JellyPages.com

Sunday, August 28, 2011

Pencinta Yang Malang

Hujan lebat mula turun membasahi bumi Malaysia sedang Insyirah asyik bernyanyi riang di halaman rumahnya. Bernyanyi riang bukan tanda dia sedang gembira tetapi sengaja ditutup gundah di hati. Insyirah tahu jika dia asyik teringat perkara yang menyedihkan hatinya pasti diakhiri dengan tekanan jiwa yang amat dahsyat. Insyirah teringat kisah sewaktu dia sedang menuntut pelajaran di Melbourne 2tahun lepas. Masih berbaki segala kenangan yang menambahkan kedewasaan dirinya.

***
Dia mengenali Zarith sewaktu mereka sama sama menyertai aktiviti sukarelawan di kawasan perumahan pelajar. Zarith dilihatnya seorang yang sangat pendiam namun sangat baik hati dan juga lucu kadang kala. Tidak pernah terlintas di fikiran Insyirah untuk berkenalan dengan Zarith. Semuanya berlaku secara kebetulan. Insyirah merupakan seorang pelajar yang amat lantang bila bersuara, manakan tidak dia dipilih sebagai Badan Perwakilan Pelajar untuk pelajar Malaysia di sana. Berbeza dengan sikap Zarith yang agak pendiam dan pemalu itu. Perkenalan mereka pada mulanya hanyalah atas daras kawan sesama universiti dan juga sesama sukarelawan, secara tiba tiba mula terbitnya perasaan rindu. Zarith merupakan pelajar Fakulti Perubatan manakala Insyirah merupakan pelajar Fakulti Seni Bina.

Perkenalan mereka berjalan lancar sepanjang tempoh itu. Tidak ada cacat cela namun sepatah ungkapan sayang mahupun cinta tidak pernah langsung terkeluar dari bibir kedua duanya. Bagi mereka apa yang diutamakan adalah pengajian mereka di sana. Kawan kawan mula membising. Menyuruh mereka menuruskan segala perhubungan ini dengan sebetulnya. Hati perempuan Insyirah seakan bersetuju namun apalah dayanya jika Zarith hanya berdiam dan berlagak seperti biasa. Insyirah seperti ingin menyuarakan rasa hatinya namun Zarith seperti acuh tak acuh endah tak endah. Insyirah mula mengasing diri. Zarith pula menuruskan pembelajarannya seperti biasa. Meninggalkan Insyirah dengan harapan dan angan angan kosongnya. Setelah hampir sebulan, Insyirah mula sedar bahawa tiada apa diantara hubungannya dengan Zarith dahulu. Semuanya tidak lebih daripada keselesaan dan kesenangan bila bersama. Nampaknya Zarith sebagai lelaki bijak memainkan peranannya. Bersikap bersahaja pendiam namun penuh kelucuan. Akhirnya 2tahun berlalu, mereka masih seperti kawan biasa. Insyirah sudah mula dapat menerima segalanya sebagai satu kebetulan dalam sebuah perkenalan dan persahabatan.

***

Zarith termenung sendiri di balkoni biliknya. Dia baru pulang dari kerja sebaik hujan turun. Tali leher yang seakan menjerut dileraikan bagi memberi sedikit keselesaan. Melihat rintik hujan yang turun, hatinya gundah. Memikirkan kenangan sewaktu dia masih lagi bergelar pelajar sewaktu di Melbourne beberapa tahun dahulu. Dia tertarik dengan seorang gadis lincah bernama Insyirah. Insyirah baginya seorang gadis yang sangat berdikari dan juga sangat bersahaja. Tidak mudah kekok apabila berbual dengan orang yang baru dikenalinya. Insyirah juga mudah mesra dengan orang lain dan dia juga sangat disenangi oleh semua pelajar Malaysia yang menuntut bersama mereka. Insyirah mula rapat dengannya sewaktu mereka terlibat dengan aktiviti dikejiranan rumah mereka sewaktu di Melbourne dahulu. Insyirah petah berkata kata dan sangat manis bagi Zarith. Hati lelakinya terusik dengan kelincahan dan kepetahan Insyirah namun dipendamkan saja hasrat hatinya. Teman teman menyuruh dia agar berterus terang dengan Insyirah tetapi dia segan. Kerana baginya Insyirah terlalu ramai kawan dan pastinya bukan dirinya yang menjadi pilihan. Dia tinggalkan segala perasaannya agar tidak terus hanyut dan memberikan fokus kepada pelajarannya sahaja. Sehingga kini, mahu atau tidak Zarith mengakui bahawa wajah Insyirah bermain dimindanya. Hatinya masih kepada Insyirah namun dia tahu, dia tidak mungkin dapat memiliki. Segala gambar Insyirah masih elok dalam simpannya. Masih terpampang indah di desktop laptop dan komputer rumahnya. Semuanya masih sama. Wajah manis bersahaja itu. Hasrat Zarith masih tinggal hasrat. Dia berdoa agar diketemukan dengan Insyirah suatu hari nanti.

***

Insyirah mengetap bibir. Dia lah pencinta yang malang kerana terlalu berharap kepada seorang lelaki yang pastinya bukan untuk dia.

Dan Zarith juga pencinta yang malang kerana masih menanti sigadis pujaan yang tidak pernah disuarakan hasrat hatinya.

Keduanya malang kerana tidak pernah menyuarakan isi hati masing masing. Pengajarannya adalah, biar kita kecewa bila kita da berterus terang daripadan kita kecewa dari tak buat apa apa dan hanya sekadar melihat dan melopong. Diterima atau ditolak itu bukan soalnya, tetapi soalnya adalah berterus terang tentang isi hati. Jangan dibiarkan nanar bergelut dengan perasaan sendiri.

p/s : cerita ini hanya rekaan semata mata. peace yaw~!!

No comments:

Post a Comment