JellyPages.com

Tuesday, January 28, 2014

Norma dan Karma

Hai semua..sejak dua menjak ni rajin pulak aku on laptop semata mata nak post entry. Sebenarnya pagi ni punya motif tak banyak pun. Saja nak share cerita memandangkan aku bukan selalu ada waktu terluang nak buat benda ni semua. Curi curi masa je.

Sejak kebelakangan ni aku rasa badan aku da tak kuat macam dulu. Aku selalu mengantuk bila kerja, selalu mengantuk awal. Macam da takde energy aku rasa. Pelik jugak apa yang aku da buat sepanjang hari. Kalau nak kata rutin harian macam biasalah. Takde perubahan dari segi waktu pun. Waktu balik kerja pun da awal bukan macam tahun lepas. Kadang sebab penat dan mengantuk tu boleh buat emosi aku spoil. Bila melepak mana mana aku jadi mengantuk. So, aku tak suka. Kacau mood orang yang nak melepak tu. Ambik alternatif lain iaitu aku tak lepak la lama lama.

Aku sebenarnya nak lepak macam biasa. Sebab kalau nak diikutkan masa bulan puasa timing lepak aku lagi lah lewat. Kadang pukul 1 baru sampai rumah. Bangun awal, tapi energy lain macam. Aku rasa aku kena buat sesuatu. Yang paling penting maintain attitude aku. Yelah, aku rasa sesuatu sekarang ni. Benda yang tak best. Bilamana aku rasa aku akan drop balik. Kena built team balik. Memang take time. Sebab aku rasa guy aku yang sekarang pun tengah 50-50. Bukan kata aku tak usaha...tapi aku nak dia faham situasi nya. Dia sendiri da tengok dan tau pasal company. Just go and fight for it. Biarlah orang nak kata apa.

Mungkin sampai masa aku kena sedar dan tau apa aku nak. Kurangkan kebergantungan pada orang lain. Back to basic. Actually, kalau orang baca dia akan rasa macam biasa je entry aku ni. Tapi perasaan aku tengah menggila sekarang ni. Aku nak kena kerja dan aku nak kena usaha untuk diri sendiri dan untuk masa depan. Sampai satu masa kalau orang lain penat tengok cara aku kerja, aku undur diri. Kadang bahagiakan orang tu boleh buat orang lain bahagia.

Mungkin orang da penat cakap macam macam pasal kerja aku. Orang cakap macam tak nampak hasil apa yang aku buat. Takpe, sampai masa kalau noktah da sampai aku noktahkanlah. Buat untuk orang lain tak salah. Insya Allah akan temu kebahagiaan dekat penghujung nanti.

p/s : be strong and fight for future.

No comments:

Post a Comment