Hari hari yang aku lalui tak macam hari hari yang sebelum ni.
Jangan pelik pulak dengan ayat aku ni ha. Sebab da memang betul pun. Selepas cuti baru ni, cuti yang takde la lama sangat pun kan, aku pegi kelas macam biasa lah kan. Cuma rutin melepak tu da tak ada. Aku tak tahu kenapa da takde. Mungkin sebab kehadiran ahli ahli nya jugak. Dan seperti biasa aku lah ahli tetap yang sentiasa menunggu kehadiran lagi dua ketul manusia tu.
Sepatut nya hari ni kami duduk melepak kat kolej. Tapi sorang pun tak muncul. Kami melepak bukan buang masa ye. Sila faham, sebab sambil kami melepak tu kami buat assignment masing masing. Kami bukan budak budak pun. Aku jadi kepelikan bila masuk hari khamis ni, sekali pun aku takde nampak bayang Arishman. Aku ada tanya jugak dekat Zoreh. Dia pun tak tahu ape cerita. Aku cuma pesan suruh call Arishman esok. Risau kot kot dia sakit semula ke. Biasa lah kan, susah nak contact beliau tu memandangkan beliau antara manusia yang tak pakai handphone nie. Memang gamble sungguh hidup beliau nie.
Mana pegi three musketeers?
Maka dengan esok, bermula nya hari jumaat yang aku tak pegi kolej. Damn! Bosan kowt kalau tak pegi kolej. Aku berkira kira nak pegi rumah Ayah Ude, memandangkan hari sabtu ni ada majlis sambut menantu pulak dekat rumah Abang Emi. Apa aku nak buat esok ye?
p/s : termenung pandang lantai dekat restoran tadi. bahawa betapa hidup aku mula nampak kesunyian dan kebosanannya.
No comments:
Post a Comment