JellyPages.com

Sunday, May 18, 2014

Ahad Day

Pagi Ahad. Bangun macam biasa sebab terdengar suara budak kecik menangis dan si kakak nya merengek taktau nak apa. Since dia dapat adik baru ni asyik nak merengek je. Pening jugak aku kadang kadang tu.

Ohh by the way, mengikut anggaran kasar aku ni kira minggu yang ke empat la aku jadi penganggur setia dekat rumah ni. Masa kerja pun takde kawan da jadi penganggur pun takde kawan. Biasalah life macam takde beza. Bangun timing yang sama nak pergi kerja cuma kehidupan relax sikit dan bosan yang lebih.

Beberapa hari lepas berhenti kerja aku jadi macam orang kurang waras. Boleh tahan jugak impact berhenti kerja ni. Macam orang putus cinta da aku rasa. Makan pun tidak. Bercakap pun tidak. Memang aku takde buat apa lah. Moody je memanjang. Aku taktau apa yang tak kena sebenarnya. Mungkin sebab aku da terlalu lama dalam company so aku rasa macam susah betul nak buang perasaan rutin rutin harian aku.

So far da masuk minggu ke empat, aku da rasa biasa da. Biasa lah mula mula. Serba tak kena. Macam tu jugak la dengan beza masa mula mula nak tackle girlfriend. Sebelum dapat dengan selepas da dapat jadi apa. Rutin seperti biasa. Since da aku jobless ni, aku takde buat apa apa aktiviti sangat. Dalam kepala ada macam macam benda aku nak buat. Cuma pergerakan badan dengan tangan aku je slow. Nak buat benda tu jadi tu yang tak menjadi lagi setakat ni. Pegang gitar pun takde lagi since da berhenti ni.

Ada banyak effect lepas kita tinggalkan apa yang kita suka untuk benda yang kita sayang. Haa..nampak tak deep nya kat situ? Cehh..so far aku jadi macam pendiam sikit la. Yeke? Err...ye kot. Lepastu aku jadi kuat merajuk, nak marah, cakap merepek. Bergantung kepada mood la sebenarnya. Aku tau benda tu tak bagus. Bagi kesan dekat orang lain jugak. Aku taknak jadikan itu satu kebiasan untuk aku dan satu kelalian. Bila buat benda da biasa and da lali, nanti da takde rasa apa da. Macam tu jugak haa..

Da masuk bulan May. Puasa da nak dekat. Lepastu nak raya. Aku tahu banyak beza. Beza dia tahun ni aku tak kerja. Aku takde duit bonus. Aku tak boleh beli baju raya untuk adik aku macam tahun lepas dan aku tak boleh shopping macam orang gila. Macam tahun lepas yang aku buat. Aku da tak boleh belanja kawan kawan aku makan. Aku tak boleh belanja family aku makan kat pizza macam biasa. Wahhh...! Lain macam betul feeling kali ni.

Ada kawan ajak aku buat insurance. To tell u all honestly, aku tak berapa berkenan dengan pekerjaan buat insurance atau yang seangkatan dengannya. Aku tak berminat. Sebab bagi aku insurance ada target dan sedikit memaksa. Ye aku tau benda tu bagus, tapi tu lah aku banyak kenal orang insurance yang tak bagus. Mungkin aku kena kenal yang bagus sikit supaya mentaliti aku tak jadi macam sekarang ni.

Kelebihan? Mungkin aku da pandai nak talk dengan orang and handle negative situation. Macam yang yang belajar dengan company aku sebelum ni. Skills tu ada cuma skop kerja aku takde idea. Sebab dalam kepala otak aku sekarang ni, aku nak stick dengan jadi photographer aku tu. Nampak macam santai tapi bila datang sekali job boleh tahan pening. Memang gaji tak lumayan. Tapi aku tak kisah janji aku boleh hidup makan pakai. Saving? Ye, kena start saving. Nak taknak kena start jugak. Ni da bulan May 2014. Saving sepatah haram pun takde. Umur pun da berapa haa. Takde saving apa pun tak jadi (if u know what i mean).

Kemajuan setakat ni? Aku da boleh bawak kereta. Tapi auto je lah. Da boleh bawak long distance. Jalan jam semua aku da bawak. Tengah malam pun aku da try bawak tapi mata tak berapa nak nampak jugak. Tapi takpe lah kena belajar. Tu pun puas jugak la mintak dengan Sang Arjuna. Payah betul dia nak bagi. Aku selalu cakap yang dia tak percaya kat aku. Orang lain boleh je bagi aku bawak kereta dia. Tapi dia haa susah nak bagi. Bila aku selambe mintak, duduk dekat seat driver, dia pun ikut kan je. Cuma jenis aku tak suka bawak kereta senyap senyap. Mesti nak kena bising. Kena pasang lagu lepastu mesti nak kena menyanyi. Shamsul tau sangat da aku macam mana.

Well...insya Allah. Tangan dengan badan kena start berkerja. Kalau tak kerja takde duit. Kena make things happen. Bukan wait things to happen. So, badan tak boleh malas. Kena kerja. Tak kerja tak boleh kawin (eh?) Ok merepek.

Banyak da aku merapu dekat sini. Macam novel da jadinya haa. Itulah kalau da lama tak menulis. Ok ok nanti sambung cerita lain pulak. Tenkiu for reading guys :)

Kyra.

No comments:

Post a Comment