JellyPages.com

Monday, May 2, 2011

Semudah A B C

Kenduri da selesai. Aku da berapa hari tak online. Da lama jugak tak update. Nak kata sibuk tu macam tak pun. Mungkin sebab situasi di mana bila aku tak pakai broadband maka dengan itu apa motif aku bawak laptop kan? Selain menyiapkan segala macam jenis design yang terbengkalai.

Bila kenduri da selesai maka soalansoalan yang diajukan juga da takde da. Kali ni aku rasa semuanya berjalan dengan lancar. Smooth je. Cuma kali ni aku rasa sesuatu. Rasa kelainan bila yang khawin ni adalah cousin aku yang paling rapat. Semua orang cakap bila dia da khawin aku da takde kawan. Yup, memang betul. Da 2-3orang yang cakap macam tu dekat aku. Mulamula memang aku buat cool, lamalama rasa sayu pulak kan. Yela, selama ni aku datang lepak umah Ayah Ude, boleh borakborak dengan beliau. Tapi lepasni macam mana? Dia akan pindah rumah. Da takde orang. Tinggal Fikri je.

Aku sedapkan hati dengan sebut nama Fikri. Aku cakap, takpe lepasni aku datang nak jenguk Fikri je. Takde masalah pun. Orang suruh aku khawin. Katanya supaya aku ada teman dan juga kawan. Kalau lah diorang tahu betapa aku cuba elakkan perkhawinan. Sebab aku takutkan komitmen. Aku takut kecewa lagi dan satu hal aku masih 22. Terlalu muda tuk hadapi dugaan berumah tangga dan itu bukanlah aku. Sekarang aku bukanlah manusia yang sukakan komitmen iaitu berpasangan atau bercinta. Seronok memang seronok bila ada orang tersayang. Tipulah kalau cakap tak seronok. Aku pun penah bercinta. Tapi aku da lama tinggalkan semua tu. Sekarang yang ada cumalah perasaan suka. Suka.

Ye, hati aku masih macam entryentry yang sebelum ni. Aku sukakan beliau. Cuma kami masingmasing tidak mahukan komitmen. Dan seperti biasa, tempoh 9tahun masih berbaki. Aku masih boleh teruskan hidup aku. Walaupun masa keluar dari rumah Ayah Ude tadi aku terfikir, bila lagi aku boleh lepak macam ni. Dan macam mana situasi raya kami tahun ni. Bertambah ahli keluarga sudah tentu, tapi jiwa aku ni makin lama makin hanyut dengan perasaan sendiri. Kalaulah membaca hati orang tu semudah membaca buku. Takde la macam ni gayanya.

p/s : Tinggal kami bertiga je sekarang nie. Hurmm..

2 comments:

  1. chill juga kalau da selalu kene macam ni tak berapa nak chill jugak la kan. huhu

    ReplyDelete