JellyPages.com

Tuesday, April 26, 2011

Kenduri Dan Kepentingannya.

Belum apaapa lagi aku nak cuba tolak soalansoalan cepu tembaga dari saudara mara. Sangat tak cool soalan dari mereka. Jangan buatbuat tak tahu pulak soalan apa yang bakal di tanya. Aku malas nak mention kat sini.

Semalam, aku on the way nak balik rumah dari kolej. Mak aku yang ambik aku. Akubercerita perihal cousin aku yang nak kawen tu. Berikut perbualan antara aku dan mak.

"Kak azie jatuh tersembam masa nak pasang langsir semalam. Dia tu tak reti duduk diam gamaknya" Aku

"Ya Allah. Nape macam tu?" Mak

"Macam tak tahu pulak. Dia memang macam tu." Aku

"Dah tu, bila awak nak pergi umah Ude?" Mak

"Esok malam saya pergi. Hari khamis tu Along hantar saya pergi kolej." Aku

Panjang lagi perbualan kami sebenarnya. Aku cuma nak hi-light kan soalan Mak aku yang bila aku nak pergi rumah ayah sedara aku tu. Ok, tu kira takpe lah kan. Pagi tadi masa nak pergi kolej pun aku di ajukan soalan yang sama, kali ni dari Babah aku pulak.

"Bila awak nak pergi rumah Ude? Babah

"Rabu malam la. Khamis Along hantar pergi kolej." Aku

Aku bukan nak cakap apa. Tapi ni wedding yang kedua dekat rumah Ayah Ude. Sudah semestinya aku orang yang paling awal akan datang. Cuma bezanya kali ni masa wedding Kak Azie, aku tak dapat datang awal seminggu macam masa wedding Kak Laa dulu. Aku terikat dengan jadual kelas memandangkan aku tak cuti. Pulaknya da nak final exam. So, aku dapat tolong 2hari sebelum wedding. Giler la. Tak penah aku buat kerja macam ni. Kesian giler kat Ude kowt. Aku yang paling excited kan. Apaapa wedding pun orang akan tanya bila aku nak datang, dan mesti nak aku datang awal dan kalau boleh seminggu before wedding tu diorang nak aku muncul.

Aku bukan boleh buat kerja sangat pun. Yang aku tahu, aku ni buat onar lagi adalah. Tapi aku memang tak boleh duduk diam. Aku memang suka tolong orang babbab wedding macam ni. Biasalah kan, aku cuma boleh buat bendabenda tertentu je. Apa kepentingan aku dekat wedding mereka, aku sendiri tak pasti. Cuma aku mungkin salah seorang manusia yang akan menjadi runner nanti. Ye, aku tau aku orang penting. Berlagak sikit pun takpe kowt. Eheee..

2 comments: