1. Aku nak ada bilik sendiri yang semua barang dalam bilik tu warna biru. Secara nyatanya aku memang sukakan warna biru. Tenang je rasa duduk dalam bilik. Yang sekarang ada dalam bilik aku pun hampir semua warna biru. Cuma aku nak bilik yang hanya ada barang barang penting sahaja.
2. Aku nak bilik yang berbumbungkan cermin. Atau dalam erti kata lain, bila aku baring pandang bumbung, aku nampak langit. Nampak bintang. Kalau time hujan aku nak nampak rintik rintik hujan tu. Sweet tak? Ehem.
3. Aku nak ada lesen kereta. Takde kereta pun takpe janji lesen kereta yang bila aku rasa aku nak pergi mana mana senang. Tak payah orang nak hantar ambik aku. Sekarang ni aku rasa benda tu paling aku menyusahkan orang.
4. Aku nak rasa hadiah birthday paling bermakna dalam hidup aku. Sejak besar ni, aku tak pernah celebrate birthday aku sendiri. Sampai masuk tahun baru ni, aku bertekad nak hide tarikh birthday aku supaya aku tak sedih sendiri. Kalau ada yang umur macam aku ni celebrate birthday dengan keluarga atau kawan kawan, tapi aku da lama tak rasa. Buat makan makan apa tah lagi. Seingat aku last masa aku darjah 3 aku buat birthday party. Alhamdulillah, sebab aku bukan jenis yang meminta sampai ke besar ni.
5. Aku nak celebrate birthday orang yang aku sayang hanya berdua dengan dia. Aku selalu berangan yang aku drive pergi rumah lelaki tu dan bawak kek coklat buatan aku sendiri bersama teddy bear. Ye, teddy bear. Aku sebenarnya teringin nak bagi lelaki teddy bear. Tapi sampai sekarang tak kesampaian. Kesian.
6. Aku teringin nak duduk rumah sewa. Dengan kawan kawan. Tak payah ramai ramai. Dua orang pun cukup. Atau paling tidak duduk sorang pun jadi. Nak rasa hidup sendiri.
7. Selalu berharap yang rumah aku ada fridge 3 pintu. Kuat betul berangan aku ni.
8. Nak pandai main gitar dan strumming dengan begitu hebatnya. Sekarang aku tengah belajar lagi. Setakat ni ada 2 lagu je aku pandai.
9. Nak jadi manusia yang pandai memujuk. Aku tak panda pujuk orang, aku harap aku boleh ubah yang tu.
10. Aku harap aku boleh ramaikan kawan perempuan. Paling tak pun 5 orang dah jadi.
11. Aku nak habis belajar cepat so aku ada kerja. Biar aku fokus dengan kerja aku.
12. Malas nak jaga hati orang sangat (kejam tak)
13. Nak kurangkan melepak. Nak duduk rumah je. Malas nak keluar.
Err..aku rasa wishlist aku tu da banyak yang merapu. Apa apa pun sem depan aku takde kawan dalam kelas. Dan macam biasa aku akan buat hal aku sendiri macam masa aku sem 1 dulu. Dan aku nak sangat hadiahkan teddy bear dekat seseorang. Tapi taktahu siapa. Pfff!!