JellyPages.com

Sunday, February 26, 2012

Biasalah Tu

Tiba tiba rasa macam nak menyibuk hal orang setelah sekian lama aku hanyalah jadi pemerhati. Atau aku juga jadi pendengar yang setia untuk setiap apa yang dicerita. Selayaknya sebagai seorang kawan yang prihatin aku mesti akan tanya sama ada sihat atau tidak kawan kawan aku. Benda tu bagi aku da jadi macam perkara biasa. Ayat berbasa basi kata orang.

Tapi ada seorang teman ni cara dia pelik sikit. Mungkin katanya nak jadi rare. Walau lama tak jumpa ni, soalan pertama yang dia akan tanya ialah :

"Eh, kau dengan dia ok?"

Aku mampu sengih. Nak tergelak pun ada. Tapi dalam masa yang sama rasa macam nak sepak punggung dia dari belakang je. Dan jawapan aku biasalah, jawapan orang tua :

"Aku ok je kalau orang ok dengan aku." Senyum.

Dan dia, hanya mengangguk tanda faham. Takde jawapan yang tepat tapi bagi aku itu jawapan yang selamat. Sebenarnya aku rasa macam tidak selayaknya beliau menjadi bahan aku untuk update entry kali ni tapi rasa macam nak bercerita. Dan dialah mangsanya kali ni.

Ada masa dia ok dan ada masa dia tak ok. Tapi rasanya banyak masa dia tak ok. Siapa yang kenal tahulah dia macam mana. Dan aku jenis akan tegur direct. Biar mulut jahat tegur benda betul dari mulut jahat cakap belakang pasal orang. Ehh..dah lain pulak. Kurangkan bercakap supaya dapat kurang sakitkan hati orang lain.

Dan biasalah tu. Orang yang da takde idea nak tanya apa, dan cuba menjadi agak rare. Aku terima jelah kawan. Tapi lepasni kalau dia tanya soalan yang sama lagi aku taulah nak cakap apa. Hehe (gelak + senyum jahat)

Thursday, February 23, 2012

Masalah Ni Masalah

Lama aku tak update. Bukan pasal aku sibuk sangat pun tapi pasal aku malas nak menaip dan takde idea juga sebenarnya. Sepanjang aku tak update dekat blog aku ni, takde la banyak benda aku buat pun. Cuma agak banyak benda yang tak best jadi adalah. Ok, aku pening baca apa yang aku tulis.

Sekarang aku dengan team kolej aku tengah berusaha menyiapkan kerja sempena Gabung Art II The Revenge bulan 3 nanti. Tarikh 30, 31 dan 1 April. Pilih hujung hujung bulan sebab takut tak sempat nak buat kerja. Memandangkan tenaga kerja nya tak ramai dan percayalah bahawa aku sorang je perempuan. Macam biasa, aku da jadi macam iron man. Lepastu nak cakap pasal band? Aku tak tahu nak cakap apa. Buat tak tahu je lah gamaknya.

Baru ni aku dapat offer pergi Akademi Muzik Belia. Belajar basic gitar. Sebenarnya aku da belajar dari buku. Teringin nak main gitar. Yelah bila hati tengah gundah gulana ke apa ke boleh la nak main gitar kan. Ok, berbalik kepada cerita aku pergi Akademi Muzik tu. Dekat sana ramai la orang yang aku jumpa. Yang best nya tenaga pengajar aku Tam Spider, Tony Spider, Bakri Meet Uncle Hussin, Ijam, lepastu principle aku Kombat Kugiran Di Tepi Pantai. Seronok sangat. Yang nak ditamba seronok lagi, aku tak tau pulak masuk akademi ni dapat gitar free. Haha aku memang suka lah kan. Sebab aku baru bercadang nak beli gitar Classical Acoustic macam gitar babah aku. Ok, aku suka dapat gitar. Gitar warna hitam siap ada sign semua ahli Fabulous Cat. Kali ni aku memang berlagak. Semangat.

Dan pada hari Ahad pulak last kelas aku. Masa hari yang aku dapat sign semua member Fabulous Cat tu hari last kelas. Suprise dari principle aku. Syok sangat. Semua jenis sporting. Kelas habis pukul 4 petang. Tunggu mak aku ambik dan la aku goreng 3-4 lagu. Lepastu ada yang ajak perform. Tapi masalahnya tarikh masa abang aku khawin so macam tak dapat join. Jadual aku pack bulan 3 nanti. Tak tau lah macam mana. Benda best juga jadi pada hari yang sama. Senyum sampai ke subuh aku. Ok, banyak da aku merapu. Nanti aku update pasal event pulak ye.