JellyPages.com

Sunday, April 1, 2012

Cuti Midterm dan Kisahnya.

Salam satu Malaysia kepada semua. Hari ni hari Ahad, dan hari rehat sedunia. Wuhuuu. Ok, sebenarnya aku baru dapat rehat hari ni. Baru dapat lepak hari ni dan baru dapat segala macam benda hari ni. Seronok bukan? Jadilah macam aku yang macam orang baru nak tengok dunia. Heh...Hari ni genap seminggu aku cuti Midterm. Esok da mula kelas. Jujurnya sepanjang cuti midterm, aku tak cuti pun. Aku tetap jugak datang kolej. Yelah event aku tu lagi seminggu je. So, kami kerah tenaga habis habisan masa cuti baru ni. Penat memang penat, tapi biarlah penat yang berbaloi. Dalam tempoh cuti midterm ni aku perasan banyak benda yang aku tak buat.

Pertama, iaitu aku tak sempat nak pakai losyen walaupun aku sedar yang kulit aku da kering. Kedua, aku tak perasan yang kuku aku da panjang. Ketiga, aku tak sempat nak basuh seluar aku yang semuanya da kene cat dan aku tak sempat nak cuci kasut Converse aku yang da kotor parakkk..Tak senonoh betul aku ni kan. Tapi nak buat macam mana. Tak sempat weii.. Aku pun pagi2 pukul 9 da bersiap nak pegi kolej. Balik rumah da pukul 1pagi. Jumpa family pun tak sempat. Basuh pinggan pun tak sempat. Yang aku sempat buat cuma ikat langsir dekat rumah je sebelum pegi kolej. Sadis bukan kehidupan aku. Nak melepak pun tak sempat.

Hari ni haaa...Mak aku pegi Raub pun aku tak sempat jumpa. Apa punya anak la aku ni. Aku cuma mesej mak cakap take care je. Rindu mak kot. Rasa bersalah pulak dekat mak. Minggu depan aku da mula sibuk dengan event. Memang tak lekat dekat rumah terus. Esok ada meeting agihan tugas. Selasa angkut semua barang pegi hantar dekat MSC. Rabu siapkan apa yang patut. Khamis malam susun atur barang pameran. Hari Jumaat da start pameran. Jumaat malam installation dan decoration pentas untuk launching. Hari Sabtu la aku kena jadi super power. Semua sekali gus nak kena buat. Hari Ahad penutup. Semoga semuanya berjalan lancar. Aku berdebar. Sama berdebar macam orang tunggu lagi seminggu nak akad nikah. Bagi aku, event ni macam kenduri khawin aku da. Aku sangat sangat berterima kasih kepada tenaga penggerak kerja. Yang selalu bantu aku. Yang selalu jadi tulang belakang dan meringankan beban aku. Tukan jerit jerit. Terima kasih tak terhingga dekat junior aku, Puiyii Soh.. Dia lah yang buat kerja bahagian pertandingan. Kalau harap aku, memang tak jalan lagi. Dan kepada koreografer, penari penari sekalian, crew dan juga exhibitor, terima kasih tak terhingga kerana merealisasikan impian kita semua. Insya Allah semuanya akan berjalan lancar.

Datanglah beramai ramai ke:

Pameran Seni Gabung Art II

KAMPUNG SENI & WARISAN

Tarikh
06-08 April 2012

Tempat
MSC Kuantan, Pahang
Jalan Putra Square 4, Putra Square Kuantan

Anjuran
Pelajar Seni Lukis & Seni Reka Bentuk Kolej Teknologi Antarabangsa
Cosmopoint Cawangan Kuantan.

Dengan Kerjasama
(Pusat Induk Komuniti) MSC Kuantan, Pahang

Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negeri Pahang

p/s : aku cakap macam orang menang award pulak dah. Huuuu

No comments:

Post a Comment