JellyPages.com

Thursday, February 23, 2012

Masalah Ni Masalah

Lama aku tak update. Bukan pasal aku sibuk sangat pun tapi pasal aku malas nak menaip dan takde idea juga sebenarnya. Sepanjang aku tak update dekat blog aku ni, takde la banyak benda aku buat pun. Cuma agak banyak benda yang tak best jadi adalah. Ok, aku pening baca apa yang aku tulis.

Sekarang aku dengan team kolej aku tengah berusaha menyiapkan kerja sempena Gabung Art II The Revenge bulan 3 nanti. Tarikh 30, 31 dan 1 April. Pilih hujung hujung bulan sebab takut tak sempat nak buat kerja. Memandangkan tenaga kerja nya tak ramai dan percayalah bahawa aku sorang je perempuan. Macam biasa, aku da jadi macam iron man. Lepastu nak cakap pasal band? Aku tak tahu nak cakap apa. Buat tak tahu je lah gamaknya.

Baru ni aku dapat offer pergi Akademi Muzik Belia. Belajar basic gitar. Sebenarnya aku da belajar dari buku. Teringin nak main gitar. Yelah bila hati tengah gundah gulana ke apa ke boleh la nak main gitar kan. Ok, berbalik kepada cerita aku pergi Akademi Muzik tu. Dekat sana ramai la orang yang aku jumpa. Yang best nya tenaga pengajar aku Tam Spider, Tony Spider, Bakri Meet Uncle Hussin, Ijam, lepastu principle aku Kombat Kugiran Di Tepi Pantai. Seronok sangat. Yang nak ditamba seronok lagi, aku tak tau pulak masuk akademi ni dapat gitar free. Haha aku memang suka lah kan. Sebab aku baru bercadang nak beli gitar Classical Acoustic macam gitar babah aku. Ok, aku suka dapat gitar. Gitar warna hitam siap ada sign semua ahli Fabulous Cat. Kali ni aku memang berlagak. Semangat.

Dan pada hari Ahad pulak last kelas aku. Masa hari yang aku dapat sign semua member Fabulous Cat tu hari last kelas. Suprise dari principle aku. Syok sangat. Semua jenis sporting. Kelas habis pukul 4 petang. Tunggu mak aku ambik dan la aku goreng 3-4 lagu. Lepastu ada yang ajak perform. Tapi masalahnya tarikh masa abang aku khawin so macam tak dapat join. Jadual aku pack bulan 3 nanti. Tak tau lah macam mana. Benda best juga jadi pada hari yang sama. Senyum sampai ke subuh aku. Ok, banyak da aku merapu. Nanti aku update pasal event pulak ye.

No comments:

Post a Comment