JellyPages.com

Tuesday, October 25, 2011

Masalah Kita Ke?

Aku tak tahu apa status kita. Rasa macam nak tanya tapi kadang kadang terfikir apa motifnya kalau aku dapat jawapan lepastu aku sendiri tak tahu nak buat apa. Biar kita macam ni je? Aku memang suka. Sebab aku da laluinya. 10tahun macam ni aku takpe. Da biasa da.

Kalau kau da ada yang lain sila bagitau aku. Tapi sekarang ni apa perasaan aku dekat kau, aku sendiri pun tak pasti. Aku rasa da terlalu banyak masa kita da buang. Terbuang dengan masalah yang tak bersangkut paut. Aku ikut je flow kau. Aku layankan je padahal aku tak faham sebenarnya apa yang kau nak. Siapa aku di hati kau?
Sila tolong jangan jawab.

Monday, October 24, 2011

Umur Bukan Penghalang

Ada tiga benda yang sama antara aku dan dia.
Rantai loket love warna putih, cincin dan juga gelang yang banyak banyak tu =)

United we stand, together we slam.

Sebenarnya aku malas nak taip panjang panjang. Yang aku tahu seharian kami bersuka ria dari pagi sampai malam. Berenam : aku, Ily, Syamer, Ali, Faris dan Zack. Hari Ahad yang penuh makna. Terima kasih semua. =)

Thursday, October 13, 2011

Kaki Kanan Tendang Kaki Kiri

Blog aku bukanlah blog yang sedih. Bukan juga blog untuk aku melempiaskan segala kemarahan juga kekecewaan. Ada orang boleh terima blog yang sedih, tapi aku taknak orang bersedih bila baca blog aku. Aku nak orang selesa dan suka. Aku taknak orang lain turut sama hanyut dengan perasaan sama macam yang aku tulis. Orang akan cakap dan fikir betapa malang dan sedih nya kisah hidup aku. Tapi yang sebenarnya kadang kadang je sedih dan malang tu datang. Cuma yang sedih je mampu diluahkan dan perasaan bahagia yang lain tu tak mampu nak dipamerkan.

Sekali lagi aku terjebak dalam masalah yang boleh buat aku nampak bodoh dan sangat tak terurus. Aku mampu mengelak tapi aku tak mampu nak kecewakan hati orang. Nak katakan tidak pun aku tak mampu. Kadang kadang bila terlampau banyak bercakap dan meluahkan perasaan boleh mengundang kepada bermacam kekacauan. Macam mana aku boleh terjebak dengan semua ni aku tak tahu. Sebenarnya aku da sakit dada bila fikir. Kalau dulu zaman aku belajar, status aku selalu meruntun hati merana jiwa dan lara. Tapi sekarang status aku banyak yang gila gila. Dan bila aku rasa kecewa macam sekarang ni, aku jadi naik segan nak buat status macam tu lagi. Sebab di mana jiwa seorang yang selalu nya bersuka ria dan gila tiba tiba berduka lara. Aku pun tak mampu nak jawab.

Tapi kalau lah kau baca semua ni aku nak tahu apa yang kau rasa. Sebenarnya aku nak tahu perasaan kau. Atau sebenarnya aku terkena balasan sebab pernah buat dekat orang lain macam ni? Tapi, sebagai pembelaan aku akan cakap. Aku takkan buat kalau orang tak buat kat aku. Satu je lah. Aku cuma nak tahu apa maksud perlakuan kau terhadap aku? Apa maksud layanan kau terhadap aku? Dan yang paling utama, siapa aku di hati kau? Boleh jawab? Kalau kau baca sila jawab. Hantar message dekat handphone aku. Aku cuma nak jawapan. Bukan soalan bertalu talu.

Ada yang suruh aku berpaling. Biarkan segala cerita berhenti setakat itu sahaja, tapi bukan aku untuk mengalah kalau bukan sampai masa nya. Sampai aku jumpa pengganti. Percaya atau tidak, aku da jumpa dan aku da nampak. Ye, memang kau orang nya. Hati aku kuat dan yakin. Sebab tu hati aku cakap jangan putus asa. Dan sebenarnya aku benci update pasal cerita hati dan perasaan.

*Lebih baik kau pergi padanya, lebih baik kau memilih dia, jangan pernah kau hiraukan hatiku.

p/s : aku harap aku kuat masa nak perform lagu tu nanti. hye bebeh, this is for u.

Rumah Sewa

Rumah sewa tu takde la besar sangat tapi aku da rasa cukup besar untuk aku dengan adik perempuan aku, Ily nak duduk. Mungkin sebab kami bakal duduk berdua sebab tu lah aku rasa rumah sewa tu besar kowt. Hari pertama pindah dan masuk rumah baru tu aku tak rasa apa apa pun. Sebab nya rumah tu kelengkapan dapur semua da ada. Da ada kabinet dapur, da ada peti ais 3 pintu yang cukup tinggi dan besar. Tuan rumah awal awal da sediakan untuk kami. Cuma yang takde perabot dekat hall. Aku terfikir nak beli jugak tapi tunggu dapat payment dulu.

Memandangkan yang Ily kerja dekat ofis so yang tinggal dekat rumah aku sorang je lah. Hari first pindah pun Ily da kena kerja. Sebelum pegi kerja pagi tu aku dengan dia da bincang nak beli barang rumah apa yang takde lagi. Semangat aku buat senarai nak beli macam macam. Ily bagi duit je untuk beli barang apa yang patut. Selebihnya aku yang tambah. Da siap senarai barang yang penting Ily terus pegi kerja, tinggal aku sorang sorang dekat rumah sewa baru yang besar tu. Aku lepak lepak dekat hall sambil tambah senarai barang apa yang nak kena beli.

Tengah aku syok syok tulis aku dengar ada suara budak dekat area dapur. Aku ingat suara anak jiran tapi apsal macam dekat gila suara budak budak tu. Aku bangun nak pegi dapur. Slow slow aku jalan. Masa tu punya nervous Tuhan je yang tahu. Nak tercabut rasanya jantung aku ni. Sabar je lah. Makin aku dekat dengan dapur, makin kuat pulak suara budak budak tu. Aku pegi dekat toilet area dapur tu. Aku tolak pintu toilet lepastu punya lah aku terkejut sebab keluar dua orang budak kecik dari bilik air tu sambil berlari lari. Aku tercengang tapi punya takut masa tu sampai aku tak boleh nak bersuara. Aku tengok je budak budak tu lari dalam rumah. Da macam playground pulak rumah aku dapat dekat diorang.

Aku gerak pegi bilik siap siap nak pegi beli barang rumah. Budak dua orang tu aku tak tahu apa cerita. Aku biarkan je. Masa aku nak tutup pintu rumah aku halau budak dua orang tu. Aku cakap aku nak pegi beli barang, jangan duk dalam rumah aku. Yang dua orang tu keluar pastu tetiba ada lagi sorang budak kecik muncul. Menangis taknak keluar dari rumah aku. Aku da marah marah tapi dia makin kuat melalak. Last last aku kunci budak tu dari dalam rumah aku. Masa nak keluar, ada dua orang mamat motor singgah dekat rumah aku. Jiran baru tak silap aku. Nampak macam mat rempit, tapi pakai kemas. Mungkin kerja dekat ofis kowt. Dia cakap rumah dia seberang dari rumah aku tu, kalau ada apa apa panggil je. Aku pun malas cakap banyak, cakap ok je.

Malas cerita panjang, masa aku da balik rumah dari beli barang tu aku tengok rumah senyap sunyi je. Da takde budak 3 orang yang suka suka hati buat rumah aku macam playground. Bila da sampai rumah, aku tengok tepi rumah aku macam kotor. Aku pun berniat suci murni la nak bersihkan. Tengah tengah aku sapu sampah, cuci longkang dengan mop lantai aku dengar lagi sekali suara budak budak tu. Tapi kali ni lain macam sikit. Aku tengok jam da nak dekat area Maghrib masa tu. Dalam hati aku da fikir mana lah adik aku ni tak balik kerja lagi ke. Takkan sampai maghrib kowt. Suara budak budak tu makin nyaring. Ada suara gelak gelak, ada suara tengah menangis. Yang tengah menangis tu aku memang tak boleh bla. Tapi apa yang aku tahu, aku memang tak bersuara apa apa pun. Aku cuma duduk statik dekat luar rumah, tunggu Ily balik kerja. Aku punya takut masa tu sampai satu suara pun aku tak keluarkan dari mulut. Tapi aku still teruskan bersih laman belakang rumah tu.

Aku tak tahu datang dari mana budak 3 orang tu. Dan aku tak tahu kenapa aku dengan selambe boleh bercakap dengan budak 3 orang tu tadi walaupun aku tahu diorang baru je keluar dari bilik air rumah aku. Rumah aku yang pada mula senyap sunyi masa Ily ada. Tetiba bila Ily pegi kerja, budak budak tu muncul. Aku memang da cuak, tapi aku taknak fikir banyak. Aku fikir nak tunggu Ily balik je. Tengah tengah tunggu Ily tu, aku terbangun dari tido. Ceh! Mimpi je rupanya. Tapi apa yang aku tahu, walau sekadar mimpi aku tetap rasa seronok. Aku pun tak faham kenapa. Korang tahu kenapa? Ce bagitau.

p/s : jangan biarkan hidup anda di selubungi mimpi tak hape hape.

Tuesday, October 4, 2011

Bila Umur Menjadi Persoalan

Semalam kelas aku pagi pukul11. Seperti biasa aku memang akan dengan sengaja nya datang lewat sebab aku tahu lecturer aku tu akan datang lewat juga so aku da kurang suka tunggu orang. Jawapannya adalah datang lewat. Aku ulang ayat yang sama dua tiga kali ke? Ok dah. Aku sampai dalam pukul 11.30pagi. Aku sampai sampai tengok pintu studio masih tertutup, lampu tak menyala. Memang sangat besar kemungkinan yang lecturer aku tak masuk lagi. Sampai dekat tepi studio aku tengok budak budak kelas aku tengah melepak. Borak borak kosong macam biasa. Kelas takde, batal katanya. Dalam hati aku sabar je lah. Semput naik tangga tak hilang lagi.

Wehh, apehal intro panjang gila ni? Sebenarnya satu je aku nak cakap. Masa melepak makan dengan restoran belakang kolej, budak budak ni ada tanya soalan cepu tembaga dekat aku.

"Shifa, tahun depan umur kau da 23, bila nak khawin nya?" Yang bertanya tu namanya Lya.

Aku telan liur. Pandang muka sorang sorang. Aku sengih tarik nafas slow slow.

"Yang ada boyfriend la khawin dulu. Bukan aku yang takde boyfriend ni. Ye dak?" Aku.

"Ehh. Aku salah pandang lah ye? Muda lagi kak, baru 18." Lya.

"Takpayah nak merepek. Kau sama umur dengan aku kot. Khawin jelah takpayah tanya aku" Aku.

Bila fikir fikir balik, kenapa umur macam aku ni soalan pelik macam tu selalu terkeluar? Soalan common da aku rasa. Sampai muak aku nak jawab. Yang kelakarnya dalam beberapa minggu ni soalan yang sama diajukan dekat aku. Tak soalan, perbualan merepek macam ni lah yang aku selalu dengar. Ok, sebagai yang tua, aku pedih telinga rasa. Tapi layankan je.

Yang buat aku terfikir lagi sekali pasal perbualan kami semalam bila tadi aku baru je dapat invitation dari kawan aku masa sama sama belajar dulu. Jemputan ke Majlis Perkhawinan. Dia sama umur dengan aku. Sebab tu aku cakap kalau da tunang awal for sure nak kena khawin cepat cepat. Banyak sangat dah aku fikir ni. Sampai aku jadi sakit hati. Fikir benda yang merapu macam ni sampai aku sakit hati. Sebab tu bila orang tanya umur aku berapa, aku jawab 18. Sebabnya aku taknak orang tanya soalan yang sama tu lagi.

So, umur saya 18 ye. Baru habis SPM tahun lepas.

p/s : tak lama lagi mesti aku menangis. uwaaa

Monday, October 3, 2011

Satu Dua Tiga

Banyak perkara dalam hidup ni aku rasa macam aku da lali. Walau orang lain kata bila time dia kena macam teruk sangat. Tapi aku tetap rasa biasa. Bukan aku nak cakap aku kebal atau apa, tapi bila dah setiap hari, setiap minggu berulang perkara yang sama nak cakap macam mana.

Aku teringat setiap peristiwa sedih yang pernah berlaku dalam hidup aku. Setiap apa yang pernah menyakitkan hati aku. Aku simpan dan pendam sorang sorang. Sesungguhnya aku tak tahu nak cerita dekat siapa. Bermula nya masa exboyfriend aku tuduh aku curang dan ada lelaki lain. Tapi sebenarnya dia lah yang ada perempuan lain. Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri dia dengan perempuan tu dekat shopping mall jalan pegang tangan. Apa lagi aku nak cakap kan. Sebagai manusia, aku berpijak di bumi yang nyata, aku telan air liur je masa tu. Langkah aku matikan dan aku pusing dan turun balik ikut escalator. Sedih? Siapa tak sedih tapi aku boleh buat apa. Masa tu aku sorang sorang dekat mall. Tapi sekarang aku dapat tau ex aku tu da khawin dan da ada anak sorang. Semoga dia bahagia.

Aku juga perasan, aku selalu sakit sakit. Selalu demam, selalu selsema, batuk batuk. Aku da jadi lali dengan benda tu semua sampai bila orang suruh pergi klinik aku taknak pergi. Sebabnya dalam seminggu akan ada 2-3 kali aku demam. Aku alah pada sejuk. Kalau aku duduk dalam ekon kompem aku selsema. Bila selsema aku sakit tekak dan demam. 2-3hari lepas, along aku bagitau yang cousin aku keguguran. Cousin aku call along aku nak cakap dengan Babah. Bayangkan perasaan nya macam mana. Bukan jenis orang yang gugur bila jatuh tu, tapi dia tengah duduk saja sedar sedar darah da mengalir keluar. Aku sedih. Kami semua tahu rahim dia lemah. Kami sentiasa doakan semoga dia sihat. Aku sedih bila kenangkan, bila sampai masa aku nanti. Aku sesungguhnya sangat lah lemah. Baru aku perasan semalam, rupa nya tu salah satu sebab kenapa badan aku tak pernah nak membesar. Aku sentiasa macam ni dan berat badan aku tak pernah lebih dari 45kg. Percaya atau tidak itu lah yang aku alami.

Pernah tengok makhluk halus? Makhluk di alam ghaib? Aku tak pernah dan kalau boleh aku tak nak tengok. Dapat merasakan kehadiran makhluk tu merupakan satu benda yang kalau boleh aku pun taknak. Tapi, nak taknak aku memang kena rasa benda tu ada.

Orang menipu? Aku boleh rasa orang tu menipu. Bukan sebab aku ni superpower ke apa. Tapi rasanya aku da kawan dengan ramai sangat kaki penipu. Da faham dan aku belajar body language orang yang menipu ni macam mana. Sampai satu masa aku akan cakap, kita tengok lah macam mana nanti apa yang jadi.

Aku cakap besar? Bila ada orang cuba nak rasa best bila dengan aku. Aku suka perli orang. Bila da terlampau banyak benda yang orang tu selalu perli aku, aku simpan. Nahh! Aku bagi balik. Jahat kan? Da ramai yang kena, sampai kawan kawan baik aku pernah kena. And sorry sangat sangat. Kadang yang pernah kena tu kena atas tempias orang lain.

Aku memang jenis manusia nekad. Kalau aku cakap aku nak buat aku buat. Or atau orang kata jangan buat aku tak buat. Aku lurus bendul? Agak la. Tapi kadang kadang sebab aku tak suka nak pikir lebih lebih atau pikir bukan bukan sangat. Apa yang orang cakap aku ikut je. Contoh, jangan kawan dah dengan aku lepasni. Ok, aku da takkan kawan dengan kau sebab bukan aku yang nak. Tapi kau yang da cakap. Lepastu aku akan buang semua apa apa saja yang ada kena mengena dengan orang tu. Tu cara paling mudah la bagi aku untuk lupakan seseorang. Paling best ialah bila aku da mula delete nombor.

Ok, aku tau da panjang sangat. Sebenarnya hari ni aku bangun awal sangat. Ada kelas pagi. Sambil menaip, jari jari aku da sejuk beku. Sebab sebenarnya aku tengah demam sekarang ni. Aku menaip dengan takde perasaan langsung.

p/s : setiap apa yang berlaku ada hikmah Nya. Dan aku akan sabar menanti apa yang akan terjadi seterusnya. Insya Allah dengan hati yang penuh ketabahan. Ya Allah, kuatkan lah semangat ku dan kuatkan lah hati ku. Amin.