JellyPages.com

Monday, January 31, 2011

25 fakta tentang kyra shakira

Hey bebeh hey!!

Aku first time kene tag ni. tak penah hayat kene tag. so thanz kepada apih sebab tag. dia kata boleh di jadikan entry kalau takde idea nak post entry baru.

Dengan bangganya aku persembahkan, dengan suka cita dan gembiranya, "25 fakta tentang aku." ni ayat copy paste dari apih ye.

01 Aku suka tengok perempuan cantik dan seksi. Jangan disebabkan aku keluarkan statement macam ni orang cakap aku lesbian. Aku straight ok, bukan corner2.

02 Aku suka kereta Satria Neo. Boleh meleleh air liur aku kalau tengok perempuan pakai Neo. Kalau lelaki bawak Neo pulak, aku saje2 buat gedik tengok lama2 lelaki tu. Tengah bercakap2 dengan member pun aku boleh berhenti bercakap sebab ralik tengok Neo.

03 Aku terlalu kuat berimaginasi dan berfantasi serta berhalusinasi. Sebab tu kadang2 aku suke merepek. Bagi aku bende tu seni. Seni ke? Lain orang lain pendapat kan.

04 Aku tak suka orang bawak kerete dengan kurang ajar nya. Nak masuk simpang tak bagi signal, main masuk je. Kompem aku memekik dalam kereta masa tu, biarpun bukan aku yang drive.

05 Aku panas baran, tapi satu benda aku jenis lembut ati. Bila orang cakap baik2 dengan aku, aku jadi sejuk. Jenis aku, selalu nak jaga hati orang. Hati aku, aku sendiri tak tahu. Heee..

06 Aku suka warna biru. Masa belajar dekat uitm dulu, cadar aku dan barang2 aku semua warna biru. Every sem cadar aku warna biru. Sampai satu masa dulu nama aku kat myspace, Biru iTu cHenta. Geli je rasa.

07 Aku tak pernah ada azam tuk setiap kali tahun baru. Aku tak sedar pulak sejak bila tapi aku da malas nak pikir pasal azam2 ni.

08 Aku suka lelaki berbadan tegap. Ala-ala Fahrin Ahmad. Senang cerita, aku suka budak sport. Apa2 sport pun tak kesah. Janji budak sport. Tapi aku suka budak bola or budak futsal. Hehe..

09 Aku lebih suka diamkan diri kalau ada masalah. Aku selalu cakap, "Aku malas nak pikir" sedangkan masa tu sebenarnya, "Macam2 aku pikir ni. Aku risau itu, aku risau ini"

10 Lebih suka tunjuk perangai buruk dari perangai baik. Sebab aku nak orang terima aku baik buruknya. Perkara baik tentang aku, tunggu kau kenal aku lama2 baru kau nampak.

11 Tak kesah ada kawan macam mana pun. Mat rempit, kaki club, perempuan smoking. Aku jenis tak kesah, kawan je dengan semua orang.

12 Aku rasa aku tak matured.

13 Aku suka tengok orang. Kadang2 aku rasa aku dapat baca fikiran orang, tahu apa yang orang tak suka, tahu apa masalah orang tu walau dia tak cerita pun. Itu kadang2. Masa aku tak serabut atau masa aku tengah relax n cool.

14 Aku tengah tunggu seseorang sekarang ni.

15 Aku suka barang2 Adidas. Aku suka bau perfume dia. Tapi lagi suka bau perfume lelaki. Hehe..

16 Aku tak tahan sejuk. Mak aku selalu cakap "Macam mana nak pergi oversea kalau tak tahan sejuk?"

17 Aku selalu diserang penyakit. Senang cite aku ni macam tak tahan lasak. Macam je la. Luar nampak sangat tough dan maskulin tapi dalam ati, aku ni lembut macam tisu. Ok, tipu. Bukan tisu.

18 Aku suka shoot gambar. Aku memang nak jadi photographer. Aku kesah ape orang nak cakap kalau nampak aku baring2 atas pasir, landing baik punya kan. Janji aku puas.

19 Dengan aku kena cakap terus terang. Aku tak suka orang buat pandai depan aku atau buat2 macam dia tahu semua benda tapi tak tahu pape pun.

20 Aku tak suka orang miskol aku, bila aku kol tanya sape ni, dia tanya aku balik aku sapa. Meh aku nak lempang laju2. Zaman miskol2 dah berlalu la adik oii. Pergi kacau orang laen tuh.

21 Aku suka berkarya. Senang cerita aku memang berjiwa seni. Lantak la orang nak cakap yang orang seni ni takde masa depan ke ape ke. Aku nampak banyak orang seni berjaya.

22 Aku susah nak percaya cakap orang. Walaupun kadang2 aku blur, tapi blur aku tu kadang2 saje aku buat.

23 Aku selalu buat2 aku sibuk padahal aku tak sibuk pun dan aku takde buat apa2 pun. Tu semua aku buat sebab aku taknak pikir benda2 yang menyedihkan aku.

24 Aku selalu kecewa. Aku selalu harap orang faham perasaan aku, macam mana aku faham perasaan orang. Tapi takde sape faham aku.

25 Aku cepat kesian dekat orang.

Sebenarnya sampai dekat no18 tu aku dah tak tahu nak tulis pe. So, mula dari tu memang merepek. Aku tak pandai tulis benda2 bernombor ni. Aku suka buat ayat karangan. Hee..nway, thanz apih sebab tag saya.

Banyak benda yang aku nak tulis sama dengan apih ni, sebab tu barangkali aku takde idea kowt. heheheh


Tolong ingatkan aku

Hari ni aku ada meeting. meeting lagi. bunyi nya macam aku ni big bos tuk syarikat big jugak ye. takde maknanya. aku ada meeting tuk kem orientasi aku pertengahan bulan 2 ni. owhh ye, da bulan 2 yek tapi aku masih tak rasa apa2 perubahan. masih sama macam tahun 2010. aku rasa masih sama dan sama. disebabkan meeting ni kawan aku panggil aku bos. ye, setiap hari isnin bermula minggu lepas aku ada meeting yek. timing nye plak kul1. adehh..time jalan jem, lunch hour. aku harap aku tak lewat 5minit lagi hari ni macam minggu lepas.

Aku benci situasi di mana orang sedang bercuti dan aku, ade kelas. lagi sekali aku cakap aku ade kelas. jangan nak cakap la ade aku kesah ko ade kelas ke tak la kan kat sini. tapi sebenarnya aku bukan ade kelas sangat pun. apa aku cakap ni? agak kepeningan di situ ye. maksud aku, memang benarlah budak2 kolej ade kelas hari ni tapi aku hanya ade meeting seperti yang aku cakap kan kat atas tadi. orang lain dah mula belajar tapi aku masih tak boleh2 nak daftar subjek. kenapa?? mesti ade yang nak tahu kenapa kan? sebab aku tak boley transfer subjek aku masa aku diploma dulu. susah sangat kan. uitm jangan marah saya ye, saya tau sume tu private tapi tolong lah saya.

Pagi2 lagi aku dah dengar suara babah menjerit2 kejut adik aku supaya bangun nak pegi amali driving. aku? tak lepas2 lagi sebab nya orang tu cakap lepas raya cina ni. aku da lah bz, ahh ye bz sangat la. sampai kawan aku tanya apa yang aku buat sampai aku bz ni. macam2 aku buat. supaya aku tak jadi vengong macam minggu2 yang sudah. sekarang aku dah kembali ke paksi asal aku. aku da boley berputar dengan baiknya macam sebelum2 ni walaupun sekarang aku sakit bahu. aku tak tahu berapa kali aku nak bagitau kat orang yang aku sakit bahu. ye, aku sakit bahu.

Aku cuma mintak jasa baik kawan2 supaya tolong ingatkan aku tuk tidak on9 dengan kerapnya ye sebab dikhuatiri kerja2 aku tak siap. jangan on9 sangat fb tu ye shakira. fb takde lelaki kacak pun. heeee... karya2 agung aku tu. agung sangat ke? aku nak bagitau yang aku da mula berkarya semula. setelah sekian lama. dulu laptop aku hilang so karya2 aku tu takde back-up dan aku takde mood lagi nak sambung. so, sekarang sudah ada. doakan aku cepat2 siap ye.

p/s : bosan betul la

Sunday, January 30, 2011

Apa maknanya CiNta?


Aku dah lama tak update blog. bukan sebab sibuk sangat pun tapi sebab wimax kat rumah aku ni tak berbayar so memang tak dapat aku nak on9. lagipun aku sekarang tengah berusaha tuk semester baru. so, setelah selesai bayar wimax semalam, maka dengan itu dapatlah aku on9 hari ni. aku da cakap awal2 yang aku tak nak on9 sangat nanti tak jadi kerja aku.


Berbalik kepada tajuk aku kat atas tu haa..apa maknanya cinta? ada sape2 yang boleh bagitau aku tak? aku diajukan soalan ni baru setengah jam yang lalu tak silap aku. ada orang suruh aku tulis entry bertajuk apa maknanya cinta..so, apa maknanya cinta? aku sendiri tak tahu sebenarnya. cinta tu terlalu abstrak. terlalu subjektif. setiap orang ada pendapat tersendiri. siapa penah bercinta, berkasih sayang dia tahulah apa maknanya cinta.

dance, love, sing, live | mencari kesempurnaan dalam hubungan

Tapi sebelum tu aku nak bagitahu yang cinta ni jugak banyak jenisnya. maksud aku banyak kategori. cinta yang paling agung adalah cinta kepada Yang Maha Esa. Yang Maha Agung. Yang Mencipta segala kejadian. lepas tu ada pulak cinta sesama manusia iaitu, adik beradik, ibu ayah, kawan2 sama jenis dan yang paling banyak lain jenis la kan. seterusnya cinta kepada tumbuh-tumbuhan dan haiwan. pendek kata banyak jenis kumpulan cinta ni. aku sendiri tak tahu kenapa entry aku kali ni serius sangat. mungkin sebab aku sendiri tak tahu apa maknanya cinta.


Kenapa aku tak tahu? aku sendiri tak tahu. bodoh pulak rasanya bila aku tak tahu apa maknanya cinta sedangkan benda tu basic sangat aku rasa. mungkin, aku hanya mampu merasa tapi tak mampu tahu. merasa nikmatnya cinta tu. cehh. geli plak cakap nikmat2 ni. kepada yang suruh aku update entry pasal apa maknanya cinta ni, sori lah dik, aku takde jawapan. aku google pun mesti ko xkan puas hati punya. aku tau ko nak dengar dari mulut aku sendiri kan? haha.. sape2 yang tahu makna cinta tolong bagitau dekat aku. aku nak tau sangat. sekarang ni aku da blur. jangan nak cakap aku poyo la sebab aku memang tak tipu. aku blur..fiuuu

u will know if u feel it

Tapi satu yang aku tahu, rasalah macam mana cinta tu kalau nak tahu maknanya. sebab makna cinta tu mampu buat korang speechless. percaya lah cakap aku. sumpah aku tak tipu.

Tuesday, January 25, 2011

Soalan

Setelah beberapa minggu, hari ni aku di ajukan dengan soalan cepu tembaga.

"ade boyfriend?"
aku tarik nafas sebelum jawab soalan tu
"tade."

Senyum. puas ke? tak rasa pape. rasa kosong. aku biarkan angin sepoi2 tak reti bahasa macam nak ribut taufan tu tampar laju2 muka dan rambut aku. da macam Ju-On da aku rasa. aku tarik nafas lagi. dua orang insan tadi pandang aku.

"banyak masa lagi. muda lagi. kan?" perempuan
"takpe. dia senang jumpa kawan." lelaki
"hehe" aku

p/s : berapa lama lagi agak nya

Monday, January 24, 2011

Adik

Sebelum2 ni aku selalu cerita pasal adik aku kan. tapi aku tak penah nak publish gambar beliau. bukan taknak tapi takde masa. takde masa tuk cerita tentang dia. haha dik, jangan marah aku.
ni la adik aku | ili nadhirah

Susah nak letak gambar budak yang sorang ni sebab dia bukan jenis suka bergambar. yang tu memang aku tau sangat da. tapi baru2 ni aku lepaking dengan dia, terpaksa la dia jadi model aku sebab dah takde orang.

Aku kenal dia dari form 1. tapi aku selalu dengar sorang hamba Allah tu sebut nama dia dari aku darjah 6 lagi. so masa form 1 aku baru nampak muka budak nye. masa tu kami sekelas. tapi tak rapat pun. last masa form 4 dia pindah teknik. lagi aku tak penah sedar. aku jadi makin rapat dengan dia masa bulan puasa baru ni. tahun lepas la lebih kurang. sebab dia join bukak puasa dengan aku. dari situ, sampai raya masa umah aku buat open house, kami jadi rapat. hari2 aku keluar dengan dia. sebab dah takde orang laen da kat kuantan ni. tinggal kami berdua je. family adik aku pun ok. aku selalu tido umah dia. tapi time petang la. rasa tak penah lagi aku tido umah dia seharian. ape nak kata. aku sayang dia. haha. dik, ko jangan suka sangat aku cakap ni. sebab aku ingat ayat ko masa kita nak lintas jalan hari tu.

"lintas jalan elok2 kak. jangan mati lagi. aku sayang kat ko lagi kowt kak"

Masa tu, aku pandang dia pas tu kami gelak2. sungguh, adik paling bengong aku ade. ye, adik aku da ade boyfriend. haha. aku suke nak mention bende ni. market ko da takde dik. ingat skit pesan boyfriend anda tuh.

p/s : jangan cakap aku tak tulis pasal ko dik. haha

Gadis in koma

Aku baru balik dari kolej. da masuk sem baru nampak nya maka dengan itu aku kene la berubah ke arah yang lebih maju. hidup ni kene ade wawasan walaupun takde SPM. he'ehh ce cite. ce cite.

Hari ni aku dengan semangat juang bangun pagi pegi kolej semata2 nak daftar subjek baru tuk sem ni. pakai taknak kalah da. awal2 aku da bangun gosok baju kurung kain cotton aku tuh. wane pink lagi. sejak bila pulak aku suka wane pink, aku sendiri tak pasti. yang pasti tu lah satu2 nya baju kurung kain cotton yang bewarna pink yang aku ade. aku masak air panas sebab nak mandi, yelah umah aku takde water heather so cam tu lah cara nya. aku mandi air suam sebab aku demam. bukan mengada2 ke ape. so, da siap2 mandi babah anta aku pegi kolej. sampai kolej dalam pukul 9lebih. tengok2 takde orang. haishh..mane pegi semua manusia? last2 aku naik hostel. tengok2 anak2 gemilang tengah sedap tido lagi. aku pegi gegar bilik diorang. suruh siap cepat2 nak pegi daftar subjek.

Sampai kat ofis lecturer miss zilah da jerit2 nama aku. tanya pasal hal transfer jam kredit aku tu. aku cakap slow2 dengan miss aku tu. actually, masa tengah nak settle tu aku dah tak ok. kepala aku dah pening2. aku rasa macam nak terbang je. otak aku da tak boley fokus kat miss dayah yang tengah pikir camne nak settle hal aku ni. masa duduk settle tu konon nya aku macam ok la. konon2. aku kan suka hipokrit depan orang. tuk orang2 depan aku jugak. ok,ok. finally miss dayah cakap dia suruh aku pegi jumpa dia esok. dia nak settle kan hal aku esok. aku dengan rasa konon2 macam baru lepas makan ubat gegat, terus bangun. keluar dari ofis.

Turun tangga, aku jumpa encik ilyasak. lecturer tuk kos aku. dia tanya pasal photoshoot aku dengan nuar hari tu. aku cakap kami baru lepak. ye, bab cam tu memang mampu buat aku tersenyum. lupa pulak hal yang buat ati aku gundah gulana tadi. turun2 dari ofis, aku dengan budak2 lain pegi minum. masa tu tak payah cakap. aku terus senyap. patut nya sekarang kami pegi bersuka ria. tapi aku tak larat. aku balik hostel dan aku tido.

Sekarang aku ade kat rumah, dalam bilik, atas katil berselimut, berstokin, bersweater. bagus. demam lagi. masa babah ambik aku kat kolej tadi dia tanya aku kenapa. aku cakap aku serabut, aku tension. last2 babah diam. aku masuk2 kereta terus pejam mata. tido. ye, aku nak makan ubat nak tido lagi.

Sunday, January 23, 2011

Kuantan-kL balik hari

Ferghh..! penat. aku baru sampai kowt setelah penat berjalan seharian. konon lah nye, macam aku je yang drive kan. sebenar nya bukan aku pergi KL balik hari pun. tapi sebab aku berjalan hari ni rasa penat macam dari Kuantan ke KL balik hari je. poyo je tajuk entry. sume macam nak market je. tah ape kene dengan aku. dirundung kebosanan barangkali.

Hari ni penat sebab semalam seharian aku duduk dengan adik aku. sekali lagi aku nak mention yang adik aku da ade boyfriend. haha aku sebenarnya nak menganjing beliau je ni. jahat betul aku. ye, mesti dia akan cakap,

"mende cara hal aku kak?"

dan aku akan tergelak besar dan akan berbalas cakap dengan dia. selalu gaduh ok. last skali aku cakap,

"asyik gaduh je dengan ko ni dik. serabut aku. mende nak gaduh dengan aku? nanti jauh ko rindu aku, aku tak tahu. haha"

pas tu dia akan buat muke. ade? ade aku kisah ke dik? ok,ok. da merepek da ni. hari ni kami pegi mandi dekat sungai, dekat pasir kubur. mesti korang tertanya-tanya. ape kejadah nama pasir kubur. aku pun mula2 dengar macam pelik jap. pasir kubur celah mane lak kan? ok, pasir kubur tu area sungai lembing, panching. macam tu la lebih kurang nya. penat sebab boleh tahan jauh la jugak sampai senak2 urat saraf aku, walaupun, aku mention sekali lagi, walaupun bukan aku yang drive yek. kawan aku dan adik aku yang drive. da mandi2 jadi penat pulak. on the way nak balik ke Kuantan, aku senyap je. mata mengantuk tapi hati dan jiwa aku tak nak pulak tido. aku sian dekat pilot nye. kalau aku tido nanti dia ngantuk pulak.

sebenarnya aku tak tahu amende yang aku nak cerita. yang aku tahu, aku penat je. tak larat sangat da rasanya. rasa macam nak tido. tido jap ok.

p/s : suke nor epu buat lawak bengong dengan ili

10 tahun

Semalam aku jumpa lelaki kacak. ahh ye. perlu ke aku mention aku jumpa lelaki kacak. maksud nya di sini aku bukan jumpa dalam erti kata macam ni ha,

"hai. dah makan? lame tunggu?"

Bukan macam tu ok. aku ternampak sebenarnya. tu la perkataan yang paling sesuai kot. ape perasaan ternampak lelaki kacak? aku tergelak sakan dalam kereta sebab nampak lelaki kacak. bukan lah lawak mana pun tapi mengenangkan keadaan aku ternampak lelaki kacak tu macam pelik benor. kebetulan aku lalu dekat jalan nak ke TC tu, ade accident and then lelaki kacak tersebut tengah khusyuk cakap telefon. ahh ye..ape kejadah aku cakap pasal lelaki kacak. takde kene mengene dengan tajuk entri aku kali ni.

Ok,ok. berbalik kepada tajuk asal nya. aku target dalam hidup aku tu lah mende nya. kalau ade rezeki, dalam tempoh 10 tahun ni lah aku nak semua bende ade dalam hidup aku. aku nak ade rumah, kereta, kamera DSLR, tolong mak dengan babah, bayar dwit kerajaan n for sure aku nak kerja lah kan. cakap pasal bayar dwit kerajaan ni, memang payah dah aku rasa. tu la orang kata nak lagi bercinta dengan kerajaan. tak memasal nak kene bayar rm 15ribu. haishh..da teruk benor dah aku rasa.

Kenapa mesti 10tahun? ntah, aku pun tak pasti. sebab limit aku tu je lah kowt. perkiraan ni bermula tahun lepas. maksud nya aku ade lagi 9tahun. kira2 umur aku 31 la kowt. hurmm..bagus nya hidup aku kalau jadi nya macam yang aku harapkan. great! usaha lah shakira oiii..

Saturday, January 22, 2011

Lelaki kacak

Tah kenapa aku lebih suka guna perkataan kacak daripada hensem. mungkin sebab kacak tu macam klasik je bunyi nya. ye dak? sebenarnya aku nak cerita perihal golongan lelaki kacak ni. maaf cakap la, aku tak berapa suka lelaki kacak. atau lebih tepat, lelaki kacak bukan lah taste aku. aku tak tahu kenapa tapi memang aku tak suka lelaki kacak. pelik tak bunyi nya? mesti pelik bukan? sebab tu kalau ade member2 perempuan yang rasa2 macam nak suruh aku jadi agensi cari jodoh tuk korang, memang silap besar la kalau suh aku. sebab aku takde member2 yang kacak. atau aku tak kenal mane2 lelaki kacak yang sesuai tuk dikenalkan kat korang.

Nak tahu kenapa aku takde member lelaki yang kacak? antara sebab yang aku tahu, sebab aku tak cantik. hey, for sure la orang kacak ni kawan nya dengan perempuan cantik kan? tak tahu la betul ke tak. mungkin ade yang tak setuju dengan pendapat aku. tapi mengikut perkiraan matematik kalkulator bukan saintifik begitulah kot2 nye kan. bila aku dan kawan2 aku melepak, mesti akan ade yang tunjuk dekat mane2 lelaki kacak. dan aku pastinya akan cakap,

"hensem ke? biasa je. lelaki kacak bukan taste aku"

ramai yang bengang. ehee aku tak kesah pun sebab aku pun jenis tak pandang orang kalau berjalan. nasib andalah yek. kenapa aku macam tu? mungkin sebab aku fokus. haaa..kene ade titik fokus ye sepertimana kita nak g shopping complex mesti lah nak pegi beli barang, bukan nak tengok orang, so aku memang tak pandang orang pun. ade yang cakap ade boyfriend kacak risiko nya amatlah tinggi. ye, benarlah tu. tu mungkin salah satu sebab kenapa aku tak letak kan paras rupa di tangga teratas dalam ciri2 lelaki idaman aku. cukup la sekadar mereka tu kemas, tak selekeh. sedap mata aku nak tengok pun jadi lah. bukan orang lain nak tengok.

cakap pasal kemas, semalam aku lepaking dengan adik aku dan boyfriend dia. haa..adik aku dah ade boyfriend ok. masa lepaking2 tu, dia suruh aku usha satu table belakang kami. ade 3orang lelaki dengan sorang awek. dia suruh aku tengok lelaki yang pakai jaket kulit hitam rambut pacak2. aku pandang sekilas. adik aku cakap muka macam awal ashari. bila sekali tengok, aku langsung tak perasan pun. bagi aku muka lelaki tu biasa2 je. bila dah nak balik masa nak bangun keluar dari table tu, aku pandang sekilas lagi. ok, lelaki tu memang macam muka awal ashari. tapi..ade tapi ye. dari tepi la. kalau tengok depan2 lelaki tu hanyalah biasa2 je bagi aku. muke dia smart. tak kacak tapi smart. boleh tahan la. macam aku cakap, lelaki macam tu bukan taste aku. maaf cakap la. risiko nya terlalu besar. so, aku mencari kesederhanaan dalam hidup ni. cukup la aku pandang diri aku yang takde ape2 ni, tapi nak boyfriend melampau2. owhh. aku bukan macam tu.

p/s : perasaan ini seperti telah pun mati

Al-kisahnya

Dalam dunia ni macam2 yang aku dah pernah tengok. terlalu banyak sampai satu tahap aku pernah fikir, bila aku nak berhenti tengok dan nikmati idup aku sendiri? aku ni macam takde life sendiri je kadang2 tu aku rasa. semakin besar, semakin meningkat dewasa, itulah yang aku rasa. patut nya bila dah besar ni banyak bende yang aku nak fikir kan. fikir masa depan, fikir kerja, fikir tentang dwit, fikir tentang mak abah, fikir tentang keluarga. KELUARGA? macam berat benar je otak aku nak fikir pasal keluarga. ape yang aku nak, aku sendiri tak tahu. salah aku ke kalau aku tak tahu? ye, mungkin salah aku. sebab aku takde target dalam idup ni. tapi macam mana pulak cakapnya aku takde target dalam idup ni sedangkan banyak bende yang aku nak buat? tapi..aku tak dapat....

Ye, aku mengaku. aku jadi macam ni sebab kebanyakan bende yang aku nak aku tak dapat. aku banyak kecundang. aku banyak kecewa. senang kata terlalu banyak kekecewaan dalam idup aku ni sampai satu tahap aku rasa aku tak mampu nak tanggung lagi. takde lah berat sangat macam masalah2 negara yang perlu PM kita fikirkan. ataupun masalah2 seorang LAWYER memikirkan tentang perihal client nye. atau juga seorang DOKTOR PAKAR PSIKATRI yang perlu memikirkan tentang masalah pesakitnya yang terlampau banyak bende yang difikirkan sampai jadi stress.

Januari sudah hampir melabuhkan tirainya tapi aku rasa masih sama. masih takde ape2 lagi perubahan yang aku buat, masih sama. masih di takuk lama. bak kata cikgu grafik aku dulu, ''jumud'' kalau korang tak tahu ape maksud jumud tu silalah bukak kamus dewan bahasa. kalau cari kat google aku tak sure la korang jumpe ke tak. ok2, aku da merapu. aku sebenarnya terlalu banyak yang aku nak. cuma tuk kali ni aku rasa aku dah taknak KECEWA. faham tak ape itu kecewa? bila kita kecewa kita sakit ati. itu mungkin tuk orang lain tapi kalau aku kecewa, aku jadi gila tuk suku hari. so nasib malanglah bagi mereka yang bawak aku melepak dan melayan aku tuk dalam jangka masa 2-3bulan ni. weyh, korang ingat senang ke nak recover balik hahh?? luar memang la nampak cool tapi dalam, da macam tempat pelupusan sampah je tau x?? haishh

p/s : semoga bahagia ili n epu~

Tuesday, January 18, 2011

Cakap-cakap kosong

Aku tak tahu nak tulis ape. banyak sangat bende jadi kowt. kalau hari2 aku nak update macam aku rasa takde cerita menarik pun. tapi at least aku harap sekali aku post entry ade juga la cerita yang nak diceritakan. ape yang aku nak cerita kali ni macam da takde isi. ye sekarang aku ade masalah kesihatan. mungkin salah satu sebab nya aku rajin sangat bersuke ria bersama teman2 di waktu malam. ye, aku tak tahu kenapa aku selalu balik lewat. aku balik lewat sebab nak menghilangkan gundah gulana. hari2 aku keluar ok. pegi minum pegi melepak. teruk nor life aku sekarang ni. aku tak salahkan sesiapa selain dari diri aku sendiri tapi aku tak buat ape2 pun. aku pegi minum, duduk2 dengan member. kenape jadi cam tu? aku sendiri pun tak tahu.

Dan yang terbaru, aku rasa kebanyakan ape yang aku fikir, ape yang aku rasa memang betul. aku bukan cakap aku tak penah salah, tapi apa yang aku cakap dan fikir tu kebanyakan nya memang terjadi. adakah aku terlebih makan garam sampai masin jadi nya mulut aku nie?

Banyak sangat bende sampai aku tak terlarat nak list kan satu2. tapi antara yang aku ingat aku pernah cakap dekat best friend aku yang aku doakan pembukaan tahun baru ni semoga dia ade boyfriend. ye ros, aku doakan ko ade boyfriend dan ternyata bila dia balik shah alam tak sampai berapa hari, status kat FB dia da berubah wajah. da in a relationship. terbaek la ros! haha. dan lagi satu perkara mengenai member lama aku. dia cakap dia tak berapa minat dengan ex dia yang nak dekat dia balik. sekarang dengar2 cerita dalam proses nak kapel. tu la aku cakap taknak dengar. cakap besar sangat. kan da kene setepek atas dahi dengan aku. haishh. tak faham jugak aku apa yang ko nak sebenarnya. kan aku da cakap jangan cakap berlagak dengan aku. silap besar la.

p/s : tolong ingatkan aku pasal pakai seatbelt...

Monday, January 10, 2011

Hitam Putih

Semalam aku teman adik aku rehat..rehat nya pukul 4-5..hampir sejam aku dengan dia..meronda ECM..sebenarnya aku bukan nak cerita masa rehat dia..tapi aku nak cerita pasal waktu balik dia..

Dia balik pukul7..so pukul7 tu aku da mesej2 dia da, cakap aku tunggu dia dekat sofa depan BO(Brands Outlet)..tapi bila aku sampai tengok dia tak keluar lagi so aku masuk dalam BO tu..aku cari2 dia, tak jumpa..bila aku pusing tengok dia baru keluar dari stor ambik beg dia..tak jadi nak cuak..lepas keluar dari BO terus aku tarik tangan dia masuk dekat Padini..aku nak sambung usha kasut..da beli semua tuh, kami keluar cepat2 dari ECM..mesej2 Long ajak lepak tapi katanya lambat sikit dia datang ambik kami..so aku dengan adik aku tuh pegi la dekat Terminal Makmur..sape2 orang Kuantan yang tak tahu Terminal Makmur meh aku nak lempang laju2 kasi tahu sikit..motif nya pegi sana bukan nak naik bas nak pegi kL tapi adik aku nak usha selipar tepi terminal tu..tepi terminal tu macam ade bazar, tapi family aku panggil sauna sebab panas giler kowt kat situ da macam aku duduk dalam sauna je..ok2, berbalik kepada cerita aku tadi, dalam pada duk usha2 selipar dia tuh, aku terperasan something..aku terpandang jaket kulit warna hitam..bila aku terpandang bende tergantung tu, mengingatkan aku kepada seseorang..haishh..aku rindu dia ok, bila dia nak balik jumpa aku ni?

Aku tahu mesti dia penat aku duk tanya soalan yang sama dekat dia..mesti dia rimas ditambah2 lagi dengan serabut..kalau aku jadi dia pun aku serabut sama jugak, tapi aku tak tahu kenapa aku asyik tanya soalan yang sama dekat dia..kesian nya..aku jadi serba salah..sebab tu aku suruh dia kerja kat Kuantan ni tapi dia macam da pening2 da..tapi bila aku pikir balik, dekat susah jauh lagi susah..penat aku pikir sampai aku rasa buat ape aku pikir bende yang takde kene mengene dengan aku tu..aku suka serabutkan diri aku dengan bende yang remeh..tapi salah ke kalau aku cakap rindu?? jiwang tu perlu kadang2..ye aku tahu lah..

Aku jadi rimas dengan diri aku sendiri la..tah amende yang tak kene..otak aku asyik pikir bende tah pape..macam yang aku cerita kat entry yang sebelum ni, aku tersalah masuk topup dekat adik aku walaupun aku da tengok nombor dia dekat handphone aku dekat 4kali..siap hafal2 lagi nombor dia sambil menulis..lepas da tulis aku tengok lagi kat handphone aku..takut salah tulis dan ternyata aku tetap jugak salah tulis..dah kenapa dengan aku ni?? aku sendiri tak pasti..aku tak tahu aku fikir ape..adik aku cakap aku berjangkit dengan dia..jangkit amende? yela, hari sebelum tu dia mesej aku cakap dia terbuang topup yang belum gune dalam tong sampah..lagi la giler..kenape dengan kami? dik, ko jawab la soalan aku ni...

p/s : banyak bende sedih dari hepi..

Snow White

Masa aku darjah 3 aku selalu tengok cermin..Alah cakap siapa je yang tak pernah tengok cermin, semua orang pernah tengok kan..Siapa yang tak pernah tengok tu boleh juga di kira sedih la..kesian tak pernah tengok cermin kan..

Haaa tapi kali ni aku nak bercerita bukan sebab aku suka tengok cermin..sebenarnya aku baru perasan satu bende iaitu mimik muka aku bila tengah marah..Masya-Allah, bapak buruk nya muka aku tengah marah..da macam haram je..aku perasan pun masa aku duduk kat kantin sekolah dan aku tengok cermin tuk baiki tudung sekolah aku..masa tu jugak la tah mangkuk hayun mane tah langgar aku lepas tu aku marah2 la..lepas aku da marah tu aku pandang cermin semula..ferghh..!! masa tu la baru kantoi muka marah aku camne..macam aku cakap kat atas tadi. buruk ok..!

Dan masa aku sekolah menengah, aku jadi pengawas so tau2 je la pengawas ni kan..ade je bende yang tak kene dan konon ade je bende yang boleh di jadikan bahan tuk marah..so aku pun selalu tengok cermin lepas aku marah..aku ulang dialog aku marah tadi dekat depan cermin..bila aku tengok balik aku terfikir, camne la agak nya keadaan budak yang tengok muka aku yang tengah marah tadi..mesti dia cakap betapa buruk nya muka aku masa tengah marah..haishhh...sejak hari tu aku hari2 tengok cermin supaya aku kurangkan rasa marah dan sikap panas baran aku tu..mungkin sikit2 la boleh membabntu aku..cuma sikap panas baran tu tak boleh hilang..panas baran dikira bagi aku orang yang jarang marah, tapi kalau marah memang sakit la..kaki tangan aku yang naik bukan mulut aku yang bercakap..

Bukan setakat mimik muka marah je yang aku selalu tengok depan cermin tapi muka aku tengah sedih, tengah penat, dan sewaktu dengan nya..Semalam nak dijadikan cerita aku merewang dekat East Coast Mall (ECM) sementara tunggu adik aku habis kerja..aku tunggu pun sebab aku bosan nak duduk rumah lagipun aku mintak tolong dia tuk pilihkan aku kasut..aku nak beli kasut baru, dah lama aku tak beli kasut..so disebabkan baru pukul5 aku kene tunggu dia habis kerja sampai pukul7..agak kesumbatan jugak la aku masa tu jadi nya aku merayau..aku sorang2 masa tu yela tak kan nak berjemaah pulak kan..aku jalan2 semua floor kat ECM tu..bosan punya pasal..aku ronda2 dan aku jadi tak selesa bila orang pandang aku pelik..aku tak tahu la aku perasan lebih ke apa atau memang orang tu tak pandang aku pun sebenarnya tapi disebabkan aku jalan sorang2 so aku rasa macam di pandang pelik..jadinya setiap floor kat ECM tu aku masuk tandas..aku asyik tengok cermin, aku tengok baju dan seluar aku beserta dengan beg yang aku bawak..ape yang tak kena?? puas aku fikir sampai aku jadi segan tengok muka kalut aku kat cermin *poyo nya

Bila adik aku habis kerja aku cerita dekat dia..dia gelak je..aku tanya dia cacat ke, ade yang tak kene ke..dia kata takde ape pun..aku je perasan lebih..so aku rasa memang yelah kot aku je perasan lebih..hoooo...malu den..jadinya aku nak cakap kat sini, tak semestinya kita tengok cermin tu sebab nya nak tengok muka lawa ke tak..contohnya aku tengok cermin sebab nak tengok muka buruk aku yang tengah marah..ade ape2 komen? sila2..

p/s : tak tahu ape yang aku pikir semalam sampai aku salah masuk topup tuk adik aku..padahal nya da 4kali aku tengok handphone aku, tengok nombor dia..amende tak kene tah..haishhh

Saturday, January 8, 2011

Sawang

Ye, aku mengaku aku da penat dengan situasi yang perlu bermain dengan emosi yang terlalu banyak..dan aku jugak mengaku yang aku semakin lama semakin sensetif..kadang2 aku pikir jugak apsal aku jadi camni..aku macam nak terlalu jaga hati orang..aku sayang orang2 yang sentiasa terima kelemahan aku, yang sentiasa support aku walaupun bukan dalam ahli keluarga aku..

Baru2 ni masa nak dekat new year banyak betul hal yang terjadi..bende2 yang macam tu lah yang paling aku cuba nak elakkan dan aku jugak tak berapa berkenan dengan situasi macam tu..sampai la ke hari ni aku dengan adik aku, ily macam ade je bende tak kene n yang tak best..yang paling aku tahu aku asyik bosan, asyik rasa mcam nak kuar n asyik rasa tak puas hati..tak puas hati tu yang sangat2 la tak best..ape yang tak kene pun aku tak tahu..

Babah selalu pesan, nak kawan tu biar la elok2..kalau nak tahu aku kawan da elok da aku rasa, aku da jaga hati orang da tapi still ade bende yang tak kene..aku tahu kita tak boleh nak puaskan hati semua orang dan kita tak boleh nak ikut kehendak orang..aku belajar psikologi..aku belajar kenal perangai orang dan aku juga belajar bahsa tubuh orang..nak tahu mane aku belajar?? aku belajar sendiri..pengamatan aku terhadap semua manusia yang aku kenal..aku da jumpa ramai orang dan aku da kenal serta kawan dengan ramai orang..dari situ aku belajar semua nya..sebab tu aku lebih suka diam dan perhati orang..ade jenis yang nak ikut kepala dia je..ade jenis yang tak boleh terima kritikan, ade yang kuat menipu tapi tak pandai menipu, ade jugak yang jenis pandai berlakon..satu yang aku boleh cakap, aku hidup da 22tahun jangan la nak tipu n berlakon depan aku..aku ta simpati n percaya lansung..aku bukan nak berlagak tapi memang betul pun..actually, aku sendiri baru sedar yang aku boleh membaca perilaku manusia ni..aku bersyukur, its a gift..! gifted..! Ada orang da mula takut bila duduk dengan aku..kahkahkah tak perlu la aku bagitahu sape manusia tu ka..cehh poyo je

Aku jugak tahu yang aku konon2 macam pandai la nak nasihat orang..konon2 ye..konon2 la kan..tapi satu yang aku pelik ialah bila aku sendiri berada di situasi tu aku tak boleh nak handle..mula la aku cakap macam2 kat diri sendiri..aku selalu cakap, jangan cakap kat orang..jangan cakap kat orang..hehe aku tahu aku psiko..aku belajar semua tu dari pengamatan aku..aku bersyukur..mungkin Allah bagi Rahmat dan Nikmat tu supaya aku jadi manusia yang lebih berhati2..aku nak tekankan kat sini jugak yang Allah nak aku jadi betul2 manusia..

Aihh..pelik da aku ni..post aku tuk tahun baru ni banyak berunsurkan serius yekk..cehhh..macam aku ni jenis serius je kan..ok, aku tahu serius tu penat..aku banyak maen..aku suka sakitkan hati orang..aku suka menyakat..aku peduli ape..??

p/s : mengarut tak habis2 aku ni

Friday, January 7, 2011

Ramalan Kaji Cuaca

Orang kata kadang2 apa yang kita nak selalu kita dapat dengan cara yang kita sendiri tak sangka..tapi aku lebih prefer dengan cara yang baik la..moga2 aku dapat bukan dengan cara yang haram..aku teringat ape yang orang cakap tu sebab aku da alami nye sekarang..satu bende yang aku nak cakap ialah kadang2 aku sendiri macam tak percaya..yang aku tahu aku bersyukur dengan setiap rahmat dan nikmat yang Tuhan da bagi kat aku walau aku seorang hamba yang kadang2 lupa serta lalai, alpa dan leka..

Erkk..apehal intro aku macam serius je?? Actually, aku tak tahu nak tulis ape..terlampau banyak cerita sampai aku tak tahu nak cerita yang mana satu dulu..terlampau banyak..sebab tu orang cakap, ape2 hal update la cerita2 yang latest..tapi aku tak terupdate pulak kan..bukan malas tapi tak rajin...

Yang latest, aku baru bertambah umur pada 5 Januari yang lalu..happy birthday to me..! aku rasa seronok dan juga rasa takde ape2 perubahan pun..same je..dan hari tu juga penuh wall aku kat FB dengan birthday wishes..bukan aku nak cakap ape tapi kalau aku takde FB aku rasa takde orang pun yang ingat birthday aku..sebab aku ingat masa dulu2, sebelum zaman FB takde orang pun yang ingat, so aku da lali..bila buka FB penuh wall aku..malam birthday aku tuh seronok la duk melayan orang2 yang wish..sampai ke hari ni masih ade lagi yang wish..terima kasih yekk...

Seterusnya, aku dapat laptop baru..hadiah birthday dari kakak aku..aku dapat laptop compaq..ok, aku tahu aku tak biasa pakai compaq..biasanya aku pakai acer..owhh..lupe nak bagitahu, aku dapat laptop tu jugak sebab laptop acer aku hilang..jangan tanya macam mane boleh hilang, aku sedih nak cerita sampai tak tercerita... =( beserta dengan laptop, aku dapat external hard disk yang aku memang nak dari dulu..lepas tu hari ni pulak, aku dapat macam2 bende baru..kakak aku sponser buat lesen kereta jugak..banyak betul hadiah birthday yang aku dapat tahun ni..alhamdulillah syukur..aku dapat handbag baru, baju baru n jaket baru..semua bende baru..rasa macam nak mintak satria neo sebijik..aci tak? haha ade kene penyepak percuma aku ni..

And then, setelah beberapa hari aku ni jiwa kacau, aku rasa aku da ok kowt hari ni..dan yang pasti, banyak lagi bende aku nak buat..tahun baru, imej baru..hehe

p/s : tajuk takde kene mengene dengan maksud aku yang sebenarnye..hehe

Wednesday, January 5, 2011

Aku hanya serangga

Macam manusia lain, aku pun nak jugak rasa bahagia, rasa senang dan juga rasa tenang..2-3 menjak ni ade jugak bende yang tak best berlaku..selang-seli kowt bende nye..haishh..ade ade je yang tak kene dalam hidup aku ni..tu lah orang kata, nak kene kembali pada asal jugak..nak kene beringat sikit dekat Pencipta Yang Agung..aku sedar, banyak bende yang tak best sebab aku da jadi manusia yang tak best jugak..aku kuat merepek bende2 yang tak patut kowt..dan mungkin juga aku tak patut nak rasa bahagia macam yang aku mintak..aku ni macam tak tau bersyukur je kan..haishh....mana lah Tuhan tak murka dengan umat manusia ni kan? nak2 aku ni ha..sepatut nya aku bersyukur hidup macam ni...tapi lately aku banyak je rasa kecewa..salah aku barankali..orang da kata jangan tamak kan..orang tamak selalu rugi..aku ni da terpeleot dari landasan logika da ni..

Ok2 aku tau aku merepek..aku cuma nak bagitau je aku asyik rasa bende tak best je lately...aku rasa aku dah tak percaya kat sape2 da sekarang ni..da ramai sangat manusia perangai pelik2 yang aku kenal..terima kasih dengan dunia baru yang agak pelik...aku tak bahagia pun dengan tahun baru 2011 ni..permulaan tahun baru yang pelik...

p/s : aku kene positif sekarang

Sunday, January 2, 2011

Lagenda Budak Nakal

ehemm..da masuk tahun baru kan..aku pun da lama tak update blog aku ni..tak de idea ok nak mencarut jadah haram ape kat sini.. tp apeape pun aku nk say happy new year...actually takde ape yang menarik pun berlaku sepanjang tahun ni..bagi aku biasa2 aje..cukup la nak dikatakan sebagai aku lah manusia yang jadi pemerhati terbaik..ok2 ape aku mencarut nieyhh? sori2..sebab da lame tak update jadi macam ni...fiuuu

sebenar nye aku nak bercerita tentang aktiviti aku sepanjang kawan2 aku cuti bersamaan dengan aku yang kene pegi kolej..terbaik tak? heee..ye, kawan2 aku tengah sedap cuti sem tapi aku tengah asyik mahsyuk dan bersuke ria di kolej..ok2, macam biasa aktiviti kami lepaking and tengok wayang..kalau da tengok wayang tu memang tak ingat dunia..boleh di kata kan hampir semua cite2 yang latest kiteorg da tengok..ye, same jugak dengan konsep nye di mana dan bila mana aku banyak menghabiskan dwit mak bapak aku dengan perkara seperti yang telah aku nyatakan tadi*cehh ayat xley bla ape yang pasti, aku seronok melalui saat2 new year baru2 ni..

aku terjumpe member lame masa aku sekolah dulu..pulak nya salah seorang dari member dia tuh, member kepada member aku a.k.a adik aku ily..so kami da lepaking together banyak hari jugak..sampai la new year baru ni lepak dengan diorang..serius shit, aku da lame tak lepak dengan member laki bez cam tuh..sebab diorang same pattern dengan kami..kami = aku, ros n ily..suke bercakap..ade je bahan nak cakap..huhu yang penting geng2 diorang, fadhil, epul, k n z..terbaek betul member lepak...

sebenar nya aku tak tau nak carut ape dah..haha..sori ler

p/s : tu la, orang nak update pasal new year, aku pn nak update gak..haha