JellyPages.com

Sunday, March 18, 2012

Kalah Datuk Najib

Mensibukkan diri dengan pelbagai urusan adalah salah satu langkah yang bijak aku rasa untuk melupakan perkara yang melibatkan hati dan perasaan.

Aku sebenarnya tak tahu apa yang aku sibukkan dan apa yang menjadi perkara yang menghalang aku untuk duduk diam. Sikit pun jadilah kata orang tu. Tapi aku rasa ada je benda yang aku sengaja nak jadikan bahan sebagai aku sibuk. Walaupun sebenarnya aku tak sibuk. Sedangkan orang tahu yang aku hanyalah seorang student kolej yang sepatutnya kerjanya pergi kelas, buat assignment dan datang exam. Itu sahaja. Tapi aku tak tahu lah kenapa life aku pelik sangat. Ada je benda.

Aku ni betul betul sibuk atau aku sengaja sibukkan diri? Kadang aku pernah tanya soalan tu dekat diri aku sendiri dan aku tak dapat jawapan. Setiap kalinya ada saja benda yang aku involve. Kalau boleh semua benda ada je muka aku. Balik balik muka aku. Wedding sape sape pun muka aku jugak yang tolong sana tolong sini. Kadang aku rasa aku tak diperlukan sebenarnya. Kadang aku rasa aku ni macam mencapap je. Penyibuk! Situ sini nak ada aku. Konon macam orang penting walhal takde aku benda boleh jalan je. Kan?

Macam biasa, bagi setiap perkara yang menjadi persoalan pasti ada jawapan. Aku kan, memang suka menjawab. Kalau tak bukan aku lah namanya. Aku sibukkan diri, pergi sana sini, buat itu ini, sekadar untuk kepuasan diri. Untuk letihkan badan. Untuk aku bagi motivasi kat diri sendiri dan juga untuk bagi aku fokus fikir masa depan. Walaupun sebenarnya apa yang aku buat takde kena mengena dengan masa depan. Takde bagi duit pun kat aku. Tapi, aku boleh lupa apa yang berkaitan dengan hati dan perasaan. Komitmen bersama manusia. Ye, hidup aku komitmen bersama kolej.

Ada yang menyampah bila aku sibuk sana sini. Ada saja benda nak buat. Time cuti pun datang kolej. Tapi, itulah dunia aku. Aku tahu bila aku da kerja nanti hidup aku pun akan jadi macam tu jugak. Aku enjoy walaupun aku sendiri kadang mengadu aku penat. Penat bekerja takpe, tapi aku taknak penat bermain dengan hati dan perasaan. Penat weyhh. Kadang aku pun bosan sebab apa yang aku buat takde hasil pun tapinya aku sengaja. Sengaja sibukkan diri. Jangan tanya kenapa, sebab jawapan aku tetap sama. Aku saja suka. Itulah kepuasan hidup aku.

No comments:

Post a Comment