"Awak nanges tak?"
Ape kejadah aku nak menanges nye. Sedih sikit ada la. Sebab pedih gell. 2-3 menjak ni aku ada tertanya. Milik siapa hati aku ni? Siapa yang aku tengah sayang sekarang ni? Siapa yang aku tengah tunggu sekarang ni? Dan aku memang takde jawapan sebab aku memang takde siapasiapa sekarang ni. Hati aku kosong. Sekosong hidup aku yang entah apaapa ni. Tadi aku dapat text dari someone. Dari seorang 'kawan'. Aku tak tahu nak klasifikasikan di tu sebagai apa. Sebab aku sendiri confuse dengan relationship kami. Senang cerita, aku rasa dia 'kawan' aku je..'kowt'.
Dia terasa dengan aku barangkali sebab aku takde mesej dia pun. Dia cakap asyik dia je yang mesej aku. Owhh..come on la bhai. Lepastu aku cakap la yang aku sibuk sangat pagi tadi. Aku study sampai tak cara langsung dekat henpon aku. Pastu dia cakap dengan dia je aku tak layan, tapi orang laen aku layan je. Aku masih cool lagi masa dia cakap cam tu. Aku cakap la, sedangkan dengan adik aku pun aku tak mesej hari ni, ni kan pulak aku nak mesej dia. Aku cakap yang aku betulbetul sibuk. Baru tengah hari tadi aku cakap yang hidup aku sangat tenang hari ni sebab takde orang mesej aku. Maksud nye orangorang yang tak diigini. Aku pelik, apsal nak terasa dengan aku. Selama ni aku tak mesej dia tak heran langsung. Ramai lagi manusia yang dia boleh mesej. Kadang aku terasa hati dengan dia. Sebab depan aku dia tak layan berapa baik. Kadang cakap ikut sesedap rasa. Sampai kadang aku terasa. Tapi aku jenis malas nak ambik port sangat. Lantak kau lah nak cakap apa. Tapi....ade tapi tu. Bila dalam mesej, dia mengharapkan supaya aku layan dia.
Aku penah cakap dekat adik aku. Situasi win-win sekarang ni. Atau, what u give u get back. Aku tak boleh buang semua tu. Dia yang layan aku macam tu so aku layan macam tu. Kalau dia nak aku layan dia baikbaik, layan la aku baikbaik. Cukup la sekali peristiwa pahit hari tuh. Buat aku betulbetul trauma sampai aku takut dengan lelaki. What the hack aku nak takut lelaki? Aku malas nak cerita kat sini. Tapi entah kenapa tibatiba aku keluarkan statement bahawa, 'aku takut lelaki'. Adik aku cakap tak patut aku buat macam tu. Tapi sekarang aku faham satu benda, tau tak konsep iaitu 'kerana nila setitik, rosak susu sebelange?' Aku tahu tak semua lelaki macam tu. Tapi tu lah konsep nye. Aku jadi takut, aku jadi fobia, aku jadi trauma. Tak boleh nak buang da. Aku taknak kawen. Aku taknak ade kawan lelaki sekalipun. Tapi tipu bebenor kalau aku keluarkan statement macam tu. Mau kena maki.
Aku nak jalani hidup yang normal. Macam tak normal pulak rasa sebelumsebelum ni. Yelah, sebelum ni tak normal sebab macam tah apaapa. Soalan yang sama macam kat atas tadi tu. Siapa sebenarnya yang aku tunggu? Siapa? Siapa? Dan siapa? Aku sendiri tak tahu.
p/s : aku tak jawab lagi tag eydashahida. nanti saya jawab tag awak ye sayang.
No comments:
Post a Comment