Aku taknak cakap banyak, cukup la aku cakap soal jatuh bangun kita orang kadang taknak ambik peduli pun. Tapi orang suka time kita tengah jatuh. Yang tu lah akan jadi bahan tuk di caci maki. Ada orang rsa sangat bermaharajalela bila semua orang tak boleh nak lawan cakap dia. Bukan tak boleh, tapi mulut tu longkang sangat. Da tahap macam parit. Katak pun tak sudi nak jengah. Ni kan pulak manusia. Bila kita ada duit, ada kelebihan, ada kepentingan, masa tu kita akan digunakan. Tapi kita tak sedar, sebab kita 'baik' sangat. Masa tu kita lah dewi, kita lah raja, kita lah kawan, kita lah sayang. Tapi bila gaduh, yang tu lah yang celaka, yang tu lah yang sial, yang tu lah anak haram dan yang tu lah sundal.
Nak cakap pasal orang, selidik dulu dalam kain kita sendiri. Cukup lengkap ke diri tu? Masa ni kita bercakap pasal orang, masa ni kita menjaja cerita keburukan orang dan masa ni kita tengah bersorak sorai pasal kejatuhan orang. Tapi akan datang, kita pulak akan rasa benda yang sama. Kalau kita rasa kita cukup sempurna, sila kan. Penuh ilmu di dada, cukup berakhlak sila kan. Menyentuh pasal kesempurnaan, takde pulak siapa yang sempurna. Bila ada kesalahan pasti ayat tipikal nya, "manusia, mana ada yang sempurna." Tau pulak bila da kena batang hidung sendiri. Tapi, bila sedap menjual cerita, berplastikplastik pasal orang lain takde pulak nak petik ayat magik tu kan? Yelah, manusia kan. MANA ADA YANG SEMPURNA.
No comments:
Post a Comment