JellyPages.com

Monday, March 7, 2011

Pereka Design Rekaletak

Bila cakap soal design, aku memang serius. Walaupun aku tau aku tidak lah hebat mane bab mendesign ni. sekadar lite2 je bak kata budak2 U aku dulu.

Budak2 sekolah mak aku tengah rancak buat design baju tuk ex-student form five tahun lepas. Jangan pelik bila aku terlibat sama dengan benda2 macam ni. Fungsi aku cuma proceed design dan tengok mana2 yang patut. Kalau dulu aku pernah tension bilamana aku da buat design n last kene reject atau ayat paling best iaitu, "sila redo." Bila ayat tu keluar muka aku mesti da merut giler. Memang bila buat design tah pape aku tak kesah sangat tapi bila buat design dengan semangat juang dan finally ayat tu keluar, ferghhh!! Penat ok.

Sekarang, turn aku pulak terima design tuk di proceed. Aku tau budak yang buat design n masuk warna tu tengah tension. Sebab aku cakap nak itu ini. Kena masuk warna baju jugak kalau nak letak design. Baru tau sesuai ke tidak. Dari tengah hari tadi dia duk anta mms kat aku. Aku keje nye cakap mana nak kene betulkan. Dan last tadi dia anta mms baju yang da masuk warna beserta design. Kesian dia sebab dia guna warna air. Susah sebenarnye bila tak guna software. Aku tak pandai pun semua benda ni. Aku tengok atas kesesuaian dan juga prinsip asas logo dan design tu. Boring? Ye dak? Aku kalau cakap bab design memang aku serius. Macam tadi aku melilau cari boxboard tuk kelas drawing esok. Bila aku da sampai dekat Popular tu, aku tanya budak dekat situ, reaksi dia...

"Haaa?? Boxboard? Ape tu?!"

Aku tarik nafas dalam2 kot masa nak explain tu. Ok, aku penat jalan. Bila sampai takde. Kecewa tak? Kecewa ok. Bila aku da explain, budak tu cari la dekat rak2 yang sepatutnya. Dan memang nyata, benda alah tu takde. Yang aku ni lagi sekali, muka da kecewa gell terus blah dari Popular tu.

Sekarang ni aku tengah pikir, mana aku nak cari benda alah tu esok. Aku da terbayang2 kedai print kat belakang kolej aku tu. Ada la kot. Kalau takde, hari lusa orang da tak kan nampak da kedai dia. Tinggal abu je. Sekian laporan terkini.

p/s : sibuk dengan subjek bisnes. takut ok.

No comments:

Post a Comment