JellyPages.com

Sunday, July 1, 2012

Ruang

Sem ni aku baru ambik subjek Element of Design. Subjek wajib untuk student Graphic Computer macam aku ni. Tapi ni bila da sem 6 baru nak ambik. Sepatutnya aku da ambik subjek ni masa awal awal sem dulu. Cerita dia sebab aku sorang je student Graphic untuk batch aku masa tu then aku kena tunggu subjek ni bukak baru aku boleh ambik. Sekarang aku sekelas dengan junior junior aku. Aku jadi pendiam suci murni lagi dalam kelas tu. Naif gila kot. Heh


Minggu lepas masuk bab 2 - Space, atau dalam bahasa melayunya ruang. Benda ni biasalah, antara elemen elemen penting dalam design. Kalau takde, tak perfect la design tu. Aku tertarik dengan apa yang lecturer aku cakap. Dia cakap :

"sesuatu ruang tu, kita takkan boleh tahu apa yang ada kecuali kita rasa sendiri dan berada di tempat kejadian. Sebagai contoh ruang dalam rumah kita, dalam gambar kita tak boleh rasa keluasan dia melainkan kita ada dekat situ. Faham?"

Dalam konteks design aku memang faham. Tapi disebabkan fikiran aku ni sering dipengaruhi halusinasi dan fantasi maka aku pun olah la apa yang lecturer aku tu cakap kepada bentuk kehidupan. Iaitu kita takkan faham situasi seseorang itu kalau tak kita sendiri yang rasa dan alami sesuatu perkara tu. Contoh, orang miskin takde duit nak makan. Kita takkan rasa benda tu dan takkan faham melainkan kita pernah alami situasi tu. Orang putus cinta, menangis bagai nak gila, meroyan tak payah cakap la, ditambah lagi dengan lara. Haaa...biasalah tu kan. Dan...kalau tak pernah rasa memang takkan faham.

Sebenarnya, kalau kita pernah rasa macam macam keperitan takpun kesusahan ke kita kena belajar untuk ubah kepada benda yang lebih baik. Kita kena belajar dari kesilapan. Yang susah, miskin kena belajar untuk ubah kehidupan menjadi lebih baik. Usaha supaya akan datang anak anak takkan rasa susah. Putus cinta, mungkin ada masalah dengan relationship yang sebelum ni. Mungkin terlampau cemburu, mengongkong atau terlampau buat tak tahu. Lepasni kena la belajar nak jadi lebih rasional. Biasalah tu, setiap perkara yang berlaku ada hikmah Nya. Kita kena tabah dan redha dengan apa yang berlaku kat kita. Sabar, kunci utama bagi setiap permasalahan.
Aku pun tengah nak baiki kehidupan aku. Jadi lebih baik. Kata orang get a better life sebab usia da macam ni. Buat pun untuk masa depan sendiri. Bantu keluarga sendiri. Insya Allah. Rezeki ada di mana mana. Usaha kena ada. Taknak tak dapat. Tu je cerita dia. Jangan malas. Sekarang ni aku nak malas, nak marah, nak melagha, aku Istighfar banyak banyak. Sabar je lah ye.

p/s : terpaksa guna style lama punya blog, kalau tak tak dapat nak post entry.