JellyPages.com

Monday, June 17, 2013

Alasan

Ramai pula yang tanya ke mana aku pergi setelah sekian lama tak nampak kemunculan diri. Apa yang aku buat dan apa saja yang mengundang untuk aku berdiam diri. Pada mereka aku senyum. Aku cakap aku masih disini jika diperlukan. Masih ada ruang untuk berjumpa seperti dahulu.

Benar atau tidak aku sendiri yang kurung diri aku dalam hidup yang sempit. Hidup yang tak tahu mana hujung pangkalnya. Sedang aku percaya aku yang tak buat apa apa dikatakan misi pengaman negara. Membentuk perpaduan antarabangsa, sibuk mengalahkan yang ada kuasa kepada negara. Pada mereka masih sama, aku senyumkan sahaja.

Hidup aku masih disini. Dilembah yang penuh kesempitan ini. Dilembah yang tak tahu tinggi dalam ruangnya. Semua gara gara kehidupan yang semakin pudar dan kelam atas pilihan sendiri. Lama tak jejak kaki di tempat yang pernah buat nama aku mahsyur. Lama tak keluar tengok dunia. Aku seperti manusia yang putus harapan, putus cinta, putus segala.

Aku takde buat apa apa. Aku duduk rumah, merenung masa depan yang entah ke mana hilangnya. Pada diri sendiri aku ubat hati. Pada diri sendiri aku pujuk. Tiada lagi air mata, tiada lagi pedih merana. Semua aku telan hilang dimamah usia. Biarlah orang nak kata apa. Aku hilang di mata orang lain tapi aku masih ada di depan mata keluarga.

Idaman

Aku nak perempuan cantik bermata bulat kulit muka gebu ada iras iras Nora Danish sikit.- Lelaki 1

Oh..aku pulak nak yang manja manja macam Ella tapi body seksi macam Fasha Sanda.- Lelaki 2

Kalau aku pulak nak yang macam biasa je, janji baik hati, setia dengan aku, jujur. Sedap mata aku memandang pun da cukup.- Lelaki 3

Ketiga tiga lelaki punya ciri idaman gadis tersendiri. Sama ada untuk dijadikan isteri atau teman dikala sunyi. Ada dua benda yang berbeza tapi seakan sama bunyi. Tak salah punya ciri idaman sendiri. Tapi setiap orang punya pendapat tersendiri. Ada yang memilih kepada paras rupa dahulu baru dilihat dari segi perangainya pula. Ada yang memilih karakter seseorang selepas itu baru dilihat pada rupa parasnya. Lain orang lain cara lain citarasa. Jangan kondem hak atau pilihaan mereka. Sedang perempuan pun ada ciri pilihan lelaki idaman mereka.

Aku nak lelaki yang badan tough, muka sweet sikit tak payah cerah sangat pun takpe janji pandai ambil hati aku. Aku suka Shah Jaszle. - Gadis 1

Aku nak yang sedap mata memandang, tak kisahla ada duit ke takde ke yang penting sayang aku. Duit boleh cari. - Gadis 2

Aku nak yang macam Fahrin Ahmad, muka serius tapi aku tahu dia sweet. Baik pulak tu. Pandai ambil hati. - Gadis 3

Ok yang Gadis 3 tu macam aku je kan. Haha

Macam lelaki lelaki kat atas tu tadi, perempuan pun ada pilihan mereka sendiri. Sama ada handsome, gemuk, kurus, tinggi, rendah, mata bulat, mata biru, dada bidang itu semua ciri ciri semulajadi. Semulajadi maksud bukan yang sudah diubah. Siapa cakap tak suka tengok ciptaan Allah. Semua ciptaan Allah tu cantik cantik belaka. Kalau orang perempuan marah bila lelaki tengok perempuan, lelaki akan jawab ciptaan Allah yang cantik rugi kalau tak tengok. Apa kata kalau perempuan tengok lelaki pulak, jawab benda yang sama. Ciptaan Allah semua cantik apa salahnya kami tengok. Mana tau kot kot jumpa Adam dekat sini ke. Cewahh..itu da merepek.

Bagi aku tak salah kalau ada calon idaman masing masing. Baik lelaki mahupun perempuan. Sebab bagi aku kita ada hak untuk memilih dan bercakap. Bagi yang belum berumahtangga boleh la kemukakan ciri ciri pilihan dia orang. Ataupun yang masih single ke kan. Tapi kalau yang da berumahtangga atau yang da punya calon memang makan kaki kalau sibuk duk cari selidik ciri ciri idaman lagi. Kata orang bersyukur dengan apa yang ada. Nanti orang tu lari pulak sebab sibuk dengar kau cakap cakap pasal semua tu.

Selagi masih boleh buat pilihan dan mencongak congak ciri idaman apa salahnya kan. Cuci lah mata sebelum mata tu tertutup rapat. Eh. Walau apa pun ciri idaman anda semua buatlah pilihan yang bijak. Sama ada ciri tu nak dijadikan teman hidup atau teman dikala sunyi sahaja. Kita berhak memilih sebelum memberi harapan segunung impian. Da bagi gunung da bagi bukit, jangan pulak cari yang lain. Perempuan ke lelaki sama je. Ingat, bila kita buat pilihan pastikan pilihan tu bukan untuk mata sendiri, tapi untuk hati dan jiwa kita jugak.



Sunday, June 16, 2013

Yang Bukan Bukan

Pernah rasa macam kau sepatutnya redha dengan kehidupan?
Bukan bererti kau da penat melawan
Tapi cuba untuk berhadapan realiti

Ada kawan aku pernah datang mengadu. Mengadu tentang hidup yang mula rasa tak tentu. Mula diselimuti rasa rindu. Juga hidup dibiarkan terus buntu. Aku jadi pendengar seperti biasa. Diluahkan bersama dengan tangisan berirama tersedu sedan. Dan aku masih dengar, tiada sepatah yang aku potong. Memberi peluang kepada si pengadu meluahkan rasa sedih dan buntunya.

Ya, aku pernah alami tapi mungkin tidak seperit itu setelah 9 tahun bersama tapi ditinggalkan sepi tanpa khabar berita. Hubungan yang pada mulanya atas dasar cinta bertukar jadi hampa dan kecewa. Sakit dan terus pedih. Segala tindak tanduk hanya diketahui melalui twitter. Mana letaknya hubungan mereka? Mana letaknya status mereka? Dan apalagi status yang seharusnya dilekatkan kepada si pengadu?

Dan aku sedut nafas dalam dalam. Bukan mudah untuk lupakan kenangan bersama. 9 tahun disulami cinta, kasih sayang dan juga pengorbanan. Sedang aku yang masih naif tentang ini semua. Ya aku bukan bijak dalam urusan cinta. Malah juga mengenai hati dan perasaan. Tapi aku punya hati. Aku juga punya perasaan makanya aku tahu macam mana perasaan bila dikecewakan.

Pada si pengadu aku suntik kata kata semangat. Aku berikan barang sedikit dua pendapat. Aku iyakan segala pendapat. Yang pincang, aku cuba betulkan dari segi pemerhatian aku. Ya, dan aku masih naif. Naif tentang usia cinta yang berusia 9 tahun. Berapa lama usia hubungan bukan alasan untuk diketengahkan kepada fasa yang seterusnya. Jika benar ada kejujuran, jika benar ada kesetiaan maka tahniah dan Insya Allah anda akan ke fasa yang seterusnya.

Aku ceritakan pula bagaimana pengalaman aku. Pernah juga ditinggalkan sepi tanpa berita. Akhirnya aku balik aku nampak dengan mata kepala. Pedih tapi aku tetap melangkah ke hadapan. Kalau tak takde la aku jadi manusia macam sekarang ni. Ada perkara yang perlu diterangkan dan didengar. Ada pihak yang mungkin perlukan penjelasan. Dan ada baiknya mendiamkan diri. Aku memilih untuk mendiamkan diri hingga saat ini walau dalam hati masih tertanya tanya apa salah aku.

Yang lepas tetap lepas. Aku tak boleh buat orang jadi macam aku. Aku tak boleh buat orang jadi macam aku yang pura pura tak tahu. Pura pura taknak ambil tahu. Pura pura hidup bahagia saat itu. Hati manusia ni lain lain. Walau warna darah masing masing sama tapi kita berada di dalam kumpulan darah yang berbeza. Posisi aku masih menjadi pendengar setia. Kalau dikhabarkan cerita penderitaan yang lepas lepas tak mungkin orang nak dengar sebab cerita aku tidak semenarik cinta 9 tahun ditinggal sepi, cinta 5 tahun ditinggal mati.

Aku juga pernah bercinta dan aku juga pernah kecewa. Yang aku simpan dan yang aku jaga hanyalah cinta semasa. Cinta yang kini. Yang bukan bukan itu aku biarkan sepi. Tutup buku lama dan langkah bermula dengan buku baru. Biar datang dibenak cerita cinta lama sekalipun aku simpan rapi. Tiada apa untuk dibanggakan lagi. Cinta yang telah pergi, tiada nilainya lagi.

Thursday, June 13, 2013

Karma?

Apa yang aku dah buat?
Dan apa yang aku dah dapat?
Aku takkan pernah nak kecewakan orang macam yang orang selalu kecewakan aku
Aku tahu macam mana pedih dan peritnya rasa tu
Biar beribu orang yang buat pun
Tapi hati aku tetap pujuk diri sendiri
Aku tau pedih tu, aku tahu sakit tu.

Benda yang paling susah nak buat ialah bila kena pujuk diri sendiri
Kena sabarkan diri sendiri
Pedih bukan?

Apa yang aku dah buat?
Dan apa yang aku dah dapat?
Mungkin tak berbaloi tapi takpe
Masih ada esok dan hari hari yang mendatang
Semoga bahagia.

Wednesday, June 12, 2013

Oksigen

Aku tadah aku bagi kau rasa sedikit
Kau hampir lemas dan hanyut
Aku bagi lagi supaya kau tak mati belum sampai masanya
Setiap hari aku tolong tadahkan takut kau tak cukup
Walaupun sebenarnya kau lebih dari cukup

Kau taknak tolong diri kau
Kau harap ada orang tadahkan untuk kau
Sedang kau masih boleh berdiri untuk turut sama menadah isi
Bukan kata penat jauh sekali rasa terbeban
Aku cuma nak kau rasa apa ertinya hidup

Penat bukan melayan tadahan oksigen orang bila aku pula yang mintak sokongan
Turut tadah bersama tapi kau seakan enggan
Aku pedih aku sakit tapi aku senyum
Dan masih lagi menadah untuk kau
Tapi sampai saat ini aku rasa aku sudah tidak mampu
Tidak mampu untuk diri aku apatah lagi untuk diri kau

Fikirlah, sampai bila perlu ada yang menadah untuk kau
Sampai bila perlu disua didepan muka?
Sampai bila?
Aku perlukan oksigen aku juga
Jangan ambil bahagian aku sedang kau ada bahagian sendiri
Aku taknak berkongsi lagi.

p/s : senyum untuk diri sendiri walau pedih menyayat hati

Moist Chocolate Cake

Aku baru balik dari keluar makan dengan sang dia. Cerita dia sebenarnya aku ada buat moist chocolate cake untuk dia semalam. Maka aku ada suruh dia datang rumah ambik. Aku tanya kalau kalau dia free ke tidak. Katanya better ambik malam. So aku tenang dan cakap ok. Cerita punya cerita last last dia tak jadi ambik malam tadi. So aku pun relax tengok tv dan masuk tidur bila sampai masanya.

Gila panjang intro aku. Ciss..

Ok, sebelum aku keluar makan tadi sang dia ada cakap nak datang rumah ambik kek. Tak senonoh betul aku ni suruh dia datang. Yelah, aku tak boleh drive. Ok, ok berbalik semula cerita tadi. Dia kata dia da nak sampai da dekat rumah. Maka aku pun relax tunggu sambil flip channel sampai sudah. And then dia sampai rumah. Aku keluar dengan bert-shirt bodoh dan seluar tiga suku, hulu kek besar tu dekat dia dan letak dekat seat depan. Pasal seat belakang penuh dengan beg plastik hitam. Katanya tu baju nak di donate. Aku sengih dan tanya dia nak makan mana. Pastu dia pandang aku atas bawah.

"Dah tu takkan nak keluar pakai macam ni?" Dia tanya aku. Aku kerut dahi.
"Ehh..ajak sekali ke camne ni? Haha..." Aku gelak. Lepastu dia muncung, membebel entah apa aku tak tahu.
"Lain kali cakap la terus terang nak ajak keluar makan sekali. Hahaha." Aku tutup pintu kereta dan ambik balik semula kek dan masuk rumah siap siap.

Cerita dia kat sini aku bengong sebab aku tak tahu dia nak ajak aku pergi makan sekali. Lepastu aku boleh buat muka selambe. Tapi satu perkara yang aku tau aku tak perlu bersiap lama. 5 minit je tunggu, tak lama kan.

Balik rumah dia hantar aku dan aku bagi kek coklat tadi. Mak pun da sibuk bertanya bila nak bagi. Aku cakap orangnya ada kat luar. Aku tak tahu apa cerita kek tu sebab lama jugak aku tak buat. Kek tu besar dan aku tak tahu lah family dia makan ke tidak. Banyak kot. Selamat makan ye. Ohh ye, aku da berhenti kerja. Baii...