JellyPages.com

Tuesday, January 28, 2014

Norma dan Karma

Hai semua..sejak dua menjak ni rajin pulak aku on laptop semata mata nak post entry. Sebenarnya pagi ni punya motif tak banyak pun. Saja nak share cerita memandangkan aku bukan selalu ada waktu terluang nak buat benda ni semua. Curi curi masa je.

Sejak kebelakangan ni aku rasa badan aku da tak kuat macam dulu. Aku selalu mengantuk bila kerja, selalu mengantuk awal. Macam da takde energy aku rasa. Pelik jugak apa yang aku da buat sepanjang hari. Kalau nak kata rutin harian macam biasalah. Takde perubahan dari segi waktu pun. Waktu balik kerja pun da awal bukan macam tahun lepas. Kadang sebab penat dan mengantuk tu boleh buat emosi aku spoil. Bila melepak mana mana aku jadi mengantuk. So, aku tak suka. Kacau mood orang yang nak melepak tu. Ambik alternatif lain iaitu aku tak lepak la lama lama.

Aku sebenarnya nak lepak macam biasa. Sebab kalau nak diikutkan masa bulan puasa timing lepak aku lagi lah lewat. Kadang pukul 1 baru sampai rumah. Bangun awal, tapi energy lain macam. Aku rasa aku kena buat sesuatu. Yang paling penting maintain attitude aku. Yelah, aku rasa sesuatu sekarang ni. Benda yang tak best. Bilamana aku rasa aku akan drop balik. Kena built team balik. Memang take time. Sebab aku rasa guy aku yang sekarang pun tengah 50-50. Bukan kata aku tak usaha...tapi aku nak dia faham situasi nya. Dia sendiri da tengok dan tau pasal company. Just go and fight for it. Biarlah orang nak kata apa.

Mungkin sampai masa aku kena sedar dan tau apa aku nak. Kurangkan kebergantungan pada orang lain. Back to basic. Actually, kalau orang baca dia akan rasa macam biasa je entry aku ni. Tapi perasaan aku tengah menggila sekarang ni. Aku nak kena kerja dan aku nak kena usaha untuk diri sendiri dan untuk masa depan. Sampai satu masa kalau orang lain penat tengok cara aku kerja, aku undur diri. Kadang bahagiakan orang tu boleh buat orang lain bahagia.

Mungkin orang da penat cakap macam macam pasal kerja aku. Orang cakap macam tak nampak hasil apa yang aku buat. Takpe, sampai masa kalau noktah da sampai aku noktahkanlah. Buat untuk orang lain tak salah. Insya Allah akan temu kebahagiaan dekat penghujung nanti.

p/s : be strong and fight for future.

Saturday, January 25, 2014

Sweet 25th.

Selamat pagi. Ehem...20 hari setelah hari kejadian. Kejadian apa pulak kan. Lama betul aku tak jenguk blog aku ni. Da bersawang pun. Kalau rumah orang da tentu tentu berhantu langsuir bagai.

Anyway, selamat tahun baru untuk semua walaupun sangat lambat aku nak ucap. Tapi yelah, aku peduli apa kan. Alhamdulillah, sepanjang penghujung tahun semua berjalan dengan lancar. Dari segi kerja, kehidupan peribadi dan semua sekali lah. Tapi mungkin yang ada deep impact nya bila musim banjir hari tu. Rumah aku tak pernah pernah naik air tetibe naik air. Tapi syukur takde pulak kejadian kehilangan nyawa.

Ermm..aku nak cerita banyak benda dekat sini tapi macam tak senonoh pulak rasa ada 2 3 4 cerita dalam satu entry. Tapi aku cerita sikit sikit la. Lebih kurang macam rumusan atau ringkasan. Setelah dihitung dek kalkulator saintifik, aku da hampir 8 bulan kerja dengan Orin's Group ni. Lama jugak dan alhamdulillah, kerja ok. Walaupun ada turun naiknya. Da hampir setengah tahun macam macam masalah timbul. Orang negatif sana sini. Orang pertikai apa aku buat. Aku diam, taktau nak cakap apa. Aku yang lalui semua ni, aku yang tau sakit nya macam mana. Orang tak faham kerja aku, dan aku pulak tak reti nak buat orang faham kerja aku. Yang aku tahu, alhamdulillah...rezeki Allah sentiasa ada bagi. Aku adaa jugak nak menyerah kalah, tapi aku fikir banyak benda. Aku fikir masa depan. Jauhhh.....tapi biarlah...orang tetap takkan faham dan orang tetap takkan nampak kejayaan. Malas malas dan malas.

Erm...birthday tahun ni masih sama juga alhamdulillah. Dikelilingi orang orang yang sayangkan aku. Mak, Abah, adik beradik dan juga Sang Arjuna (saya harap awak baca ni). Actually, semua apa yang aku nak aku dapat masa birthday aku baru ni. Walaupun...walaupun ye. Hampir semua nya aku tak mintak. Alhamdulillah sangat sangat. Orang kata bila da sebati, tak payah cakap, semua da boleh tau. (saya sayang awak) Dari atas sampai bawah, aku cukup dengan kasih sayang dari Sang Arjuna. Apa lagi yang tak cukup aku pun taktau. Mungkin orang tengok semua ni takkan ke mana. Dengan aku yang selambe. Dengan aku yang macam takde apa apa. Kalau nak dibandingkan dengan dia. Tapi takpe lah..semua ok je.

Aku biasa sorang sorang. Sebab aku rasa orang takkan faham aku. Aku biasa senyap je. Sebab aku ni panas baran. Susah aku nak cakap apa yang aku nak. Dan susah jugak la untuk benda benda lain. Tapi..ada tapi jugak...da macam drama Melayu ada tapi tapi bagai. Ouhh ok, tapi semua benda kalau kita nampak susah, jadi susah la. Kalau kita sendiri taknak ada perubahan dalam hidup, jadi tak berubahlah.

Aku suka kehidupan sekarang, simple dan tenang. Aku tau kadang aku banyak bergantung pada anak Uncle Zahari tu. Kadang rasa dimanjakan sangat sampai aku pun pelik macam mana boleh jadi macam ni. Macam ni yang macam mana, jumpa lah aku dan tau lah aku macam mana. Perubahan besar dalam hidup, kita boleh buat sendiri tapi kita takut dengan penerimaan orang sebab terlampau banyak fikir pasal orang. Bila dengan Sang Arjuna, dia buat aku rasa selesa untuk buat apa yang aku nak. Dalam erti kata yang lain dia buat aku confident. Tak perlu cakap lebih sebab aku suka dengan apa yang da jadi. Sedikit sebanyak aku jadi manusia yang reti sikit nak bercakap. Ehh...okaylah sambung nanti. Aku nak pergi ofis. Insya Allah..ada cerita lagi. Tenkiu guys.

p/s : tunggu nak naik silver pin pulak. Murahkan rezeki. Amin amin.