JellyPages.com

Tuesday, April 19, 2011

Putus Cinta Lagi Kecewa

Aku baru lepas mandi. Baru lepaklepak atas katil. Sambil layan Facebook. Tak sampai berapa minit Arishman tagged status dekat aku. Status nya lebih kurang macam nie :

"DUkacita nya aku memaklumkan kepada Shakira Hady bahawa lukisan rm 1.24 juta telah hilang.."

Ok, aku sangat terkejut dan kecewa bila tau drawing kami tu hilang. First aku dapat mesej dari Zoreh, tanya dekat aku yang drawing kami tu aku pegang ke. Aku terus call Arishman, aku cakap aku da bagi dekat dia masa nak turun bawah dari library tadi. Mungkin dia tertinggal dekat kerusi. Ok, fine aku boleh cool lagi masa tu. Tapi bila malam ni Arishman tagged status beliau dekat aku menyatakan bahawa drawing tu hilang, aku terus,, DAMN! Pehal nak curi drawing kami? Tak nampak ke aku da berminggu - minggu bersusah payah color drawing tu? Penuh kasih sayang, penuh jiwa. Agaknya orang tak faham kowt. Tau tak betapa aku kecewa sangatsangat. Lebih dari kecewa bila clash dengan boyfriend. Tau tak?

Aku da rasa nothing. Rasa sangasangat hopeless. Aku baru nak mula bercinta dengan warnawarna. Nak rasa perasaan bahagia bila tengah campurcampur warna. Biar lah orang nak kata buruk pun. Aku peduli ape??! Janji aku da rasa bahagia bila aku warna semua tu. Tau tak bila semua rasa cinta dan sayang aku da campur dalam warna dan aku lakarkan atas kertas lukisan, maka dengan itu sekarang aku rasa sangat kecewa. Biarlah orang nak cakap aku jiwang ke apa. Aku tak peduli. Aku betulbetul da putus cinta sekarang ni.

Tolong pulangkan lukisan kami. Please.......

2 comments:

  1. sabar sayang, insyaAllah, orang tu tersalah amik n pulangkan balik. doa banyak2 okeh. :)

    ReplyDelete
  2. ok, da jumpa balik drawing tu. saya da happy da nie. heeee

    ReplyDelete