Yang aku nak cerita ialah wajar atau tidak kita kehilangan seorang kawan disebabkan oleh seorang kekasih? Sanggup buang kawan sebab tak boleh terima kawan kapel dengan kekasih kita? Aku sebenarnya nak mintak pendapat memandangkan aku terlalu naif bab bab macam ni. Tapi, aku tau sedalam mana sakit hati pun kalau orang da tak suka kita tak boleh buat apa. Kita hidup ni diberikan peluang yang terlalu besar dan bebas untuk memilih siapa sahaja yang kita nak, asalkan orang tu pun nak dekat kita la kan. Malaysia ni negara majmuk, bertamadun so aku mintak masyarakat nya pun hidup tu biar lah bertamadun sikit. Sebab aku jumpa da ramai yang hidup tak bertamadun ni. Hidup asalnya nak ikut kepala hotak sendiri je. Aku pun jadi tak faham. Aku bukan nak komen pasal peristiwa BERSIH baru baru ni. Takde kene mengene pun.
Satu lagi perkara yang banyak aku perhati, ada orang yang cara berpakain mak aii bukan main nampak macam agak kematangan dan juga agak kebaratan dan lifestyle nye pun boleh tahan jugak la. Tapi bila masuk tang cara berfikiran atau cara bercakap memang punah. Hancur lebur, lari terus tune nye. Tak matang langsung. Aku pun lebih suka cara macam ni. Ada kalanya macam budak budak dan ada kalanya nampak macam matang. Kematangan bukan takat cara berfikir tapi cara bercakap jugak. Matang bukan ikut umur je adik adik kakak kakak sekalian. Aku nak komen bab ni macam da panjang lebar sangat. Cuma apa yang aku mampu cakap, kadang manusia ni sanggup buang kawan sendiri sebab tak puas hati dengan pilihan hidup kawan tu. Fikir lah. Sesungguhnya besar ganjaran kalau kita bersabar.
Buat kawan kawan, kita ada life masing masing. Kita yang pilih. Mana yang baik yang itu lah yang aku sokong. Mana yang tak baik yang itulah yang aku nasihat.
tak semua kawan akan ada time kite perlukan dye.. so, carilah sahabat yang akan salu disisi.
ReplyDeletebtw, sy buang pakwe sebab sahabat! hikhik
time tak perlukan pun seharus nya ade bersama. maksud nya tak kira masa mesti sentiasa ada. tapi tu lah apa nak buat kan.
ReplyDeletetakpe2. hehe