JellyPages.com

Wednesday, November 30, 2011

Sakitnya Putus Cinta

Pernah bercinta? Pernah jatuh cinta? Pernah putus cinta? Semua orang pernah. Kalau yang tak pernah tu sebenarnya anda bernasib baik sebab tak terjebak dengan benda benda yang menyakitkan macam ni. Aku pun dah tak ingat bila kali pertama aku terjebak dengan permainan cinta ni. Bila ingat balik alangkah tongongnya aku ni sebab muda muda belia budak darjah berapa pun aku da terjebak. Tapi tak ingat pulak umurnya berapa. Aku rasa hingusan lagi masa tu.

Bila fikir fikir balik masa tu takde pulak bagi effect sampai rasa macam nak mati. Rasa macam langit tu da hempap badan sendiri atau rasa macam satu Stadium Darul Makmur tu jerit:

"Kau LOSER!!!"

Ehh, takde lah kowt sampai macam tu sekali. Paling kurang pun takde mood nak makan atau berkurung dalam bilik. Alahhh typical manusia bila putus cinta. Tapi itu mentaliti aku yang budak sekolah hingusan lagi. Tapi sekarang, jeng jeng jeng....Bila umur da macam ni, aku sekadar menjadi manusia yang hanya mampu memandang dan tak boleh buat apa apa. Aku hanya boleh kasi pinjam bahu aku untuk menjadi sasaran tangisan. Dan aku juga tak mampu nak keluarkan sepatah ayat sekalipun. Aku hanya mampu pandang, pegang tangan dan usap usap lembut tangan yang sedang mengalami azab putus cinta.

Sumpah! Setelah sekian lama, akhirnya aku rasa betapa peritnya sakit putus cinta itu. Bukan aku yang putus cinta sebetulnya tapi orang lain. Tengok dia putus cinta aku pulak yang rasa sengsara. Aku pulak yang rasa peritnya tekak bila nak berbicara. Sebabnya aku da tak mampu nak bagi nasihat apa apa sebab aku tak punya cerita gembira untuk dikongsi bersama. Aku juga manusia yang malang yang sering ditimpa bencana bila mula jatuh cinta. Ceh! Pedih bukan? Sekali air mata dia mengalir aku rasa sejuta jarum dah mencucuk cucuk badan aku.

Hari hari aku terima SMS mengadu betapa pedihnya hati, peritnya liku hidup ini. Dan aku sungguh tak mampu berbuat apa apa. Sungguh bodohnya aku sebagai manusia yang menjadi sasaran aduannya. Aku lemah dengan tangisan dan air mata. Bukan lelaki je yang lemah tapi aku pun sama. Bila tangan aku genggam tangan dia, setiap derita yang dia tanggung bagai meresap masuk dalam diri aku. Maafkan aku andai aku bukan lagi teman bicara yang baik, juga bukan yang sempurna seperti dahulu yang boleh memberi kata nasihat. Aku sekarang bukan siapa siapa yang penuh dengan cerita gembira dalam hidup. Aku pun sama macam kau, manusia yang juga penuh derita dalam hidupnya cuma aku tidak putus cinta. Aku putus harapan dalam setiap apa yang aku lakukan.

Sakitnya putus cinta itu hanya kau yang rasa dan sungguh aku da terlalu perit untuk laluinya tuk kesekian kali. Aku lemah, tak mampu nak nasihat apa. Yang aku cuma boleh cakap ialah sabar. Sabar orang bukanlah aku yang mampu menahan nya. Perit orang bukan aku yang rasakannya. Percayalah, perjalanan hidup ini masih terlalu panjang. Teruskan dengan perkara yang mendatangkan hasil kebahagiaan. Kebahagiaan kita kadang kala tidak penting mana, yang penting hanyalah orang sekeliling kita mampu tersenyum saat bersama kita.

p/s : Yang pedih kau itu aku sanggup tanggung bersama, tapi pedih aku biar aku saja yang rasa.



Hilang Ingatan Setiap Hari

"Saying i love is not the words i want to hear from you."

Korang pernah dengar tak baris lirik lagu yang aku letak dekat atas tu? Pagi pagi buta macam ni aku dapat idea pulak nak post entry. Lately mood jiwang dan apa apa mood da tak berapa nak ada. Tapi apa yang ayat kat atas tu cakap memang betul pun. Apa guna kalau cakap sekalipun tapi tak bermaksud kan nya kan? Dulu aku pernah tunggu ayat tu keluar dari mulut dia dan bila dia cakap aku pulak yang tak percaya. Masalah ke kat situ? Memang masalah sebab aku rasa dia tak serius. Sebab aku tahu dia masih dengan orang lain. Aku ni tak punya kekuatan nak tanya dekat dia sama ada dia betul maksud kan ayat dia tu atau tidak.

Tapi setiap kali dia call aku memang itu lah yang dia cakap. Aku pulak haa kan je. Aku nak marah tapi dalam hati aku suka. Bila setiap kali bunyi phone aku lagu dia call mesti aku berdebar. Owhh please lah kan. Zaman tu macam da berlalu tapi nak buat macam mana da terkena dekat aku time umur umur macam ni. Haihhh..Tapi apa pun aku sentiasa tunggu dia. Tipu ke? Takpun sebab sampai sekarang aku masih tunggu dia. Jiwang ke? Lantak lah. Heh.

Aku rasa dia hilang ingatan setiap hari. Setiap hari nak kena cakap benda yang sama baru dia ingat. Bagi aku semua janji dia tu sekadar cakap cakap biasa. Dan takde makna. Bodoh ke aku sebab aku memang tunggu saat tu tapi last last aku tak percaya? Tolong jangan bermain dengan perasaan aku time aku tengah kusut banyak kerja ni. Please lah!

Tuesday, November 29, 2011

Melepak

Dulu aku selalu keluar pergi melepak. Teruk sangat ke bunyi melepak tu ye? Atau lebih manis kalau aku cakap keluar dengan kawan kawan pergi bersuka ria? Takde lah bersuka ria mana pun cuma yang lebih nyatanya duduk dekat mana mana kedai minum, order air 2-3 gelas borak borak saje. Macam biasalah.

Tapi kenapa aku cakap dulu? Kenapa tak sekarang? Sekarang aku dah kurang melepak. Sebenarnya dah tak tahu nak pergi mana dekat Kuantan ni. Sebab hampir semua tempat aku dah pergi. Bukan nak berlagak tapi aku lah peronda sejati. Seronok juga dapat tittle polis peronda kalau macam ni. Heh! Sekarang dah banyak benda aku tak buat. Aku dah lama tak duduk lama lama dekat kolej. Aku dah lama tak lepak dekat luar balik lewat malam dan aku dah lama tak keluar malam sebenarnya.

Sedih ke? Aku biasa je tapi bila kawan kawan minta maaf sebab tak dapat nak ambil bila ada port melepak, aku cakap takpe sebab aku da jarang keluar sekarang. Life aku dekat rumah je. Dalam bilik sorang sorang dengar lagu. Kalau boring kata je lah boring. Ape je yang aku boleh buat. Since along aku da pindah Kuala Lumpur, laptop kat rumah ni tinggal sebijik je. Susah betul aku nak online sekarang waima nak buat assignment sendiri.

Tadi kawan kawan aku ada cakap nak pergi melepak. Sebenarnya aku rindu nak lepak dengan diorang macam dulu dulu tapi aku dah rasa lain. Aku baru sedar aku perempuan ke agaknya kan. Dah takde apa yang nak diborakkan dan aku rasa pelik. Sekarang aku tengah pening fikir berebut tarikh dengan aktiviti out-door kolej dengan dinner kolej. Aku nak ramai orang join. Tu je. Aku da lama nak buat dinner tema macam tu. Lect aku cakap go on je dengan tema yang aku cakap. Nasib lah ada feedback yang baik.

p/s : kau bermain dengan hati dan perasaan aku sekarang ni. haih

Wednesday, November 23, 2011

Tak Mengapa

Alangkah sedihnya hati ku..param pam...hahh! Ambik kau intro aku siap berlagu lagi. Sekarang ni negeri pantai timur tengah risau dengan keadaan hujan. Macam ada gaya-gaya nak banjir je. Harapnya tak banjir lah kan.

Hari ni hari ketiga dalam minggu ni. Hari ketiga jugak aku pergi kelas dan kolej. Tak banyak sangat benda yang berlaku sebab yelah, hujan kan. Masing-masing pun takde mood nak buat apa-apa. Hujan sokmo. Aku tengah bekerja keras untuk siapkan proposal dinner kolej aku. Actually, da siap. Tunggu nak ada meeting dan print je. Esok ada meeting untuk bincangkan AJK bagi setiap kerja. Aku yang handle nanti apa benda semua nak cakap. Aku memang semangat tapi aku takde niat nak jadi ketua. Langsung aku tak berminat. Aku cuma nak naikkan nama jabatan grafik aku je.

Sebenarnya hati aku tengah pedih tapi aku biarkan sahaja. Macam biasa aku cuba berlagak profesional. Aku kan dah taknak pandang benda merepek dah. Aku rasa memang wajarnya aku pindah Melaka. Bawak diri ke? Yelah! Kecewa ni tau. Heh!

"Buat apa nak kecewa kalau takde apa-apa?" Soal salah seorang kawan aku.
"Suka hati lah nak kecewa pun. Macam tak pernah kecewa pulak kan? Heh!"

Agak kasar disitu tapi aku peduli apa. Itulah aku yang sedia adanya yang taknak berubah sebab sidia. Tapi tak mengapalah saya ok sahaja awak jangan lah risau pula.

p/s : hujan dalam hati siapa yang tahu

Tuesday, November 22, 2011

Melukut di tepi sungai.

Lama aku tak update. Bukan sebab sibuk ke apa tapi sebab kat rumah takde line internet so tak dapat la aku nak online. Lagipun aku takde benda nak dicarutkan sangat. Sepanjang ketiadaan internet ni macam macam dah aktiviti yang aku selalu buat. First aku dan adik adik aku pergi Taman Negara, bercuti dekat sana. Bercuti ke? Dalam hujan kami bercuti. So duduk melangut tidur je kerja kami.

And then yang terbaru jumaat lepas aku pergi kL. Ada kenduri kawen dekat rumah cousin adik angkat aku. Kami dari belah lelaki. Wahh aku menulis macam diari pulak rasanya. Cehh! Dan sekarang aku tengah bertungkus lumus menyiapkan final assignment. Ada macam macam jenis assignment dan macam macam jenis event yang bakal menyusul. Insya Allah aku dengan budak jabatan grafik aku sedang bertungkus lumus.

Pasal benda lain, everything ok. Life aku pun ok. Kadang boring kadang tak. Lately aku asyik moody. Kadang suka ketawa kuat kuat dan suka sakitkan hati orang. Aku tak tahu mana kepuasan yang aku dapat tapi aku layan. Aku suka bila aku dapat sakitkan hati orang.