Aku, takde mood hari ni. Tak tahu kenapa. Rancangan hari ni berjaya. Penat berkejar ke sana ke mari. Hidup ni memang kadang kala perlu sangat berlakon. Perlu berlakon yang kita sangat ok tapi sebenarnya tak ok pun. Berlakon cool. Itu yang aku selalu buat. Sekarang ni aku rasa aku tengah tak cool. Hati memberontak kebosanan. Ya Allah...apekah? Aku melayan lagu, melayan cd cerita charmed nak improve English aku konon nya. Tapi nyata kosentrasi aku da hilang di bawa arus ketandusan kebosanan.
Monday, March 19, 2012
Sunday, March 18, 2012
Kalah Datuk Najib
Mensibukkan diri dengan pelbagai urusan adalah salah satu langkah yang bijak aku rasa untuk melupakan perkara yang melibatkan hati dan perasaan.
Aku sebenarnya tak tahu apa yang aku sibukkan dan apa yang menjadi perkara yang menghalang aku untuk duduk diam. Sikit pun jadilah kata orang tu. Tapi aku rasa ada je benda yang aku sengaja nak jadikan bahan sebagai aku sibuk. Walaupun sebenarnya aku tak sibuk. Sedangkan orang tahu yang aku hanyalah seorang student kolej yang sepatutnya kerjanya pergi kelas, buat assignment dan datang exam. Itu sahaja. Tapi aku tak tahu lah kenapa life aku pelik sangat. Ada je benda.
Aku ni betul betul sibuk atau aku sengaja sibukkan diri? Kadang aku pernah tanya soalan tu dekat diri aku sendiri dan aku tak dapat jawapan. Setiap kalinya ada saja benda yang aku involve. Kalau boleh semua benda ada je muka aku. Balik balik muka aku. Wedding sape sape pun muka aku jugak yang tolong sana tolong sini. Kadang aku rasa aku tak diperlukan sebenarnya. Kadang aku rasa aku ni macam mencapap je. Penyibuk! Situ sini nak ada aku. Konon macam orang penting walhal takde aku benda boleh jalan je. Kan?
Macam biasa, bagi setiap perkara yang menjadi persoalan pasti ada jawapan. Aku kan, memang suka menjawab. Kalau tak bukan aku lah namanya. Aku sibukkan diri, pergi sana sini, buat itu ini, sekadar untuk kepuasan diri. Untuk letihkan badan. Untuk aku bagi motivasi kat diri sendiri dan juga untuk bagi aku fokus fikir masa depan. Walaupun sebenarnya apa yang aku buat takde kena mengena dengan masa depan. Takde bagi duit pun kat aku. Tapi, aku boleh lupa apa yang berkaitan dengan hati dan perasaan. Komitmen bersama manusia. Ye, hidup aku komitmen bersama kolej.
Ada yang menyampah bila aku sibuk sana sini. Ada saja benda nak buat. Time cuti pun datang kolej. Tapi, itulah dunia aku. Aku tahu bila aku da kerja nanti hidup aku pun akan jadi macam tu jugak. Aku enjoy walaupun aku sendiri kadang mengadu aku penat. Penat bekerja takpe, tapi aku taknak penat bermain dengan hati dan perasaan. Penat weyhh. Kadang aku pun bosan sebab apa yang aku buat takde hasil pun tapinya aku sengaja. Sengaja sibukkan diri. Jangan tanya kenapa, sebab jawapan aku tetap sama. Aku saja suka. Itulah kepuasan hidup aku.
Saturday, March 17, 2012
Ulangtahun bersama Maxis.
Semalam bertarikh 16/3/2012, setelah sekian lama aku pun keluar teman adik aku pergi ambik laptop dia dekat area ECM (sekarang da Capital Mall). Keluar tu malam, dalam pukul 8lebih tak silap aku. Mulanya ambik si Nelly dekat hospital. Yang nak ceritanya masa on the way nak bergerak minum, aku dapat mesej dari Maxis. Katanya ulangtahun aku bersama dia. So dikreditkan dalam akauan aku sebanyak rm10 secara percuma. Hanya Maxis ke Maxis. Dan sah sampai hari ni (17/3/2012).
Ok, kredit yang banyak untuk dihabiskan dalam masa sehari! Apa aku nak buat dan siapa yang seharusnya aku contact? Main gila macam ni. Dan sebelum mata aku menjadi berat malam tadi maka aku cari la nombor yang boleh aku contact dekat phone book handphone aku. Siapa yang pakai Maxis la jadi sasaran aku malam tadi. Takde la malam pun kalau da pukul 1.30pagi. Hihi. Semua aku mesej. Kalau nak call memang takde siapa la yang nak angkat timing macam tu. Mungkin aku akan terima makian. Sesungguhnya takde pun yang layan aku. Kredit pun masih berbaki rm9.12. Mungkin aku akan manfaatkan nya pada pagi ini atau sebelum pukul 12 tengah malam hari ni. Siapa siapa yang nak aku call atau mesej bagi la nombor. Kahkahkah. Gila!
Friday, March 16, 2012
Di culik Alien atau Bunian?
Aku tak tahu apa yang da terjadi. Sama ada aku sendiri yang tak perasan akan perubahan pada blog ni atau sememangnya benda da banyak berubah cuma aku je yang tak menjenguk ke sini. Erkk..apa apa pun salam sejahtera semua. Aku tau da lama aku tak update. Malas nak cakap aku sibuk nanti ada pulak yang perli macam macam, cumanya aku takde kelapangan nak update segala benda yang berlaku sepanjang ketiadaan aku disini.
Macam biasa, aku baru mendarat dekat Bumi setelah beberapa bulan berada di planet Marikh. Sangat mencabar segala macam perkara yang berlaku. Bila aku da mendarat kat sini aku tak tahu lah mana silapnya sama ada mata aku atau apekah, aku baru perasan yang followers aku da mencecah ke angka 43. Memang macam tu dari dulu ke atau baru bertambah followers aku, aku sendiri pun tak ingat. Maaf kepada semua. Sebab aku bukan sengaja nak lupa. Aku da lama betul tak singgah sini. Aku rasa macam nak salahkan Alien yang da culik aku baru ni la. Alien ke Bunian?
Lantaklah, janji lepas ni Insya Allah jika dengan izin Nya aku akan update lah apa apa yang patut. Owhh dan satu lagi, aku lupa bagitau, 6-8 April nanti akan ada event Gabung Art. Gabung Art ni khas namanya dari kolej aku iaitu Kolej Cosmopoint Kuantan. Kalau dekat Kuala Lumpur kita kenal dengan Rantai Art. Event ni akan berlangsung selama 3hari 2malam. Bertempat di perkarangan MSC Kuantan bersebelahan East Coast Mall atau Capital Mall. Sekarang da tukar nama pulak kan. Orait, aku akan update lagi pasal event ni kemudian ok. Terima kasih kepada semua. =)
Subscribe to:
Posts (Atom)