JellyPages.com

Friday, March 11, 2011

Jiwa maskulin

Semalam punya cerita. Kawan aku accident. Terkejut aku pagi2 dia kol aku ngadu yang dia accident. Terlompat aku dari katil. Ok, tang terlompat tu aku tipu. Dia cakap dia da mengadu dekat kanda kami, mintak tolong sebab kanda kami tu keje dekat bengkel. Tapi kanda nye tak reply mesej dan tak jawab call. Kawan aku ni dah serba salah da. Masa dia call aku mengadu yang kanda kami tak jawab call 2, aku on the way pegi kelas. Haishh...dalam hati aku cakap, kenapa lah maen tak jawab call pulak ni..

Aku sampai kolej, masuk kelas dan pum pam subjek bisnes 2-3kerat pas tu kawan aku call. Cakap yang kanda da call dia semula. Tah ape2 kanda yang sorang tu. Settle da yang tu, masuk lunch hour aku teman kawan aku tu pegi bengkel kanda kami tu. Last2 dia masuk kereta dan cakap nak g makan dia lapar. Ok fine, kami gerak kat tempat makan budak2 POLISAS. Aku tak tahu apa motif aku caps lock POLISAS tu. See, aku caps lock lagi. Ok2, berbalik kepada cerita tadi. After makan, balik semula ke bengkel n gosok2 skit kereta kawan aku tu. Sebab calar nye tak banyak pun. Sikit je tapi sebab dia takut ayah dia marah so dia da cuak bagai nak giler da. Aku serius masa tu diam je. Da tak tahu nak cakap apa da.

Last nya balik ofis dalam keadaan kereta masih tak ok. Aku da serba salah sebab dia da nanges budak nye ni ha. Aku terus call sedara aku. Cakap sal accident nie. Pum pam semua dia cakap dia boleh bawak g bengkel. Polish je. Ye, kawan2. Polish sahaja. Tapi kawan aku ni da teruk da rupe dia. Seperti biasa orang yang accident ni cuak dia laen macam je. Sedara aku datang dalam pukul 2.45 petang. Cuaca panas giler masa tu. Aku da rimas, resah gelisah bagai. Sedara aku bawak kereta tu pergi bengkel. Dia kata aku tak payah ikut. Nanti lama susah pulak. Tak lama lepas tu sedara aku call cakap harga polish kereta tu rm80. Aku terus call kawan aku tu cakap kat dia. Ok, masa call dia tu suara dia da laen. Suara tinggi n macam marah2. Aku cool je masa tu. Dia kata dia tak boleh bayar banyak tu. Dia suh anta balik kereta kat office dia. Ferghh..! Aku pulak masa tu terus call sedara aku cakap kawan aku tak jadi nak hantar. Nak jadi cerita lagi best, sedara aku cakap benda nye da siap. Jantung aku da dup dap. Kawan aku mesej da marah2. Aku ni di antara dua da ni. Faham tak konsep antara dua. Kalau aku ada duit, aku guna je duit aku tuk bayar polish kereta tu. Sebab aku da serba salah dengan sedara dan juga kawan aku tu.

Sedara aku cakap biar dia kautim dulu dengan bos dia. Dia cakap rm30. Aku call kawan aku, cakap yang tu da habis adjust harga da tuh. Dia cakap ok, tapi dia nak tengok kereta tu apa jadi. Ehh..tak puas hati lagi tu nampak nya. Korang nampak tak? Aku cakap ok je. Bila sedara aku datang, aku tengok semua da settle. Takde hal. Aku call kawan aku cakap da settle. Dia turun laju giler kowt. Masa dia jalan tu, muka tak nak senyum langsung. Dia tengok kereta terus dia ok. Aku da cakap, tak nak dengar. Selalu dia cam tu. Nak je aku cepuk.

Balik kerja tu, kami makan lepak dekat benteng. Dia cakap sorry sebab marah aku tadi. Aku pulak jadi tercengang. Memang dia ada marah tapi aku tak rasa apa2. Sebab aku rasa nada dia cakap tu biasa2 je. Aku pulak layan je dia cakap masa nak settle hal tu. Aku cakap satu je dekat dia,

"aku bersyukur aku ni berjiwa maskulin. sebab aku tak rasa pun ko marah aku tadi. walaupun sebelum ni macam2 hal jadi sebab jiwa maskulin aku ni. tapi kali ni ko mesti faham kan kenapa aku jadi macam ni."

Dia angguk dan gelak. Ye, kami memang selalu gaduh. Mungkin sebab selalu gaduh so kami jadi macam ni. Aku tak kesah. Sebab selagi aku hidup, selagi aku boleh tolong aku tolong. Walaupun aku tahu aku tak mampu nak tolong dari segi kewangan sebab aku ni takde apa2. Tapi apa guna nya aku sebagai seorang kawan tapi tak mampu nak tolong kawan dia, waima nasihat sekalipun. Aku tahu aku ni bukan nya betul sangat pun dan bukan nya baik sangat pun. So, mana betul nya nasihat aku tu kan? Renung-renungkan dan selamat beramal. Hahh. gituwww..

p/s : nama kawan terpaksa di rahsia kan

No comments:

Post a Comment