JellyPages.com

Saturday, February 26, 2011

Sayang

Aku tak tahu kenapa aku sayang kau. Walaupun sebenarnya kita takde pertalian darah pun. Aku pun tak tahu kenapa aku rasa macam aku tak boleh hidup kalau takde kau. Hari2 kita mesej dan boleh kata hari2 kita jumpa. Kadang2 aku terpikir. Macam mana bende ni boleh terjadi. Kau bukan siapa2, kau bukan sedara mara aku, bukan adik beradik aku, tapi kenapa aku sayang kau?

Aku tak penah cakap secara serius yang aku sayang kau. Biasa kalau aku cakap aku siap dengan gelak2 lagi. Sebab kau lah aku rasa hidup aku lengkap sebagai seorang perempuan. Sebab kau jugak aku rasa aku tak perlukan seorang kekasih hati tuk didambakan. Kau dah ade selalu dengan aku. Tengok kau bahagia da cukup buat aku rasa gembira.

Semalam, aku cakap aku sayang kau. Secara serius aku cakap. Kau pun senyap. Kau cakap aku kena sabar tempuh dugaan hidup ni. Ye, sebab tu juga lah aku sayang kau. Kau selalu support aku. Sebab tu aku selalu pikir, macam mana hidup aku kalau sehari tak mesej or tak jumpa kau? Hari tu, aku pegi kem 3hari, tapi 4hari kita tak jumpa. Ferghh!! Sekali jumpa banyak giler cerita kita. Waima jumpa hari2 pun macam setahun tak jumpa. Sampai hari tu kita kena sound kan, bercerita macam setahun tak jumpa. Haha.


Adik, aku sayang kau. Kau da macam adik aku sendiri walaupun kita takde pertalian darah. Aku baru rasa peranan sebagai seorang kakak dan seorang perempuan bila aku ade adik perempuan macam kau.

p/s : teringat pasal perangai pelik kami

Friday, February 25, 2011

Hati Kau

Aku cuba nak pandang belakang. Toleh sikit pun jadi lah. Tapi aku rasa sipi pun aku da tak betul. Kenapa dengan aku? Apa yang aku cari sampai aku jadi macam ni? Da lama aku tak rasa macam ni. Sampai satu tahap aku da kecewakan banyak hati. Ye, aku yang mintak supaya aku da takde perasaan, takde hati. Nah, sekarang aku da dapat. Tapi at last, aku penat. Ada hati yang terluka kat sana.

Aku cuba lagi sekali. Nak selidik apa yang da jadi. Ye, salah aku lagi. Makin bertambah manusia yang terluka. Makin banyak benda tah ape2 jadi sekarang ni. Aku menyesal tak jumpa doktor betul2 hari tu. Aku rasa aku da ok, tapi sebenarnya tak pun. Aku tak nak bergantung dengan doktor. Sebab lama2 nanti aku tau aku rimas and at last, aku akan cakap malas nak pikir, malas nak cara. Buat semak, tambah lalang.

Ye, aku penat. Sangat penat. Masa tuk aku ambik ubat yang aku da lama tinggalkan. Sampai satu tahap, mungkin aku perlu bergantung pada ubat. Ubat apa? Aku stress. Ye, aku mengaku. Aku manusia yang tak boleh terima tekanan. Aku da penat. Aku mintak jiwa kental, hati maskulin. Ye, aku da dapat. Tapi beratur2 manusia tengah kecewa sebab aku.

Terima kasih sebab sedarkan aku.

Wednesday, February 23, 2011

Tak penting pun

Aku baru balik. Bukan lah baru sangat pun. Aku sampai rumah tadi time orang tengah azan Maghrib. Aku balik lewat sebab nya habis kelas tadi member2 kolej aku ajak pergi karaoke. Dia yang belanja. Katanya sebab tension. Aku pulak tak tahu apa yang ditension kan nya tu. Banyak sangat fikir agak nye. Cehh. cakap kat orang tapi bila tiba time aku cam tu jugak. Ok2, berbalik kepada cerit tadi, aku balik lewat pun bukan sebab lepak dengan diorang, tapi sebab aku lepak dengan adik aku beserta 2orang lagi kawan kami. Sebab lepak denga diorang la jadi nya entry pada hari ini. *skema giler ayat aku.

Kami pergi minum dekat Taman Gelora. Siapa orang Kuantan tak tahu kat mana Taman Gelora tak payah duk Kuantan. Buat malu je. Masa minum2 tu banyak la pulak cerita nya kan, memandangkan aku dah lama tak lepak macam tu dengan diorang since aku pergi kem 3hari tu. Pergi kem tak bagitahu pun kena marah. Kerja nya marah kat aku je. Aku cakap pasal siapa kan? Mesti pelik. Ye dak? Pasal orang lah. Orang yang suka sangat marah2 aku. Benda kecik pun nak marah. Yang aku pelik kenapa aku fikir sangat. Pelik benor dah aku rasa.

Sebenar nya entry ni tak penting pun. Pening2 je. Rasa blur 5saat. Baik aku stop taip sekarang sebelum aku merapu. Ye, aku masih menaip. Apa lah masalah aku ni. Adeiii...

Tuesday, February 22, 2011

Kuala Gandah Punya Cerita

Da masuk 2hari selepas aku balik dari kem orientasi kolej aku dekat Kuala Gandah, Lanchang Pahang. Sebagai orang Pahang, aku sendiri tak tahu ade tempat yang best macam dekat Kuala Gandah ni. Yang aku tahu nya ada Semuji, yang memang jadi tempat mana2 kem orientasi atau motivasi dan bina insan selalu buat. Walaupun da 2hari aku balik tapi penat tu masih bersisa cuma tak la macam hari first balik hari tu. Balik nya hari Ahad petang dan Isnin pagi aku da ade kelas. Tak payah cakap la betapa sakit nya segala urat saraf aku ni.

KAMI

Yang aku nak cerita nya pasal aktiviti2 kat sana. Memang sangat seronok sebab hari first kami dibahagikan kepada 7group, aku group yang ke-6 yang kami semua bagi nama sebagai WAU(We are unbeatable) Group aku ade 4perempuan dan 2lelaki. Serius shit aku cakap, sebelum2 ni kami tak pernah langsung bercakap dan bertegur sapa. Jumpa kat kolej pun sekadar pandang2 tanpa pengisian pun. Tapi kali ni bila da ade dalam group kami ok. Takde hal. Boleh in sangat2. Malam first kami just buat presentation pasal nama group yang kami pilih, motto, visi, misi dan ape lagi benda2 yang seantero dengannya lah kan. Macam biasalah kalau dah namanya Latihan Dalam Kumpulan, ape lagi kan. Owh, lupe nak bagitahu kami kat sana stay dalam khemah, 1khemah 4orang. So, semua nya rapat dengan aku.

WAU Group | Budak group aku

Aktiviti seterusnya ialah Qiamulail. Beselah kan kalau dah pergi kem2 macam ni of coz la ade Qiamulail. Macam tak biasa pulak kan. After Qiamulail budak2 ni pergi tengok gajah. Masa tengok gajah ni aku tak pergi sebab aku collapse. Eheee..aku kesejukan sampai senak dada. Awal2 lagi aku da agak kompem aku tak boleh nak join. So, aku tak tahu apa cerita masa diorang tengok gajah tu. Dengar nya macam seronok sangat. Lepas tengok gajah, petang tu kami pergi aktiviti rentas sungai. Ferghh..!! Masa rentas sungai ni la yang tak boleh bla nye, kami semua kena tutup mata, mula2 by group pas tu dia lepas kami sorang2. Just jalan berpandukan tali yang diberi. Aku masa tu memang takut sebab nak2 lagi aku kesejukan, redah sungai lagi. Turun naik bukit lagi. Memang mengancam giler la. Bila da sampai dekat hujung2 sungai barulah kami semua disuruh bukak tali pengikat mata. Baru la lega sikit masa tu. Kami jalan balik ke tapak khemah semula.

Geng2 aku

Malam kedua kami ada malam kebudayaan. group aku buat cerita pasal Si Husin aka Si Tanggang versi moden. Haishh. lupe pulak aku nak bagitahu. Memandangkan kami kebanyakannya asal orang Pahang, so kami cakap orang Pahang. Yelah, aku pun memang dah biasa sangat cakap Pahang ni. Nak bagitahu sikit yang aku ni orang Pekan. Hihi..tak memasal je kan. Ok2 berbalik kepada cerita asal. Actually, masa hari first tu dah budak2 khemah aku da cakap Pahang. Siap bercampur2 dengan cakap Perak. Aku pun da pening2 da. After persembahan kebudayaan habis, aktiviti seterusnya ialah sayang kamu sayang saya, kalau tak silap aku lah. Sebenarnya aktiviti ni nama nya aktiviti burung hantu tapi tak nak tunjuk sangat cam takut kan. So tukar la nama nya jadi macam tu. Aktiviti mula nya pukul 12malam. Lagi sekali kene tutup mata. Tapi bezanya malam tu dengan aktiviti rentas hutan petang tadi nya, aku rasa tak la takut sangat. Masa petang tu aku takut, bila malam aku tak takut. Mungkin sebab aku selalu sangat jalan malam sampai tak rasa pape kowt. Ehh ade kene mengena ke? Ntah2 tak tahu. So, lagi sekali kena duduk sorang2. Yang aku tahu, aku duduk dekat area pokok, betul2 dekat dengan pintu masuk tapak kem tu. Aku da hafal jalan da kat situ. Cehh..berlagak giler. Haha. Mula2 duduk tu aku da mengantuk. Terus aku terlelap. Sedar2 ade bunyi orang gerak2 pokok, bunyi daun2, ade orang bising2, hembus2 kat telinga aku, men usap2 kepala aku, ambik ranting kayu usik2 kasut aku. Aku buat tak tahu je. tapi bila dia tanya password ape, aku tak berapa nak dengar. Mesti fasi2 geram sebab tak jadi nak takutkan aku. Huhu..Diorang men2 lagi la aku men2 dengan diorang. Masalah nya kelakar kowt. Haishh..takpe2. Len kali ley cuba lagi. After 30minit duk situ, diorang ambik kami n ade plak sesi nanges2 nye. Yang ni satu hal nye aku macam takde feeling. Siap kena suruh nanges lagi. Yang pasti hati aku keras giler. Takde nanges2 pun. Mengantuk ade lah.


Third day, pergi jungle trekking. Lagi sekali aku tak pergi sebab kaki aku injured, cramp kowt. Sejuk sangat. Badan2 aku pun dah sakit. So, aku duk lepak je dekat wakaf. Tidur sepam dua sampai la budak2 ni balik. Takde aktiviti sangat just penyampaian hadiah. Owhh ye, group aku jadi pemenang tuk pemengang amanah terbaik sebab hari first tu fasi bagi telur ayam sorang sebijik, kami kena jaga baik2 jangan bagi pecah n jangan bagi fasi ambik. Dan kami semua berjaya jaga dengan sebaik mungkin beserta group kami tidak pernah didenda di ambil bendera. Kami jaga sebaik mungkin gituewww. Selesai dekat tapak kem, kami dibawa melawat Deerland. Ok seronok la kan. Boleh tahan la. Da melewat tu kami terus bergerak balik ke Kuantan.

Memang sangat seronok la duk sana. Macam2 pengalaman ada. Sebelum2 ni kami tak pernah kenal malah tak pernah bertegur sapa, boleh jadi rapat n kamceng giler. Jumpa kat kolej pun da bertegur2. Senyum2. Orang kata, sebelum ni pandang pun tak. Sekarang ni setakat angkat kening, angkat tangan n senyum tu memang biasa lah. Tu lah orang kata, bagus juga buat aktiviti macam ni. Boleh merapatkan silaturahim. *skema giler ayat aku*

p/s : sampai hari ni hati aku keras. tak tahu lah kenapa. aiyakkk

Sunday, February 20, 2011

Wednesday, February 16, 2011

Masalah tak faham bahasa

Rasanya aku da mula menyibukkan diri sampai aku sendiri duk pikir2 ape yang aku sibukkan sangat. Owh yelah kan, semester baru da 2bln lebih bermula. Rasa seronok sebab hari isnin baru ni aku tengok result dan aku dapat 4flat. Haishh..cuba cakap kat aku siapa nak bagi 4flat kat kau kalau kau malas? Ehee..aku pun bukan lah rajin sangat tapi semuanya memerlukan usaha. Cehh..macam bagus je intro macam serius. Macam good2 je kan. Dan macam bagus je bagitau kat semua orang yang aku dapat 4flat. Ha'ahh..yelah, bagi la aku rasa nak berlagak sikit. Alahh..masa dapat result tu pun aku da tergelak2 dalam bilik pengetua. Pengetua aku pun sama naik dengan kawan2 aku, tergelak sebab macam bagus je dapat 4flat. Ahh ye, aku tak tipu ok. Aku cakap benar ni. Kalau tak percaya pergi tanya admin kolej aku. Hahaha. Bila lagi nak dapat tittle best student kan. Aduhh la..cukup2 la shifa weyh!

Ok2, berbalik kepada tajuk asalnya. Dalam dunia ni aku rasa orang melayu macam aku,*ceh time2 camni la nak mengaku orang melayu kalau tak berangan nak jadi orang Scotland, muke makan tempe jugak!*, faham dua bahasa je. Satu bahasa Melayu, satu bahasa Inggeris. Yang sekarang ni aku nak cakap pasal orang Melayu yang tak faham bahasa Melayu. Nak kata kau lahir kat Arab, kalau setakat muka cam Arab, tapi English kau terabur baik tak payah. Tak pun nahu kau mengaji pun tak macam orang Arab, baiklah tak payah nak berlagak. Aku bukan tujukan ni dekat orang Arab ok. Itu sebagai contoh. Jangan pulak ade orang Arab pergi hack aku punye Facebook takpun benda alah yang lain. Ini sebagai contoh, kalau tak faham jugak meh aku nak lempang laju2.

Aku nak cakap ni pasal orang yang da berpuluh or beribu kali orang cakap tapi kau masih tak faham. Kadang aku rasa macam nak rendam muka kau dalam air. Kalau orang cakap tak suka, makna dia tak suka. Tapi kadang ade jugak orang Melayu ni nak jadi very the Tamil, dekat mulut kau cakap tak suka, tapi dalam hati melompat2 macam nak pecah je siling, konon nak tunjuk macam kau suka sangat. Ni lah aku nak cakap. Benda senang kalau berterus terang. Ni nak jadi very the Tamil. Kejap suka, kejap tak suka. Dapat kat aku orang macam ni, sepanjang hayat kau kena perli dengan aku. Padan muka! Haha.

Buat kau dan kau, jangan ingat aku tak tahu permainan yang sedang cuba korang lakukan. Aku tengok je dari jauh, sampai masa Tuhan nak tunjuk. Suka sangat mengata aku kan. Cehh..! Aku tahu kau bagus, kau bijak, kau pandai, kau hensem/cantik*yeke?*, maskulin, kacak bergaya. Tapi ade ke? Ade? Ade aku kesah? Aku tak pernah nak kesah pasal kau macam kau kesah pasal aku. See the leg la bebeh! Sekali orang cakap tu reti2 la nak faham bahasa. Kang keluar Scottish aku baru kau tahu. *ape aku mencarut ni* Haa..sekali aku cakap bahasa Melayu sastera aras tinggi tahap 9 mula la kau tak percaya, cakap aku berbahasa sangat. Tu lah kau manusia, orang Melayu. Tak reti jugak aku nak cakap camne. Kau sendiri pikir lah kau duduk kat mana. Tak payah nak berlagak sangat. Lempang laju2 baru tau.

p/s : suka nor aku nak lempang orang. lempang laju2 lagi best aku rasa. ferghh!

Goyang

Aku da mula rasa pelik dengan diri aku dua tiga menjak ni. Apa yang tak kena, aku sendiri tak pasti. Mungkin sebab aku terlalu banyak jumpa manusia dan terlalu banyak bermain dengan emosi gila2. Bangga ke jadi macam tu? Kadang aku suka, kadang aku rimas dan bila rimas mula mendatangkan serabut. Sekali datang ramai, sampai aku tak larat nak layan. Tapi yang tak syok bila sorang2 takde, sibuk, dan macam2 hal lagi, aku mula rasa lain. Aku mula2 da cakap aku tak suka main dengan benda2 macam ni. Benda macam ni leceh sangat2, buat aku penat.

Malam semalam aku dengan adik aku da mula bincang pasal benda ni. Dia tanya aku soalan bez, antara perbualan kami :

"Kak, apa guna nya couple ni?" Ily-adik aku
"Tah, aku pun tak tahu." Aku
"Kenapa kita couple ye? Untuk apa sebenarnya?" Ily
"Aku pun tak berapa nak pasti jugak benda2 macam tu. Mungkin la couple tu tuk share perasaan kowt. Ade orang boleh dengar cerita kita, layan kita, manja2 dengan kita. Kongsi masalah. Bagi pendapat, Cerita benda2 yang mungkin ko tak leh nak cerita dekat aku. Mungkin aku tak faham ape yang ko nak cerita tapi bf ko boleh faham. Mungkin la kan." Aku.
"Ape benda je yang aku tak cerita kat ko? Aku rasa semua benda aku cerita kat ko. Senang cerita, semua ko tahu. Aku takde rahsia2 dengan ko." Ily
"Haha. jom la kita couple dua. Senang cerita! Hahaha." Aku
"Kepala hotak ko! Hahaha" Ily
"Kadang kan, aku sendiri tak tahu makna cinta. Sekarang ni aku tak tahu. Aku jadi blur dan aku jadi benci tuk rasa semua tu semula. Penat weyh. Ko tak rasa penat ke?Mula2 je syg2, lame2 jadi mayang. Mau makan pelempang. Tak payah la wey, senang cerita semua ni buat penat je. Buang masa. Couple tu benda paling buang masa dalam idup. Sebab tu sekarang ni aku fokus belajar. Aku nak dapat ape yang aku nak sangat." Aku
"Tah la shifa. Aku pun tak tahu nak cakap camne da. Kenapa kita macam ni malam ni?" Ily
"Aku pun tak tahu la. Ko tiba2 buat aku sedih ni kenapa?" Aku
"Aku pun tak tahu. Tapi tahniah la sebab ko macam da fully recover." Ily
"Ni semua sebab ko. Sebab ko, aku kenal ramai orang. Sebab ko, aku dapat rasa semua ni. Thanz weyh!" Aku
"Market ko da tinggi sekarang ni kak!" Ily
"Market ko lagi tinggi. Ko transfer sikit2 kat aku semua tu. Lupa la tu. Hahaha!" Aku

Kalau rasa macam tak faham, korang buat2 la faham yek. Aku nak explain pn tak berapa nak pandai jugak. Senang cerita aku memang blur la kan. Jiwa dan perasaan aku pun banyak main2 je. Takde langsung rasa nak serius. Semua aku jadikan bahan mainan. Sampai satu masa aku rasa aku tak perlukan cinta. Aku da ade kawan2. Tu semua da cukup buat aku bahagia. Yang aku tahu, aku da lepas dari tempoh pra matang. Tapi aku da mula goyang. Ada la 2-3 kerat rakyat yang buat aku goyang nye.

Tolong la. Aku malas nak layan benda leceh macam ni. Penat sangat2. Jiwa raga tak habis bergaduh lagi. Orang suruh aku bukak mata, tengok benda lain. Ye, aku da tengok tapi tak kena dengan jiwa aku. Tak kena dengan selera aku. Semalam aku da mula goyang. Payah kalau aku terus macam ni.

p/s : tolong lah!


Friday, February 11, 2011

Poyo.

*entry kali ni berbaur carutan dan kata2 kesat. sila tahan mata anda*

Tak payah kau nak tunjuk baik kat sini. Macam aku tak tahu je pasal kau kan. Dan tak payah jugak kau nak jaja cerita pasal aku. Aku tahu apa yang aku buat. At least aku tak tunjuk baik depan orang or depan family. Aku pegi merayau malam2 pun family aku tahu. Aku tak mainlah tunjuk baik depan family or depan boyfriend. Orang tengok aku macam ni, macam ni jugak lah aku depan family. Aku tak mainlah sorok2 ni. Kau, kalau orang tahu perangai kau yang sebenar nya orang tahu lah. Aku malas nak cara hal kau, tapi kau dah cara hal aku, dah kacau hidup aku, da cerita benda bukan2 pasal aku. Tak payah nak tunjuk muka suci sangat dengan aku or depan orang lain. Kau tahu lah nanti langit tu tinggi ke rendah. Kau, dengan dia, sama je. Lantoi!

p/s : perangai macam haram!

Setia Part 2

Aku rasa mana2 orang tau apa makna setia tu. Tak payah cakap la tak tau. Sedangkan budak sekolah darjah 3 pun tahu. Contoh mak ayah suruh tunggu dalam kereta sementara mereka pergi kedai sekejap, budak tu pun tahu tunggu. Takde lah pulak nak bawak lari kereta tu. Ataupun keluar dari kereta merayau2 tempat lain. See, benda paling basic dalam hidup ni.

budak2 pun faham | setia lah tak rugi pun

Aku rasa benda ni memang benda paling basic kita akan mintak dekat pasangan kita. Yang pertama kompem lah jujur dan seterusnya setia. Mana2 kapel mesti tau. Kalau tak tahu meh sini aku nak lempang laju2. Mengada2 sangat buat2 tak tahu.


never say it, if u don't mean it

Setia ni kau tak boleh beli kat pasar. Tak boleh timbang berapa kilo dan berapa besar dia punya setia tu. Setia tu senang aku cakap, tak boleh dikira. Tapi kenapa susah sangat nak setia kan. Aku jadi musykil sampai hari ni. Kenapa susah sangat benda tu? Aku rasa benda tu lah benda paling senang sekali nak buat.


bila tak setia macam ni la jadinya

Setia didatangkan sekali gus dengan jujur. Sebab tu apa2 pun aku rasa akan keluar ayat atau perkataan ni, "kalau awak dah ada orang lain cakap dekat saya." Bukan cakap orang lain aku sendiri pun selalu keluarkan ayat tu, pesan dekat sape2 yang patut aku pesan macam tu. Sebab kita mengharapkan kesetiaan, maka dengan itu kita kena jujur. Kenapa ayat aku macam very the tamil ni. Haishh.. Aku tak tahu kenapa aku terfikir nak tulis entry pasal setia ni. Kadang2 muak aku nak cakap pasal semua ni. Penat pun iya jugak. Ada orang cakap, setia lah tak rugi pun. Dan aku pegang kata2 tu sampai sekarang. Lantak la nak jadi ape pun.

Buat mana2 kapel dekat luar sana tu, setia lah wei, korang tak kan rugi. Percaya lah cakap aku. Benda macam ni kena give and take. Sama2 kena buat. Sama2 kena tolak ansur. Tak payah tuding jari dekat sape2. Tengok diri anda sendiri kalau ada selisih faham tu. Benda2 macam kena banyak berbincang. Gaduh2 ni bagi aku sangat tak profesional, tak matang. Tu bagi aku lah. So, buat adik2 di luar sana, take note ye. Haha..poyo je

p/s : assignment boleh tahan banyak nye


Tuesday, February 8, 2011

Mencari konklusi

Semalam aku tidur lewat. Dalam pukul 4pagi tak silap aku. Aku tak tahu kenapa aku selalu tidur lewat lately sedangkan aku sebenarnya sangat mengantuk dan sangat penat. Dan sebenarnya aku sendiri tak tahu apa yang aku buat sampai aku tidur lewat. Tapi yang aku tahu serba sedikit, aku on9 Facebook. Aku tengok yang on9 Facebook timing aku selalu tak boleh tidur tu, kebanyakannya dari photographer2. Aku jadi pikir jap. Diorang memang pesen macam tu kowt. Selalu tak tidur malam, on9, tengok2 folder gambar, edit2 gambar. Tu apa yang aku fikir. Mungkin betul la kowt, ataupun secara kebetulan je.

Macam pada satu malam tu*giler ayat klise tak boleh bla*, ada member photographer jugak mesej aku. Tak silap aku dalam pukul 2.30a.m.

"Hey shifa. Sihat?'' Dia
"Hey. Alhamdulillah, sihat. Awk?" Aku
"Sihat jugak. Tak keluar ke?" Dia
"Dah keluar tapi balik awal. Awk?" Aku
"Baru balik. Sekarang tak boleh nak tido sbb keluar sgt td. Hehe. Tgh btpe 2?" Dia
"Dengar lagu sambil on9. Awk?" Aku
"Tengah dengar lagu jugak sambil tgk gmbar hari tu. Hehe" Dia
"Owh. patut la mesej sy, sbb tgk gambar hr tuh n then teringat kat sy, tul x? Hahaha" Aku, gedik nye ayat aku kan?

"Hehe. Tau xpe." Dia

Sila baca mesej2 awal, mesej2 awal nampak aku tak gedik sangat. Kire nye kebanyakan photographer life diorang memang macam tu la kowt. Dengar lagu, godek kamera, tengok gambar. Tu semua da macam menu2 harian da. Aku pun da jadi macam tu rasanya. *bukan nak cakap aku ni photographer macam diorang, aku tak pandai ape2 pun*

Aku bila malam2 tak tidur lagi mesti aku post entry kt blog. Contohnya, macam pagi tadi aku post entry pukul 1lebih tak silap aku. Sebenarnya kadang2 aku pikir, ape yang aku nak sebenarnya dalam hidup aku ni? Aku penah ajukan soalan ni dekat adik aku. Dia gelak. Dia cakap ayat aku mcam ayat dia beberapa bulan yang lepas. Aku buat bende yang sama setiap hari. Rutin harian yang sama. Cuma lately aku macam seronok nak tahu next-next ape yang akan jadi. Aku rasa teruja. Tak tahu kenapa. Da lama tak rasa macam ni. Kalau la aku manfaatkan ape yang aku da sia2 kan dalam tempoh hampir sebulan lalu, takde la aku jadi merut tak memasal kan?

Sebenarnya bab2 macam ni memang letih bila nak cakap. Semalam aku chatting dengan member aku yang aku da kenal dari kecik lagi. Kira kami ni membesar sama2. Tapi aku da lama tak jumpa sebab aku da pindah kawasan perumahan lain masa darjah5. Ye, terasa macam banyak sangat perubahan. Aku rindu zaman kanak2 kami dulu. Aku cari mereka dengan niat, aku masih sayang dengan kenangan lama. Sama macam aku sayang mereka ber'4. Lain kali pulak aku cerita pasal 4orang rakyat tuh.

p/s : entry aku banyak yang serius ke lately?

Saya Ok!

Aku rasa aku da ok. Tak perlu nak merepek2 macam dulu lagi. Ye, benar. Aku da ok. Jangan timbulkan cerita kurang enak dekat aku.

Pelik ke? Aku bukan sakit pun sebenarnya. Aku cuma dalam proses pemulihan. Bukan pemulihan akhlak ye. Walaupun akhlak aku tidaklah baik mana tapi tidaklah sampai kena pergi pusat pemulihan. Sila take note di situ ye. Aku bukan nak cakap merapu2 tapi betul aku da ok. Ok dari minggu2 sudah. Ok dari benda yang membuatkan aku hilang fokus. Sekarang aku rasa sangat2 bahagia dengan life aku. Aku tak kacau orang dan aku harap orang tak kacau aku. Aku malas nak buka cerita tah ape2 yang langsung tak membina perkembangan otak aku.

Tadi, aku buka fail kolej aku. Terperasan kertas warna kuning. Aku baru teringat aku ada appointment 16hari bulan ni. Aku harap aku tak lupa. Rasa nya biarlah appointment ni appointment yang terakhir. Aku da malas nak pergi mengadap muka doktor2 dekat sana tu. Malas juga nak menunggu giliran dalam keadaan mengantuk. Sangat tak cool muka aku time macam tu. Boleh tahan rabak juga la mata aku.

2-3 hari ni aku asyik keluar malam. Da lama aku tak keluar malam sebenarnya. Maka dengan itu bila sekali aku da keluar aku mesti balik lewat. Bila balik lewat mata aku rabak. Aku jadi pelik, bila aku melepak kompem2 aku mengantuk tahap dewa. Tak nak menang langsung. Disebabkan kerja macam melepak 2-3hari ni, aku asyik letih. Ye, mungkin sebab aku tak cukup tidur. Dulu aku melepak time aku tengah cuti sem so lantak aku la kan nak bangun pukul berapa pun masa tu. Tapi sekarang mana boleh. Aku tido lewat dah kompem2 aku nak kena bangun awal nak pergi kelas. Nak mandi bagai. Giler bapak malas je. Tapi jangan tak tahu, sebab aku duduk kat rumah, mana boleh skip kelas macam masa belajar dekat uitm dulu. Rasa nak kena kapak dengan babah aku haaa..cuba lah. Anda pasti akan menyesal. So, aku rajin pergi kelas. Bangun awal gosok baju. Lagi sekali aku nak mention, aku pergi kelas pakai baju kurung. Dulu masa belajar dekat uitm tak rajin pakai baju kurung. Sekarang je rasa rajin pulak. Tak tahu lah kenapa. Mungkin mengenangkan yang stok baju kurung aku terlampau banyak barangkali. Tu pasal jadi macam ni.

Hari ni kelas aku awal, pukul9. Petang pulak pukul4. Ye, lepas makan tengah hari aku naik hostel dan tidur macam tak nak bangun da. Seronok gell. Memang rasa macam tak nak bangun. Tengok jam da pukul3, aku bangun2 basuh muka. Risau pergi kelas muka macam mintak nak kena tendang dengan lec aku je kan. Bangun awal pun sebab nak cover suara tak kasar sangat. Aku turun dalam 3.45petang. Konon awal la kan. Lepas tu turun naik pergi studio. Aku da agak takde manusia pun time2 macam tu. Senyap sunyi tapi takde la senyap sangat sebab aku dengar bunyi macam2 kowt. Ok taknak cerita pasal bunyi-bunyian tu. Aku tunggu lec aku turun, last2 aku tunggu lec aku tu depan admin. Boleh tahan berpeluh sebab ekon cam tak berfungsi je petang tu aku rasa. Last2 tunggu beliau, turun pergi lab, aku lah sorang je budak ambik grafik tuk sem tu. Aku memang da tau. tak cool kan aku sorang je. Petang tu takde kelas. Ok, aku mengantuk tahap rabak da. Pergi keluar minum dengan Apis, Ecah n Aiman. Balik2 aku mandi. Malam pergi minum pulak dengan adik aku. Lepaking sepam dua lepas tu balik. Sekarang rasa mengantuk tapi tak boleh tidur. Memang cun la jiwa aku ni. Mata pun da lebam. Memang terbaek!

Panjang betul entry aku kan. Sebenarnya nak cerita apa yang aku buat 2-3 hari ni je.

p/s : jangan nak suka sangat, bahaya!

Saturday, February 5, 2011

Lepaking

Semalam aku lepaking dengan member2 aku. Aku malas nak mention nama diorang kat sini. Bukan member2 yang aku biasa lepak pun. Biasalah kalau dah nama nya lepaking dah kompem2 aku balik lambat la kan. Jangan nak cakap apa2 ye, sebab aku memang jenis melepak. Aku da cakap awal2 dekat SINI yang aku tak suka tunjuk baik.

Semalam agak lewat aku balik. Dalam pukul 4pagi. Lenguh gak badan2 aku ni sampai last aku da terdampar atas meja mamak tu. Mengantuk tak boleh bla. Ye, semalam aku melepak bersama kaum Adam. Mana kaum Hawa? Takde. Budak2 ni sibuk bagai. Aku pun dah lama tak keluar malam balik lewat. Ingat dah nak bersara tapi macam tak boleh. Alah, tu pun sebab kawan2 aku ni tengah cuti raya cina kan. Kalau tak memang aku tak merasa nak keluar macam ni.

Aku tunggu nak sambung buat lesen. Senang aku nak bergerak kalau nak pergi buat photoshoot ke, ape ke. Susah tau tak sebelum2 ni kalau aku nak pergi mana2. Semua nak kena tunggu orang. Nasib ada yang sanggup melayan. Maaf la sebab menyusahkan yek. Ahh ye, aku dah koner topik lain nampak nya.

Aku rasa selesa hidup macam ni. Tak perlu hantar report barangkali. Tak perlu jaga hati jiwang2 lagi. Lambat betul aku terima semua ni sebagai satu ujian hidup. Tapi sekarang aku dah boleh terima dan aku rasa dah tak kisah dengan semua nya. Aku rasa aku bahagia. Aku senang. Aku gembira. Biarlah dengan apa cara sekalipun.

p/s : aku cuma nak bagitau aku lepak dengan member2 aku. tu je. lain2 tu tak berkenaan. aku tak berapa nak ada mood tuk semua ni

Friday, February 4, 2011

Setia.

Masih menunggu dan terus menunggu. Nak tunggu lagi ke? Hurmm...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Thursday, February 3, 2011

Bintang

Hari2 aku kira bintang. Bukan setakat bintang je aku kira. Siap dengan bulan, matahari, berapa jumlah cahaya masuk, berapa titik hujan. Ok, tipu. Bulan dengan matahari ada satu je macam mana nak kira kan. Tipu benar lah tu. Nampak sangat. Tapi. betul la..! Aku kira ok, cuma rajin pulak aku nak kire berapa titik hujan tu kan. Bayangkan aku mengadap tingkap kat hall rumah aku ni pastu aku termenung sambil kira berapa titik hujan da yang turun.

Kenapa mesti aku kira titik hujan? Dan kenapa mesti aku kira bintang2 di langit? Kalau hujan ada bintang ke? Aku kira hujan hari lain, bintang hari lain. So macam tu la kekdah nya orang kata. Kalau korang tak faham sangat kan. Dalam pada aku kira bintang tu jugak aku berlari berkejaran bersama dengan unggas2 malam. Beserta dengan kelip2 ku sangka api dan sebagainya.

p/s : senang cite, aku tengah bosan ni.. gRRrr

Wednesday, February 2, 2011

cInta yAng hilAng

Saya rasa apa? Saya sendiri tak tahu. Awak mesti tak faham. Bukan awak je, tapi orang lain pun. Kenapa saya tak boleh lepaskan awak? Saya masih ingat awak dan inginkan awak. Kalau lah awak faham ape yang saya rasa, mesti awak tak kan tinggalkan saya macam ni kan? Sampai hati awak. Saya tau, kita takde jodoh. Saya tak tahu apa motif awak hilang dari pandangan saya saat kali terakhir saya pegang awak dulu.

Awak, ketahuilah. Saya, sentiasa sayang dan inginkan awak. Walaupun saya da ade pengganti baru sekarang, tapi saya tak penah lupe awk pun. Dan saya masih berharap agar saya dapat awak semula. Tapi saya tahu macam benda tu mustahil kan.

Owwhh Acer, sila lah kembali kepangkuan saya. Walaupun kini saya ada CompaQ. Mana awak pegi. Kenapa mamat tu rembat awak dari saya? Kenapa saya ada adik yang sangat bangang, biarkan awak tersadai dalam raga motor sementara dia sedang bersuka ria bersama kawan2 di mapley? Adeii....

p/s : dah sebulan lebih laptop aku hilang, tapi aku hari2 ingat dia. sasau jap aku di buatnya. walaupun luaran aku cool, tapi aku masih tak boley bla dengan kehilangan beliau. owhh..sadis nya.. =(

Tuesday, February 1, 2011

Ada Hati





Aku ni macam embun di pagi hari je. Bila da tengah hari orang dah tak nampak aku. Secara terang nya aku ni takde fungsi apa2 pun kan. Terima kasih buat aku macam ni.
.
.
.
.
.
..
.
.

.
.
.
.

Papa

Aku baru balik dari lepaking. Dengan member2 lama setelah sekian lama tidak ketemu. Ye, aku rindu mereka. Bukan taknak mention nama tapi bahaya kowt. Nanti2 lah aku mention nama. Kononlah aku ni kan takut nak mention nama macam ramai je yang baca blog aku. Rasa macam bagus je kan. Ehh. tak la, mane ade. Lite2 je bak kata budak2 uitm aku dulu.
Bila sebut pasal uitm aku teringat dekat seseorang. Bukan seseorang tapi banyak orang. Dunia yang mula menaikkan aku sebagai manusia yang perlu berfikiran matang, sejajar dengan perubahan masa dan keadaan. Aku teringat dekat Papa. Korang nak tahu siapa papa? Papa ialah lecturer aku masa kat uitm dulu. Lecturer grafik aku bersamaan dengan Penasihat Akademik. Sejajar dengan namanya yang PA itu, maka dengan itu budak2 grafik batch aku memang sangat rapat dengan beliau. Kalau tak rapat takde lah pulak kami panggil papa. Aku penah cerita pasal beliau dekat sini.

Ye, bagi aku beliau sangat baik. Jangan tak tahu kami semua kat sana da macam adik beradik. Setiap masa ada orang jaga. Tak sihat, ada orang call, tak pergi kelas, tak payah cakap la. Da kompem2 ade orang call. Kalau sebut pasal uitm, mulut aku akan lancar sebut nama Sarah, Mie, Tasya, Adib, Encik Nizam, Puan Far dan sebagainya. Selama aku kat sana, kebanyakan masa aku dengan Muse, Sarah, Tasya dan Mie. Mereka jaga aku, bagi nasihat dekat aku. Bagi nasihat? Nampak sangat aku ni banyak masalah. Ye, banyak masalah jiwa.

Aku teringat dekat Papa. Lama da aku tak chatting dengan beliau. Nak jumpa memang takla kan memandangkan jarak kami sangat jauh. Sebenarnya aku rindu suasana dekat uitm dulu. Masa kami adalah first batch kat sana. Masa kami mula nakal2 dan berjinak dengan macam2 benda pelik. Ye, jiwa aku bagai memanggil2 untuk datang dekat sana. Tapi kat sana da takde apa. Bila masuknya junior2 kami masih ok. Bila ada nya super duper junior, kami da jadi laen. Masing2 da ade komitmen lain.

Kenapa aku teringat dekat korang yek? Aku rindu korang. Sangat2. Kalau lah boleh balik ke masa mula2 dulu, aku nak betulkan mana silapnya. Segala masalah mungkin dapat diatasi. Tapi aku taknak cakap macam orang tak beriman pulak. Aku kena face the fact. Kene terima semuanya. Aku teringat masa aku datang uitm hari tu tuk ambik result aku, aku terjumpa pak guard yang rapat dengan aku. Bukan nak kata rasa macam bagus, tapi dengan pak guard pun aku berkawan. Aku kawan dengan semua orang. Yang aku ingat dia cakap aku da kurus, cengkung. Dia tanya kenapa, aku cakap aku tak sihat. Aku bukan macam dulu. Dia suruh aku belajar rajin2. Ye, aku ingat lagi setiap kali pergi dan balik dari kelas, aku mesti tegur pak guard ni. Ada banyak masa sikit, aku borak2 dengan beliau. Pok Rasid, rindu dekat pok lah.

Haishh..da parah rasanya. Baik aku benti takat ni dulu. Air mata macam mintak nak mengalir je ni. Semua apa yang aku rasa pada hari ni, buatkan aku rasa aku perlu duduk di rumah, muhasabah diri, kenal siapa kawan dan siapa lawan.

p/s : jangan rasa hidup ni terlalu sempurna kalau cuma ada harta tapi tak punya jiwa.

Nasi lemak kukus

Hari ni da masuk bulan dua. Bangun pagi takde buat apa2. Pagi ke aku bangun? Boleh tahan la paginya kan. Aku bangun2 tengok umah macam takde orang. Takde pulak dengar suara orang bercakap or suara dari peti televisyen. Apehal poyo sangat ayat aku ni?

Masih tak tahu ape aku nak buat hari ni. Masih rutin yang sama. Mesej dengan gadis2. Jangan tak tahu sekarang ni aku mesej dengan gadis2. Jangan ingat aku lesbian ok. Masa sekarang ni lah nak merasa mesej dengan gadis2. Nanti tak boleh da. Nanti tu bila pun aku tak tahu.

Semoga bulan Februari menjanjikan sinar bahagia. Orang kata bulan Februari bulan cinta. Betul ke?