JellyPages.com

Monday, May 9, 2011

Rama - rama Dalam Perut

Selesai da kenduri belah lelaki. Kira da takde pape lagi yang aku perlu buat dan kejarkan. Sekarang masa aku tuk menjalani kehidupan biasa biasa je. Macam selama ni kehidupan aku luar biasa je kan. Ok, semua nya nampak macam biasa macam dulu dulu jugak. Masih berbaki dengan cakap cakap orang yang aku sekarang da takde kawan. Aku nak melepak dengan siapa lagi pasni lepas Kak Azie da khawin ni. Takpe, life must go on. Chill kyra, chill. Heh.

Sejak aku dan dia melepak malam tu, semua nya nampak smooth. Adik aku tanya camne dengan kami. Dan jawapan aku masih sama. Tiada apa apa antara kami. Malam tu jadi saksi bahawa kami sehati dan sejiwa, punya rasa yang sama tapi susah nak bersama. Kami taknak ade komitmen dan kami takut akan kecewakan mana mana pihak. Langkah terbaik, kami kawan je. Tapi tu da cukup buat hati aku berbunga. Hari hari rasa ada rama rama dalam perut.

Aku tahu orang yang bersabar ni besar peluang nya. Mungkin aku sabar dengan sikap main tarik tali dia dulu, menyebabkan dia rasa aku ok. Semua nya aku da terus terang dan dia terima semua nya. Cuma macam aku cakap, aku tak perlukan jawapan dari dia. Aku bagi dia masa sebab aku taknak desak dia. Dan aku tau, setiap kali jumpa memang dia nak dengar sendiri dari mulut aku dan dia nak kepastian dari aku. Tapi, apa da jadi dengan aku bila duduk dengan dia? Aku tak boleh nak cakap. Dia buat aku speechless. Aku boleh sengih manjang. Tak penah aku buat semua tu sebelum ni. Aku malu gila. Setiap isu dalam mesej dia akan tanya aku secara terus terang. Dan ternyata aku malu lagi. Tapi dia cukup bersahaja.

"Rindu saya kan?"

Aku rasa macam telan pasir je masa tu. Aku pandang langit. Takde bintang. Aku pandang jalan raya yang masih ada kenderaan. Aku sengih, tak pandang pun muka dia. Malu la gila. Hehehe.. tu je yang aku mampu buat.

"Susah sangat nak cakap ye. Hehe."

Aku senyum lagi. Awak, ketahui lah bahawa saya mula rasa sesuatu antara kita. Mula mula awak buat hati saya jadi was was. Saya tertanya tanya tentang hati awak. Tapi hari tu, saya rasa saya tak perlu tanya, saya da tau da. Walaupun awak tak penah cakap. Terima kasih sebab bagi saya peluang ni. Tiada paksaan dalam berkawan kan. Da lama mulut saya tak ucapkan kata kata keramat tu. Saya harap sampai masa nya saya boleh cakap, dan biarlah awak orang nya.

p/s : masa akan berlalu, biarkan hidup aku yang sunyi walaupun penuh rama rama.

No comments:

Post a Comment