JellyPages.com

Monday, April 4, 2011

Berlari Mengejar Motor

Bunyi macam agak pelik. Aku tak tahu tang mana yang pelik nya tapi itulah yang nyata nya terjadi dekat kami. Kami? Ye, kami. Aku dan adik aku, ily.

Mulamula cerita benda nya biasabiasa sahaja. Kami menyelesaikan satu masalah. Wahh. Perkataan menyelesaikan masalah tu macam berilmiah sangat la pulak aku rasa. Ok, kami ada masalah. Masalah ni sebenarnya masalah ily, dan seperti biasa aku lah manusia ketiga dalam masalah dia. Take note : bukan setan ye adikadik. Aku cuma orang ketiga iaitu orang tengah. Gila apa ayat aku skema sangat nie. Orang tengah bermaksud bilamana aku tahu sesuatu perkara yang ily tak tahu. Bila dia tak tahu maka dengan itu aku kena la bagitahu dekat dia. So, bila aku bagitahu dekat dia benda nya jadi agak complicated. Apa jenis, bentuk dan rupa masalah tu tak perlu la aku cerita dekat sini. Mungkin ada yang da dapat agak, kowt.

Nak ditambah-tambah laginya ily pulak bawak motor datang rumah aku bagi menyelesaikan masalah tersebut. Ok, bila naik motor kira settle la kan. Aku teman dia pergi beli topup, call sana call sini. Orang tu tak angkat, orang ni tak angkat. Main offoff handphone memang aku tak berapa nak berkenan sangat. Ok, nak dijadikan cerita kami lepak pulak dekat depan rumah aku. Ily matikan enjin motor. Dah aku cakap tadi yang aku cukup tak berkenan tanggung risiko malammalam buta macam ni. Bila dia da matikan enjin motor, dia pumpam dulu selesaikan masalah dia tu, aku duduk melepak cuba nak hidupkan enjin motor beliau. Lupa nak bagitahu, motor dia tu da berapa hari tak dipanaskan enjin nya, maka dengan itu agak manjamanja jugak la nak hidupkan. Bila da tak boleh hidup aku da jeritjerit panggil adik aku yang bongsu tuk tolong hidupkan enjin motor tu. Puas da dia henjut motor tu tak boleh jugak. Taknak pergi jugak tu orang cakap. Last, kami da fed-up. Aku call kawan aku, Sabri mintak tolong beliau hantarkan ily dekat rumah. Aku ni tak pandai bawak kereta. Bukan tak pandai je, lesen pun takde lagi. Memang haram bagi family aku tuk bawak apaapa jenis kenderaan tanpa lesen ni.

Ok, berbalik kepada cerita tadi. Sabri cakap ok, dia boleh hantarkan. Tuptup, aku terperasan yang adik aku, yang bawah aku(agak tamil disitu ye ayat aku) ada dekat rumah, aku mintak tolong dia pulak hidupkan enjin motor ily tu. Lupa nak bagitahu, motor ily tu motor Ego. Skuter. Kenapa tak guna starter? Sebabnya bateri takde. Kalau tak, benda tak jadi hal. Bila adik aku tu henjut empatbelasjuta kali baru la boleh bila aku 'press' motor tu. Aku berusaha 'press' supaya tidak mati enjin lagi. Aku baru nak cakap dekat ily yang, jangan sampai kami berlari kejar motor tu. Tak sempat aku nak cakap, spontan aku 'press' dan motor tersebut hilang kawalan, maka dengan itu kami berlari 2-3tapak kejar motor. Ok, kalau ada masa tadi memang aku ambik gambar. Tapi padan duk gelak je depan rumah tadi. Tak tahan aku. Benda yang mula serius, tibatiba jadi tak serius bila da jadi macam tadi. Mungkin bagi korang tak lawak pun. Tapi aku ketawa tak hentihenti bila jadi macam tadi. Iyelah, mana taknya aku baru nak cakap benda da jadi. Ily pun sound dengan sedap nya,

"Ko ingat motor aku ni ade gear ke ko main pulas ikut sedap je?"

Sambil gelakgelak lagi tu dia cakap macam tu. Yang aku ni da rasa macam nak gulingguling dekat atas jalan raya tu dah. Ily geleng kepala je dan dia pun gerak balik rumah. Aku masih lagi ketawa sampai la aku masuk dalam rumah aku. Kalau lah aku boleh rakam tadi kan. Ada masa pulak aku nak rakamnya kan?

p/s : settle satu, yang lagi satu tak tahu bila.

No comments:

Post a Comment