Setahun sudah berlalu, namun tarikh 12 Januari masih segar dalam ingatan aku. Masih tergiang ngiang lagi setiap bait bicara dan setiap perkataan yang aku dengar dala telefon malam tu. Aku memang takkan lupa. Bukan sebagai dendam tapi sebagai dugaan hidup yang aku kena hadapi.
Tahun lepas juga merupakan hadiah hari jadi yang paling perit yang aku terima. Percayalah aku sendiri tak pernah nak mintak. Aku cerita bukan atas dasar minta simpati cuma aku cerita sebagai nasihat kepada diri sendiri, iktibar juga peringatan dekat kawan kawan yang lain. Semoga perkara yang sama takkan berulang lagi.


Hari ni, masih sama seperti yang setahun da berlalu. Namun aku masih ingat lagi. Tiada air mata dan tiada juga ketawa. Aku ada telefon dia dan setelah sekian lama kami masih boleh bercakap macam biasa. Apa yang aku boleh cakap, kalau boleh janganlah bercinta dengan kawan baik sendiri. Aku dah belajar dari kesilapan dan aku taknak ulangi nya lagi. Untuk 23tahun ini, aku mohon segalanya baik baik sahaja. Kesihatan dan juga ketabahan hati. Moga aku kuat untuk tempuhi segala macam dugaan.
Tak lupa juga selamat hari lahir kepada Syaziella Norazha. Tarikh 12 Januari itu takkan pernah luput dalam ingatan aku. Buat dia, semoga masa depan yang awak impikan akan tercapai. Teruskan usaha awak. Saya sentiasa menyokong awak. Dan kita tetap kawan :)

No comments:
Post a Comment