2 Minggu lepas Abah ada tanya aku nak sambung belajar terus ke macam mana lepas habis belajar ni. Aku jawablah kalau boleh lepas habis belajar ni dalam masa setahun nak kerja dulu. Lepastu baru sambung. Tapi tengok atas keadaan dan kerajinan jugaklah. Lepastu Abah ada cakap dia cadang nak bukak syarikat printing dan dia ada tanya aku berapa kos untuk semua tu. Aku cakap paling ciput pun kena ada mesin yang harga RM10k tu. Itu pun kena tengok atas market sekarang. Kalau ada rezeki dapat la murah dan elok sikit. Lepastu Abah cuma angguk je. Aku anggap benda tu sekadar cakap kosong dan borak borak biasa je.
Minggu lepas, Along aku pulak panggil aku. Dia cakap ada benda nak bincang. Pasal bisnes katanya. Setahu aku takde pulak aku ada apa apa bisnes dengan dia. Malah perancangan pun takde. Aku duduk dekat kerusi meja makan. Lagi sekali, aku kena tanya soalan yang sama. Pasal printing jugak. Aku cakap la kalau boleh aku nak benda yang more kepada Print Ads. (Advertising) Sebab bagi aku benda tu senang nak tengok market segmentation nya. Benda nak kena buat research ni aku agak berminat jugak la. Lepastu Along aku cakap, oklah benda ni boleh diketengahkan. Aku gelak je. Ingat dia main main. Last last Abah aku cakap memang benda ni serius. Kira macam family punya bisnes. Aku pun dalam nada serius jugak cakap lah, memandangkan aku takde skill nak melukis dan takde la kreatif mana, so Along aku bertindak sebagai pelukis, atau pembuat sketches. Aku pulak gerak kerja dengan design dalam komputer. Termasuk adik aku jugak.
Dan tadi, Mak aku pulak cakap buat sekali dengan bisnes Studio Photography. Aku ni macam tak caye je. Tapi Mak aku kata insya Allah ada rezeki lebih booleh je nak buat. Manfaatkan apa yang ada. Apa yang aku da belajar. Aku tarik nafas dalam dalam. Betul ke apa yang aku da bincangkan dengan family aku ni? Macam tak caye je. Aku berdoa semoga setiap apa yang aku inginkan akan jadi kenyataan. Alhamdulillah, da nampak perubahannya. Insya Allah kalau betul la ada rezeki, dan aku usaha lebih sikit. Berjaya lah seperti yang aku nak. Syarikat printing bersama studio photography. Tak sia sia aku duduk rumah selama berbulan ni haa tak keluar apa semua. Duk buat research dan segala macam benda. Hidup susah buat aku sabar tunggu setiap apa yang datang. Dan setiap peluang yang muncul, aku sambut dengan harapan akan membawa perubahan dalam hidup aku. Insya Allah.
Bahawasanya, aku da nampak cahaya masa depan aku dekat hujung jalan. Walaupun jauh lagi, tapi aku tahu tak lama lagi aku akan sampai jugak. Bukan secara berseorangan. Tapi dengan keluarga aku. Insya Allah dengan izin - Nya. Semoga di permudahkan. Amin..
Sunday, May 6, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment