JellyPages.com

Tuesday, April 17, 2012

Arjuna

Dia tak banyak cakap,
Dia pandang je,
Tak banyak komen,
Tak suka ambik tahu hal orang lain,
Buat hal sendiri je,
Kadang sorang sorang,
Kuat makan,
Kalau ketawa melampau sangat,
Suka sakitkan hati orang,
Kuat mengusik,
Kuat perli kawan kawan.

Ermm..dia wangi,
Kadang terfikir dia pakai perfume ke pakai bedak,
Kadang dia kemas kadang dia serabut,
Suka buat muka blur,
Kadang cakap macam orang takde perasaan,
Ada masa terlebih rajin, ada masa terlebih malas,
Rajin kemas rumah, mop lantai, sapu sampah, sidai kain, basuh baju,
Semua dia boleh buat,
Apa yang dia buat kadang aku yang perempuan ni pun tak rajin nak buat.

Aku tak pernah peduli apa yang dia rasa sekarang ni,
Dia ajar aku untuk jadi heartless,
Dia ajar aku supaya buat tak tahu kat orang,
Dia ajar aku untuk hidup sorang diri,
Dia ajar aku untuk jadi manusia yang bertanggungjawab,
Dia pelik tapi dia baik.

Aku nak jadi kawan yang baik untuk dia,
Juga sebagai kakak yang baik untuk dia,
Juga sebagai seorang yang rapat untuk dia,
Kami selalu kongsi cerita, kongsi masalah, kongsi pendapat,
Tak semestinya yang berusia macam aku ni pandai semua benda,
Dan dia sebagai yang muda juga Arjuna aku bijak mengawal situasi diri aku.

Terima kasih sebab selalu tenangkan aku masa aku tengah gundah hari tu,
Terima kasih sebab back-up aku kalau ada yang kutuk kutuk aku,
Terima kasih kerana da dekat setahun lebih ni selalu support apa yang aku buat,
Kami tak sweet macam orang lain tapi kami bahagia dengan cara kami berkawan.

Hai Arjuna... =)

Sunday, April 15, 2012

Apa Adanya

Saya bukan anak orang kaya,
Bukan juga anak orang senang,
Saya tidak punya kemampuan macam orang lain,
Saya takde Blackberry macam orang lain,
Saya takde handphone yang boleh check-in merata rata,
Takde juga handphone yang boleh tag nama orang kalau melepak mana mana,
Saya cuma pakai handphone Sony Ericsson W508 je,
Saya pun takde pakaian stylo mylo,
Takde juga beg mahal mahal,
Saya cuma ada seluar murahan harga tak sampai rm100,
Juga beg yang beli dekat kedai bundle entah mana,
Lepastu kasut asyik pakai yang sama,
Kadang pakai selipar masuk toilet je kalau pergi kolej tu,
Pulaknya kadang kredit handphone pun takde,
Duit belanja pun jarang ada,
Saya takde kawan yang stylo mylo,
Takde kawan yang pandai bergaya,
Takde juga kawan yang cun melecun,
Lepastu saya takde pulak kenal dengan lelaki lelaki yang smart,
Banyak duit, bekerjaya pastu bergaya.

Hidup saya biasa je,
Ada duit makan,
Takde duit tak makan,
Ada duit lebih boleh topup,
Takde duit tak topup,
Saya buat hal saya.

Tapi kadang hidup saya serabut dengan masalah orang sekeliling saya,
Orang ni gaduh dengan orang ni,
Orang ni tak puas hati dengan orang ni,
Orang ni nak bertumbuk dengan orang ni,
Saya tak masuk campur pun,
Tapi kalau gaduh semua depan saya camne?
Saya da pakai earphone pun dengar lagi orang terpekik terlolong,
Dengar lagi jerit sana sini,
Maki hamun tak tentu pasal.

Penat kan jadi saya?
Nak kena pikir pasal orang lain.
Orang mesti cakap, "tak payah la pikir"
Yelah, cakap senang cuba jadi kat diri sendiri,
Nanti mesti cakap langsung taknak ambik peduli,
"Kawan ke macam tu?"
Duduk pernah lepak sekali,
Kadang kongsi nasi satu pinggan,

Saya psiko kan?
Saya psiko sebab ada orang macam ni dalam hidup saya,
Cuba buat relax relax je,
Bawak bawak la bertenang,
Istighfar banyak banyak,
Doa, solat, mengaji,
Kesian saya...

p/s : hidup ni turun naiknya kadang kadang kelajuan nya agak mencabar. =)

Sunday, April 1, 2012

Cuti Midterm dan Kisahnya.

Salam satu Malaysia kepada semua. Hari ni hari Ahad, dan hari rehat sedunia. Wuhuuu. Ok, sebenarnya aku baru dapat rehat hari ni. Baru dapat lepak hari ni dan baru dapat segala macam benda hari ni. Seronok bukan? Jadilah macam aku yang macam orang baru nak tengok dunia. Heh...Hari ni genap seminggu aku cuti Midterm. Esok da mula kelas. Jujurnya sepanjang cuti midterm, aku tak cuti pun. Aku tetap jugak datang kolej. Yelah event aku tu lagi seminggu je. So, kami kerah tenaga habis habisan masa cuti baru ni. Penat memang penat, tapi biarlah penat yang berbaloi. Dalam tempoh cuti midterm ni aku perasan banyak benda yang aku tak buat.

Pertama, iaitu aku tak sempat nak pakai losyen walaupun aku sedar yang kulit aku da kering. Kedua, aku tak perasan yang kuku aku da panjang. Ketiga, aku tak sempat nak basuh seluar aku yang semuanya da kene cat dan aku tak sempat nak cuci kasut Converse aku yang da kotor parakkk..Tak senonoh betul aku ni kan. Tapi nak buat macam mana. Tak sempat weii.. Aku pun pagi2 pukul 9 da bersiap nak pegi kolej. Balik rumah da pukul 1pagi. Jumpa family pun tak sempat. Basuh pinggan pun tak sempat. Yang aku sempat buat cuma ikat langsir dekat rumah je sebelum pegi kolej. Sadis bukan kehidupan aku. Nak melepak pun tak sempat.

Hari ni haaa...Mak aku pegi Raub pun aku tak sempat jumpa. Apa punya anak la aku ni. Aku cuma mesej mak cakap take care je. Rindu mak kot. Rasa bersalah pulak dekat mak. Minggu depan aku da mula sibuk dengan event. Memang tak lekat dekat rumah terus. Esok ada meeting agihan tugas. Selasa angkut semua barang pegi hantar dekat MSC. Rabu siapkan apa yang patut. Khamis malam susun atur barang pameran. Hari Jumaat da start pameran. Jumaat malam installation dan decoration pentas untuk launching. Hari Sabtu la aku kena jadi super power. Semua sekali gus nak kena buat. Hari Ahad penutup. Semoga semuanya berjalan lancar. Aku berdebar. Sama berdebar macam orang tunggu lagi seminggu nak akad nikah. Bagi aku, event ni macam kenduri khawin aku da. Aku sangat sangat berterima kasih kepada tenaga penggerak kerja. Yang selalu bantu aku. Yang selalu jadi tulang belakang dan meringankan beban aku. Tukan jerit jerit. Terima kasih tak terhingga dekat junior aku, Puiyii Soh.. Dia lah yang buat kerja bahagian pertandingan. Kalau harap aku, memang tak jalan lagi. Dan kepada koreografer, penari penari sekalian, crew dan juga exhibitor, terima kasih tak terhingga kerana merealisasikan impian kita semua. Insya Allah semuanya akan berjalan lancar.

Datanglah beramai ramai ke:

Pameran Seni Gabung Art II

KAMPUNG SENI & WARISAN

Tarikh
06-08 April 2012

Tempat
MSC Kuantan, Pahang
Jalan Putra Square 4, Putra Square Kuantan

Anjuran
Pelajar Seni Lukis & Seni Reka Bentuk Kolej Teknologi Antarabangsa
Cosmopoint Cawangan Kuantan.

Dengan Kerjasama
(Pusat Induk Komuniti) MSC Kuantan, Pahang

Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negeri Pahang

p/s : aku cakap macam orang menang award pulak dah. Huuuu