JellyPages.com

Tuesday, February 22, 2011

Kuala Gandah Punya Cerita

Da masuk 2hari selepas aku balik dari kem orientasi kolej aku dekat Kuala Gandah, Lanchang Pahang. Sebagai orang Pahang, aku sendiri tak tahu ade tempat yang best macam dekat Kuala Gandah ni. Yang aku tahu nya ada Semuji, yang memang jadi tempat mana2 kem orientasi atau motivasi dan bina insan selalu buat. Walaupun da 2hari aku balik tapi penat tu masih bersisa cuma tak la macam hari first balik hari tu. Balik nya hari Ahad petang dan Isnin pagi aku da ade kelas. Tak payah cakap la betapa sakit nya segala urat saraf aku ni.

KAMI

Yang aku nak cerita nya pasal aktiviti2 kat sana. Memang sangat seronok sebab hari first kami dibahagikan kepada 7group, aku group yang ke-6 yang kami semua bagi nama sebagai WAU(We are unbeatable) Group aku ade 4perempuan dan 2lelaki. Serius shit aku cakap, sebelum2 ni kami tak pernah langsung bercakap dan bertegur sapa. Jumpa kat kolej pun sekadar pandang2 tanpa pengisian pun. Tapi kali ni bila da ade dalam group kami ok. Takde hal. Boleh in sangat2. Malam first kami just buat presentation pasal nama group yang kami pilih, motto, visi, misi dan ape lagi benda2 yang seantero dengannya lah kan. Macam biasalah kalau dah namanya Latihan Dalam Kumpulan, ape lagi kan. Owh, lupe nak bagitahu kami kat sana stay dalam khemah, 1khemah 4orang. So, semua nya rapat dengan aku.

WAU Group | Budak group aku

Aktiviti seterusnya ialah Qiamulail. Beselah kan kalau dah pergi kem2 macam ni of coz la ade Qiamulail. Macam tak biasa pulak kan. After Qiamulail budak2 ni pergi tengok gajah. Masa tengok gajah ni aku tak pergi sebab aku collapse. Eheee..aku kesejukan sampai senak dada. Awal2 lagi aku da agak kompem aku tak boleh nak join. So, aku tak tahu apa cerita masa diorang tengok gajah tu. Dengar nya macam seronok sangat. Lepas tengok gajah, petang tu kami pergi aktiviti rentas sungai. Ferghh..!! Masa rentas sungai ni la yang tak boleh bla nye, kami semua kena tutup mata, mula2 by group pas tu dia lepas kami sorang2. Just jalan berpandukan tali yang diberi. Aku masa tu memang takut sebab nak2 lagi aku kesejukan, redah sungai lagi. Turun naik bukit lagi. Memang mengancam giler la. Bila da sampai dekat hujung2 sungai barulah kami semua disuruh bukak tali pengikat mata. Baru la lega sikit masa tu. Kami jalan balik ke tapak khemah semula.

Geng2 aku

Malam kedua kami ada malam kebudayaan. group aku buat cerita pasal Si Husin aka Si Tanggang versi moden. Haishh. lupe pulak aku nak bagitahu. Memandangkan kami kebanyakannya asal orang Pahang, so kami cakap orang Pahang. Yelah, aku pun memang dah biasa sangat cakap Pahang ni. Nak bagitahu sikit yang aku ni orang Pekan. Hihi..tak memasal je kan. Ok2 berbalik kepada cerita asal. Actually, masa hari first tu dah budak2 khemah aku da cakap Pahang. Siap bercampur2 dengan cakap Perak. Aku pun da pening2 da. After persembahan kebudayaan habis, aktiviti seterusnya ialah sayang kamu sayang saya, kalau tak silap aku lah. Sebenarnya aktiviti ni nama nya aktiviti burung hantu tapi tak nak tunjuk sangat cam takut kan. So tukar la nama nya jadi macam tu. Aktiviti mula nya pukul 12malam. Lagi sekali kene tutup mata. Tapi bezanya malam tu dengan aktiviti rentas hutan petang tadi nya, aku rasa tak la takut sangat. Masa petang tu aku takut, bila malam aku tak takut. Mungkin sebab aku selalu sangat jalan malam sampai tak rasa pape kowt. Ehh ade kene mengena ke? Ntah2 tak tahu. So, lagi sekali kena duduk sorang2. Yang aku tahu, aku duduk dekat area pokok, betul2 dekat dengan pintu masuk tapak kem tu. Aku da hafal jalan da kat situ. Cehh..berlagak giler. Haha. Mula2 duduk tu aku da mengantuk. Terus aku terlelap. Sedar2 ade bunyi orang gerak2 pokok, bunyi daun2, ade orang bising2, hembus2 kat telinga aku, men usap2 kepala aku, ambik ranting kayu usik2 kasut aku. Aku buat tak tahu je. tapi bila dia tanya password ape, aku tak berapa nak dengar. Mesti fasi2 geram sebab tak jadi nak takutkan aku. Huhu..Diorang men2 lagi la aku men2 dengan diorang. Masalah nya kelakar kowt. Haishh..takpe2. Len kali ley cuba lagi. After 30minit duk situ, diorang ambik kami n ade plak sesi nanges2 nye. Yang ni satu hal nye aku macam takde feeling. Siap kena suruh nanges lagi. Yang pasti hati aku keras giler. Takde nanges2 pun. Mengantuk ade lah.


Third day, pergi jungle trekking. Lagi sekali aku tak pergi sebab kaki aku injured, cramp kowt. Sejuk sangat. Badan2 aku pun dah sakit. So, aku duk lepak je dekat wakaf. Tidur sepam dua sampai la budak2 ni balik. Takde aktiviti sangat just penyampaian hadiah. Owhh ye, group aku jadi pemenang tuk pemengang amanah terbaik sebab hari first tu fasi bagi telur ayam sorang sebijik, kami kena jaga baik2 jangan bagi pecah n jangan bagi fasi ambik. Dan kami semua berjaya jaga dengan sebaik mungkin beserta group kami tidak pernah didenda di ambil bendera. Kami jaga sebaik mungkin gituewww. Selesai dekat tapak kem, kami dibawa melawat Deerland. Ok seronok la kan. Boleh tahan la. Da melewat tu kami terus bergerak balik ke Kuantan.

Memang sangat seronok la duk sana. Macam2 pengalaman ada. Sebelum2 ni kami tak pernah kenal malah tak pernah bertegur sapa, boleh jadi rapat n kamceng giler. Jumpa kat kolej pun da bertegur2. Senyum2. Orang kata, sebelum ni pandang pun tak. Sekarang ni setakat angkat kening, angkat tangan n senyum tu memang biasa lah. Tu lah orang kata, bagus juga buat aktiviti macam ni. Boleh merapatkan silaturahim. *skema giler ayat aku*

p/s : sampai hari ni hati aku keras. tak tahu lah kenapa. aiyakkk

No comments:

Post a Comment