JellyPages.com

Thursday, May 24, 2012

Sama Rata

Konsep sama rata ialah bermaksud sama adil. Sama banyak, sama sikit. Haaa...dapat tak? Cerita dia aku tengah final exam sebenarnya sekarang ni. Disebabkan final exam aku rasa macam serabut ala ala study sangat. Tapinya aku tak berapa nak study jugak. Sikit sikit je, buat revision. 2-3 hari ni bosan. Sangat, taktahu nak buat apa sampaikan aku mesej dengan orang tak sepatutnya pada pukul 12.45malam. Motif? Bosan! Haaa...Kesian Mat jadi mangsa bosan aku. Sebenarnya mesej tanya pasal FB dan twitter beliau sahaja. Takde idea. Sebenarnya taknak cerita pun pasal Mat. Aku nak cerita pasal benda lain. Pasal konsep sama rata yang aku cakap mula mula tadi tu lah.

Memandangkan bosan, topik pun bosan jugak. Iaitu topik cinta sama rata. Merepek tak cinta sama rata. Lebih kurang macam sama adil antara sesama pasangan. Tahu kan macam mana rasa tak best nya bila kena game. Kan? Kan? Haaa.....So, nak cakap la sikit. Kalau rasa taknak kena game, berlaku adillah terhadap pasangan anda. Kalau korang taknak GF/BF korang keluar dengan orang lain, korang pun jangan lah keluar dengan orang lain. Kalau korang taknak GF/BF korang texting dengan girl/boy lain korang jangan lah buat benda yang sama. Cerita dia kat sini, kalau korang taknak pasangan korang buat benda yang korang tak suka, so korang jangan lah buat benda yang sama. Kalau korang buat tanpa pengetahuan pasangan korang, benda ni akan berbalik semula dekat korang. Pernah dengar pepatah What goes around comes around tak? Dari situ kita tahu yang apa apa yang kita buat kat orang, tak mustahil orang akan buat balik kat kita. Sama ada secara sengaja atau tak sengaja, sama ada secara sedar atau tidak.

Actually, bukan dalam bercinta je korang nak kena ikut rules ni. Tapi dalam hidup sendiri pun kenalah ingat. Allah dan menjanjikan balasan kepada setiap apa yang kita buat. Allah tu Maha Kuasa. Dia boleh buat apa je. Aku cakap ni pun untuk diri aku sendiri jugak. Banyak da aku tengok benda da jadi, sedar tak sedar banyak jugak yang aku da komen. Bila da tergigit lidah sendiri mulalah rasa sakit. Menjadi pemerhati tu kan lebih baik. Abang aku (Paan) tengah bersuka ria sekarang ni. Sampai jadi hyper gile. Takpe lah. Kita biarkan dia nikmati kebahagiaan itu. Aku pun nak tengok dia bahagia jugak. Dulu da selalu sangat rasa bahagia. Sekarang nak jugak bagi peluang kat orang lain rasa bahagia. Ehh ehh..Berlagak pulak kita ni.

Merapu banyak sangat dah ni. Nanti aku sambung semula. Kita tengok apa yang aku nak buat masa cuti sem nanti. Seminggu je pun. Tak payah nak suka sangat shifa. Okbai!

Friday, May 18, 2012

Ada Musim

Ehh ehh..lama aku tak update. Jenguk tu da selalu da. Cuma post entry je tidak. Takde idea sebenarnya memandangkan sekarang macam macam hal yang aku kejar sangat. Kononlah dengan nak final nya lagi, lepastu masalah junior junior lagi, masalah hati aku lagi. Ehhh...tiba tiba pulak.

Ok, sekarang aku perati ramai betul yang nak khawin nya kan. Hari tu tak silap aku musim melara. Musim orang putus cinta la, gaduh dengan bf/gf la, status sedih dekat FB la. Macam macam gaya da aku tengok nye. Tapi sekarang aku rasa musim orang nak khawin pulak. Yelah, da nak puasa kan. So, ramai yang cakap nak merasa puasa berdua, puasa dengan husband, puasa dengan wife. Lepastu nak rasa syok beraya umah mertua. Jumpa sedara mara belah mertua. Wahhh aku cakap macam da pro sangat. Sebenarnya takpun. Tapi tu biasanya jawapan jawapan artis. Hehe.

Berbalik kepada cerita musim khawin tadi, dalam bulan 6 saja aku ada 3 jemputan khawin. Dan kesemuanya kawan kawan aku masa sekolah dulu. Baik sekolah menengah ke sekolah rendah. Kira semua cukup pakej. Semua tarikh dekat dekat. Minggu yang berturut-turut. Aku memang nak pergi. Bila lagi nak merasa kawan khawin. 2 Jun kawan aku - Ika nak khawin. 3 Jun kawan aku - Ayu nak khawin tapi aku tak dapat pergi sebab ada kerja. 10 Jun pulak, kawan aku - Lynn nak khawin. Sebelum tu dalam minggu lepas tak kot, kawan aku Hidayah bertunang. Sebenarnya ramai je yang khawin, tunang. Asal aku bukak FB je terpampang gambar nikah dia orang. Gambar tunanglah. Sampaikan ada sorang member aku ni entah datang dari mana idea dia, anta mesej dekat aku. Cakap dia nak bertunang 1 Jun nanti. Dia cakap jemputlah datang rumah. Aku da lama tak contact dia. So, aku cakap la Insya Allah aku datang dan tak lupa jugak ucapan Tahniah. Macam biasalah kan. Lepastu dia gelak gelak. Dia tanya apsal aku ambik serius. Aku cakap la, benda gini mana ada orang main main. Rupanya dia menipu. Sebabnya konon macam bengang sebab ramai member member da khawin, da tunang. Cehhh!! Bengong sungguh. Tak pasal pasal dia kena maki dengan aku.

Apa yang aku nak cakap, kepada kawan kawan yang tengah counting day menuju hari bahagia tu aku ucapkan semoga bahagia. Berkekalan hingga ke akhir nyawa. Relax relax je weii..Jangan gelabah. Tidur awal, dapatkan rehat yang secukupnya. Minum air masak banyak banyak. Lepastu doalah bagi tenang sikit hati tu. Buat solat hajat, mintak supaya semuanya dipermudahkan. Aku taknak khawin lagi, jangan tanya aku soalan merapu rapu masa wedding korang nanti. Percayalah, setiap kali dapat invitation dari korang semua aku sengih je. Suka weiii..kawan kawan khawin. Jumpa nanti okai?

Sunday, May 6, 2012

Masa Depan dan Kisahnya

2 Minggu lepas Abah ada tanya aku nak sambung belajar terus ke macam mana lepas habis belajar ni. Aku jawablah kalau boleh lepas habis belajar ni dalam masa setahun nak kerja dulu. Lepastu baru sambung. Tapi tengok atas keadaan dan kerajinan jugaklah. Lepastu Abah ada cakap dia cadang nak bukak syarikat printing dan dia ada tanya aku berapa kos untuk semua tu. Aku cakap paling ciput pun kena ada mesin yang harga RM10k tu. Itu pun kena tengok atas market sekarang. Kalau ada rezeki dapat la murah dan elok sikit. Lepastu Abah cuma angguk je. Aku anggap benda tu sekadar cakap kosong dan borak borak biasa je.

Minggu lepas, Along aku pulak panggil aku. Dia cakap ada benda nak bincang. Pasal bisnes katanya. Setahu aku takde pulak aku ada apa apa bisnes dengan dia. Malah perancangan pun takde. Aku duduk dekat kerusi meja makan. Lagi sekali, aku kena tanya soalan yang sama. Pasal printing jugak. Aku cakap la kalau boleh aku nak benda yang more kepada Print Ads. (Advertising) Sebab bagi aku benda tu senang nak tengok market segmentation nya. Benda nak kena buat research ni aku agak berminat jugak la. Lepastu Along aku cakap, oklah benda ni boleh diketengahkan. Aku gelak je. Ingat dia main main. Last last Abah aku cakap memang benda ni serius. Kira macam family punya bisnes. Aku pun dalam nada serius jugak cakap lah, memandangkan aku takde skill nak melukis dan takde la kreatif mana, so Along aku bertindak sebagai pelukis, atau pembuat sketches. Aku pulak gerak kerja dengan design dalam komputer. Termasuk adik aku jugak.

Dan tadi, Mak aku pulak cakap buat sekali dengan bisnes Studio Photography. Aku ni macam tak caye je. Tapi Mak aku kata insya Allah ada rezeki lebih booleh je nak buat. Manfaatkan apa yang ada. Apa yang aku da belajar. Aku tarik nafas dalam dalam. Betul ke apa yang aku da bincangkan dengan family aku ni? Macam tak caye je. Aku berdoa semoga setiap apa yang aku inginkan akan jadi kenyataan. Alhamdulillah, da nampak perubahannya. Insya Allah kalau betul la ada rezeki, dan aku usaha lebih sikit. Berjaya lah seperti yang aku nak. Syarikat printing bersama studio photography. Tak sia sia aku duduk rumah selama berbulan ni haa tak keluar apa semua. Duk buat research dan segala macam benda. Hidup susah buat aku sabar tunggu setiap apa yang datang. Dan setiap peluang yang muncul, aku sambut dengan harapan akan membawa perubahan dalam hidup aku. Insya Allah.

Bahawasanya, aku da nampak cahaya masa depan aku dekat hujung jalan. Walaupun jauh lagi, tapi aku tahu tak lama lagi aku akan sampai jugak. Bukan secara berseorangan. Tapi dengan keluarga aku. Insya Allah dengan izin - Nya. Semoga di permudahkan. Amin..

Thursday, May 3, 2012

Bulan Mei Itu

Eh.. eh.. Ehem..Bosan gila kan life sekarang. Takde apa nak dibuat setelah selesai event GabunngArt hari tu. Yang aku tahu duduk rumah, baring baring termenung pandang siling bilik, lepastu makan, pegi kolej. Benda yang sama je. Tak fun langsung! Yelah event da habis, so da takde apa nak buat. Tapi...masih aku tetap kena pegi kolej walaupun pada hari aku takde kelas. Setiap kali lalu lalang dekat area studio mesti aku terpandang dinding mural yang kosong tu. Sepatutnya aku da siapkan, tapi mana entah semangat aku nak buat semua tu. Semua macam benda tergendala. Lagi best ialah bila spray yang aku beli satu kotak tu habis hilang entah ke mana. Aku tak tahu musibat mana yang rembat aku punya spray. Ingat aku beli guna daun aku kutip jalan gamaknya. Haihh..Paneh tul hati ni.

Sekarang, tengah menyiapkan segala macam projek assignment memandangkan da nak final hujung bulan Mei ni. Macam biasalah terkejar sana sini. Tapi luluh pulak rasa bila setiap kali lalu dekat Admin ternampak notis bertampal tulis pasal yuran yang nak kena bayar. Haihhh...tu lagi satu hal. Berat je rasa nak melangkah mana mana. Satu yang aku tambah perasaan, kolej da tak fun lagi macam dulu. Aku pun suka buat hal aku sendiri. Sejak habis Gabung hari tu, aku da tak keluar malam. Sebab aku rasa da takde apa yang nak aku buat. Aku keluar pun dengan family aku je. Boring kan life aku. Yang aku tahu sekarang ni aku duk tengok movie je. Actually tengah melara tapi aku abaikan je. Hehh..Ok, tak kelakar.