JellyPages.com

Sunday, June 16, 2013

Yang Bukan Bukan

Pernah rasa macam kau sepatutnya redha dengan kehidupan?
Bukan bererti kau da penat melawan
Tapi cuba untuk berhadapan realiti

Ada kawan aku pernah datang mengadu. Mengadu tentang hidup yang mula rasa tak tentu. Mula diselimuti rasa rindu. Juga hidup dibiarkan terus buntu. Aku jadi pendengar seperti biasa. Diluahkan bersama dengan tangisan berirama tersedu sedan. Dan aku masih dengar, tiada sepatah yang aku potong. Memberi peluang kepada si pengadu meluahkan rasa sedih dan buntunya.

Ya, aku pernah alami tapi mungkin tidak seperit itu setelah 9 tahun bersama tapi ditinggalkan sepi tanpa khabar berita. Hubungan yang pada mulanya atas dasar cinta bertukar jadi hampa dan kecewa. Sakit dan terus pedih. Segala tindak tanduk hanya diketahui melalui twitter. Mana letaknya hubungan mereka? Mana letaknya status mereka? Dan apalagi status yang seharusnya dilekatkan kepada si pengadu?

Dan aku sedut nafas dalam dalam. Bukan mudah untuk lupakan kenangan bersama. 9 tahun disulami cinta, kasih sayang dan juga pengorbanan. Sedang aku yang masih naif tentang ini semua. Ya aku bukan bijak dalam urusan cinta. Malah juga mengenai hati dan perasaan. Tapi aku punya hati. Aku juga punya perasaan makanya aku tahu macam mana perasaan bila dikecewakan.

Pada si pengadu aku suntik kata kata semangat. Aku berikan barang sedikit dua pendapat. Aku iyakan segala pendapat. Yang pincang, aku cuba betulkan dari segi pemerhatian aku. Ya, dan aku masih naif. Naif tentang usia cinta yang berusia 9 tahun. Berapa lama usia hubungan bukan alasan untuk diketengahkan kepada fasa yang seterusnya. Jika benar ada kejujuran, jika benar ada kesetiaan maka tahniah dan Insya Allah anda akan ke fasa yang seterusnya.

Aku ceritakan pula bagaimana pengalaman aku. Pernah juga ditinggalkan sepi tanpa berita. Akhirnya aku balik aku nampak dengan mata kepala. Pedih tapi aku tetap melangkah ke hadapan. Kalau tak takde la aku jadi manusia macam sekarang ni. Ada perkara yang perlu diterangkan dan didengar. Ada pihak yang mungkin perlukan penjelasan. Dan ada baiknya mendiamkan diri. Aku memilih untuk mendiamkan diri hingga saat ini walau dalam hati masih tertanya tanya apa salah aku.

Yang lepas tetap lepas. Aku tak boleh buat orang jadi macam aku. Aku tak boleh buat orang jadi macam aku yang pura pura tak tahu. Pura pura taknak ambil tahu. Pura pura hidup bahagia saat itu. Hati manusia ni lain lain. Walau warna darah masing masing sama tapi kita berada di dalam kumpulan darah yang berbeza. Posisi aku masih menjadi pendengar setia. Kalau dikhabarkan cerita penderitaan yang lepas lepas tak mungkin orang nak dengar sebab cerita aku tidak semenarik cinta 9 tahun ditinggal sepi, cinta 5 tahun ditinggal mati.

Aku juga pernah bercinta dan aku juga pernah kecewa. Yang aku simpan dan yang aku jaga hanyalah cinta semasa. Cinta yang kini. Yang bukan bukan itu aku biarkan sepi. Tutup buku lama dan langkah bermula dengan buku baru. Biar datang dibenak cerita cinta lama sekalipun aku simpan rapi. Tiada apa untuk dibanggakan lagi. Cinta yang telah pergi, tiada nilainya lagi.

No comments:

Post a Comment