JellyPages.com

Sunday, January 30, 2011

Apa maknanya CiNta?


Aku dah lama tak update blog. bukan sebab sibuk sangat pun tapi sebab wimax kat rumah aku ni tak berbayar so memang tak dapat aku nak on9. lagipun aku sekarang tengah berusaha tuk semester baru. so, setelah selesai bayar wimax semalam, maka dengan itu dapatlah aku on9 hari ni. aku da cakap awal2 yang aku tak nak on9 sangat nanti tak jadi kerja aku.


Berbalik kepada tajuk aku kat atas tu haa..apa maknanya cinta? ada sape2 yang boleh bagitau aku tak? aku diajukan soalan ni baru setengah jam yang lalu tak silap aku. ada orang suruh aku tulis entry bertajuk apa maknanya cinta..so, apa maknanya cinta? aku sendiri tak tahu sebenarnya. cinta tu terlalu abstrak. terlalu subjektif. setiap orang ada pendapat tersendiri. siapa penah bercinta, berkasih sayang dia tahulah apa maknanya cinta.

dance, love, sing, live | mencari kesempurnaan dalam hubungan

Tapi sebelum tu aku nak bagitahu yang cinta ni jugak banyak jenisnya. maksud aku banyak kategori. cinta yang paling agung adalah cinta kepada Yang Maha Esa. Yang Maha Agung. Yang Mencipta segala kejadian. lepas tu ada pulak cinta sesama manusia iaitu, adik beradik, ibu ayah, kawan2 sama jenis dan yang paling banyak lain jenis la kan. seterusnya cinta kepada tumbuh-tumbuhan dan haiwan. pendek kata banyak jenis kumpulan cinta ni. aku sendiri tak tahu kenapa entry aku kali ni serius sangat. mungkin sebab aku sendiri tak tahu apa maknanya cinta.


Kenapa aku tak tahu? aku sendiri tak tahu. bodoh pulak rasanya bila aku tak tahu apa maknanya cinta sedangkan benda tu basic sangat aku rasa. mungkin, aku hanya mampu merasa tapi tak mampu tahu. merasa nikmatnya cinta tu. cehh. geli plak cakap nikmat2 ni. kepada yang suruh aku update entry pasal apa maknanya cinta ni, sori lah dik, aku takde jawapan. aku google pun mesti ko xkan puas hati punya. aku tau ko nak dengar dari mulut aku sendiri kan? haha.. sape2 yang tahu makna cinta tolong bagitau dekat aku. aku nak tau sangat. sekarang ni aku da blur. jangan nak cakap aku poyo la sebab aku memang tak tipu. aku blur..fiuuu

u will know if u feel it

Tapi satu yang aku tahu, rasalah macam mana cinta tu kalau nak tahu maknanya. sebab makna cinta tu mampu buat korang speechless. percaya lah cakap aku. sumpah aku tak tipu.

No comments:

Post a Comment