Bila sebut pasal uitm aku teringat dekat seseorang. Bukan seseorang tapi banyak orang. Dunia yang mula menaikkan aku sebagai manusia yang perlu berfikiran matang, sejajar dengan perubahan masa dan keadaan. Aku teringat dekat Papa. Korang nak tahu siapa papa? Papa ialah lecturer aku masa kat uitm dulu. Lecturer grafik aku bersamaan dengan Penasihat Akademik. Sejajar dengan namanya yang PA itu, maka dengan itu budak2 grafik batch aku memang sangat rapat dengan beliau. Kalau tak rapat takde lah pulak kami panggil papa. Aku penah cerita pasal beliau dekat sini.
Ye, bagi aku beliau sangat baik. Jangan tak tahu kami semua kat sana da macam adik beradik. Setiap masa ada orang jaga. Tak sihat, ada orang call, tak pergi kelas, tak payah cakap la. Da kompem2 ade orang call. Kalau sebut pasal uitm, mulut aku akan lancar sebut nama Sarah, Mie, Tasya, Adib, Encik Nizam, Puan Far dan sebagainya. Selama aku kat sana, kebanyakan masa aku dengan Muse, Sarah, Tasya dan Mie. Mereka jaga aku, bagi nasihat dekat aku. Bagi nasihat? Nampak sangat aku ni banyak masalah. Ye, banyak masalah jiwa.
Aku teringat dekat Papa. Lama da aku tak chatting dengan beliau. Nak jumpa memang takla kan memandangkan jarak kami sangat jauh. Sebenarnya aku rindu suasana dekat uitm dulu. Masa kami adalah first batch kat sana. Masa kami mula nakal2 dan berjinak dengan macam2 benda pelik. Ye, jiwa aku bagai memanggil2 untuk datang dekat sana. Tapi kat sana da takde apa. Bila masuknya junior2 kami masih ok. Bila ada nya super duper junior, kami da jadi laen. Masing2 da ade komitmen lain.
Kenapa aku teringat dekat korang yek? Aku rindu korang. Sangat2. Kalau lah boleh balik ke masa mula2 dulu, aku nak betulkan mana silapnya. Segala masalah mungkin dapat diatasi. Tapi aku taknak cakap macam orang tak beriman pulak. Aku kena face the fact. Kene terima semuanya. Aku teringat masa aku datang uitm hari tu tuk ambik result aku, aku terjumpa pak guard yang rapat dengan aku. Bukan nak kata rasa macam bagus, tapi dengan pak guard pun aku berkawan. Aku kawan dengan semua orang. Yang aku ingat dia cakap aku da kurus, cengkung. Dia tanya kenapa, aku cakap aku tak sihat. Aku bukan macam dulu. Dia suruh aku belajar rajin2. Ye, aku ingat lagi setiap kali pergi dan balik dari kelas, aku mesti tegur pak guard ni. Ada banyak masa sikit, aku borak2 dengan beliau. Pok Rasid, rindu dekat pok lah.
Haishh..da parah rasanya. Baik aku benti takat ni dulu. Air mata macam mintak nak mengalir je ni. Semua apa yang aku rasa pada hari ni, buatkan aku rasa aku perlu duduk di rumah, muhasabah diri, kenal siapa kawan dan siapa lawan.
p/s : jangan rasa hidup ni terlalu sempurna kalau cuma ada harta tapi tak punya jiwa.
sy nak suh pok bace entry ni laa...boleyh?? :D
ReplyDeleteheee. sila2. suruh la beliau baca. haha
ReplyDelete