JellyPages.com

Thursday, May 29, 2014

Sebelum Aku Terlupa

Da hari Khamis. 2 3 menjak ni semua serba tak kena. Aku ada masa ok ada masa tak ok. Tapi lebih banyak yang tak ok. Aku kadang taktau apa yang tak kena dengan aku. Aku bukan nak gaduh tapi bila semua benda boleh jadi isu gaduh ni kadang aku tak suka. Cakap sana gaduh cakap sini gaduh. Tak best jugak macam tu.

Kenapa dengan aku? Apa masalah aku. Kadang sedih jugak jadi macam ni. Serba tak kena jadinya. Sedih berganda ganda betul. Takkan hari hari ada je isunya. Sampai bila nak macam ni. Aku tak suka. Tu je aku tau. Memang semua ok tapi asal ada benda sikit nak gaduh. Aku la yang nak gaduhnya.

Da tak macam dulu ke? Lebih dari macam dulu lagi adalah. Apa je yang tak cukup? Semua cukup je. Aku je yang tak guna haa..

p/s : sudah sudah la tu

Thursday, May 22, 2014

Apa benda?

Kalau cakap pasal sejarah, pasal cerita yang lepas lepas semua ada cerita sendiri kan. Tak kisah la benda bagus ke benda yang tak bagus ke. Apa yang aku tau dan diberitahu jangan cerita pasal benda yang tak bagus pasal diri kita sebelum ni kalau kata kita da berubah. Eh ye? Macam membuka pekung di dada lah katanya. Okok aku bukan nak berceramah bagai. Just nak share je lah benda yang best ke yang tak best ke. Sebab lately aku asyik duk teringat benda bukan bukan je. Bukan bukan apa sangat. Teringat zaman belajar dulu. Banyak cerita sebenarnya.

Tahun pertama masa dekat Uitm Kuala Terengganu Kampus Chendering dulu. Masa mula mula aku masuk orang cakap muka aku muka budak baik (ceh) Yelah tahun pertama hingusan lagi. Takde senior pulak tu sebab aku budak first batch masa kampus tu baru bukak. So bersenang lenang la sikit kan. Mula masuk semua relax seminggu. Sistem tak berapa betul lagi. Aku takde orientasi pun. Mesti korang tak percaya kan. Tapi tu lah kenyataan nya. Aku tak biasa cuaca kat sana sebab panas so aku demam. Sekejap je. Pastu baik balik. Suka berkeliaran dekat bandar dengan kawan kawan. Konon nak biasakan diri. Habis kita orang jelajah semua. Masa belajar pun aku takde masalah. Aku buat hal sendiri je. Takde lagi kes kes ponteng kelas or whatsoever tu. Aku tak ingat masa sem berapa aku ada salah faham dengan course mate aku. Start dari tu orang macam tak peduli kan aku atau lebih senang kata aku macam kena pulau lah (kesiankan?) Taktau salah siapa dan aku pun taknak ambik port. Aku buat hal sendiri. Tak berkawan sangat. Macam biasalah, aku start tegur semua orang so semua orang pun ok dengan aku. Sebab puncanya mulut mulut orang jugak. Steady je aku. Nasib room mate aku budak course lain. Start tahun kedua, subject makin tough. Masa tu da boleh nampak skills arah mana. Aku excited bila lecturer aku kata aku ambik gambar proportion aku cantik. Tak payah edit sangat gambar sebab aku pandai cari angle. Iye..iyer..dari tu lah aku minat ambik gambar dan diakui oleh semua member aku (ok, macam puji diri pulak) Masuk tahun ketiga aku da start ada masalah itu masalah ini. Emosi tak stabil. So aku berhenti. Kiok masa sem 5. Gila, lagi satu sem nak habis belajar. So bye Uitm. Ohh..lupa nak cerita pasal Arjuna. Haha ok tak payah ceritalah sebab kalau cerita kena gelak.

Lepas berhenti Uitm, aku macam takde arah. 5 bulan aku takde buat apa. Duduk rumah je. Banyak pulak offer belajar sana sini. Yang aku ingat masa tu mak punya alasan, taknak bagi aku belajar jauh. Dia tak suka. Takut tak menjadi lagi gamaknya haa. UPM, aku dapat offer belajar dekat kolej penerbangan. Dapat Unisel, Lim Kok Wing. Banyak...tapi mak tak bagi. Last last aku masuk Cosmopoint Kuantan. Iyer...tempat segalanya bermula. Cewahhh...! Geli geli je kan. Tahun pertama pun aku sorang sorang. Pastu ada kawan sikit. Lepastu lepas orientasi, aku pulakkk..macam kena pulau lagi. Amende lah life aku ni kan? Pathetic sungguh. Tapi aku peduli apa. Aku da start kawan dengan lecturer. Kawan dengan budak laki. So, aku rasa senang dan bahagia. Kawan dengan laki takde banyak songeh. Takde nak terasa hati. Terasa hati cakap terus terang. Masa tu aku kawan dengan Dzhoriff and Arishman. Konon three musketeers lah. Seriuslah aku takde kawan perempuan dan aku tak berminat. Lepastu geng yang pulaukan aku start cakap cakap dengan aku. Start mesej aku mintak maaf. Cakap ingat aku tak boleh hidup kalau takde dia orang. Ingat aku merayu rayu kat dia orang. Ehh..tolonglah. Aku umur berapa masa tu. Aku kena dekat Uitm dulu, so aku tau nak bawak diri macam mana. Tapi bila start tegur balik pun aku da tak lepak dengan dia orang. Memang tak langsung. Jiwa aku dengan budak budak laki je lah. Sem berapa entah, aku baru ada kawan perempuan. Itupun sebab Gabung Art. Iyerlahh..kawan dengan Sapikah, Erien. Kawan dengan lecturer. Cerita dia banyak benda aku belajar masa aku dekat Cosmo. Aku belajar hidup sendiri. Aku belajar independent. Aku belajar nak sesuaikan diri dengan keadaan. Dan benda benda bodoh lain yang aku pernah buat. Yang bila difikir balik, boleh tahan jugak perangai aku ni. Tapi bila ingat balik, bagus la benda tu aku buat masa tengah nak naik (budak baru nak up) so sekarang banyak la fikir pasal life.

Aku takde fikir jauh. Da tak boleh nak fikir jauh since aku pun takde mata pencarian tetap. Bila tenung tenung balik aku taktau aku nak buat apa. Aku tak menyesal pun berhenti kerja hari tu sebab atleast aku boleh buat benda lain yang berada dalam kemampuan aku. Orang tanya aku apa aku nak sekarang. Aku pun taktau nak spesifik kan benda tu. Banyak benda sebenarnya tapi kena slow slow. Dalam hati da start rasa aku kena buat semua sendiri. Aku kena cari ruang untuk diri sendiri. Belajar balik semula benda benda yang aku biasa buat. Aku tak breakdown. Serius tak. Aku tengah tenangkan diri. Hidup kena adil. Dengan orang sekeliling. Aku tak adil dengan orang lain sekarang ni. So..kena berlaku adillah. Pengorbanan, apa je yang aku da buat? Kasih sayang, apa je yang aku da bagi? Tanggungjawab, apa je yang aku buat? Memang tak adil. Sampai masa diam, renung dan fikir. Setiap benda ada cara yang terbaik untuk selesaikan. Aku tak kata ni masalah. Sebab kalau masalah nanti jadi isu pulak. Kalau diam tu boleh buat kita berfikir, buatlah. Kalau menyendiri tu boleh buat hidup bahagia, buatlah. Masing masing ada pilihan sendiri. Aku pilih cara aku. Duduk, diam, fikir, senyum. Hati orang kena jaga. Bila orang lain senang hati dengan diri kita, kita akan rasa lagi senang hati. Buat untuk diri sendiri bahagia, baru orang sekeliling akan rasa benda yang sama. Senang cerita, buat untuk diri sendiri dulu. Bukan untuk orang lain.

Oklah, penat merepek. Badan pun da sakit. Nanti sambung lagi.

Kyra.

Sunday, May 18, 2014

Ahad Day

Pagi Ahad. Bangun macam biasa sebab terdengar suara budak kecik menangis dan si kakak nya merengek taktau nak apa. Since dia dapat adik baru ni asyik nak merengek je. Pening jugak aku kadang kadang tu.

Ohh by the way, mengikut anggaran kasar aku ni kira minggu yang ke empat la aku jadi penganggur setia dekat rumah ni. Masa kerja pun takde kawan da jadi penganggur pun takde kawan. Biasalah life macam takde beza. Bangun timing yang sama nak pergi kerja cuma kehidupan relax sikit dan bosan yang lebih.

Beberapa hari lepas berhenti kerja aku jadi macam orang kurang waras. Boleh tahan jugak impact berhenti kerja ni. Macam orang putus cinta da aku rasa. Makan pun tidak. Bercakap pun tidak. Memang aku takde buat apa lah. Moody je memanjang. Aku taktau apa yang tak kena sebenarnya. Mungkin sebab aku da terlalu lama dalam company so aku rasa macam susah betul nak buang perasaan rutin rutin harian aku.

So far da masuk minggu ke empat, aku da rasa biasa da. Biasa lah mula mula. Serba tak kena. Macam tu jugak la dengan beza masa mula mula nak tackle girlfriend. Sebelum dapat dengan selepas da dapat jadi apa. Rutin seperti biasa. Since da aku jobless ni, aku takde buat apa apa aktiviti sangat. Dalam kepala ada macam macam benda aku nak buat. Cuma pergerakan badan dengan tangan aku je slow. Nak buat benda tu jadi tu yang tak menjadi lagi setakat ni. Pegang gitar pun takde lagi since da berhenti ni.

Ada banyak effect lepas kita tinggalkan apa yang kita suka untuk benda yang kita sayang. Haa..nampak tak deep nya kat situ? Cehh..so far aku jadi macam pendiam sikit la. Yeke? Err...ye kot. Lepastu aku jadi kuat merajuk, nak marah, cakap merepek. Bergantung kepada mood la sebenarnya. Aku tau benda tu tak bagus. Bagi kesan dekat orang lain jugak. Aku taknak jadikan itu satu kebiasan untuk aku dan satu kelalian. Bila buat benda da biasa and da lali, nanti da takde rasa apa da. Macam tu jugak haa..

Da masuk bulan May. Puasa da nak dekat. Lepastu nak raya. Aku tahu banyak beza. Beza dia tahun ni aku tak kerja. Aku takde duit bonus. Aku tak boleh beli baju raya untuk adik aku macam tahun lepas dan aku tak boleh shopping macam orang gila. Macam tahun lepas yang aku buat. Aku da tak boleh belanja kawan kawan aku makan. Aku tak boleh belanja family aku makan kat pizza macam biasa. Wahhh...! Lain macam betul feeling kali ni.

Ada kawan ajak aku buat insurance. To tell u all honestly, aku tak berapa berkenan dengan pekerjaan buat insurance atau yang seangkatan dengannya. Aku tak berminat. Sebab bagi aku insurance ada target dan sedikit memaksa. Ye aku tau benda tu bagus, tapi tu lah aku banyak kenal orang insurance yang tak bagus. Mungkin aku kena kenal yang bagus sikit supaya mentaliti aku tak jadi macam sekarang ni.

Kelebihan? Mungkin aku da pandai nak talk dengan orang and handle negative situation. Macam yang yang belajar dengan company aku sebelum ni. Skills tu ada cuma skop kerja aku takde idea. Sebab dalam kepala otak aku sekarang ni, aku nak stick dengan jadi photographer aku tu. Nampak macam santai tapi bila datang sekali job boleh tahan pening. Memang gaji tak lumayan. Tapi aku tak kisah janji aku boleh hidup makan pakai. Saving? Ye, kena start saving. Nak taknak kena start jugak. Ni da bulan May 2014. Saving sepatah haram pun takde. Umur pun da berapa haa. Takde saving apa pun tak jadi (if u know what i mean).

Kemajuan setakat ni? Aku da boleh bawak kereta. Tapi auto je lah. Da boleh bawak long distance. Jalan jam semua aku da bawak. Tengah malam pun aku da try bawak tapi mata tak berapa nak nampak jugak. Tapi takpe lah kena belajar. Tu pun puas jugak la mintak dengan Sang Arjuna. Payah betul dia nak bagi. Aku selalu cakap yang dia tak percaya kat aku. Orang lain boleh je bagi aku bawak kereta dia. Tapi dia haa susah nak bagi. Bila aku selambe mintak, duduk dekat seat driver, dia pun ikut kan je. Cuma jenis aku tak suka bawak kereta senyap senyap. Mesti nak kena bising. Kena pasang lagu lepastu mesti nak kena menyanyi. Shamsul tau sangat da aku macam mana.

Well...insya Allah. Tangan dengan badan kena start berkerja. Kalau tak kerja takde duit. Kena make things happen. Bukan wait things to happen. So, badan tak boleh malas. Kena kerja. Tak kerja tak boleh kawin (eh?) Ok merepek.

Banyak da aku merapu dekat sini. Macam novel da jadinya haa. Itulah kalau da lama tak menulis. Ok ok nanti sambung cerita lain pulak. Tenkiu for reading guys :)

Kyra.

Thursday, May 1, 2014

Lebih dari satu ayat lebih dari satu maksud.

Maaf. Kali kedua aku post entry untuk hari ni. Kali ni aku harap didatangkan sekali dengam kewarasan minda. Aku da out of control. Da tak boleh nak kawal diri sendiri, fikiran sendiri. Maaf. Senang je aku nak cakap. Tak sedar betapa ada hati yang sak. Betapa ada manusia pening layan kerenah aku. Kenapa ada manusia macam aku ni yang suka sangat menyerabutkan fikiran orang dengan masalah aku yang entah apa apa ni? Maaf. Perkataan tu da berbuih aku cakap. Da naik bernanah orang dengar dari mulut aku. Penat layan maaf aku. Penat layan maaf aku bila tengah serabut dengan macam macam hal. Maaf. Sampai satu masa orang pulak akan cakap maaf dekat aku. Bila da tak tahan nak dengar aku cakap. Sekarang mungkin boleh layan. Akan datang? Aku sendiri pu muak dengan perangai aku. Apatah lagi orang lain. Untuk awak, benda macam ni kalau boleh bawak bergaduh..saya punca dia. Saya tau. Benda yang merepek yang bukan bukan tu semua saya punca dia. Kalau jadi apa pu nanti saya jugak yang salahnya.

Leave me for nothing

First of all this is what went wrong with my life. Ermm..its kinda funny coz people assume u can do anything and u were tough and strong. But reality is i am not.I am not that kind of person anymore. My body just can take it anymore. Weird but to tell honestly this is my final straw last resort. This decision came out just like that. Early morning before i went to office i think what i want in this life. What my ultimate goal. What is wrong with me. And then i decide, maybe its time to move on, move forward looking for something else. And that day many things happen. The guy ask me to teach and learn. And ask me to explain more bout our C.O.D. Act like nothing happen. Woww..kinda funny coz this is really looks professional to me. But deep inside my heart, i feel like thorn tear up my heart. Fuhhh... And today, my second day. Jobless girl. Ciss..macam apa je feeling ni. Semua benda macam tak kena. Mat cakap aku buat keputusan memang dia pun terkejut. I just what am i supposed to do long time ago. It just about time. Mungkin lepas ni semua benda tak kena, aku main bantai je buat keputusan. Entahhh...yang aku tau. I need some time. Before go out and meet other people. Boleh camtu? Hehhh