Aummm..cak! Bila aku tengok balik punya lah lama aku tak update. Semua gara gara laptop aku yang agak pelembu. Asal bukak blog je dia punya loading kemain lama. Pastu tetibe mati. Sebab panas sangat. So semua tu jadi turn off terus untuk aku berblogging.
Da masuk bulan 5 da pun sekarang ni. Itupun da nak habis tunggu penghujung je lagi berapa hari. Sekarang ni aku tengah kerja. Maksud aku ialah aku da kerja. Kerja sementara aku dapatkan kerja yang lebih bagus sementara tunggu habis belajar bulan 9 nanti. Aku kerja dekat syarikat hardware sebagai kerani akaun. Percaya atau tidak aku tak pernah buat akaun. So dari sini aku belajar semua benda. Kalau pasal buat quotation tu aku da biasa sebab dulu masa kat kolej aku rajin gak buat quotation. Tapi biasanya on the phone. Ni dua dua aku kena buat. Kira ok lah tu. Belajar macam mana nak handle client yang kadang ok kadang tak ok. Kenal barang barang hardware. Hihihi ok lebih lebih pulak aku cerita ni.
Misi sekarang ni ialah aku nak mula aktif berblogging. Yelah da lama sangat aku tinggal sampai aku rasa aku pun da hilang skill da nak cakap pasal apa. Sebab kadang aku ni terlebih lantang dekat twitter. Twitter aku boleh cakap je apa aku nak cakap sampai terabaikan blog aku ni haa. Da lama kot. Dari sini jugak la aku kenal macam macam orang.
Bulan 5 da nak sampai penghujung. Tak lama lagi da nak puasa. Semoga tahun ni puasa akan lebih diberkati. Hidup bahagia insya Allah. Amin amin amin.
Jumpa nanti aku update lagi. Baiii...
Friday, May 24, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment