JellyPages.com

Wednesday, March 30, 2011

Kawan Ke?

Kadang ada kawan pun kena maki, takde kawan pun kena maki. Tak buat salah pun orang tak suka, buat salah lagi orang tak suka. Ada orang suka cari alasan tuk bergaduh dengan kita walau dia takde masalah pun dengan kita. Ada orang nak ajar kita tentang kematangan tapi kadangkadang dia sendiri yang tak matang. Ada orang rasa semua orang suka dia padahal dia tak sedar orang yang selalu sokong dia buat macammacam yang tu lah yang kutuk time tengah gaduh. Bercakap soal kelemahan diri kepada kawan sendiri umpama bercakap soal caci maki dengan musuh di kemudian hari.

Aku taknak cakap banyak, cukup la aku cakap soal jatuh bangun kita orang kadang taknak ambik peduli pun. Tapi orang suka time kita tengah jatuh. Yang tu lah akan jadi bahan tuk di caci maki. Ada orang rsa sangat bermaharajalela bila semua orang tak boleh nak lawan cakap dia. Bukan tak boleh, tapi mulut tu longkang sangat. Da tahap macam parit. Katak pun tak sudi nak jengah. Ni kan pulak manusia. Bila kita ada duit, ada kelebihan, ada kepentingan, masa tu kita akan digunakan. Tapi kita tak sedar, sebab kita 'baik' sangat. Masa tu kita lah dewi, kita lah raja, kita lah kawan, kita lah sayang. Tapi bila gaduh, yang tu lah yang celaka, yang tu lah yang sial, yang tu lah anak haram dan yang tu lah sundal.

Nak cakap pasal orang, selidik dulu dalam kain kita sendiri. Cukup lengkap ke diri tu? Masa ni kita bercakap pasal orang, masa ni kita menjaja cerita keburukan orang dan masa ni kita tengah bersorak sorai pasal kejatuhan orang. Tapi akan datang, kita pulak akan rasa benda yang sama. Kalau kita rasa kita cukup sempurna, sila kan. Penuh ilmu di dada, cukup berakhlak sila kan. Menyentuh pasal kesempurnaan, takde pulak siapa yang sempurna. Bila ada kesalahan pasti ayat tipikal nya, "manusia, mana ada yang sempurna." Tau pulak bila da kena batang hidung sendiri. Tapi, bila sedap menjual cerita, berplastikplastik pasal orang lain takde pulak nak petik ayat magik tu kan? Yelah, manusia kan. MANA ADA YANG SEMPURNA.


Monday, March 28, 2011

Simpang Empat

Nak jaga hati orang sangat susah. Tapi nak jaga hati sendiri lagi susah. Tak tahu kenapa, aku lebih pentingkan hati orang lain dari hati aku. Aku rela orang cakap bukanbukan pasal aku dan aku masih diam. Tak melawan. Sebab konsepnya kat sini aku tahu bila once kita da melawan atau menjawab, benda nya akan jadi sangat panjang. Isu tu akan jadi berganda-ganda. Kadangkadang benda yang takde sangkut paut pun termasuk sekali.

Aku memang manusia yang tak suka bergaduh. Tak suka panjangpanjangkan cerita. Sebab aku da penat. Penat berperang dengan perasaan bilamana aku tak tahu nak berpihak pada sapa. Ada orang cakap, tak sebelah manamana pihak. Tapi ada ke macam tu? Susah. Sangat susah. Aku harihari doa, supaya hidup aku tak jadi makin complicated macam sekarang ni. Tapi aku tahu, makin bertambah usia, makin banyak dugaan yang menanti kita. Macam hipotesis kita belajar masa sekolah dulu. Macam tu lah lebih kurang.

Berterus-terang. Itu lah benda yang paling aku tak pandai. Menipu apatah lagi. Memang aku tak pandai menipu. Kadangkadang terlebih jujur. Silap besar kalau nak suruh aku menipu. Kompem aku tergagap-gagap. Cakap tak berbijik butir, orang Pekan kata. Tapi, bila aku cakap betul, orang masih tak percaya. Mana aku nak letak semua kepercayaan orang? Nak je buang dalam Sungai Pahang. Tapi kalau lah boleh buat macam tu, tak ke senang.

Dalam dunia kita diberi terlalu banyak pilihan. Aku sekarang macam duduk dekat simpang empat. Tak tahu nak masuk simpang mana. Kalau test JPJ ni mau haru jadi nya. So, sampai hari ni aku masih berdiri antara empatempat simpang tu. Tengok la manamana yang aku pilih nanti. Semua nya bergantung kepada keadaan dan masa. Setiap simpang membawa dugaan yang berbeza. Cuma aku rasa tak cukup kuat nak lalui satusatu simpang tu.

Sunday, March 27, 2011

Sumpah

Cinta itu ibarat aiskrim. Aku sendiri tak tahu celah mana aku dapat istilah ni. Tibatiba je. Ibarat aiskrim sebabnya apa? Sebab bila da cair baru reti nak jilat. Take note, jilat macam aiskrim dekat mcD tu lah lebih kurang. Sehabis daya kita jilat supaya aiskrim tu tak cair. Bila cair aiskrim tu akan menitik and then akan menyebabkan jari jemari akan melekit-lekit. Kita tak suka kan bila da melekit macam tu. Nak kena pegi toilet basuh apa sume.

Hati boleh penat bila asyik pikir benda yang tak penting macam ni sume. Aku kalau boleh asyik harap dapat flash-back atau senang cerita betulkan apa yang tak betul. Macam boleh je kan? Memang tak boleh pun. Aku adalah manusia yang paling tak suka manusia yang da buat janji dengan aku. Janji dengan sumpah laen ok. Aku bengang. Aku rasa macam aku ni tak layak untuk bersuara. Aku rasa aku ni langsung tak dihormati waima sebagai seorang kawan sekalipun. Berbelit da cerita aku ni sebenarnya. Ada orang yang selalu rasa diri dia sangat berharga di mata semua orang. Terasa diri dia sangat la 'hot' dan 'market'. Disukai dan digilai oleh semua orang. Ok, aku da penat dengan semua situasi tu. Aku rasa macam nak patah balik. Tapi macam tak boleh. Setelah hampir 2bulan lebih, akhirnya malam ni aku da berjaya mengalirkan air mata. Tapi sayangnya aku tak sepenuh hati. Apa yang aku rasa semua tak sama.

Boleh tak kalau aku cakap aku nak jadi macam dulu? Aku cuma mintak orang faham aku macam mana aku faham orang. Tapi, sampai sekarang takde. Langsung takde. Aku penat macam ni. Berani kau sumpah dengan aku cakap macammacam. Kau tak takut ke kau termakan sumpah, kau merana sebab aku? Aku memang takde hati langsung kat kau, tapi tak payah nak sumpahsumpah. Aku sayang kau macam abang aku sendiri. Tapi aku harap kau tak muncul dalam alam nyata hidup aku. Aku taknak langsung. Sebab kau banyak sakitkan hati aku. Kenapa aku nak kena emosi sangat pasal kau? Sebab kau ego! Kau buat macam aku yang terhegeh-hegeh dekat kau. Tapi yang nyata nya, kau yang selalu janji bukanbukan dengan aku. Kau letakkan ego kau sebagai lelaki di tangga yang teratas. Aku bernasib malang, sebab takde siapa yang tahu dan percaya apa yang aku cakap. Balikbalik nampak aku yang macam terhegeh-hegeh dekat kau. Aku penat! Selalu tuding jari dekat aku kalau aku tak layan kau, tapi bila aku cari kau, kau buat tak tahu. 2-3 hari ni kau selalu kena perli dengan aku. Sakit tak? Ke rasa sangat best? Aku nak buat lagi macam tu.

Lepasni tak payah da cari aku. Aku da malas. Sampai semua orang nampak kau yang hebat dan cool, buta hati, buta mata. Serius, aku benci kau!

Thursday, March 24, 2011

Study sangat

Kertas bersepahsepah atas katil. Dari hujung kaki sampai hujung kepala. Sampai aku tak tahu nak duduk mana. Aku cuma nak cakap aku tengah study math, esok aku ada exam. Katil tengah serabut, aku pun tengah serabut.






p/s : saje gedik post entry

Wednesday, March 23, 2011

Siapa?

Aku masih lagi dalam mood exam. Actually ade effect ke kalau aku exam pun. Aku ni macam orang tak exam je gaya nya. Aku baru settle dua paper, paper Contemporary Business dengan paper RVG (Reading, Vocab and Grammar). Semua nya buat aku jadi blur bila nak buat ayat. Aku tak tahu lah apa yang aku mencarut kali ni. Lately ade je benda yang tak kena jadi. Macam entry aku yang baru ni, kaki aku terkena toolbox besi. Aku lepak hostel budakbudak hostel tanya kenapa dengan kaki aku. Balik rumah kakak aku tanya jugak kenapa dengan kaki aku. Jawapan nye sama je, tak lari sikit pun, kena toolbox. Cool giler cara jawab. tapi soalan kakak aku tadi yang tak boleh bla nya,

"Awak nanges tak?"

Ape kejadah aku nak menanges nye. Sedih sikit ada la. Sebab pedih gell. 2-3 menjak ni aku ada tertanya. Milik siapa hati aku ni? Siapa yang aku tengah sayang sekarang ni? Siapa yang aku tengah tunggu sekarang ni? Dan aku memang takde jawapan sebab aku memang takde siapasiapa sekarang ni. Hati aku kosong. Sekosong hidup aku yang entah apaapa ni. Tadi aku dapat text dari someone. Dari seorang 'kawan'. Aku tak tahu nak klasifikasikan di tu sebagai apa. Sebab aku sendiri confuse dengan relationship kami. Senang cerita, aku rasa dia 'kawan' aku je..'kowt'.

Dia terasa dengan aku barangkali sebab aku takde mesej dia pun. Dia cakap asyik dia je yang mesej aku. Owhh..come on la bhai. Lepastu aku cakap la yang aku sibuk sangat pagi tadi. Aku study sampai tak cara langsung dekat henpon aku. Pastu dia cakap dengan dia je aku tak layan, tapi orang laen aku layan je. Aku masih cool lagi masa dia cakap cam tu. Aku cakap la, sedangkan dengan adik aku pun aku tak mesej hari ni, ni kan pulak aku nak mesej dia. Aku cakap yang aku betulbetul sibuk. Baru tengah hari tadi aku cakap yang hidup aku sangat tenang hari ni sebab takde orang mesej aku. Maksud nye orangorang yang tak diigini. Aku pelik, apsal nak terasa dengan aku. Selama ni aku tak mesej dia tak heran langsung. Ramai lagi manusia yang dia boleh mesej. Kadang aku terasa hati dengan dia. Sebab depan aku dia tak layan berapa baik. Kadang cakap ikut sesedap rasa. Sampai kadang aku terasa. Tapi aku jenis malas nak ambik port sangat. Lantak kau lah nak cakap apa. Tapi....ade tapi tu. Bila dalam mesej, dia mengharapkan supaya aku layan dia.

Aku penah cakap dekat adik aku. Situasi win-win sekarang ni. Atau, what u give u get back. Aku tak boleh buang semua tu. Dia yang layan aku macam tu so aku layan macam tu. Kalau dia nak aku layan dia baikbaik, layan la aku baikbaik. Cukup la sekali peristiwa pahit hari tuh. Buat aku betulbetul trauma sampai aku takut dengan lelaki. What the hack aku nak takut lelaki? Aku malas nak cerita kat sini. Tapi entah kenapa tibatiba aku keluarkan statement bahawa, 'aku takut lelaki'. Adik aku cakap tak patut aku buat macam tu. Tapi sekarang aku faham satu benda, tau tak konsep iaitu 'kerana nila setitik, rosak susu sebelange?' Aku tahu tak semua lelaki macam tu. Tapi tu lah konsep nye. Aku jadi takut, aku jadi fobia, aku jadi trauma. Tak boleh nak buang da. Aku taknak kawen. Aku taknak ade kawan lelaki sekalipun. Tapi tipu bebenor kalau aku keluarkan statement macam tu. Mau kena maki.

Aku nak jalani hidup yang normal. Macam tak normal pulak rasa sebelumsebelum ni. Yelah, sebelum ni tak normal sebab macam tah apaapa. Soalan yang sama macam kat atas tadi tu. Siapa sebenarnya yang aku tunggu? Siapa? Siapa? Dan siapa? Aku sendiri tak tahu.

p/s : aku tak jawab lagi tag eydashahida. nanti saya jawab tag awak ye sayang.

Monday, March 21, 2011

Terluka, di timpa malang

Hari ni aku takde kelas. Takde kelas sebab minggu ni aku da mula ade mid-term exam. Tak sedarsedar lagi aku ni ade mid-term pun masih lagi boleh update blog. Kemain lagi. Bila hari ni da takde kelas so aku decide nak study je. Da berapa hari aku cuti tapi bila study masih tak boleh nak masuk dalam kepala otak aku ni. Aku tak tau ape yang aku pikir sangat sampai tak boleh nak masuk. Tak berapa nak boleh sebenarnya.

Hari ni aku ada penyakit. Bukan hari ni tapi da lama sebenarnya penyakit aku ni. Penyakit malas nak mandi. Tapi hari ni aku ada alasan yang kukuh untuk malas mandi.

luka yang dalam

Luka ni aku dapat masa aku terlanggar toolbox kat rumah kawan aku. Macam mana boleh terlanggar tu pun aku tak tau. Mungkin sebab parking kereta tempat sempit, aku nak lalu susah, lepas tu aku terlanggar. Masa langgar tu aku just rasa pedih je dan nampak calar sikit. Bila da masuk dalam rumah, aku tengok da nampak putihputih macam isi terkeluar. Ferghh..! Masa tu aku da tak tau nak cakap apa. Aku duduk atas sofa and then tengok luka tu dalam sebenarnya. Boleh lagi buat cool tapi bila tang nak mandi, nak ambik air sembahyang, nak meraung rasa.

So, sekarang da pukul 1lebih, tapi aku masih tak mandi. Aku malas. Bukan malas saja tapi malas sebab tak tahan pedih oow. Sekian laporan terkini.

p/s : semalam yang penuh kepahitan

Saturday, March 19, 2011

Mencintai Kamu

Bila kita da dapat, tak selama nya kita akan bersama. Tak gitu?


p/s : aku sayang semua.

Sibuk

Banyak assignment tertunggak, memang best rasa hidup ni kalau da malas tahap gaban. Bukan setakat assignment tertunggak tapi jugak kemalasan untuk mengulangkaji pelajaran. Giler skema ayat. Minggu depan aku ada mid-term exam. Da lama aku tak rasa ada examexam ni. Last tinggal 3tahun lepas. Semua tu da berlalu da. Bahana nak mid-term ni entah macam mana pulak aku boleh demam. Nak kata aku berembun, selalu keluar malam tak pulak kan. Aku da jarang keluar malam ke? Macam tak percaya je aku da lama tak jadi langsuir.

Perkara utama yang menyebabkan aku jarang keluar malam sebab adik aku kerja. Dia pun da tak boleh balik lewat sangat, so memang bagus la kan kami tak keluar malam. Sebab kedua, aku jadikan alasan yang aku cakap kat atas tu iaitu aku ada assignment dan juga aku rajin sangat study nya. Aku takut nak hadapi mid-term ni. Aku rasa aku di ancam bahaya. Cehh.. ayat cam apa je. Aku rasa di ancam bahaya sebab kat sini bersaing secara terang-terangan. Yelah, budak batch aku berapa kerat sangat la kan. Tak ramai pun. So, bila ada kekurangan tu rasa sangat tak best. Aku tak tahu kenapa aku fight gilergiler tuk kolej kali ni. Dulu belajar malas. Tapi macam mana pulak aku boleh cakap aku fight gilergiler sedangkan aku bersuka ria tak hengat dunia. Study malas, buat assignment malas. Semua nak biar tertunggak. Kenapa macam tu? Entah, aku sendiri tak pasti.

Aku rasa entryentry yang aku post lately sangat bosan. Aku demam kali ni pun bukan macam demam biasabiasa yang aku demam dulu. Permulaan dia ialah bila aku makan sambal belimbing hitam banyak sangat. Then, aku da sakit tekak. Bila sakit tekak, aku kurang minum air. Lepastu aku da mula selseme. Tak tahu la datang dari mana habuknya sampai aku rancak sangat selseme. Bila aku da selseme, aku jadi lemah, lemau dan seangkatan dengan nya. Teruk aku selseme, sampai suara aku macam Ramli Sarip. Eheee. Semalam balik dari kolej anta assignment semua and da siap makan minum dan lepaking bersama kawankawan, aku balik rumah terus cuci muka, basuh kaki, tukar baju. Terus tidur. Serius aku tak larat sangatsangat. Aku cari ubat kat dalam fridge, makan sepam dua, lepastu aku tidur tak sedar diri. Sampai lah pagi ni. Aku bangun awal. Pukul 8, mungkin sebab tak selesa dengan keadaan badan aku yang panas ni.

Aku bangun, buat kerja macammacam supaya badan aku berpeluh. Supaya aku demam tak melarat sampai 2-3hari. Taknak aku. Aku nak exam. Tu je yang aku tau. Petang ni nak menggedik bersama kamera, tapi tak tahu lokasi mana. Saja nak tambah koleksi.

p/s : bosan betul entry aku sekarang ni kan.

Thursday, March 17, 2011

Kyra Tertipu

Baru starting. Tapi serius shit, aku tak rasa apeape. Rasa sangat vongok. Tapi aku suka setiap perubahan yang berlaku dalam hidup aku. Adakala rasa seronok, adakala rasa bahagia dan adakala rasa terduga. Terduga dengan permainan perasaan sendiri. Sebab tu aku panggil love game. Penat semua jiwa dan raga bila da luah semuanya. Tak gitu? Ok,tak payah nak melalut lebihlebih. Ada benda yang aku nak cerita sikit kat sini.

Pagipagi lagi hidup aku disinari cahaya henfon, bunyi-bunyian menusuk kalbu. Macammacam jenis bunyi da henfon aku ni. Kalau yang ni mesej bunyi lain, orang ni mesej bunyi lain. Gedik kan? Ahh. aku peduli apa. Nanti senang aku nak tau siapa yang mesej. Takde la aku tertipu dengan Maxis. Kadang tu semangat aku lari dari hall masuk dalam bilik semata-mata nak tengok siapa yang mesej, n lastlast rupenye Maxis. Buat penat aku je berlari kan. Semata-mata. Aihh. da merepek da ni.

Sebenarnya aku nak cerita semalam on the way aku balik dari bandar setelah keluar makan bersama kawan aku, dia ada buat satu pengakuan. Pengakuan dia memang best giler.

Dia : Sebenarnya aku ada benda nak cakap. Kalau aku cakap, kau jangan marah yek?
Aku : Apa dia?
Dia : Sebenarnya yang gayut dengan Mamad(bukan nama sebenar) semalam tu aku lah.
Aku : Alaaa...babi nya kau!
Dia : Hahahaha. aku dengar suara kau cakapcakap kat belakang. Tapi saje je nak tau. Tu aku tanya kau

Aku : Giler gedik dowh kau nieyh. Eee..geramnya aku. Rasa nak cekikcekik je.
Dia : Hahahaha relax la. Saje je.

Perbualan bukan sampai situ je, banyak lagi. Tapi banyak aku mencarut dan cakap benda bukanbukan je. So, tak payah aku nak cerita kat sini. Tadi pun masa makan tengah hari, aku ada cakap dekat dia.

Aku : Yang tak boleh bla nye semalam, kau tipu aku.
Dia : Hahaha. bolok kau ni.

**Pagi tadi dia mesej aku. Dia mengadu Mamad tak jawab call dia semalam. Aku cakap Mamad kan takde kredit, lepas tu semalam aku cakap la yang Mamad pun takde on9. Aku cakap la sama ada dia keluar takpun dia tidur tak sedar dunia. Lepas tu kawan aku cakap aku ni pandai sedapkan ati dia. Ha'ah yelah. Habis tu apa lagi aku boleh buat kan? Dia gelak je. Tak lama lepas tu dia cakap yang Mamad call. Dan betul la macam aku cakap. Mamad tidur tak sedar dunia, penat sangat, takde kredit. Memang cukup pakej la kemungkinan aku dan juga penerangan Mamad kat kawan aku tu.

p/s : Masa lunch tadi aku moody giler. Mungkin sebab aku tak berapa sihat. Pertama kali kami lunch dengan penuh kedamaian. Sebab takde sesi kutuk mengutuk dan macammacam lagi.

Wednesday, March 16, 2011

Memang



Kalau dah bangang macam ni lah jadi nya. Tak boleh nak tidur. Sakit tekak sebab makan sambal belimbing hitam banyak sangat. Ferghh..!





Monday, March 14, 2011

Owh yeahh! yeahh!

Aku tak tahu kenapa aku giler dengan lagu Grenade - Bruno Mars yang nyanyi. Padahal lagu nya da lama kowt. Aku tak peduli pun. Aku suka lirik lagu dia. Nak2 intro dia. Memang awesome la orang putih cakap. Ye kan?

Easy come, easy go
That’s just how you live, oh
Take, take, take it all,
But you never give
Should of known you was trouble from the first kiss, Had your eyes wide open -
Why were they open?
Gave you all I had
And you tossed it in the trash
You tossed it in the trash, you did
To give me all your love is all I ever asked, Cause what you don’t understand is
I’d catch a grenade for ya (yeah, yeah, yeah)
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
You know I’d do anything for ya (yeah, yeah, yeah) Oh, oh
I would go through all this pain, Take a bullet straight through my brain,
Yes, I would die for ya baby ; But you won’t do the same

Black, black, black and blue beat me till I’m numb Tell the devil I said “hey” when you get back to where you’re from
Mad woman, bad woman,
That’s just what you are, yeah,
You’ll smile in my face then rip the breaks out my car
Gave you all I had

And you tossed it in the trash
You tossed it in the trash, yes you did
To give me all your love is all I ever asked Cause what you don’t understand is
I’d catch a grenade for ya (yeah, yeah, yeah)
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
You know I’d do anything for ya (yeah, yeah, yeah) Oh, oh
I would go through all this pain, Take a bullet straight through my brain,
Yes, I would die for ya baby ; But you won’t do the same

If my body was on fire, ooh You’ d watch me burn down in flames You said you loved me you’re a liar Cause you never, ever, ever did baby…
But darling I’ll still catch a grenade for ya
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
You know I’d do anything for ya (yeah, yeah, yeah) Oh, oh
I would go through all this pain, Take a bullet straight through my brain,
Yes, I would die for ya baby ; But you won’t do the same.
No, you won’t do the same,
You wouldn’t do the same,
Ooh, you’ll never do the same,

Pas tu tang black, black, black and blue tuh, memang part yang aku paling suka. Budak2 kelas aku bising cakap aku asyik ulang part yang tu je kalau nyanyi. hehehe. Aku suka laaa.

p/s : benar ke ape yang aku lalui semalam? cam tak caye je. Nanti lah aku cerita.

Sunday, March 13, 2011

Entah Apa-apa

Aku mula rasa kekosongan.

Cehhh. Giler geli aku punya ayat. Ayat nak best je kadang tu orang cakap. Orang cakap la ye, bukan aku cakap. Da masuk bulan 3. Da terlebih2 masuk da aku rasa ni. Da nak dekat pertengahan pun. Tapi masih sama. Takde perubahan. Tempoh matang da cukup 2bulan, tapi aku masih tak rasa apa2. Aku cuma rasa kosong. Kosong bosan dan yang sangat serabut.

Next week da nak mid term. Tapi aku tak study. Bukan tak boleh fokus tapi aku malas. Bak kata eydashahida, penyakit malas ni takde ubat. Tu kena ubah sendiri. Aku tau dah tu. Cuma kemalasan sedang bermaharajalela.

Aku bosan. Bosan sebab aku serabut. Serabut dengan situasi kat kolej yang mula entah apa2. Aku mula rasa tak seronok dan tak bebas dengan life aku. Aku mula rasa terhimpit dan tersepit. Tak perlu jadi baik sangat. Nanti sendiri yang sakit. Bak kata juice, aku kena pikir pasal diri aku. Kena stop pikir pasal orang lain. Tapi boleh ke masalah nya?

"Kita yang buat dia"-Papa

Ye, kalau aku sendiri yang tak ubah, menda nya tak kan ubah. Gitu lah gamak nya

p/s : nak study subjek business math n contemporary business. huuu subjek nak hebat je

Saturday, March 12, 2011

Friday, March 11, 2011

Bila Tak Maskulin

Aku jadi touching. Aku jadi pikir.
Aku ni siapa agak nya?

Life aku sebenar nya untuk apa?

Nampak sangat aku ni takde fungsi.

Kenapa aku tak tahu apa2?

Siapa aku sebenar nya?

Kenapa aku selalu rasa aku bukan siapa2 buat mereka?

Apa fungsi aku?

Sebab apa aku diperlakukan seperti ini?

Sebab aku tak pandai. Sebab aku takde harta. Sebab hidup aku hanya untuk terima segala keburukan dan segala benda2 yang tak best. Kenapa setiap apa yang aku buat akan nampak silap nya.

Kenapa bila orang lain buat dia tak kena?

Bila aku buat aku kena?

Sebab aku tak mampu bagi apa2 kan?

Sebab aku tak mampu ringankan beban bila di timpa kesusahan kan?

Sebab aku tak mampu nak hulur duit waima rm5 sekali pun kan?

Sebab, buat apa cerita kat aku or cakap kat aku, aku boleh buat apa je kan?

Come on. At least aku boleh tolong tengok2 kan.

Buruk sangat ke kehadiran aku selama 22tahun ni?

Siapa aku di mata mereka dan mereka yang lain?

Aku pun ada impian.

Tapi kenapa sebab hidup aku yang sangat tak fun ni tambah2 tak fun bila aku di layan seperti ini?

Macam biasa. Aku redha. Sebab aku tak de apa2. Terima kasih sebab buat aku rasa 'dihargai' macam ni. This is what we call life!

p/s : hidup aku sangat2 lahanat tuk korang yang da ade life, ade kereta, ade gaji...sekian rasa kecewa aku tak berhasil kali nie

Jiwa maskulin

Semalam punya cerita. Kawan aku accident. Terkejut aku pagi2 dia kol aku ngadu yang dia accident. Terlompat aku dari katil. Ok, tang terlompat tu aku tipu. Dia cakap dia da mengadu dekat kanda kami, mintak tolong sebab kanda kami tu keje dekat bengkel. Tapi kanda nye tak reply mesej dan tak jawab call. Kawan aku ni dah serba salah da. Masa dia call aku mengadu yang kanda kami tak jawab call 2, aku on the way pegi kelas. Haishh...dalam hati aku cakap, kenapa lah maen tak jawab call pulak ni..

Aku sampai kolej, masuk kelas dan pum pam subjek bisnes 2-3kerat pas tu kawan aku call. Cakap yang kanda da call dia semula. Tah ape2 kanda yang sorang tu. Settle da yang tu, masuk lunch hour aku teman kawan aku tu pegi bengkel kanda kami tu. Last2 dia masuk kereta dan cakap nak g makan dia lapar. Ok fine, kami gerak kat tempat makan budak2 POLISAS. Aku tak tahu apa motif aku caps lock POLISAS tu. See, aku caps lock lagi. Ok2, berbalik kepada cerita tadi. After makan, balik semula ke bengkel n gosok2 skit kereta kawan aku tu. Sebab calar nye tak banyak pun. Sikit je tapi sebab dia takut ayah dia marah so dia da cuak bagai nak giler da. Aku serius masa tu diam je. Da tak tahu nak cakap apa da.

Last nya balik ofis dalam keadaan kereta masih tak ok. Aku da serba salah sebab dia da nanges budak nye ni ha. Aku terus call sedara aku. Cakap sal accident nie. Pum pam semua dia cakap dia boleh bawak g bengkel. Polish je. Ye, kawan2. Polish sahaja. Tapi kawan aku ni da teruk da rupe dia. Seperti biasa orang yang accident ni cuak dia laen macam je. Sedara aku datang dalam pukul 2.45 petang. Cuaca panas giler masa tu. Aku da rimas, resah gelisah bagai. Sedara aku bawak kereta tu pergi bengkel. Dia kata aku tak payah ikut. Nanti lama susah pulak. Tak lama lepas tu sedara aku call cakap harga polish kereta tu rm80. Aku terus call kawan aku tu cakap kat dia. Ok, masa call dia tu suara dia da laen. Suara tinggi n macam marah2. Aku cool je masa tu. Dia kata dia tak boleh bayar banyak tu. Dia suh anta balik kereta kat office dia. Ferghh..! Aku pulak masa tu terus call sedara aku cakap kawan aku tak jadi nak hantar. Nak jadi cerita lagi best, sedara aku cakap benda nye da siap. Jantung aku da dup dap. Kawan aku mesej da marah2. Aku ni di antara dua da ni. Faham tak konsep antara dua. Kalau aku ada duit, aku guna je duit aku tuk bayar polish kereta tu. Sebab aku da serba salah dengan sedara dan juga kawan aku tu.

Sedara aku cakap biar dia kautim dulu dengan bos dia. Dia cakap rm30. Aku call kawan aku, cakap yang tu da habis adjust harga da tuh. Dia cakap ok, tapi dia nak tengok kereta tu apa jadi. Ehh..tak puas hati lagi tu nampak nya. Korang nampak tak? Aku cakap ok je. Bila sedara aku datang, aku tengok semua da settle. Takde hal. Aku call kawan aku cakap da settle. Dia turun laju giler kowt. Masa dia jalan tu, muka tak nak senyum langsung. Dia tengok kereta terus dia ok. Aku da cakap, tak nak dengar. Selalu dia cam tu. Nak je aku cepuk.

Balik kerja tu, kami makan lepak dekat benteng. Dia cakap sorry sebab marah aku tadi. Aku pulak jadi tercengang. Memang dia ada marah tapi aku tak rasa apa2. Sebab aku rasa nada dia cakap tu biasa2 je. Aku pulak layan je dia cakap masa nak settle hal tu. Aku cakap satu je dekat dia,

"aku bersyukur aku ni berjiwa maskulin. sebab aku tak rasa pun ko marah aku tadi. walaupun sebelum ni macam2 hal jadi sebab jiwa maskulin aku ni. tapi kali ni ko mesti faham kan kenapa aku jadi macam ni."

Dia angguk dan gelak. Ye, kami memang selalu gaduh. Mungkin sebab selalu gaduh so kami jadi macam ni. Aku tak kesah. Sebab selagi aku hidup, selagi aku boleh tolong aku tolong. Walaupun aku tahu aku tak mampu nak tolong dari segi kewangan sebab aku ni takde apa2. Tapi apa guna nya aku sebagai seorang kawan tapi tak mampu nak tolong kawan dia, waima nasihat sekalipun. Aku tahu aku ni bukan nya betul sangat pun dan bukan nya baik sangat pun. So, mana betul nya nasihat aku tu kan? Renung-renungkan dan selamat beramal. Hahh. gituwww..

p/s : nama kawan terpaksa di rahsia kan

Monday, March 7, 2011

Pereka Design Rekaletak

Bila cakap soal design, aku memang serius. Walaupun aku tau aku tidak lah hebat mane bab mendesign ni. sekadar lite2 je bak kata budak2 U aku dulu.

Budak2 sekolah mak aku tengah rancak buat design baju tuk ex-student form five tahun lepas. Jangan pelik bila aku terlibat sama dengan benda2 macam ni. Fungsi aku cuma proceed design dan tengok mana2 yang patut. Kalau dulu aku pernah tension bilamana aku da buat design n last kene reject atau ayat paling best iaitu, "sila redo." Bila ayat tu keluar muka aku mesti da merut giler. Memang bila buat design tah pape aku tak kesah sangat tapi bila buat design dengan semangat juang dan finally ayat tu keluar, ferghhh!! Penat ok.

Sekarang, turn aku pulak terima design tuk di proceed. Aku tau budak yang buat design n masuk warna tu tengah tension. Sebab aku cakap nak itu ini. Kena masuk warna baju jugak kalau nak letak design. Baru tau sesuai ke tidak. Dari tengah hari tadi dia duk anta mms kat aku. Aku keje nye cakap mana nak kene betulkan. Dan last tadi dia anta mms baju yang da masuk warna beserta design. Kesian dia sebab dia guna warna air. Susah sebenarnye bila tak guna software. Aku tak pandai pun semua benda ni. Aku tengok atas kesesuaian dan juga prinsip asas logo dan design tu. Boring? Ye dak? Aku kalau cakap bab design memang aku serius. Macam tadi aku melilau cari boxboard tuk kelas drawing esok. Bila aku da sampai dekat Popular tu, aku tanya budak dekat situ, reaksi dia...

"Haaa?? Boxboard? Ape tu?!"

Aku tarik nafas dalam2 kot masa nak explain tu. Ok, aku penat jalan. Bila sampai takde. Kecewa tak? Kecewa ok. Bila aku da explain, budak tu cari la dekat rak2 yang sepatutnya. Dan memang nyata, benda alah tu takde. Yang aku ni lagi sekali, muka da kecewa gell terus blah dari Popular tu.

Sekarang ni aku tengah pikir, mana aku nak cari benda alah tu esok. Aku da terbayang2 kedai print kat belakang kolej aku tu. Ada la kot. Kalau takde, hari lusa orang da tak kan nampak da kedai dia. Tinggal abu je. Sekian laporan terkini.

p/s : sibuk dengan subjek bisnes. takut ok.

Thursday, March 3, 2011

Fuhhh..!

Ni bukan rancangan Fuhh!! yang Awal jadi host tu yek. Ni Fuhh..! yang aku reka sendiri. Fuhh..! Tanda aku penat..Ok2 da merepek.

Aku saja jengah2 blog aku ni. Setelah sekian lama aku tak post entry baru. Aku sendiri rasa da macam sawang blog aku ni. Da tumbuh lalang pun haa. Jarang update sebab aku tak tahu nak update pasal apa. Pasal life aku yang sangat boring. Korang mesti da tak nak baca blog aku ni. Sebab duk cerita benda yang sama je. Bosan kan. Takde anjakan paradigma bak kata orang.

Lately life aku sangat simple. Aku cepat penat sekarang ni sampai mood pun da tak tentu hala. Aku pun da takde mood nak jawab call or message dari sesiapa. Aku da lama tak jadi langsuir *keluar malam* sebab aku penat sangat. Langsuir ni aku dapat dari pengetua aku. Dia cakap orang yang keluar malam2 ni langsuir. Betul la tu kowt. Heee..Mungkin tu satu perubahan kowt. Yeke? Ye kowt. Kenapa mesti kena ade kowt? Entah lah. Kowt..kowt..kowt.. Apa aku cakap ni kowt. Yekk. Geli. Huu. Terasa macam tercopy paste ayat dari blog eydashahida pulak. Hehehe.

Mood kacau bilau. Ada manusia2 yang tidak diundang lalu lalang kat depan mata hati aku..*cehh jiwang lak* Bukan terasa diri hot. Aku ni manusia yang biasa2. Yang da ade girlfriend tu sila la kembali ke pangkal jalan. GF anda lagi hot n spicy dari saya. Bukan itu sahaja, mereka juga sangat la vaVavOom. So, no need tuk cari saya. Saya tak terima undangan dari mana2 lelaki pun sekarang ni. Semua nya sama sahaja di mata saya. Kawan sahaja, no more, no less. Gitu lah lebih kurang. Aku tak tahu aku copy ayat sape pulak kali ni.

Sekarang pun aku da mula sibuk dengan assignment dan juga test2. Ye, da nak mid-term da ni haa. So, kena la rajin2 study yek shifa shakira. Haishh. ye study. Aku nak melepak umah cousin aku tuk minggu ni. Abang aku ada balik. Da lama tak story mory.

p/s : aku da lama tak blogwalking