Entry dipost berdasarkan tweet aku malam tadi. Sebenarnya aku terbaca retweet dari mana entah. Tunjuk gambar seorang perempuan sebelum dan selepas clash dengan boyfriend. Dan nyatanya gambar sebelum menunjukkan perempuan tu nampak suci murni gebu dan sebagainya. Tapi gambar selepas clash lebih kurang macam orang kena culture shock.
Persoalan aku kat sini, kenapa mesti orang relatekan perempuan dengan keadaan yang macam tu? Teringin jugak aku nak tengok gambar lelaki sebelum dan selepas clash jadi apa. Mungkin taknak tunjuk betapa lelaki akan duduk diam kat ceruk bilik, termenung, meratap sayu pilu. Atau menangis dalam bilik air bawah shower? Bila keluar muka sembab macam orang taknak hidup?
Wahh...teremosi pulak aku. Bukanlah apa. Cuma benda ni sebenarnya nampak tak fair di mata aku. Perempuan akan jadi bad girl lepas clash. Mungkinlah jadi macam tu sebab rasa kebebasan bila da clash. Masa dengan boyfriend dulu tak boleh buat semua tu. Sebab boyfriend tak bagi. Boyfriend jealous. Nak lepak dengan kawan pun susah. So, bebas tu lain macam rasa dia dan tetibe akan nampak macam bad girl acah acah konon nak rebel. Nak ex boyfriend tahu yang dia lebih bahagia dan mungkin juga lebih vogue bila da clash. Hehehe..perkara macam ni da biasa terjadi.
Aku bukan nak cakap yang lelaki je yang tahu perasaan sedih. Yang akan duduk termenung tak menentu macam esok tiada makna lagi. Tak..memang tak. Kalau ada lelaki yang baca post aku ni mesti rasa nak terajang aku tepat atas muka. Bengang mungkin. Tapi..based on pengalaman dengan kawan kawan aku, kebanyakan kawan lelaki memang akan jadi macam ni. Sedih, termenung. Kadang question macam macam dekat aku. Kenapa perempuan macam ni perempuan macam tu. Sebenarnya beza dia whether kau yang mintak clash atau kau yang kena clash. Kalau yang kena clash memang macam ni lah jadinya. Tapi kalau sendiri yang mintak clash, nak meroyan memang kena hempuk dengan kayu hoki.
Perempuan pun rebel, jadi bad girl mungkin sebab nak hilangkan rasa sedih. Siapa tahu, balik dari bersuka ria dengan kawan, malam sebelum tidur dialah manusia paling sengsara. Dialah manusia yang sedih meratapi pilu hati ditinggal sepi atau ditinggal mati. Beza dengan orang yang tunjuk sedih dengan orang yang sorok kesedihan dia. Buat apa nak tunjuk sedih depan orang. Orang taknak dengar cerita sedih kita. Yang orang nak dengar cerita bahagia kita. Cerita kerjaya kita. Mungkin yang dengar cerita sedih kita tu orang yang nak jatuhkan kita je.
Apa pun ini just pendapat aku. Berdasarkan keadaan sekeliling dan pemerhatian aku jugak. Orang kata kita just pernah dengar nama tapi tak pernah tahu cerita. Sama jugak kalau dengan orang yang belajar Sejarah. Biasa dengar nama J.W.W Birch? Tapi tau tak kisah dia pasal apa? Tau tapi tak ingat. So..anggap je la situasi tu macam J.W.W Birch. Orang tau nama and ingat kisah dia tapi ada yang kadang ingat kadang lupa. So tak perlu risau apa orang kata.
p/s : aku punya manja kau saja boleh rasa, rahsia kita berdua.
Monday, June 9, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment