Ramai pula yang tanya ke mana aku pergi setelah sekian lama tak nampak kemunculan diri. Apa yang aku buat dan apa saja yang mengundang untuk aku berdiam diri. Pada mereka aku senyum. Aku cakap aku masih disini jika diperlukan. Masih ada ruang untuk berjumpa seperti dahulu.
Benar atau tidak aku sendiri yang kurung diri aku dalam hidup yang sempit. Hidup yang tak tahu mana hujung pangkalnya. Sedang aku percaya aku yang tak buat apa apa dikatakan misi pengaman negara. Membentuk perpaduan antarabangsa, sibuk mengalahkan yang ada kuasa kepada negara. Pada mereka masih sama, aku senyumkan sahaja.
Hidup aku masih disini. Dilembah yang penuh kesempitan ini. Dilembah yang tak tahu tinggi dalam ruangnya. Semua gara gara kehidupan yang semakin pudar dan kelam atas pilihan sendiri. Lama tak jejak kaki di tempat yang pernah buat nama aku mahsyur. Lama tak keluar tengok dunia. Aku seperti manusia yang putus harapan, putus cinta, putus segala.
Aku takde buat apa apa. Aku duduk rumah, merenung masa depan yang entah ke mana hilangnya. Pada diri sendiri aku ubat hati. Pada diri sendiri aku pujuk. Tiada lagi air mata, tiada lagi pedih merana. Semua aku telan hilang dimamah usia. Biarlah orang nak kata apa. Aku hilang di mata orang lain tapi aku masih ada di depan mata keluarga.
Monday, June 17, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment