JellyPages.com

Monday, January 31, 2011

Tolong ingatkan aku

Hari ni aku ada meeting. meeting lagi. bunyi nya macam aku ni big bos tuk syarikat big jugak ye. takde maknanya. aku ada meeting tuk kem orientasi aku pertengahan bulan 2 ni. owhh ye, da bulan 2 yek tapi aku masih tak rasa apa2 perubahan. masih sama macam tahun 2010. aku rasa masih sama dan sama. disebabkan meeting ni kawan aku panggil aku bos. ye, setiap hari isnin bermula minggu lepas aku ada meeting yek. timing nye plak kul1. adehh..time jalan jem, lunch hour. aku harap aku tak lewat 5minit lagi hari ni macam minggu lepas.

Aku benci situasi di mana orang sedang bercuti dan aku, ade kelas. lagi sekali aku cakap aku ade kelas. jangan nak cakap la ade aku kesah ko ade kelas ke tak la kan kat sini. tapi sebenarnya aku bukan ade kelas sangat pun. apa aku cakap ni? agak kepeningan di situ ye. maksud aku, memang benarlah budak2 kolej ade kelas hari ni tapi aku hanya ade meeting seperti yang aku cakap kan kat atas tadi. orang lain dah mula belajar tapi aku masih tak boleh2 nak daftar subjek. kenapa?? mesti ade yang nak tahu kenapa kan? sebab aku tak boley transfer subjek aku masa aku diploma dulu. susah sangat kan. uitm jangan marah saya ye, saya tau sume tu private tapi tolong lah saya.

Pagi2 lagi aku dah dengar suara babah menjerit2 kejut adik aku supaya bangun nak pegi amali driving. aku? tak lepas2 lagi sebab nya orang tu cakap lepas raya cina ni. aku da lah bz, ahh ye bz sangat la. sampai kawan aku tanya apa yang aku buat sampai aku bz ni. macam2 aku buat. supaya aku tak jadi vengong macam minggu2 yang sudah. sekarang aku dah kembali ke paksi asal aku. aku da boley berputar dengan baiknya macam sebelum2 ni walaupun sekarang aku sakit bahu. aku tak tahu berapa kali aku nak bagitau kat orang yang aku sakit bahu. ye, aku sakit bahu.

Aku cuma mintak jasa baik kawan2 supaya tolong ingatkan aku tuk tidak on9 dengan kerapnya ye sebab dikhuatiri kerja2 aku tak siap. jangan on9 sangat fb tu ye shakira. fb takde lelaki kacak pun. heeee... karya2 agung aku tu. agung sangat ke? aku nak bagitau yang aku da mula berkarya semula. setelah sekian lama. dulu laptop aku hilang so karya2 aku tu takde back-up dan aku takde mood lagi nak sambung. so, sekarang sudah ada. doakan aku cepat2 siap ye.

p/s : bosan betul la

No comments:

Post a Comment