Aku juga punya tanggungjawab yang sama. Masih lagi dengan kejut adik adik pergi kolej, tengokkan jadual kelas mereka dan juga assignment mereka. Lebih kurangnya aku jaga semua. Pasti akan ada 2-3 orang lecturer yang cari aku bertanyakan adik adik yang tak hantar assignment. Cuma 5hari selepas tahun baru aku kurang bersosial. Hidup aku hanya di hadapan televisyen, meja jepun, kertas kertas nota serta makanan makanan yang menyelerakan. Aku langsung tak pedulikan handphone aku dan juga Facebook aku.
Handphone dalam bilik terjerit jerit mintak kena angkat, tapi aku hanya pandang sepi. Mesej juga begitu. Hanya mesej yang berunsurkan urusan penting yang aku layan. Dalam tempoh itu sebenarnya emosi aku agak kurang stabil. Aku cuma perlu masa untuk bagi hati dan perasaan aku pulih. Tahun baru 2012 juga aku sambut bersama dengan seniman seniman. Penyair, pemuisi dan juga penyajak. Sesungguhnya aku rindu saat itu. Saat di mana aku berkarya. Hati senang dan tenang lepak dengan karyawan dan seniman.
Hidup aku macam biasa. Bilamana umur juga sudah meningkat, aku sudah tidak berminat dengan apa apa. Andai kata aku tersalah bicara, aku menyesal nanti. Semua aku layan seperti biasa. Moga ada kesempatan lagi di antara kita.
No comments:
Post a Comment