JellyPages.com

Thursday, May 24, 2012

Sama Rata

Konsep sama rata ialah bermaksud sama adil. Sama banyak, sama sikit. Haaa...dapat tak? Cerita dia aku tengah final exam sebenarnya sekarang ni. Disebabkan final exam aku rasa macam serabut ala ala study sangat. Tapinya aku tak berapa nak study jugak. Sikit sikit je, buat revision. 2-3 hari ni bosan. Sangat, taktahu nak buat apa sampaikan aku mesej dengan orang tak sepatutnya pada pukul 12.45malam. Motif? Bosan! Haaa...Kesian Mat jadi mangsa bosan aku. Sebenarnya mesej tanya pasal FB dan twitter beliau sahaja. Takde idea. Sebenarnya taknak cerita pun pasal Mat. Aku nak cerita pasal benda lain. Pasal konsep sama rata yang aku cakap mula mula tadi tu lah.

Memandangkan bosan, topik pun bosan jugak. Iaitu topik cinta sama rata. Merepek tak cinta sama rata. Lebih kurang macam sama adil antara sesama pasangan. Tahu kan macam mana rasa tak best nya bila kena game. Kan? Kan? Haaa.....So, nak cakap la sikit. Kalau rasa taknak kena game, berlaku adillah terhadap pasangan anda. Kalau korang taknak GF/BF korang keluar dengan orang lain, korang pun jangan lah keluar dengan orang lain. Kalau korang taknak GF/BF korang texting dengan girl/boy lain korang jangan lah buat benda yang sama. Cerita dia kat sini, kalau korang taknak pasangan korang buat benda yang korang tak suka, so korang jangan lah buat benda yang sama. Kalau korang buat tanpa pengetahuan pasangan korang, benda ni akan berbalik semula dekat korang. Pernah dengar pepatah What goes around comes around tak? Dari situ kita tahu yang apa apa yang kita buat kat orang, tak mustahil orang akan buat balik kat kita. Sama ada secara sengaja atau tak sengaja, sama ada secara sedar atau tidak.

Actually, bukan dalam bercinta je korang nak kena ikut rules ni. Tapi dalam hidup sendiri pun kenalah ingat. Allah dan menjanjikan balasan kepada setiap apa yang kita buat. Allah tu Maha Kuasa. Dia boleh buat apa je. Aku cakap ni pun untuk diri aku sendiri jugak. Banyak da aku tengok benda da jadi, sedar tak sedar banyak jugak yang aku da komen. Bila da tergigit lidah sendiri mulalah rasa sakit. Menjadi pemerhati tu kan lebih baik. Abang aku (Paan) tengah bersuka ria sekarang ni. Sampai jadi hyper gile. Takpe lah. Kita biarkan dia nikmati kebahagiaan itu. Aku pun nak tengok dia bahagia jugak. Dulu da selalu sangat rasa bahagia. Sekarang nak jugak bagi peluang kat orang lain rasa bahagia. Ehh ehh..Berlagak pulak kita ni.

Merapu banyak sangat dah ni. Nanti aku sambung semula. Kita tengok apa yang aku nak buat masa cuti sem nanti. Seminggu je pun. Tak payah nak suka sangat shifa. Okbai!

No comments:

Post a Comment