Perkara utama yang menyebabkan aku jarang keluar malam sebab adik aku kerja. Dia pun da tak boleh balik lewat sangat, so memang bagus la kan kami tak keluar malam. Sebab kedua, aku jadikan alasan yang aku cakap kat atas tu iaitu aku ada assignment dan juga aku rajin sangat study nya. Aku takut nak hadapi mid-term ni. Aku rasa aku di ancam bahaya. Cehh.. ayat cam apa je. Aku rasa di ancam bahaya sebab kat sini bersaing secara terang-terangan. Yelah, budak batch aku berapa kerat sangat la kan. Tak ramai pun. So, bila ada kekurangan tu rasa sangat tak best. Aku tak tahu kenapa aku fight gilergiler tuk kolej kali ni. Dulu belajar malas. Tapi macam mana pulak aku boleh cakap aku fight gilergiler sedangkan aku bersuka ria tak hengat dunia. Study malas, buat assignment malas. Semua nak biar tertunggak. Kenapa macam tu? Entah, aku sendiri tak pasti.
Aku rasa entryentry yang aku post lately sangat bosan. Aku demam kali ni pun bukan macam demam biasabiasa yang aku demam dulu. Permulaan dia ialah bila aku makan sambal belimbing hitam banyak sangat. Then, aku da sakit tekak. Bila sakit tekak, aku kurang minum air. Lepastu aku da mula selseme. Tak tahu la datang dari mana habuknya sampai aku rancak sangat selseme. Bila aku da selseme, aku jadi lemah, lemau dan seangkatan dengan nya. Teruk aku selseme, sampai suara aku macam Ramli Sarip. Eheee. Semalam balik dari kolej anta assignment semua and da siap makan minum dan lepaking bersama kawankawan, aku balik rumah terus cuci muka, basuh kaki, tukar baju. Terus tidur. Serius aku tak larat sangatsangat. Aku cari ubat kat dalam fridge, makan sepam dua, lepastu aku tidur tak sedar diri. Sampai lah pagi ni. Aku bangun awal. Pukul 8, mungkin sebab tak selesa dengan keadaan badan aku yang panas ni.
Aku bangun, buat kerja macammacam supaya badan aku berpeluh. Supaya aku demam tak melarat sampai 2-3hari. Taknak aku. Aku nak exam. Tu je yang aku tau. Petang ni nak menggedik bersama kamera, tapi tak tahu lokasi mana. Saja nak tambah koleksi.
p/s : bosan betul entry aku sekarang ni kan.
No comments:
Post a Comment