Aku rasa aku da ok. Tak perlu nak merepek2 macam dulu lagi. Ye, benar. Aku da ok. Jangan timbulkan cerita kurang enak dekat aku.
Pelik ke? Aku bukan sakit pun sebenarnya. Aku cuma dalam proses pemulihan. Bukan pemulihan akhlak ye. Walaupun akhlak aku tidaklah baik mana tapi tidaklah sampai kena pergi pusat pemulihan. Sila take note di situ ye. Aku bukan nak cakap merapu2 tapi betul aku da ok. Ok dari minggu2 sudah. Ok dari benda yang membuatkan aku hilang fokus. Sekarang aku rasa sangat2 bahagia dengan life aku. Aku tak kacau orang dan aku harap orang tak kacau aku. Aku malas nak buka cerita tah ape2 yang langsung tak membina perkembangan otak aku.
Tadi, aku buka fail kolej aku. Terperasan kertas warna kuning. Aku baru teringat aku ada appointment 16hari bulan ni. Aku harap aku tak lupa. Rasa nya biarlah appointment ni appointment yang terakhir. Aku da malas nak pergi mengadap muka doktor2 dekat sana tu. Malas juga nak menunggu giliran dalam keadaan mengantuk. Sangat tak cool muka aku time macam tu. Boleh tahan rabak juga la mata aku.
2-3 hari ni aku asyik keluar malam. Da lama aku tak keluar malam sebenarnya. Maka dengan itu bila sekali aku da keluar aku mesti balik lewat. Bila balik lewat mata aku rabak. Aku jadi pelik, bila aku melepak kompem2 aku mengantuk tahap dewa. Tak nak menang langsung. Disebabkan kerja macam melepak 2-3hari ni, aku asyik letih. Ye, mungkin sebab aku tak cukup tidur. Dulu aku melepak time aku tengah cuti sem so lantak aku la kan nak bangun pukul berapa pun masa tu. Tapi sekarang mana boleh. Aku tido lewat dah kompem2 aku nak kena bangun awal nak pergi kelas. Nak mandi bagai. Giler bapak malas je. Tapi jangan tak tahu, sebab aku duduk kat rumah, mana boleh skip kelas macam masa belajar dekat uitm dulu. Rasa nak kena kapak dengan babah aku haaa..cuba lah. Anda pasti akan menyesal. So, aku rajin pergi kelas. Bangun awal gosok baju. Lagi sekali aku nak mention, aku pergi kelas pakai baju kurung. Dulu masa belajar dekat uitm tak rajin pakai baju kurung. Sekarang je rasa rajin pulak. Tak tahu lah kenapa. Mungkin mengenangkan yang stok baju kurung aku terlampau banyak barangkali. Tu pasal jadi macam ni.
Hari ni kelas aku awal, pukul9. Petang pulak pukul4. Ye, lepas makan tengah hari aku naik hostel dan tidur macam tak nak bangun da. Seronok gell. Memang rasa macam tak nak bangun. Tengok jam da pukul3, aku bangun2 basuh muka. Risau pergi kelas muka macam mintak nak kena tendang dengan lec aku je kan. Bangun awal pun sebab nak cover suara tak kasar sangat. Aku turun dalam 3.45petang. Konon awal la kan. Lepas tu turun naik pergi studio. Aku da agak takde manusia pun time2 macam tu. Senyap sunyi tapi takde la senyap sangat sebab aku dengar bunyi macam2 kowt. Ok taknak cerita pasal bunyi-bunyian tu. Aku tunggu lec aku turun, last2 aku tunggu lec aku tu depan admin. Boleh tahan berpeluh sebab ekon cam tak berfungsi je petang tu aku rasa. Last2 tunggu beliau, turun pergi lab, aku lah sorang je budak ambik grafik tuk sem tu. Aku memang da tau. tak cool kan aku sorang je. Petang tu takde kelas. Ok, aku mengantuk tahap rabak da. Pergi keluar minum dengan Apis, Ecah n Aiman. Balik2 aku mandi. Malam pergi minum pulak dengan adik aku. Lepaking sepam dua lepas tu balik. Sekarang rasa mengantuk tapi tak boleh tidur. Memang cun la jiwa aku ni. Mata pun da lebam. Memang terbaek!
Panjang betul entry aku kan. Sebenarnya nak cerita apa yang aku buat 2-3 hari ni je.
p/s : jangan nak suka sangat, bahaya!
No comments:
Post a Comment