaga. Bila orang lain senang hati dengan diri kita, kita akan rasa lagi senang hati. Buat untuk diri sendiri bahagia, baru orang sekeliling akan rasa benda yang sama. Senang cerita, buat untuk diri sendiri dulu. Bukan untuk orang lain.

Oklah, penat merepek. Badan pun da sakit. Nanti sambung lagi.

Kyra.

Sunday, May 18, 2014

Ahad Day

Pagi Ahad. Bangun macam biasa sebab terdengar suara budak kecik menangis dan si kakak nya merengek taktau nak apa. Since dia dapat adik baru ni asyik nak merengek je. Pening jugak aku kadang kadang tu.

Ohh by the way, mengikut anggaran kasar aku ni kira minggu yang ke empat la aku jadi penganggur setia dekat rumah ni. Masa kerja pun takde kawan da jadi penganggur pun takde kawan. Biasalah life macam takde beza. Bangun timing yang sama nak pergi kerja cuma kehidupan relax sikit dan bosan yang lebih.

Beberapa hari lepas berhenti kerja aku jadi macam orang kurang waras. Boleh tahan jugak impact berhenti kerja ni. Macam orang putus cinta da aku rasa. Makan pun tidak. Bercakap pun tidak. Memang aku takde buat apa lah. Moody je memanjang. Aku taktau apa yang tak kena sebenarnya. Mungkin sebab aku da terlalu lama dalam company so aku rasa macam susah betul nak buang perasaan rutin rutin harian aku.

So far da masuk minggu ke empat, aku da rasa biasa da. Biasa lah mula mula. Serba tak kena. Macam tu jugak la dengan beza masa mula mula nak tackle girlfriend. Sebelum dapat dengan selepas da dapat jadi apa. Rutin seperti biasa. Since da aku jobless ni, aku takde buat apa apa aktiviti sangat. Dalam kepala ada macam macam benda aku nak buat. Cuma pergerakan badan dengan tangan aku je slow. Nak buat benda tu jadi tu yang tak menjadi lagi setakat ni. Pegang gitar pun takde lagi since da berhenti ni.

Ada banyak effect lepas kita tinggalkan apa yang kita suka untuk benda yang kita sayang. Haa..nampak tak deep nya kat situ? Cehh..so far aku jadi macam pendiam sikit la. Yeke? Err...ye kot. Lepastu aku jadi kuat merajuk, nak marah, cakap merepek. Bergantung kepada mood la sebenarnya. Aku tau benda tu tak bagus. Bagi kesan dekat orang lain jugak. Aku taknak jadikan itu satu kebiasan untuk aku dan satu kelalian. Bila buat benda da biasa and da lali, nanti da takde rasa apa da. Macam tu jugak haa..

Da masuk bulan May. Puasa da nak dekat. Lepastu nak raya. Aku tahu banyak beza. Beza dia tahun ni aku tak kerja. Aku takde duit bonus. Aku tak boleh beli baju raya untuk adik aku macam tahun lepas dan aku tak boleh shopping macam orang gila. Macam tahun lepas yang aku buat. Aku da tak boleh belanja kawan kawan aku makan. Aku tak boleh belanja family aku makan kat pizza macam biasa. Wahhh...! Lain macam betul feeling kali ni.

Ada kawan ajak aku buat insurance. To tell u all honestly, aku tak berapa berkenan dengan pekerjaan buat insurance atau yang seangkatan dengannya. Aku tak berminat. Sebab bagi aku insurance ada target dan sedikit memaksa. Ye aku tau benda tu bagus, tapi tu lah aku banyak kenal orang insurance yang tak bagus. Mungkin aku kena kenal yang bagus sikit supaya mentaliti aku tak jadi macam sekarang ni.

Kelebihan? Mungkin aku da pandai nak talk dengan orang and handle negative situation. Macam yang yang belajar dengan company aku sebelum ni. Skills tu ada cuma skop kerja aku takde idea. Sebab dalam kepala otak aku sekarang ni, aku nak stick dengan jadi photographer aku tu. Nampak macam santai tapi bila datang sekali job boleh tahan pening. Memang gaji tak lumayan. Tapi aku tak kisah janji aku boleh hidup makan pakai. Saving? Ye, kena start saving. Nak taknak kena start jugak. Ni da bulan May 2014. Saving sepatah haram pun takde. Umur pun da berapa haa. Takde saving apa pun tak jadi (if u know what i mean).

Kemajuan setakat ni? Aku da boleh bawak kereta. Tapi auto je lah. Da boleh bawak long distance. Jalan jam semua aku da bawak. Tengah malam pun aku da try bawak tapi mata tak berapa nak nampak jugak. Tapi takpe lah kena belajar. Tu pun puas jugak la mintak dengan Sang Arjuna. Payah betul dia nak bagi. Aku selalu cakap yang dia tak percaya kat aku. Orang lain boleh je bagi aku bawak kereta dia. Tapi dia haa susah nak bagi. Bila aku selambe mintak, duduk dekat seat driver, dia pun ikut kan je. Cuma jenis aku tak suka bawak kereta senyap senyap. Mesti nak kena bising. Kena pasang lagu lepastu mesti nak kena menyanyi. Shamsul tau sangat da aku macam mana.

Well...insya Allah. Tangan dengan badan kena start berkerja. Kalau tak kerja takde duit. Kena make things happen. Bukan wait things to happen. So, badan tak boleh malas. Kena kerja. Tak kerja tak boleh kawin (eh?) Ok merepek.

Banyak da aku merapu dekat sini. Macam novel da jadinya haa. Itulah kalau da lama tak menulis. Ok ok nanti sambung cerita lain pulak. Tenkiu for reading guys :)

Kyra.

Thursday, May 1, 2014

Lebih dari satu ayat lebih dari satu maksud.

Maaf. Kali kedua aku post entry untuk hari ni. Kali ni aku harap didatangkan sekali dengam kewarasan minda. Aku da out of control. Da tak boleh nak kawal diri sendiri, fikiran sendiri. Maaf. Senang je aku nak cakap. Tak sedar betapa ada hati yang sak. Betapa ada manusia pening layan kerenah aku. Kenapa ada manusia macam aku ni yang suka sangat menyerabutkan fikiran orang dengan masalah aku yang entah apa apa ni? Maaf. Perkataan tu da berbuih aku cakap. Da naik bernanah orang dengar dari mulut aku. Penat layan maaf aku. Penat layan maaf aku bila tengah serabut dengan macam macam hal. Maaf. Sampai satu masa orang pulak akan cakap maaf dekat aku. Bila da tak tahan nak dengar aku cakap. Sekarang mungkin boleh layan. Akan datang? Aku sendiri pu muak dengan perangai aku. Apatah lagi orang lain. Untuk awak, benda macam ni kalau boleh bawak bergaduh..saya punca dia. Saya tau. Benda yang merepek yang bukan bukan tu semua saya punca dia. Kalau jadi apa pu nanti saya jugak yang salahnya.

Leave me for nothing

First of all this is what went wrong with my life. Ermm..its kinda funny coz people assume u can do anything and u were tough and strong. But reality is i am not.I am not that kind of person anymore. My body just can take it anymore. Weird but to tell honestly this is my final straw last resort. This decision came out just like that. Early morning before i went to office i think what i want in this life. What my ultimate goal. What is wrong with me. And then i decide, maybe its time to move on, move forward looking for something else. And that day many things happen. The guy ask me to teach and learn. And ask me to explain more bout our C.O.D. Act like nothing happen. Woww..kinda funny coz this is really looks professional to me. But deep inside my heart, i feel like thorn tear up my heart. Fuhhh... And today, my second day. Jobless girl. Ciss..macam apa je feeling ni. Semua benda macam tak kena. Mat cakap aku buat keputusan memang dia pun terkejut. I just what am i supposed to do long time ago. It just about time. Mungkin lepas ni semua benda tak kena, aku main bantai je buat keputusan. Entahhh...yang aku tau. I need some time. Before go out and meet other people. Boleh camtu? Hehhh

Thursday, April 3, 2014

Kojolobak kojolobu

Apa rasa bila update blog guna phone. Aku rasa macam orang buta sikit. Hari Khamis, aku mc lagi untuk kesekian kali. Sakit gigi mood spoil macam orang mengidam tak dapat makan itu ini. Kerja alhamdulillah ok. Ada banyak benda yang boleh diceritakan dan banyak juga tanggungjawab. Hidup, kadang kala ada turun naiknya. Penat, tu perkara biasa. April bermula dengan baik. Malas nak pikir sangat. Malas nak serabut benda yang tak patut. Aku buat apa yang aku perlu buat. Aku cakap apa yang aku nak cakap. Kadang orang bukan boleh tahan dengan kerenah kita pun. Ehh penat la kan. Nak nak layan kerenah perempuan yang macam macam hal ni. Back to basic lah senang cerita. Minggu ni buat flyers event dulu. Cash dapat on the spot. Semalam aku drop 6. Hari ni kata bell 10 pulak. Boleh tahan la kan. Well cuba benda baru, jadi manusia yang multitask. Orang malas nak layan, buat taktau je. Oklah, aku nak tido. Bai.

Tuesday, January 28, 2014

Norma dan Karma

Hai semua..sejak dua menjak ni rajin pulak aku on laptop semata mata nak post entry. Sebenarnya pagi ni punya motif tak banyak pun. Saja nak share cerita memandangkan aku bukan selalu ada waktu terluang nak buat benda ni semua. Curi curi masa je.

Sejak kebelakangan ni aku rasa badan aku da tak kuat macam dulu. Aku selalu mengantuk bila kerja, selalu mengantuk awal. Macam da takde energy aku rasa. Pelik jugak apa yang aku da buat sepanjang hari. Kalau nak kata rutin harian macam biasalah. Takde perubahan dari segi waktu pun. Waktu balik kerja pun da awal bukan macam tahun lepas. Kadang sebab penat dan mengantuk tu boleh buat emosi aku spoil. Bila melepak mana mana aku jadi mengantuk. So, aku tak suka. Kacau mood orang yang nak melepak tu. Ambik alternatif lain iaitu aku tak lepak la lama lama.

Aku sebenarnya nak lepak macam biasa. Sebab kalau nak diikutkan masa bulan puasa timing lepak aku lagi lah lewat. Kadang pukul 1 baru sampai rumah. Bangun awal, tapi energy lain macam. Aku rasa aku kena buat sesuatu. Yang paling penting maintain attitude aku. Yelah, aku rasa sesuatu sekarang ni. Benda yang tak best. Bilamana aku rasa aku akan drop balik. Kena built team balik. Memang take time. Sebab aku rasa guy aku yang sekarang pun tengah 50-50. Bukan kata aku tak usaha...tapi aku nak dia faham situasi nya. Dia sendiri da tengok dan tau pasal company. Just go and fight for it. Biarlah orang nak kata apa.

Mungkin sampai masa aku kena sedar dan tau apa aku nak. Kurangkan kebergantungan pada orang lain. Back to basic. Actually, kalau orang baca dia akan rasa macam biasa je entry aku ni. Tapi perasaan aku tengah menggila sekarang ni. Aku nak kena kerja dan aku nak kena usaha untuk diri sendiri dan untuk masa depan. Sampai satu masa kalau orang lain penat tengok cara aku kerja, aku undur diri. Kadang bahagiakan orang tu boleh buat orang lain bahagia.

Mungkin orang da penat cakap macam macam pasal kerja aku. Orang cakap macam tak nampak hasil apa yang aku buat. Takpe, sampai masa kalau noktah da sampai aku noktahkanlah. Buat untuk orang lain tak salah. Insya Allah akan temu kebahagiaan dekat penghujung nanti.

p/s : be strong and fight for future.

Saturday, January 25, 2014

Sweet 25th.

Selamat pagi. Ehem...20 hari setelah hari kejadian. Kejadian apa pulak kan. Lama betul aku tak jenguk blog aku ni. Da bersawang pun. Kalau rumah orang da tentu tentu berhantu langsuir bagai.

Anyway, selamat tahun baru untuk semua walaupun sangat lambat aku nak ucap. Tapi yelah, aku peduli apa kan. Alhamdulillah, sepanjang penghujung tahun semua berjalan dengan lancar. Dari segi kerja, kehidupan peribadi dan semua sekali lah. Tapi mungkin yang ada deep impact nya bila musim banjir hari tu. Rumah aku tak pernah pernah naik air tetibe naik air. Tapi syukur takde pulak kejadian kehilangan nyawa.

Ermm..aku nak cerita banyak benda dekat sini tapi macam tak senonoh pulak rasa ada 2 3 4 cerita dalam satu entry. Tapi aku cerita sikit sikit la. Lebih kurang macam rumusan atau ringkasan. Setelah dihitung dek kalkulator saintifik, aku da hampir 8 bulan kerja dengan Orin's Group ni. Lama jugak dan alhamdulillah, kerja ok. Walaupun ada turun naiknya. Da hampir setengah tahun macam macam masalah timbul. Orang negatif sana sini. Orang pertikai apa aku buat. Aku diam, taktau nak cakap apa. Aku yang lalui semua ni, aku yang tau sakit nya macam mana. Orang tak faham kerja aku, dan aku pulak tak reti nak buat orang faham kerja aku. Yang aku tahu, alhamdulillah...rezeki Allah sentiasa ada bagi. Aku adaa jugak nak menyerah kalah, tapi aku fikir banyak benda. Aku fikir masa depan. Jauhhh.....tapi biarlah...orang tetap takkan faham dan orang tetap takkan nampak kejayaan. Malas malas dan malas.

Erm...birthday tahun ni masih sama juga alhamdulillah. Dikelilingi orang orang yang sayangkan aku. Mak, Abah, adik beradik dan juga Sang Arjuna (saya harap awak baca ni). Actually, semua apa yang aku nak aku dapat masa birthday aku baru ni. Walaupun...walaupun ye. Hampir semua nya aku tak mintak. Alhamdulillah sangat sangat. Orang kata bila da sebati, tak payah cakap, semua da boleh tau. (saya sayang awak) Dari atas sampai bawah, aku cukup dengan kasih sayang dari Sang Arjuna. Apa lagi yang tak cukup aku pun taktau. Mungkin orang tengok semua ni takkan ke mana. Dengan aku yang selambe. Dengan aku yang macam takde apa apa. Kalau nak dibandingkan dengan dia. Tapi takpe lah..semua ok je.

Aku biasa sorang sorang. Sebab aku rasa orang takkan faham aku. Aku biasa senyap je. Sebab aku ni panas baran. Susah aku nak cakap apa yang aku nak. Dan susah jugak la untuk benda benda lain. Tapi..ada tapi jugak...da macam drama Melayu ada tapi tapi bagai. Ouhh ok, tapi semua benda kalau kita nampak susah, jadi susah la. Kalau kita sendiri taknak ada perubahan dalam hidup, jadi tak berubahlah.

Aku suka kehidupan sekarang, simple dan tenang. Aku tau kadang aku banyak bergantung pada anak Uncle Zahari tu. Kadang rasa dimanjakan sangat sampai aku pun pelik macam mana boleh jadi macam ni. Macam ni yang macam mana, jumpa lah aku dan tau lah aku macam mana. Perubahan besar dalam hidup, kita boleh buat sendiri tapi kita takut dengan penerimaan orang sebab terlampau banyak fikir pasal orang. Bila dengan Sang Arjuna, dia buat aku rasa selesa untuk buat apa yang aku nak. Dalam erti kata yang lain dia buat aku confident. Tak perlu cakap lebih sebab aku suka dengan apa yang da jadi. Sedikit sebanyak aku jadi manusia yang reti sikit nak bercakap. Ehh...okaylah sambung nanti. Aku nak pergi ofis. Insya Allah..ada cerita lagi. Tenkiu guys.

p/s : tunggu nak naik silver pin pulak. Murahkan rezeki. Amin amin.